Jom kita saksikan persembahan ikan lumba-lumba bersama-sama! Kalau ke Epson Aqua Stadium, pastikan korang tak ketinggalan menonton
performance ini. Persembahan diadakan sejam sekali berselang-seli dengan
persembahan singa laut di kolam yang berlainan. Best sangat performance ni sampai terlopong-lopong mulut aku dibuatnya! Rasa nak tengok lagi... dan lagi... dan lagi. Rasa nak pergi ke Tokyo lagi... dan lagi... dan lagiii!!! Eh??!! Ini namanya serampang dua mata uolls, sambil berblogging sambil beri hints kat suami! Hahaha. Sebenarnya entri ini adalah sambungan dari SINI. Dah seminggu lebih draft entri ni terperam sampai aku sendiri pun dah lupa nak publish!
Sebelum tu apa kata korang klik dulu entri Tokyo yang lepas-lepas kat bawah - especially pada yang baru terjah blog hakak ni. Yesss...youuu!! Youuuu.... and youuu! *Flying kiss sikit....
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Aku dah terover excited sebelum persembahan bermula lagi. Awal-awal dah tarik-tarik tangan suami suruh cari tempat duduk sebab takut seat penuh. Ikan lumba-lumba adalah haiwan kegemaran aku. Bertemu dan bertentangan mata dengan dolphin memang ada dalam wishlist aku! For sure memanglah aku tak akan lepaskan peluang menonton persembahan dolphin yang dah terbentang di depan mata! Pertemuan ni amat bermakna bagi aku! *Dengan nada penuh emosi.
Persembahan diadakan di Dolphin Pool yang terletak di bahagian tengah stadium. Kolam ni agak besar dan dikelilingi oleh tempat duduk. View di setiap sudut adalah superb. Di mana saja kita duduk, sure akan dapat tengok persembahan dengan jelas.
Detik-detik pertama pertemuan dengan pujaan hati! Dub dab... dub dab... macam nak meletup jantung rasanya menahan excitement yang melampau bila dapat tengok dolphin ni face to face - depan mata kepala sendiri!
Adorable creature...
Di tengah-tengah tu anak killer whale yang masih kecil kot kalau tak silap...
Walaupun keseluruhan persembahan dalam Nihongo, faktor clueless sebab tak faham sepatah haram bahasa yang digunakan aku tolak tepi sebab semua 20 aksi yang ditunjukkan memang best!
Kalau tak mahu 'dimandikan' oleh dolphin jangan pilih seat di barisan depan yang ditanda dengan red tape sebab inilah yang akan berlaku nanti! Sesiapa duduk di barisan depan sure basah kena percikan air sebab banyak aksi terjun tiruk, somersault bagai! Ada masanya dolphin ni akan saja-saja simbah audience dengan air! Tapiii, kalau nak juga duduk kat sini, boleh beli poncho yang dijual pada harga 100 Yen untuk kurangkan impak basah lencun tu.
Terjun dengan penuh gaya...
Aksi hebat dari 5 ekor ikan lumba-lumba!
Tinggi betul dolphin ni melompat. Padahal lampu tu digantung tinggi di tengah-tengah kolam! Terlopong mulut aku masa ni!
Berdebus lagi...
Jom tengok gambar-gambar lain kat bawah. *Caption yang paling sesuai bila dah tak tahu apa lagi yang nak ditulis! :p
Aksi somersault!
Beraksi bersama instructor masing-masing...
Keseluruhan performance ambil masa selama 30 minit. Memang best, sangat menghiburkan dan value for money! Highly recommended! Sebenarnya, ada aktiviti tambahan - boleh beri makan atau sentuh dolphin dengan bayaran tambahan (of koz)... tapi hanya pada pelawat yang boleh berbahasa Jepun sahaja!
Next entri --> Persembahan Singa Laut Di Epson Aqua Stadium!
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Cantiknya ciptaan Allah ni kak...yang berdiri atas dolphin tu coollllll...
ReplyDeleteItulah...geram sangat tengok dolphin ni. Comel yang amat!!
Deleteawat omel angat ni cik dolphin....xpenah lg tgk live show gini...
ReplyDeletewuahhhhhhhhhhh !! ni buat nak pergi jepun ni.. bestnye leh tengok depan mata ... sukanya dolpin . cute at the same time takut jugak . gigi killer whale tu ;(
ReplyDeleteupdate la lagi ! suka pulak gambar semua cecantik
tenkiu dear. nanti akak update lagi ya :)
DeleteMenariknya.. menghiburkan. Seronok dpt tengok persembahan mcm ni. Thanks sharing Fayreen.. :)
ReplyDeleteMemang seronok. Tak boring langsung :)
Deleteahahaha..lawak lah Fay ni..dup dap dup dap katanya like nk jumpa pujaan hati ihihih
ReplyDeleteJM pun suka tgk persembahan dari Dolphin ni sbb dah la cute pastu pandai ikut arahan..hari tu di Tokyo x pegi sini tapi pernah tgk show di Gold Coast dan Taman Samudera Jakarta. Paling x tahan tu..JM jatuh hati sama instructor tu sbb bahan dorang tegap dan slim hahaha...teruk tak!!
Amboiii JM... serampang 2 mata namanya tu! Hehehe. Tapi diorang (dolphin) tu memang serius cute! :)
Delete