Saturday 30 August 2014

MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA DARI BLOGGER

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Assalamualaikum,

Ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu. Walaupun sekolah ditutup, setiap 31 Ogos aku akan bangun awal-awal pagi sebab terlalu excited untuk tengok perbarisan Hari Kemerdekaan secara live - walaupun cuma di tv saja! Dari kaca mata aku sebagai seorang anak kecil waktu itu - 31 Ogos sinonim dengan lampu-lampu yang dihias indah di waktu malam, kibaran bendera Malaysia di mana-mana... 31 Ogos juga bermaksud Rukunegara akan dibaca dengan penuh semangat. 31 Ogos juga hari di mana meriam diletupkan sebanyak beberapa das. 31 Ogos adalah salah satu hari di mana bendera kebangaan negara dinaikkan sambil Negaraku dinyanyikan beramai-ramai. Yang paling ditunggu-tunggu tentulah laungan keramat 'Merdeka..Merdeka...Merdeka' yang menaikkan semangat!

Selari dengan peningkatan usia, pengertian Hari Kemerdekaan juga semakin luas. Bukan lagi bagaimana untuk merayakannya tapi bagaimana untuk menghayati dan mengekalkan kemerdekaan itu sendiri. Bentuk penjajahan sekarang bukan lagi seperti zaman-zaman pemerintahan Portugis, Belanda, Inggeris atau Jepun. Penjajahan sekarang datang dari pelbagai sudut termasuk ekonomi. Yang ditakuti tentulah usaha-usaha untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat Malaysia sendiri. Put our political beliefs aside. Fokus utama adalah untuk memajukan negara... memastikan kestabilan ekonomi dan politik berterusan... memastikan keamanan dan perpaduan kaum terus terpelihara dan memastikan kedaulatan negara tidak dipersendakan.Usah terus persoalkan apa yang telah negara berikan kepada kita. Tanya soalan ini pada diri sendiri - apa yang telah kita lakukan atau sejauh mana sumbangan kita pada agama, bangsa dan negara!

Di sini... di bumi bertuah ini lahirnya sebuah cinta. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-57, Malaysia!!

* Terima kasih yang tidak terhingga kepada sifu blogger +HASRUL HASSAN yang menganjurkan segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-57.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Thursday 28 August 2014

JANGAN ANIAYA BINATANG!

Assalamualaikum,

Sekarang ni jangan haraplah kucing-kucing yang ada di rumah ni nak senang-senang beri aku peluang menghadap laptop dengan aman damai tanpa sebarang gangguan. Dengki sangat diorang dengan lappy ni especially si Tomcat. Dia rasa macam kasih sayang dibahagi 18 agaknya kot! Baru nak update blog elok je dia datang terus landing atas keyboard. Dulu mak dia suka buat macam ni sekarang perangai ni dah menurun kat dia pulak! Memang betul lah kata pepatah - ke mana tumpahnya Royal Canin kalau tak ke dalam mangkuk makanan kucing!! Eh??

Aku pegang hand phone pun dia kacau juga. Sibuklah nanti tu suakan muka kat screen phone sebelum landing atas tangan. Siap keraskan badan lagi as if tak beri aku alihkan tangan langsung! Dah kenapa Tommmmm?? Itu belum lagi kena berperang dengan dia - ya... Tomcat lagiii plus 2,3 ekor kucing-kucing junior lain tiap-tiap pagi. Aku memang letak segala jenis kunci dalam bekas atas meja. Masa kitorang sibuk nak ambik kunci masa tu jugalah diaorang sibuk panjat meja... kadang-kadang saja landing atas bekas tu. Itu belum lagi ala-ala shooting filem Hindustan depan pintu! Setiap pagi memang ada babak golek-golek... buat-buat tidur... tahan pintu sambil keraskan badan semua tu!! Haish laa kucing oii. Goreng berempah seko-seko nakkk?!! Tapi keletah-keletah inilah yang menghiburkan hati sebenarnya.

 Tomcat

Tapi, tak semua orang suka kucing atau binatang-binatang lain. Tak semua orang juga anggap perbuatan menulis entri bercerita pasal kucing macam aku ni satu perbuatan normal! Macam mana tak suka pun bukan bermakna kita boleh sesuka hati menganiaya binatang. Minggu lepas aku dan hasben pergi makan kat port biasa kitorang dari zaman-zaman dating dulu kat Bangi. Tengah-tengah makan, datang satu family dengan anak kecil umur anggaran 3 tahun duduk selang beberapa meja dari kami. Tup-tup aku nampak seko kucing berlari-lari sembunyi dekat meja kosong sebelah kitorang. Rupa-rupanya budak kecik yang baru sampai tadi baling batu kat kucing tu. Yang aku tak paham, mak dia pun sama baling batu juga! Nak kata kucing tu kacau dia makan... tak pulak. Family ni baru saja sampai. Satu makanan pun tak ada lagi atas meja! Even kalau kucing tu kacau diorang makan pun, patut ke nak dibaling dengan batuuuu??! Apa salahnya hulurkan sikit makanan... sedekah kucing tu?!

Drama tadi tak berakhir di situ.....

Surprisingly, perempuan tadi bangun, pimpin tangan anak dia ... pergi kat kerusi yang ada kucing tu dan baling batu lagiiii! Dek kerana ketakutan kucing tu lari pulak dekat meja kitorang. Guess what? She followed the cat! "Kejar kucing tu, ambik batu... baling dia!!" Crazy! Boleh dia suruh anak dia yang masih kecik buat macam tu? It was a nuisance juga sebab kitorang dah sah-sah tengah makan. Dalam masa yang sama perempuan tu dah macam tawaf sambil aim nak baling batu kat kucing di bawah meja kami. Ni praktis nak masuk sukan Olimpik acara baling batu ke hapa??!!

Korang boleh bayangkan tak macam mana tak selesanya aku nak makan sambil berdepan dengan orang yang psycho? Bila anak dia makin dekat aku cakap lembut-lembut kat budak tu -"Dik, tak baik buat kucing macam ni. Berdosa!" Dalam masa yang sama berharap sangat dapat psycho mak dia juga. Suddenly, perempuan tu pandang aku. Dalam keadaan 'terganggu' macam tu aku konfiden sangat cara aku pandang perempuan tu memang dah semacam. For sure kening aku dah berkerut-kerut. Mungkin perempuan tu aware pandangan mata aku yang dah ready untuk transform jadi makhluk pelik-pelik. Cepat-cepat dia tarik tangan budak kecik tu, terus duduk semeja dengan suami dia. C'mon, kalau tak suka binatang sekalipun jangan diseksa... dan bukan contoh yang baik juga nak mengajar anak macam tu!

Dalam kereta on the way balik ke KL, kitorang cuba fikir yang positif - mungkin perempuan tu jenis yang kurang cerdik.... ada masalah (???) atau kurang sihat sampai otak jadi tepu di tahap tak mampu digunakan untuk berfikir secara normal macam manusia lain (??!!).




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

EXPLORING TOKYO - EPSON AQUA STADIUM, SHINAGAWA (DAY 6)

Assalamualaikum,

Entri-entri yang lepas <KLIK> :

Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba

Hari ni dah masuk hari yang ke-6 bermakna ada 4 hari lagi di Tokyo sebelum balik ke Malaysia. Sebelum keluar aku packing satu bag dulu sebab tak nak kelam-kabut kalau packing last minit nanti. Bila dah kelam-kabut sure aku panik. Bila diserang panik attack mulalah aku tak tau nak susun barang-barang dalam bag. Makin bertingkat-tingkatlah panik attack aku nanti! No... no... no... tak nak berlaku adegan-adegan macam tu. Jadi lebih baik siapkan semuanya awal-awal. Kitorang bawak sorang satu bag... jadi semua sekali ada dua. Semua baju kotor aku masukkan dalam laundry bag. Lepas tu seal elok-elok (entah angin rajin apa yang datang agaknya!)... kemudian terus letakkan dalam bag siap-siap. Barang-barang yang kitorang beli pun aku sumbat sekali dalam bag yang sama. Lepas tu... tutup dan terus lock bag tu. Done! Baju yang masih bersih aku letakkan dalam bag satu lagi. So nanti cuma kena packing bag yang satu ni je.

Kalau ikut plan asal hari ni kitorang nak ke Asakusa, Ginza dan Tokyo Tower. Tapi, sebab masing-masing dah tak sabar nak tengok aksi-aksi ikan lumba-lumba kitorang percepatkan trip ke Epson Aqua Stadium Shinagawa yang sepatutnya kami visit hari ke-8 nanti. Cannot tahan godaan ikan lumba-lumba yang dah memanggil-manggil lor!

Dari hotel kitorang berjalan kaki dalam 10 - 15 minit ke Kanda JR Station. Option kedua - boleh juga naik metro subway dari Kodenmacho Station. Tapi make sure transit kat Akihabara untuk tukar naik JR Yamanote Line (Outer loop) terus ke Shinagawa - 340 Yen. Since kitorang tak pernah pun lagi explore area Kanda berjalan kaki ke sini sambil cuci mata tengok apa yang ada sepanjang jalan memang pilihan terbaik. Cuaca agak redup jadi memang tak langsung terasa panas atau penat.

Kanda Station ---> (JR Yamanote Line - Outer Loop 170 Yen, 13 mins) ---> Shinagawa

Shinagawa Station sangat sibuk... sana sini sesak dengan manusia macam stesyen-stesyen utama lain kat Jepun juga. Sebenarnya, masa ke Tokyo sebelum ni aku stay kat area Shinagawa. Jadi station ni memang stopover harian aku masa tu. Tapiii, masa pergi baru-baru ni, selain daripada signage Shinagawa Station tu sendiri... tak ada satu pun benda lain yang aku boleh recall. Alasan yang boleh diterima pakai - station ni dah banyak berubah! Ngee...

Untuk ke Epson Aqua Stadium, kita kena cari Takanawa/ West exit. Ikut saja signage sampai keluar dari station nanti. Bila dah keluar dari station... melintas jalan terus menghala ke Prince Hotel Shinagawa betul-betul di seberang jalan berdepan dengan station. Kemudian terus berjalan lagi dalam 5 - 10 minit untuk ke Aqua Stadium di bahagian belakang Prince Hotel.


Shinagawa Station


Prince Hotel Shinagawa di seberang jalan.


Bila nampak promo Visit Malaysia Year ni terus kembang-kempis hidung sebab rasa bangga pada negara tercinta!


Entrance fee : 1,850 Yen untuk dewasa, 1,050 Yen untuk kanak-kanak (7 - 15 tahun), 600 Yen untuk kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun. Umur bawah 4 tahun boleh masuk free!


Masuk saja main entrance dah boleh nampak ni semua!


Nampak tak beberapa ekor shark berenang-renang nun di sana?? Jom kita round ikut susunan tank dulu...lepas ni baru kita say hello kat shark yang ada dalam tunnel. Akuarium ni taklah terlalu besar tapi padat dengan hampir 10,000 jenis hidupan laut dari 350 spesis - dari ikan sampailah ke penguin! Attraction utama dah tentulah persembahan ikan lumba-lumba dan singa laut!


Ikan-ikan di kawasan paya.



Ikan yang buat aksi tergantung tu dipanggil Razorfish


Coral dikelilingi oleh ikan-ikan yang berwarna-warni.


Longhorn Cowfish


Masa nak tulis entri ni, aku stuck kat gambar ni. Puas fikir apa nama benda alah kat atas. Nak kata coral...bukan! Nak kata polips pun bukan. So terpaksalah google dan tepek sikit info yang aku dapat dari webpage National Geographic. Rupa-rupanya inilah yang dinamakan 'Sea Anemone'.

'The ornately colored sea anemone (uh-NEM-uh-nee) is named after the equally flashy terrestrial anemone flower. A close relative of coral and jellyfish, anemones are stinging polyps that spend most of their time attached to rocks on the sea bottom or on coral reefs waiting for fish to pass close enough to get ensnared in their venom-filled tentacles.'


Seronok tengok Sea Anemone ni menari-nari lemah gemalai dalam air. <Klik video kat atas>



Clown Fish. Tapi lepas jadi artis terus tukar nama yang lebih glamor - NEMO!!!!


Ikan-ikan yang sangat cantik... Yellow Tang yang berwana kuning. Ikan kaler pink tu dipanggil Pink Anemonefish.


Copperband Butterflyfish


*Tak tau nama! :p


Blackbelly Triggerfish


Pennant Coralfish


Ikan tak tau nama sebab identiti tak dapat dikenalpasti!


Tapak Sulaiman/ Starfish



Double-lined Fusilier - Spesis ikan ni biasanya berenang berkumpulan dan banyak terdapat di kawasan  Asia Pasifik.


Jerung, ikan pari dan beberapa spesis lain diletakkan dalam submarine tunnel sepanjang 20 meter.


Green Sawfish.


Close-up sikit. Besar dan melekap elok je kat tunnel tu. Macam muka orang tengah senyum kaann??


Alfred Manta.

Ini antara display yang menjadi tarikan dan mendapat title star sebab inilah satu-satunya pari jenis manta yang dipamerkan dalam akuarium di bahagian timur Jepun!



Satu lagi attraction utama. Epson Aqua Stadium adalah satu-satunya aquarium di dunia yang mempamerkan Dwarf Sawfish!!!


Blacktip Reef Shark



Bamboo Shark


Sekumpulan ikan sardin.


Sotong gergasi yang sedap digoreng dengan tepung!


Japanese Spider Crab

Tank ni memang dibiarkan gelap macam habitat asal di Surugawan Bay - teluk paling dalam di Jepun.  Aku tepekkan video supaya korang dapat hayati kejelitaan giant crab yang ada dalam tu. Giant crab ni beso gila! Bahagian badan saja pun lebih besar daripada muka aku!



Ada 4 spesis penguin termasuk King Penguin on display di sini. Tapi aku tak kenal dan tak nampak pun beza setiap satu! Semuanya sama comel..


Meh tengok aksi-aksi penguin yang sangat cute dalam video kat bawah! Korang tengok penguin ni berjalan... comel sangat. Rasa nak lastik je montot dia!



Lepas tengok penguin laju je kitorang berjalan menuju ke Dolphin Pool untuk tengok persembahan ikan lumba-lumba. Memang itulah tujuan utama pergi akuarium ni. Dapat tengok dolphin ke tidak... performance tu best atau tak... semuanya aku akan share dalam next entri sebab entri ni dah panjang sangat. Lagipun banyak gambar dengan video dah ni... takut slow nak loading nanti. Stay tune ya... bubye :)


-lotsa luv-
Fayreen Mizan





Tuesday 26 August 2014

RESEPI KEK BUTTER SEDAP DAN MUDAH!

Assalamualaikum,

Hulurkan apa saja jenis kek garenti aku tak akan tolak. For sure, laju je aku sambut kek tu lepas tu cepat-cepat masuk dalam mulut! Aku memang sukaaaaaaaa makan kek. Suka di tahap kritikal sampai dikenali as hantu kek dalam family!

Hari ni aku nak share resepi KEK BUTTER yang sangat simple dan garenti jadi! Don't worry andai kata korang bukan seorang yang berbakat membaking - macam ahkak ni! Follow saja resepi ni. Beginner yang tak pernah buat kek sebelum ni pun boleh cuba resepi yang sangat senang ni. Aku sendiri pun sebenarnya masih terkial-kial dan bukannya cekap sangat buat kek. Yang aku tau cuma kek yang simple-simple je... jenis-jenis yang advance tu 'buat' dekat counter kedai. Itu memang kena beli!  


RESEPI KEK BUTTER

Bahan-bahan :
- 225 gram butter (biasanya aku habiskan terus seketul butter yang 250 gram tu)
- 1/2 cawan gula
- 5 biji telur
- 3/4 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu segar
- 200 gram tepung gandum atau tepung naik sendiri
* kalau gunakan tepung gandum masukkan 1 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
* tak perlu masukkan kalau guna salted butter
- 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 160 C selama 15 minit. Sambil-sambil tu, griskan loyang dengan butter dan letakkan ke tepi dulu. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam beberapa kali supaya kek lebih halus dan gebu.

Pukul mentega dan gula sampai kembang dan putih. Lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sampai semua bahan sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Kemudian masukkan tepung sikit-sikit... selang selikan dengan susu pekat dan susu segar. Gaulkan sampai betul-betul rata.

Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar di dalam oven selama 40 - 45 minit pada suhu 160 Celcius - *bergantung pada oven masing-masing.

Siap! Boleh potong dan makan bila dah sejuk. Kalau nak lebih sedap, curahkan sikit chocolate sauce atas kek tu... yummy!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Thursday 21 August 2014

SAMBAL PENGIKAT KASIH NAMANYA!

Assalamualaikum,

Orang lain dok tepek gambar dan share resepi hebat-hebat kat blog diorang... yang aku ni pulak dok share pasal sambal belacan dah kenapa??! 

Pergi ke Iceland berbaju tebal, 
Suhu sejuk sampai hidung kembang-kembang, 
Deyyy...sambal bukan sebarang sambal,
Ini namanya sambal pengikat kasih sayang!!

Ambikkk...siap berpantun lagi!! Nak buat pantun merapu macam ni pun berjam-jam aku kena fikir. Tapi, not bad... kreatif juga aku ni ya? Hahaha... ptuiii! Aku ni dulu duduk dengan arwah tok macam yang aku pernah cerita sebelum ni. Kadang-kadang kerja dapur yang ringan-ringan macam tumbuk cili untuk buat sambal memang dia suruh aku buat. Nak melawan takut jadi dalam terpaksa tu aku buat juga. 

Sambil menumbuk aku lepaskan geram... penat okey menumbuk ni kena pulak kalau cili banyak especially masa nak buat Laksa Johor untuk mak/ bapak sedara dengan sepupu-sepupu yang nak datang rumah. Maka berdentam dentum macam nak pecahlah bunyi lesung batu tu aku kerjakan. Kadang-kadang rasa macam nak hempas-hempas je. Tiba-tiba... "Amboi... kau melawan eh? Satu kampung boleh dengar kau tumbuk sambal!!" Alamak, satu kampung boleh dengar ke... at least sekarang satu kampung dah tau ada anak dara rajin dalam rumah ni... bukan orang lain ...cucu sendiri jugak! - cakap dalam hati. Berani nak bukak mulut melawan?!? Volume diperlahankan dan momentum menumbuk ditukar pada mode yang lebih lemah-lembut.

Bila dah siap ceduk dan letak elok-elok dalam piring - "Macam ni rupa sambal???!! Ni boleh timpa anak kerbauuu!!" QC check failed pulak daah! Sambal aku tak lepas piawaian sebab cili tu tak halus. Statement 'timpa anak kerbau' tu memang sadis dan menghiris kalbu. Fuhhh... anak kerbau ok...anak kerbauuuu!! Bukan anak ayam...bukan juga anak kucing... tapi anak kerbau!! Statement maut tu. Terus berkaca-kaca mata aku... terkelip-kelip laa pulak menahan airmata. Nak menangis depan-depan takut! Lepas tu feeling-feeling diperlakukan macam Cinderella... hahahah! Sampai sekarang, setiap kali tengah tumbuk sambal mesti aku teringat statement 'timpa anak kerbau' tu. Tergelak-gelak bila terbayang macam manalah anak kerbau tu tergolek-golek kena hempap dengan cili. Penuh makna bahasa orang-orang dulu kannn? Arwah tak perlu jerit-jerit...tak perlu pukul aku... cukup dengan bahasa yang sinis pun aku dah takut.


Dah macam pakai eye mask sambal aku ni! Hahaha...

Sekarang bila dah kahwin masih lagi kena tumbuk cili buat sambal sebab suami aku suka makan sambal belacan. Kalau diikutkan memang malas sebab macam nak berperang dengan anak-anak kucing yang ada tu. Heran aku... kenapa diorang suka sangat dengan lesung batu tu? Nak menumbuk pun susah sebab for sure masing-masing duduk keliling lesung batu. Diorang dah pandai makan cili ke apa sekarang? Diorang dah mutant ke??! Pelik aku dengan kucing gen Y sekarang ni! Kalau tak kerana kucing pun aku dah memang ada penyakit malas. Tapi, since dah favourite suami aku buat juga. Kembang montot bila tengok dia makan bertambah. So, haritu saja buat banyak-banyak dengan harapan boleh simpan dalam fridge. Tup-tup malam tu aku tengok hasben ratah sambal belacan aku. Terus berbunga-bunga dan kembang-kempis hidung...

Aku : "U nak abiskan pun tak pe esok I buat lagi. Pandai I buat sambal belacan kann?"
Hubby : "Hemmm... pandai.... <pause>... pandaiiii orang yang buat belacan ni"!

Cis!


** Al-Fatihah buat nenda tercinta - Allahyarhamah Hajjah Petom Abu Bakar - semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Tuesday 19 August 2014

EXPLORING TOKYO - ODAIBA (DAY 5)

Assalamualaikum,

Seperti biasa, untuk entri Tokyo yang lepas-lepas bolehlah klik link di bawah ni ya :

Pagi ni hujan jadi cuaca di luar agak sejuk. Apa lagi, menjadi-jadilah irama dan lagu dalam perut ni! Kitorang pergi ke 7-Eleven untuk beli roti. Lepas tu balik semula ke hotel untuk breakfast kat lobby sebelum bergerak ke Odaiba. Eksen aku kann...mentang-mentanglah 7-Eleven dengan hotel tu dekat! Suka-suka hati je berulang-alik. Heaven sungguh makan roti cicah dengan kurma ayam Adabi yang tinnya aku dah panaskan siap-siap - sebenarnya rendam je dalam sink dengan air panas dan biarkan beberapa minit. Sedapppp.... sehingga menjilat jari! Padahal dalam hati sibuk dok buat countdown sebab macam nak pecah dada ni menahan rindu dekat mamak roti canai!!!

Lepas breakfast, rest sekejap. Dalam pukul 11 pagi baru kitorang berjalan kaki ke Ningyocho Station. Kebetulan hujan dah stop masa ni. Sejak sampai ini first time kitorang naik train dari sini. Jarak dari hotel ke stesen agak dekat... dalam 5 minit dah boleh sampai walaupun kitorang berjalan ala-ala lenggang Mak Limah.

Ningyocho Station ---> (Toei Subway Asakusa Line - 170 Yen, 3 mins) ---> TRANSFER AT SHIMBASHI  ---> (Yurikamome Line - 320 Yen, 13 mins) ---> Daiba Station

Ada beberapa option untuk ke Odaiba - boleh naik train sama ada Yurikamome atau Rinkai Line, boleh juga naik bot dari Asakusa - Tokyo Water Bus (klik SINI) atau berjalan kaki ikut Rainbow Bridge (30 - 45 minit). Kitorang naik Yurikamome Line sebab train akan lalu Rainbow Bridge nanti so dapatlah tengok pemandangan yang cantik di sekitar Tokyo Bay. Rinkai Line lebih laju tapi train banyak ikut laluan bawah tanah jadi kita tak nampak banyak tempat menarik.


Off to Odaiba.


Langit masih lagi mendung, so banyaklah gambar outdoor yang nampak 'mendung' juga.... yang penting hati aku suami isteri tetap berwarna-warni dengan bunga...hahaha...


Merentasi Tokyo Bay.


Odaiba nun di seberang sana tu...


Menaiki Rainbow Bridge...


Rupa-rupanya announcement di setiap stesyen yang jadi laluan Yurikamome Line ni gunakan suara beberapa orang pelakon Jepun! Cool... lagi cool sebab aku cuma tau benda ni bila dah balik Malaysia!!!


Belon dilepaskan sebaik-baik saja tuan blog dan suami tiba di Odaiba sempena lawatan rasmi yang mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah negara! :p


Kitorang stop di Daiba Station betul-betul sebelah Aqua City dan Fuji TV Building.

Keluar-keluar dari station terus nampak Aqua City dan Fuji TV Building. Tapi kitorang tak terus masuk Aqua City sebab target utama nak terjah dulu Odaiba Seaside Park (Odaiba Kaihin Koen) yang tak jauh dari sini. Attraction yang ada di kawasan ni semuanya within walking distance... so boleh berjalan kaki je.

  

On the way terserempak dengan pasangan dua sejoli yang tengah memadu kasih...

  
"No camera puh-lease!" Eksen!


Bunga-bunga yang colourful....

  
Full bloom...


Pemandangan di Odaiba Seaside Park memang sangat breathtaking. Cuaca di sini lebih sejuk, berangin dan fresh. Memang seronok duduk berjam-jam di sini.


Statue of Liberty Replica





Rainbow Bridge yang menghubungkan Tokyo dan Odaiba...




Close-up 

Ada 2 dek di Rainbow Bridge. Dek yang pertama (Shuto Expressway Daiba Route) untuk kereta atau kenderaan darat yang lain . Dek yang kedua khas untuk laluan Yurikamome Rapid Transit System dan pejalan kaki.


Diam tak diam lebih kurang 2 jam jugalah kitorang duduk di bench yang ada!  Seronok sebab dapat menghirup udara yang fresh dan menikmati pemandangan yang sangat cantik.


Bila pumggung dah mula berasap, kitorang turun ke kawasan pantai untuk explore apa yang ada di sana.


Disambut oleh anjing yang sentiasa tersenyum!


Bila tengok batu-batu yang berwarna hitam ni terus teringat Tanah Lot, Bali! Tak boleh mandi kat pantai ni ya... setakat nak duduk-duduk, ambik gambar Rainbow Bridge dan sunset memang recommended!



Hubby in action...


Serangan balas by the Mrs.!


Us...

Kalau tak kerana hujan yang tiba-tiba turun, rasanya harus kitorang habiskan beberapa jam lagi dekat pantai ni. Nasib baiklah Aqua City tu cuma beberapa langkah saja dari sini.. so berlari-lari anak lah kami ke sana. Masuk je ke dalam hujan terus stop! Hujan ni pulak jenis yang halus... so memang tak basah. Kalau tak harus 3,4 helai baju di Aqua City jadi hasil rembatan! Kitorang tak explore habis-habisan... cuma pusing-pusing tengok apa yang ada di 1st floor saja.


Next stop - Fuji TV Building... HQ kepada Fuji Television. Admission ke sini free, tapi kalau nak naik ke observation deck kena bayar entrance fee 550 Yen.

Operation hours : 10.00 - 18.00
Ditutup pada hari Isnin (Selasa sekiranya ada national holiday yang jatuh pada hari Isnin)





Bukan saja bangunan, laluan pun berkonsep futuristik!



Maskot Fuji TV


Replika set penggambaran berkonsepkan zaman-zaman Edo dulu. Bila tengok replika ni terus teringat cerita Oshin!

Sebenarnya, kita boleh tengok shooting cerita-cerita tertentu kalau ada, tapi aku tak follow satu pun cerita Jepun sekarang... so keterujaan untuk tengok shooting tu memang tak ada langsung! Of koz, zaman kecik-kecik dulu adalah juga tengok cerita Oshin... itu dah wajib! Lepas tu cerita Chiaki ke apa pasal stewardess tu. Kalau cerita yang agak moden ni yang last aku follow Narita Love. Itupun dah berzaman!



Dari Fuji TV Building kitorang berjalan ke Decks Tokyo Beach. Tak jauh... dekat sebelah Aqua City tu saja.


Sebenarnya, ada shuttle bus percuma - Bay Shuttle Bus disediakan di Odaiba ni dan beroperasi setiap 15 minit sekali.  Jadi, tak perlu risau kalau malas nak menapak dari satu tempat ke satu tempat sebab ada attraction yang dekat... ada yang jauh. Bas akan berhenti untuk ambil penumpang di Museum of Emerging Science, Aqua City, Hotel Meridien Grand Pacific, Palette Town, Venus Fort, Tokyo Teleport dan Tokyo Big Sight. 


@ Madame Tussauds


With 'The Woman In Black'. Lady Gaga ni sebenarnya berdiri atas platform kot rasanya.. tu yang nampak tinggi sangat. Rasanya aku taklah bantot macam dalam gambar ni!! Konpius sekejap...

Kebetulan kitorang lalu dekat Madame Tussauds ni masa nak cari Tokyo Trick Eye Museum. Berposing di luar sajalah sebab dari awal memang tak ada planning nak masuk ke sini. Oh ya, sebelah Madame Tussauds ni ada Legoland Discovery Centre.

Info Madame Tussauds klik SINI.... info Legoland Discovery Centre klik SINI


@ Tokyo Trick Eye Museum

  


Sebelum dapat masuk dalam muzium ni macam biasalah kena beratur panjang untuk beli tiket (900 Yen untuk dewasa, kanak-kanak 600 Yen) sebab orang agak ramai. Lagipun kena ada gap beberapa minit sebelum group lain boleh masuk supaya tak cramp kat dalam tu. Bila dah masuk, beberapa minit pertama tu memanglah best... boleh gelak-gelak masa nak ambik gambar. Lepas 10 minit aku terus rasa stress sebab diorang macam dah tak control jumlah crowd yang masuk. Bersesak-sesak sampai susah nak cari ruang untuk bergambar! Mungkin time aku pergi ni tengah peak period sebab cuti Goden Week sebab itulah ramai orang, jadi diorang sumbat je beri access masuk pada banyak group sekaligus. Terus potong mood! Kitorang cuma cover 50% paintings yang ada kot... lepas tu terus keluar membawa hati yang luka. Yelah, kalau tungggu pun bukannya boleh bergambar sebab makin lama crowd makin ramai.

Keluar saja dari Trick Eye Museum kitorang berpatah balik ke Odaiba Seaside Park sebab nak tengok sunset. Memandangkan langit masih lagi mendung for sure memang tak nampak bayang sunset. Tapi pemandangan waktu senja kat sini saaangggggggat cantik. Dapat tengok pemandangan secantik ni pun dah bersyukur sangat. Romantik mode activated lagi untuk kali yang keberapa ntah sejak sampai Tokyo ni! Hahaha...


 

 



Rainbow Bridge & Tokyo Tower at night!


Jenuh jugalah menunggu Rainbow Bridge ni bertukar warna. Rupa-rupanya, by default Rainbow Bridge memang warna putih tapi akan bertukar ke warna-warna tertentu bergantung pada sambutan sesuatu perayaan! Contohnya, warna-warna pelangi sepanjang bulan Disember hingga 6 Januari setiap tahun atau warna pink pada bulan Oktober sempena Breast Cancer Awareness Month.

 

 

Dek kerana terleka dengan view sekeliling, sekali lagi kitorang duduk berjam-jam kat beach tu. Bila dah mula rasa sejuk berpindah balik naik ke atas duduk dekat bench menghadap Rainbow Bridge... tempat yang sama kitorang duduk siang tadi. Maka gone with the wind laa lawatan ke tempat-tempat lain yang dah siap-siap aku masukkan dalam itinerary - (Venus Fort sebab nak pergi Toyota Mega Web, Diver City - konon-kononnya nak tengok giant Gundam Statue). Alasan kukuh untuk pergi Tokyo lagi sebab banyak lagi tempat tak habis cover! :p



Fuji TV Building.. setiap malam bangunan ni bergemerlapan dengan light & music show...



Odaiba Ferris Wheel dari jauh... sempat ambik gambar dari celah-celah bangunan saja!

Itu dia sikit sebanyak cerita tentang Odaiba dari pengalaman aku. A very nice place - bersih, cantik, sistematik dan moden. Highly recommended dan wajib ada dalam itinerary sesiapa yang berhajat untuk ke Tokyo sebab banyak tempat menarik. Lebih baik allocatekan sehari untuk explore semua attraction yang ada kat sini.

Attraction berdekatan Fuji TV Building (stop kat Daiba Station untuk terus ke sini):
- Aqua City
- Statue Of  Liberty
- Rainbow Bridge
- Odaiba Seaside Park
- Decks Tokyo Beach (ada Trick Eye Museum, Legoland, Madame Tussauds)
- Diver City (Gundam Statue tu ada kat sini)
- oooppssss.... lupa.... Fuji TV Building tu sendiri op koz! Hahaha

Attraction di Palette Town :
- Venus Fort
- Odaiba Ferris Wheel
- Toyota Mega Web


Next entri ---> Ikan Lumba-lumba di Epson Shinagawa Aqua Stadium!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan