Tuesday 28 April 2015

Langkawi Trip - LIMA '15 (Part 3 - Morning Session)

Assalamualaikum,

Dek kerana ikutkan mata yang mengantuk, maka membuta lah kami laki bini sepanjang petang tu tanpa menghiraukan bunyi derumam jet di langit. Bukan saja nak ke Mahsuri International Convention Centre, impian nak tengok maritime show di Resorts World pun berkuburlah dengan selamatnya. Mata ni memang tak boleh nak dibantu lagi... layu dan terus layu. Mana taknya, akak bangun seawal jam 4 pagi subuh tu... tidur pulak pukul 2 pagi. Jadi, make sense lah kaan kalau pulun membuta saja petang tu. 

Apa-apapun lepas Maghrib kami ke Kuah untuk mengisi perut yang ting tong, ting tong berlagu riang minta diisi. Niat di hati nak ke restoran Barn Thai tapi rimas pulak nak berhadapan dengan pengunjung yang sentiasa ramai. Waktu LIMA ni apatah lagi. Jadi, kitorang dinner kat salah sebuah kedai di Dataran Helang tu saja. Makanan not bad dan harganya pun berpatutan. 

Memandangkan malam masih muda, sebelum balik ke bilik kitorang berjalan bergandingan sering dan sejalan menyusuri Pantai Cenang (ecececehhhh....) aaannnddd we found this...

Fire show @ Pantai Cenang

 Berdasarkan ketinggian dan ketajaman hidung masing-masing, rasanya pengunjung mostly foreigner sama ada anak-anak buah Pak Salleh atau orang Arab kot. *Terus belek-belek hidung sendiri. Hurm... not bad! Kuikuikui....

Berdiri kat belakang sambil tengok show free.

"The most powerful weapon on earth is the human fire"

Done. Hari pertama di Langkawi yang walaupun santai dan sempoi tetap meletihkan.

Keesokannya.... 

By hook or by crook kami kena utilisekan hari terakhir LIMA '15 ni sepenuhnya. Kalau tak, tunggulah 2 tahun lagi. Tengah-tengah syok breakfast kat kedai berdepan Pantai Cenang, tup-tup terdengar jet mengaum. Loud and clear sampai tak khusyuk laki aku nak makan. Bukan dia je, ada 2,3 orang lain pun sama. Asyik bangun duduk... bangun duduk sambil mendongak-dongak pandang langit. Maka, kitorang makan selaju mungkin dan kemudian terus pecut ke airport.

Masa lalu belakang airport sebelum simpang belok ke Mahsuri International Convention Centre nampak Black Knights terbang betul-betul atas kepala. Best sangat spot ni kata hasbeng. Dia terus park kereta kat situ dan join beberapa orang photographer yang asyik menembak dengan kamera masing-masing. Lens sorang-sorang mak aii. Terasa diri kami kerdil sekerdil-kerdilnya masa ni. Hahaha.

F-16 Fighting Falcon - Republic of Singapore Air Force.


Tuesday 21 April 2015

Everything Happens For A Reason!

Assalamualaikum,

Ni cerita weekend haritu lepas balik visit our bujang di asrama. Entah kenapa tiba-tiba mood rajin nak 'mengvacuum' rumah datang  tanpa dipaksa. Padahal dah petang dalam pukul 5 tu. Selalunya kalau dah petang-petang macam tu kim salam sajalah. Kalau tak merayap ke mana-mana, baik akak jadi mem beso duduk tengok tv sambil goyang-goyangkan kaki!

Sebelum tu sempat juga kemaskan bilik budak-budak kucing kat belakang tu sekejap. Tudung pun tak tanggalkan lagi masa tu. Nampak tak bila angin rajin tu datang tahap kerajinan adalah sangat di luar kawalan mahupun jangkaan. Sebab itulah baik diikutkan saja memandangkan angin seperti ini datang julung-julung kali saja. Nak tunggu the next monsun bertiup entah bila nanti. Bhahahaha....

Maka dengan semangat yang berkobar-kobar akak capai vacuum cleaner dengan gagahnya. Mula-mula angkat main body tu dan letak dekat hall. Kemudian baru angkat wand yang dah attached dengan hose tu pulak. Tup-tup terasa sesuatu yang keras jatuh kat atas kaki belah kanan... exactly kat bahagian tengah antara jari dan buku lali tu. Sakit gila... macam nak pitam menahannya! Area tu kan boleh tahan berurat dan ada tulang. Rupa-rupanya, wand tu tertanggal dari hose dan jatuh atas kaki. Sakit nak mampuih okeh! Rasa pedih pun ada... sengal pun ada. Rasa sakit yang saaaaaaannngat sakit! Tak tau dah nak describe macam mana.

Monday 20 April 2015

Resepi Sambal Tumis Udang Petai.

Assalamualaikum,

Peristiwa berlaku dan direalisasikan semalam setelah beberapa hari tidur tak lena, mandi tak basah terbayang-bayangkan sambal tumis udang dan petai! Begitulah hebatnya panahan asmara kombo antara kedua-duanya.

Petai ni sebenarnya dah almost 2 minggu kot akak beli. Dek kerana tamak, memang beli banyak haritu dan dah 2 kali masak pun. Jadi, selebihnya akak simpan elok-elok kat deep freezer! Macam-macam ada kat deep freezer rumah aku ni, bukan setakat ayam ikan je. Daun kari pun kadang-kadang campak simpan kat situ supaya tahan lebih lama kononnya! Hahahah.

Bahan-bahan dan cara masak sambal tumis udang ni lebih kurang sama saja dengan sambal tumis yang lain. Cuma kadang-kadang ikut angin akak... ada yang dilebihkan... ada yang dikurangkan. Kadang-kadang letak belacan, ada masanya saja tak letak tapi digantkan dengan ikan bilis yang dah ditumbuk halus. Kadang-kadang tak masukkan langsung pun sebab nak biarkan manis semulajadi udang ni lebih terasa dan tak diganggu dengan rasa benda-benda lain. Senang kata, ikutlah preference tekak masing-masing ya. Maklumlah soal rasa makanan ni subjektif sikit.

Sambal Tumis Udang Petai


Thursday 16 April 2015

Langkawi Trip - LIMA '15 (Part 2)

Assalamualaikum,


Akak dan blog bersawang adalah sinonim! Tah apalah yang disibukkan sangat sampai tak sempat langsung nak update blog. Rasa macam nak pinjam je jari jemari halus Octo si sutun CIMB tu supaya boleh buat banyak kerja dalam satu masa yang sama sekaligus. Kalau tak dapat pinjam, sewa hari pun bolehhhh. Eh?

Daah... tak perlu nak merepek lebih-lebih. Mari kita sambung cerita LIMA 2015 ni. Kalau ditangguh-tangguhkan, silap-silap haribulan authorithy yang berkenaan dah siap buat segala preparation untuk anjurkan the next LIMA pun entri LIMA 2015 akak ni tetap tak habis-habis nanti. Jadi, mari kita mara ke hadapan dan kuatkan semangat. Puh kiri, puh kanan... tepis segala anasir-anasir malas yang cuba bermaharajalela! *Kata-kata semangat ini ditujukan khas buat diri sendiri!

Entri sebelum ini, klik SINI.

Lepas terlopong-lopong mulut menyaksikan aerobatic performance yang sangat memukau dari UAE,  tibalah giliran team seterusnya. Ada silap sikit dalam entri yang lepas. Dalam entri tu akak tulis lepas Al Fursan (UAE) turn team dari Republic Of Singapore Air Force. Salah tu.... sebenarnya giliran TUDM menunjukkan kehebatannya di udara dengan jet Sukhoi. Sebenarnya, ini memang salah satu show yang akak nantikan. Tak sabar rasanya nak tengok our national hero in action.

SU-30 MKM berlepas dengan gagah perkasa. 

  Our very own Royal Malaysian Air Force!



Maka mengaumlah sang Sukhoi dengan garangnya di udara.