Diam tak diam Cabaran 30 Hari masuk hari yang ke-10 daah. Task diteruskan dengan entri hari ini - Apa Ada Di Dalam Handbag Anda? Kus semangat... nasib baik suruh share apa yang ada dalam bag dan bukannya pasal handbag! Kalau suruh tulis entri pasal handbag, mau aku tarik diri dari cabaran ni sebab takut penyakit sawan handbag datang balik! No... no... no... tak nak daah... cukuplah apa yang dah ada sekarang. Ada yang under utilize pun. Kecanduan beli handbag ni memang semacam. Lalu depan butik jual bag... sawan datang, cium bau leather pun sawan datang, tengok orang jual handbag online pun kena serangan sawan juga! Bukan senang nak buang saka yang satu ni!
Inilah segala macam harta yang ada dalam handbag aku hari ini... di saat entri ini ditulis.
Barang-barang yang ada biasanya bergantung pada bag yang aku pakai. Semakin besar saiz bag, semakin banyak dan merepek-repek barang yang aku sumbatkan. Kadang-kadang lebih banyak sampah yang aku peramkan - tisu yang dah guna tapi tak dibuang-buang, resit beli barang dari kurun ke-18 dulu, wrapper gula-gula atau coklat (mengalahkan budak kecik..) dan segala macam sampah lagi... kadang-kadang kulit kacang pun ado!!
Dalam banyak-banyak handbag, Coach Kristin dalam gambar inilah yang biasanya aku usung ke sana ke sini tanpa jemu walaupun dah out of fashion... dah out of season sangat pun! Tak kisahlah guna handbag yang dah out of season berpuluh-puluh tahun pun! Yang penting selesa, bag tu tahan lama dan boleh buat lasak! Kiranya berbaloi dengan segala pelaburan dan perut yang terpaksa diikat sebelum tu!
Barang-barang yang biasanya ada dalam handbag :
1. Wallet : ini dah memang wajib. Segala macam benda penting ada dalam tu - IC, lesen memandu, kad nikah (ini paling penting... kot-kotlah ada serbuan ke... hahaha!), kredit kad, touch n go extra kot-kot kad yang disimpan dalam kereta missing kat mana-mana, segala macam membership kad yang tahaphapa dan sedikit RM!
2. Duit syiling/ kunci rumah/ kunci kereta yang aku masukkan sekali harung dalam satu bag kecik supaya mudah dicari dan memudahkan urusan especially waktu security check kat airport. Itupun kadang-kadang teraba-raba sana sini especially bila nak cepat!
3. Blackberry Z10 - Tak senang duduk kot kalau tertinggal handphone. Macam mana nak berwassap, berfb bagai sambil bergossip? Lagipun segala macam nombor telefon, tarikh birthday, info itu ini semua stored dalam tu. Sejak telefon semakin canggih, otak aku pun semakin slow. Susah betul nak ingat nombor-nombor telefon dan alamat tanpa bergantung pada handphone. Nombor telefon rumah sendiri pun aku tak hafal ok!
4. Compact powder/ miniature mascara/ eye liner / sunblock - Kerana diriku begitu berharga! Penting untuk menjaga kejelitaan agar sentiasa mempersonakan. * Jom muntah ijo berjemaah!!
5. Perfume vials - Kebanyakannya aku dapat free bila beli perfume atau makeup. Senang bawak vials yang kecik-kecik ni sebab tak memenuhkan ruang. Botol
besar aku cuma bawak bila pergi outing berhari-hari. Lagipun, nikmat guna barang-barang free ni lain sikit - diri rasa jauhhhh lebih anggun dengan semburan yang lebih harum! Hahaha.
5. Tisu untuk bersihkan apa-apa yang perlu.
6. Pen/ pensil - Kot-kot terserempak Abam Aaron ke... Kapitan Zill ke boleh mintak autograph suruh diorang sign kat belakang baju atau atas tapak tangan. Auwww...
7. Brooch extra in case brooch yang dipakai tertanggal/ hilang/ tak cukup. Belajar dari pengalaman sebab benda ni pernah berlaku dulu. Solutionnya - aku terpaksa guna stapler untuk make sure tudung tak berlari-lari anak!!
8. Tiger balm untuk sapu in case terasa pening-pening lalat. Baupun best dan tak terlalu kuat macam sesetengah minyak angin lain.
9. Sikat extra untuk Mr. Hubby.
10. Sampah sarap - bil-bil lama & tisu yang tak dibuang-buang sebagai pengeras supaya RM dalam wallet semakin bertambah!??!!!
Phewwww.... cukuplah tu kannn?! :)
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
hiks suka yg nom 6
ReplyDeleten nom 10 tuh pun sama ...berhantu sungguh la . Lagi di buang lagi dia ada balik kan ...mmg penggumpul sampah yg tegar hikssssssssss
tenkiu sebab sudi terjah, Moon :) Bab sampah tu memang tak boleh buat apa. Rasa semacam je kalau handbag bersih tak ada tisu, resit bagai :p
Deletewhahhh .. particular sgt , tissue pen mesti ada , kalau sy , harap lahhhh . hehe
ReplyDeleteTisu sebungkus pun kadang-kadang sampai lunyai... lepas tu jadi sampah. Sudahnya berbulan-bulan jadi harta karun dalam bag! :p
Deletelagi besar handbag, lagi banyak nak di isi dalamnya.:-)
ReplyDeleteKaan... Tapi bila bawak bag kecik tak muat pulak nak isi barang. Masa tulah pulak nanti nak guna barang-barang tu... padahal sebelum ni kalau tak guna ok je. Saja je kannn :)
Deleteye kalau pi bercuti , mesti ada juga sunblock
ReplyDeleteKadang-kadang tepek jugak sikit-sikit dalam kereta especially kalau panas terik. * Statement ngada-ngada sangattttttt ek?? :p
Deletebyk jugak brg dlm.beg...kalo lg besar lg byk.la brg ye
ReplyDeleteiye... lagi beso bag... lagi banyak sampahnya! Kes macam saya laa tu :)
Deletemakeup sure ada... wanita la katakan...
ReplyDeleteCABARAN HARI KE-10
hahaha... kannn??
Deletebanyak jugak yeee hehehhehe ni perangai ai masa study dlu neh... sebab tu ada penyakit juga nak beli bag yang tahan lasak... hahhaha
ReplyDeleteSimpan handbag banyak-banyak memang antara penyakit kritikal pompuan kot, rasanya kannn... :))
DeleteSampah tu memang..hehehehe....kadang2 nak carik kunci kereta...raba-raba keluarlah tisu resit segalanya..hehe
ReplyDeleteSampah tu memang wajib ada. Lepas buang semua tu rasa bag macam tak meriah je! :)
Deletemiracle tu....perfume fav saya..hahahaha saya ni gile perfume..terjah blog cabaran cenggini mata dok fokus perfume je...
ReplyDeleteOooo... suka Lancome juga ya? Saya paling suka Oui. Best bau dia :)
DeleteWahh... bnyknya brg Fayreen.. pinjam pen skjp boleh hehee.. :D
ReplyDeleteKhir, ni sikit je Khir. Ada masa tu lagi merapu-rapu! :D
Delete