Wednesday, 21 May 2014

EXPLORING TOKYO : TOKYO DISNEYLAND (DAY 2) - PART 1

Assalamualaikum. Exploring Tokyo - Tokyo Disneyland (Day 2) - Part 1. Walaupun dah termasuk dalam kategori remaja tua (nak juga gunakan perkataan remaja tu! Hahaha), trip ke Disneyland dilupa jangan. Buktinya dengan semangat berkobar-kobar dari Malaysia lagi aku dah siap-siap beli tiket ke sana secara online. Sangat-sangat recommended untuk purchase online ticket ni kerana boleh menjimatkan masa. Jadi, tak perlulah beratur panjang di Disneyland nanti. Cara-cara nak beli tiket Tokyo Disneyland online atau eTicket, harga dan link official website ada kat bawah. Jadilah, silalah scroll dan baca entri ini ya. *hamboiii... paksaan!

Entri sebelum ini :

Exploring Tokyo : The Arrival - From Narita Airport to Hotel Horidome Villa (Day 1)
Exploring Tokyo : Akihabara (Day 1)

My day started early... yelaa pukul 4 pagi (3 pagi waktu Malaysia) matahari dah mula terbit perlahan-lahan. Dah namanya pun 'negara matahari terbit' kaan. Lepas settle apa yang wajib dibuat, pagi-pagi buta pukul 4 tu aku terus buat breakfast. Bunyinya macam buat breakfast yang best-best je padahal aku cuma panaskan air... pastu bila dah mendidih curah air panas dalam mangkuk yang dah siap-siap isi bubur instant Knorr yang kitorang angkut sampai 15 bungkus dari Malaysia! Pukul 4 pagi tu juga breakfast laa kami suami isteri. Rutin breakfast pagi-pagi buta ni walaupun perut cukup-cukup susah nak terima dan lepas tu terus celik sampai ke pagi walhal mata masih ngantuk time tu diteruskan lagi pada hari esoknya bila tiba-tiba aku tersedar... dah kenapa aku ni lurus bendul tak bertempat.... kan boleh jer tidur semula... pastu bila bangun balik kul 7 pagi nanti baru breakfast?! Kan!?? Hari-hari seterusnya... pukul 3 lebih kitorang bangun pastu tidur semula... kadang-kadang pukul 8 baru bangun balik! Hambik!


Baru pukul 4.45 pagi masa ni.

Kalau ikut itinerary, hari ni kitorang akan melawat Disneyland sehari suntuk. Sebab tu jugalah kitorang decided untuk stay kat hotel yang biasa-biasa je macam Hotel Horidome Villa ni - yelaa pagi-pagi kita dah keluar ukur tanah kat Tokyo ni... malam nanti baru balik. Rasa rugi sangat kalau bayar bilik mahal-mahal hanya untuk tidur/ mandi pastu tak utilize sepenuhnya... betul tak? Overall 9 malam kat sini kami cuma bayar RM1,912.93 (USD 601.43)! Dengan location yang sangat startegik dan semua facilities yang ada harga ni memang dah berbaloi sangat rasanya!

Tiket untuk masuk Disneyland ni aku dah siap-siap beli online 2 minggu sebelum terbang ke Tokyo ... memandangkan kitorang pun nak juga pergi DisneySea aku beli 2 Day Passport (11,000 Yen seorang) terus. Normal rate untuk 1 Day Passport 6400 Yen seorang so bila beli 2 Day Pass dapatlah jimat sikit. Ada beberapa option tiket yang lain juga so terpulang pada diri masing-masing. Untuk purchase eTicket korang kena masuk kat website Tokyo Disney Resort (klik link) ... create account dan fill-in semua details yang diperlukan. Nanti kita akan dapat auto notification dari Disney kat email. Clik link yang ada kat email tu untuk activatekan account dan dah boleh purchase eTicket gunakan credit card. Bila payment dah settle nanti print eTiket through webpage Tokyo Disney Resort. Print black & white pun boleh untuk jimatkan toner :) Haa... yang ni penting - jangan lupa bawak tiket ni terbang ke Tokyo nanti! Kalau ada budak-budak meow kat rumah letakkan tiket yang korang dah siap-siap print tu jauh sikit kalau tak nak diorang sabotage. Aku dah terkena hari tu.... bukan tiket Disneyland, tapi complete itinerary... abis hancur lumat diorang siat-siat! :D

eTicket yang sangat comei...

Seperti biasa sebelum ke sesuatu tempat hasben aku study map, check route train semua. Memandangkan Tokyo Station juga within walking distance... kitorang berjalan kaki je ke sana. So tak perlu daah naik train dari Kodenmacho Station  ke Tokyo Station. Dari Tokyo Station kitorang kena naik JR Keiyo Line untuk ke Maihama... pastu jalan kaki ke Disneyland.


Itinerary - Day 2


1.7 km dengarnya macam jauh... tapiii... trust me... dengan suhu yang sederhana - tak terlalu panas, tak terlalu sejuk... dengan angin nyaman yang sesekali menampar-nampar muka (ecececehhhh...) memang tak terasa penat langsung! Banyak yang aku dapat explore berhampiran area yang kitorang stay ni yang juga dikenali sebagai Nihonbashi, area yang dikatakan tengah meningkat naik dan bakal menjadi satu kawasan penting di Tokyo nanti. Along the way, kami lalu kat Coredo - a new modern premise nearby. Nak singgah tak sampai hati sebab tau for sure tertelan-telan ailio tengok harga barang nanti! Hahaha. Kat kawasan ni ada banyak bank which forced me to think mungkin kawasan ni pusat kewangan. Dekat-dekat sini juga ada beberapa bangunan lama yang nampak klasik. Mulalah aku nak start adegan CSI bila nampak ramai Japanese sendiri sibuk nak ambik gambar luar bangunan tu. Sure ada sesuatu kalau macam tu sekali kaan. Tak apa... balik bilik free-free nanti aku nak google apakah bangunan tu sebenarnya... ceh! Kitorang tak ambik pun gambar masa ni sebab tau esok nak lalu sini lagi.

Akhirnya....


Bangunan yang kat tengah-tengah tu laa the other side of Tokyo Station... tu East Exit kalau tak silap. Kita selalu tengok gambar bangunan lama Tokyo Station kan?


Tokyo Station ni memang sangat besar... manusia pun punyalah ramai! Mana taknya segala macam platform... Shinkansen, JR, Metro Subway ada kat sini. NEX yang aku tak jadi naik masa sampai kat Narita Airport tu pun stop kat sini.



Untuk ke Disneyland, pastikan korang follow signage Keiyo Line ke Maihama ni. Memang jauh jugalah kena jalan untuk ke platform.

Dalam train kitorang berdiri dari Tokyo Station jejak sampai Maihama... memang tak dapat duduk sebab train penuh... ramai orang masa tu. Dari dalam train lagi dah boleh tengok macam-macam ragam manusia yang nak pergi Disneyland ni. Ramai yang sporting pakai ala-ala Disney characters. Budak-budak kecik pompuan laa yang best sekali sebab parents diorang pakaikan ala-ala princess.... comelllllll!!! Tiba-tiba aku ternampak reflection diri sendiri kat cermin tingkap train - baju merah menyala... shawl polkadot merah hitam (nasib baik tak merah putih)... hemmmm.... eh, kenapa macam tema Minnie Mouse pulak dah aku ni!

Within 20 minutes tibalah kami di tempat yang di tuju. Masa  ni memang dah excited sangat... hahaha... 'remaja hujung-hujung zaman' macam aku pun excited jugak hokeh... apatahlagi budak-budak! 



Alololoh....


Sebelum sampai kat ticket booth ada beberapa orang staff akan check bag kita dulu. Muka sorang-sorang memang sangat friendly dan manis-manis je air muka diorang. Sambil check bag sambil senyum tu! Sebab tu aku confident je bukak bag... siap beritahu dan tunjuk energy bar dengan mineral water yang aku bawak :)

Sesiapa yang dah purchase tiket in advance tak perlu beratur kat tickets booths. Korang proceed saja kat park entry... macam kes aku ni tunjukkan eTicket, nanti staff Disney kat entrance tu akan scan... kemudian boleh terus masuk. Korang jangan lupa mintak Guide Map Tokyo Disneyland masa kat sini.


Minah ni datang dari mana tah... terus interprem!



Masa ni Mickey & Donald Duck ada nearby to welcome visitors. Aku dah aim nak pergi terjah lepas posing ni. Mickey Mouse tu aku so-so je... tapi Donald Duck memang pujaan hati aku masa kecik... dah macam childhood crush korang tau! 


Tu... nampak montot putih gebu Donald Duck tu!!


Lepas main entrance kita akan terus masuk kat World Bazaar. Kat area ni banyak shops. Dah sampai kat sini baru teringat plan nak serbu Donald Duck tadi. Nak berpatah balik malas... lagipun for sure dah ramai orang beratur nak bergambar dengan Donald *tepuk dahi sendiri!*


Dari World Bazaar dah boleh nampak castle ni. Cantik!!! 



Mickey & its creator - Walt Disney.

Disebabkan Disneyland Tokyo ni punyalah luas kenalaa refer map dan plan area mana kita nak pergi supaya tak ada tempat yang tertinggal. Rugi oooo.!! Kitorang terus ambik route sebelah kiri menghala Adventureland. On the way ke sini kat kiri kanan jalan banyak kiosk jual popcorn & aiskrim.


Tetiba nampak ni - Pirates Of The Caribbean depan mata. Kat Pirates of the Caribbean ni kita kena naik boat ke hideaway lanun-lanun ni dan tengok kehidupan diorang. The whole journey ambik masa lebih kurang 20 minit. Performance ni in English so tak ada masalah untuk kita faham. Kat dalam ni pirates tu semua melalut-lalut menyanyi tah apa-apa n suka-suka je nak tembak-tembak kita. Ride ni not bad laa juga... tak boring macam Madagascar Crate Adventure kat USS tu. 


Sebahagian dari harga karun pirate... Kat dalam ni gelap.. kalau nak ambik gambar susah sikit sebab boat gerak-gerak. Gambar ni pun aku extract dari video yang hasben aku ambik.



Anjing ni macam syaitonnn korang tau tak. Dia ada kunci untuk lepaskan 3 orang manusia tu dari dalam cell... tapi dia saja acah-acah tak nak beri kunci tu. Macam-macam method 3 ekor makhluk tu gunakan untuk pujuk anjing tu tapi tak berjaya. Terketik-ketik ekor dia ngenakan  orang tu... comel sangat!


Haa.... finally... Captain Jack Sparrow! Dia dalam keadaan ting tong seperti biasa!


Close-up sikit....


Kat Adventureland ni ada Jungle Cruise, Western River Railroad - naik steam train macam zaman-zaman dulu tu & The Enchanted Tiki Room - ni involving performance dengan Hawaiian background.



Western River Railroad - salah satu cara terbaik untuk korang relax naik train sambil explore dan tengok pemandangan yang cantik kat kawasan Adventureland, Critter Country & Westernland. 


The so-called perkampungan Red Indian.



Melintasi Rivers of America... cantik gila pemandangan kat sini.


Syok naik train ni! Rasa klasik je :)


Dari sini kita boleh nampak Tom Sawyer Island... tengok macam mana berdisplinnya orang-orang Jepun ni... stroller elok je tersusun kat tepi tu...


Along the way boleh 'jumpa' dinosaur juga!



Lepas naik Western River Railroad kitorang duduk kat bawah-bawah pokok kat tepi-tepi bench. Banyak tempat yang kita boleh duduk sambil munch bekal :) Masa ni dah tengahari sikit so dah mula terasa panas. Orang pun ramai gila time ni.


Sambung berjalan... ambik apa-apa gambar yang patut...


Haa tengok! Punyalah gigh diorang beratur panjang-panjang nak naik Big Thunder Mountain tu... Ride ni dikira adventure sikit compared dengan ride yang lain-lain.


Dah sampai sini laju je kitorang berjalan sebab tak sabar nak naik Mark Twain Riverboat. 


Haa ni dia boatnya! Masa kecik-kecik selalu tengok boat ni dalam rancangan Disney. Masa tu rasa macam only in my dreams je laa kalau dapat naik pun! :) Gigih aku beratur sebab tak menyabar nak naik... tak bergerak seinci pun dari queue sebab takut orang potong queue :p Best ke naik boat ni!?? Mestilah best sebab ni wishlist aku masa kecik-kecik lagi! Seriously pemandangan dari atas boat ni memang breathtaking... cantik sangattttt! 

Panjang sangat dah entri ni. Banyak lagi pasal Disneyland aku nak share dengan korang - gambar-gambar scenery yang breathtaking dari Mark Twain Riverboat,  Hippity-Hoppity Springtime Parade petang tu, interactive display yang sangat cantik kat Cinderella's Castle...tu belum lagi interior castle dia... memang ooh la la! Cantikkkk!!! Semua tu aku share kat next entri ya... Sebelum tu nak share satu short video yang sempat kitorang ambik masa visit Cinderella. Have fun...

Next entri --> Tokyo Disneyland (Part 2)



-lotsa luv-
Fayreen Mizan-











8 comments:

  1. Kitorang xmasuk castle tu sebab queue punyalah panjang rasa nak pengsan kalau join. Dah lah sejuk gigil. Cepat update, nak tengok macam interior castle tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie, ni tengah gigih menyusun ayat konon- kononnya! :p

      Delete
  2. Bestnya dpt pegi disneyland. Time Jm dulu dorang nk pegibUSJ so follow je lah sekali x best langsung lebih kurang USS je apa yg ada di USs ada DI USJ pastu ada citer x best pasal USJ nih nanti Jm kongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best JM kat sini! Ntah berapa km kitorg jalan kat sini... balik hotel baru terasa kaki lenguh! Kita ni mmg ada je alasan kukuh utk repeat visit Japan ek? Hehe...

      Delete
  3. Disneyland tokyo belum sampai lagi saya.. melihat gambar2 tu nampak sungguh menyeronokkan.. best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah Khir, terus jadi budak-budak balik bila datang sini :)

      Delete
  4. Best nyerrrrr..........ntah bila lah dapat sampai :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Hadirah,
      nanti sampai jugalaa tu, ya :)

      Delete