Wednesday 27 May 2015

Kek Lapis Yang Lazat Dan Sedap Sehingga Menjilat Jari Untuk Tempahan Hari Raya Aidil Fitri 2015!

Assalamualaikum,

Kek Lapis Yang Lazat Dan Sedap Sehingga Menjilat Jari Untuk Tempahan Hari Raya Aidil Fitri 2015 - haa, ambik... sampai macam tu sekali tajuk entri! Mesti ramai tercari-cari kek lapis yang gebu, sedap, halalan toyyiban, menggunakan bahan-bahan bermutu dalam adunannya dan sekaligus berbaloi dengan RM yang dah dilaburkan, betul takkk? Kadang-kadang tu dah beli mahal-mahal, sekali rasanya hampeh.com.... woih... frust gila kot. Dahlaa ada masanya baik yang coklat.. baik yang strawberry rasanya sama tak ada beza pun. Satu adunan ke hapa? Appearance je lain. Sakitnya tuh di sini bila terkena macam ni!

Tapi, kek lapis yang akak nak rekomenkan ni tak macam tu ya uols. Yang ini sedap dan terasa flavournya, lembut, moist.. highly recommend laa pendek katanya! Teratak Ratuhati ada macam-macam jenis kek lapis yang gebu dan yummeh untuk Hari Raya nanti. Akak dah rasa almost 50% kek-kek lapis keluaran Teratak Ratuhati ni. Infact bila Hari Raya memang tempah kat sinilah... sebab tu berani cakap semuanya finger licking good belaka. Memang puas hati. Kalau flavour cheese tu memang terasa cheesenya yang lemak... kalau flavour coklat lak terasa-rasa kesedapan coklat tu dalam mulut ni. Nyum... nyummm... nyummmm.

Naah... warm-up dengan sekeping, dua gambo dulu...


Cantik menarik tertarik dan menggoncang iman, kann? Berminat?? Read on.... Tempahan untuk Aidil Fitri tahun ni dah dibuka dari sekarang hingga 1 Ramadhan nanti bagi delivery sebelum Raya. Kalau terlewat melepaslah korang nak beraya dengan kek lapis yang sedap ni. Tapi, kalau untuk open house atau makan sendiri lepas raya boleh je place order anytime. Cuma delivery akan dibuat lepas puasa bergantung pada tarikh majlis koranglah nanti. Paham maksud akak kan... ke caner. 

Meh akak sajikan korang dengan koleksi kek lapis Teratak Ratuhati. Bersedialah dengan 2,3 kotak tisu untuk lap ailio yang menjejes-jejes keluar sekejap lagi. Sebelum tu akak kena baca doa pendinding diri dulu sebab bila bab-bab kek ni aku lemah semangat! Kang tidur malam termimpi-mimpi kek lapis macam mana?! "Ya Allah... perkenankanlah doa kudusku ini... tabahkan hatiku menghadapi cobaan demi cobaan dari kek-kek lapis ini. Aaminnnnnn...." *Puh kiri... puh kanan hembus-hembuskan screen laptop!

Disclaimer :
Tuan blog tidak bertanggungjawap atas sebarang gangguan perasaan, kehilangan daya fokus atau bunyi-bunyi pelik yang keluar dari perut disebabkan aksi-aksi seksi meksi kek-kek yang gebu-gebas dalam entri ni!!

Terliur sudaaaa... 

Kek Lapis Asam Manis

Lembap dan sedap dengan lapisan asam manis.

Ukuran : 8 x 8 inci  Berat : 2 kg
Harga : RM75
Mini Pack : RM35

Lapis Betawi @ Lapis Rempah

Ukuran : 8 x 8 inci   Harga : RM75

All time favourite akak ni. Aku kan suka benda-benda yang old skol dan klasik ni. Lapis Betawi ni seriously sedap ya. Terasa-rasa adunan rempahnya. Hurmmm.... *tarik tisu yang pertama!

Lapis Blueberry Cheese
Ukuran : 8 x 8 x 2.5 inci   Harga : RM80

Lapisan kek mengandungi isian blueberry yang lazat serta parutan cheddar cheese yang lemak berkrim. Yummeh! *Tarik selai lagi tisu...

Kek Lapis Cadbury.

Kek Lapis Cadbury ni satu lagi best seller Teratak Ratuhati! Kek ni memang kaya raya dan mewah sungguh dengan coklat. Setiap gigitan pasti terasa coklat yang lazat. A must for chocolate lovers! *Tarik 3 helai tisu sekaligus!

Ukuran : 8 x 8 inci   Harga : RM80

Monday 25 May 2015

Perfume Original Dengan Harga Yang Murah Dari Kaila Parfum!

Assalamualaikum,

Tengah mencari-cari dan tercari-cari perfume orginal dengan harga yang murah?? Baca entri ni sampai habis sebab hakak Pay ada jawapannya. Korang boleh dapatkan perfume kegemaran masing-masing dengan harga yang amat murah dari Kaila Parfum! Yang penting semua minyak wangi yang dijual memang original. Hanya 100% authentic perfume saja yang dijual. Tak ada yang clone... tak ada imitation. Dengan harga yang ditawarkan nak beli minyak wangi banyak-banyak untuk buat mandi pun boleh!

Nak beli satu, dua unit untuk stok Hari Raya pun ok sangat ni. Haruslah nak berwangi-wangian nanti, kann? Lagipun bulan Ramadan nanti, dah boleh fokus untuk expenses lain pulak especially kuih-kuih Raya yang beli berbalang-balang. Lagipun tengah musim harga barang mahal nak mampuih ni kita kenalah selektif dan bijak dalam berbelanja kannn? Kenalah berikan priority pada barang-barang penting saja... yang biasa-biasa tolak tepi... kena keluarkan dari troli masuk list KIV dulu.  Tapi, kalau perfume dah yilek tak kanlah itupun nak dimasukkan dalam list KIV juga? Habis, tak kanlah tak berganti dengan minyak wangi baru dan biarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan tu bermaharajalela. No... no... no! Nehiiii...


Yang bestnya sempena pembukaan IG storenya, bermula 23 - 29 Mei 2015 ni setiap pembelian 4 unit perfume akan diberikan 1 unit lagi secara percuma!!! Memang boleh bertukar-tukar sembur perfume lain-lain dan melangkah dengan penuh yakin dari hari Isnin - Jumaat laa nampaknya. Hari Isnin sembur Lady Million satu badan... hari Selasa pulak sembur Tresor... hari Rabu sembur J'adore... hari Khamis guna Daisy by Marc Jacobs... hari Jumaat pulak Gucci Envy Me. Waah.... macam diva sangat... I loike. Tapi macam akak ni, kalau datang angin tak betul tu, perfume laki aku pun aku tenyeh.

Untuk order atau sebarang pertanyaan boleh whatsApp ke 011-32320201 atau follow instagram @kaila.parfum.

Ok ladies... hold your breath. Mari kita cuci mata dengan sebahagian perfume yang ada.....

Bright Crystal by Versace - RM179.00 (90 ml)

My Burberry - RM179.00 (90 ml)

Versace Pour Femme - RM179.00 (50 ml)  

Beautiful by Estee Lauder - RM179.00 (75 ml)

Glamourous by Ralph Lauren - RM179.00 (100ml)

Tresor by Lancome - RM179.00 (100 ml)

Perfume kegemaran akak sejak zaman-berzaman lagi ni. Bau rempah-ratusnya yang memukau membuatkan akak rasa confident dengan diri sendiri sepanjang hari. Rasa berkuasa... rasa seolah-olah donia ini dalam genggaman. Orang nak kata perfume ni old skol sangat dah biarlaaaaaahhhh! Yang palingggg penting -  I FEEL SO SEXY AND I KNOW IT!! Bahahahaha.

 Black XS by Paco Rabanne - RM179.00 (80 ml)

Thursday 21 May 2015

Healthy Diet Katanya - Sisters Crispy Popiah.

Assalamualaikum,

Popiah ranggup yang krap krup... krap krup bila dikunyah dan berintikan chicken ham bersama sayur-sayuran segar yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan, anyone??? Erk... carrot, timun, taugeh dan sengkuang tu dalam kategori sayur-sayuran ke caner? Sayurlaa, kan?

One fine day haritu, lepas selesai semua urusan Seri Paduka Baginda sementara menunggu waktu untuk dating dengan Mr. Hubs, akak berjalan-jalan cuci mata dulu kat Sogo. Dari tingkat 1 sampailah ke Food Court tu abis aku pusing. Memang melawat kawasan sungguh!

Bila dah nampak kiosk-kiosk jual makanan perut ni pun apa lagi. Riang-ria lah dia berkeroncong. Tekak ni pun sama naik... mulalah ngada-ngada nak makan macam-macam. Itu nak... ini nak. Nampak sizzling noodle terliur... popiah pun teringin... yong tau foo nak... even tengok lauk-lauk nasi campur pun rasa macam menitik-nitik ailio. Menyampah... malas aku nak layan! Seksa hokeh berada dalam situasi ni. *Padan muka haku!!

Setelah ditimbal balik, I opted for popiah. Konon-kononnya setakat nak alas perut sementara nak tunggu hubs sampai.... tapiii dah kau beli 2 rolls terus, alas perut apa namanya tu Fay oii??! 


Crispy popiah with chicken ham and cheese.

Sedap memang sedap... sebab tu satu roll tu cepat je habis kot! Tapi, kalaulah cheesenya lebih banyak mesti bertambah-tambah lagi rasa yummehnya.

optional chicken ham, cheese, crabsticks or prawns fillings. - See more at: http://www.jomjalan.com/listings/sisters-crispy-popiah/#sthash.aYft
optional chicken ham, cheese, crabsticks or prawns fillings. - See more at: ht
Selection fillings lain yang ada - crabstick dan udang.

Monday 18 May 2015

Senja - Menyulam Kasih Di Tepian Pantai.

Assalamualaikum,

Tajuk entri kemain bunga-bungaan yang kembang setaman kekdahnya. No... no...no... not me... so not me! Hahaha. Tapi, why not. Ok juga sesekali melayan saki baki jiwang karat yang ada dalam jiwa :p

Ini cerita weekend yang lepas. Sebenarnya, kami laki bini tak ada specific program untuk ke mana-mana. Tapi, bila dah memerap kat rumah, rasa panas punggung pulak. Jadi, petang tu kami merayap saja tanpa tujuan. Mula-mula nak ke Genting Highlands. Tapi sebab baru sangat ke sana weekend sebelum ni, kitorang tukar direction ke Bagan Lalang, Sepang.

Tahun ni saja dah lebih 10 kali kot kitorang berulang-alik ke sini walaupun kalau diikutkan jaraknya bukanlah dekat dengan rumah pun. As we are staying in KL, tetap kena travel selama 1 jam setengah untuk sampai. Selalunya, kitorang exit dari Bandar Baru Bangi kemudian lalu jalan kampung ikut  route Dengkil - Sepang. Dannnn... kitorang ke sini juga tak semestinya sebab nak makan seafood. Kami ke sini lebih untuk leisure. Maklumlah laki bini pencinta alam yang tegar kononnya. Kalau bernasib baik, dapatlah tengok sunset yang cantik... kalau tak ada rezeki, setakat duduk tepi pantai sambil menghadap laut yang terbentang luas pun dah heaven sangat rasanya.

Dannnnn.... kedatangan kami semalam disambut oleh cuaca yang suram. Maka, gambar-gambar pun suram jugalah kekdahnya. Yang penting dalam hati tuan belog ada taman yang berwarna-warni especially tengah musim-musim celebrate wedding anniversary sendiri ni. Ngee!

Walaupun suram, tapi udara sangat fresh. Baru lepas hujan kot rasanya.

 

Sunset pun tak berapa menjadi. Cuma nampak biasan cahaya dari matahari yang bersembunyi di sebalik awan.

Thursday 14 May 2015

Stress Buster!

Assalamualaikum,

Salam meow-meow untuk semuaaaa... you... youuuuu and youuuuu... ya... the one yang tengah betul-betulkan shawl instant Loofa kaler pepel tu!! Senang betul pakai instant shawl ni kann... tak kiralah apa brand pun. Serkupkan... adjust sikit biar ngam dan teletak kat kepala... pusing-pusingkan dan kemaskan apa yang patut.... tak sampai berapa minit,  siap!! Eh, tapi ada masanya lama juga akak menghadap cermin tapi masa menunggu Mr. Hubs kuranglah sikit dibandingkan dolu-dolu. Kesimpulannya, belikanlah I instant shawl banyak-banyakkkk! Hahaha. 

I witnessed yet another miracle selepas Subuh tadi. Hazel the cat beranak lagiiii! Padahal anak dia yang kecik sekali tu baru 4 bulan lebih. Abis, nak buat macam mana? Apalah daya upaya akak nak kawal kehendak dia yang satu tu? Dapat cucu baru ni kira rezeki juga. Memandangkan kitten pun baru 2 ekor je yang keluar sehingga pukul 8 pagi tadi, cerita pasal kittens terbaru ni akak story mory kemudian la ya. Kira siaran tertunda laa kekdahnya. 

Memandangkan hari ni pun dah hari Khamis, sure ramai yang dah menghitung hari tak menyabar tunggu weekend. I feel you. Macam akak ni, kadang-kadang bila hari Khamis je mulalah terasa susah nak bangun bukak mata pergi kerja. Bukan malas, tapi badan dah rasa letih. Otak apatah lagi especially bila memory dah overload. Tu yang ada masanya macam ngong sikit. Eh, bukan ngong 24 jam sepanjang 365 hari ke.???!! 

Apa-apapun, campakkan stress atau segala macam rasa tak syok korang tu ke tepi. Baling jauh-jauh sikit. Meh akak belanja video yang garenti boleh buatkan korang menyengih semula. Sebelum tu... pssttt... pandang kiri kanan dulu tengok boss ada tak. Pastu speaker tu slowkan sikit. *Matilah ajar staff orang lain buat jahat. 



Credit : YouTube

Hahaha. Rasa nak goreng seko-seko. Inilah juga yang akak hadapi bila nak mandikan budak-budak kat rumah ni So far, yang tak takut air cuma Aboo Bakar dan Cik Carol je. Itupun ikut hangin. Kalo mood tak ok, jangan cuba-cuba ya... bersilat gayunglah korang dalam bilik mandi tu nanti! Apa-apapun I lurveeeee my cats and I love myself as well. Eh! Motip??




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Sunday 10 May 2015

Drama Di Malam Hari!

Assalamualaikum,

Nampaknya weekend kali ni penuh dengan drama. Baru sekejap ni TomKat the cat meow meow pulak jadi pemegang watak utama. Sebenarnya akak dan hasbeng baru saja turun dari Genting Highlands. Sampai saja rumah tadi, cuma kunci pintu je dulu. Akak inform hubs lepas beri budak-budak makan wet food nanti (I'm referring to the cats, of koz) I'll take care of the grill, etc. 

Lepas beri diorang makan, masa nak lock grill tiba-tiba si Tom melompat keluar kemudian terus pergi rumah jiran sebelah. Ok fine... walaupun ni agak abnormal akak diamkan je. Tom ni kucing indoor yang tak pernah merayap lebih 10 langkah dari rumah! 99.9% masa Tom memang dalam rumah saja.. Seumur hidup dia, pijak tanah pun baru beberapa kali je kot. Bagi Tom, rumahku... syurgaku, gitu!

Dah nak dekat 2 tahun bela Tom ni, jadi akak dah masak dengan peel dia. Semua dalam poket mamalah, Tom. Auta-auta tu semua aku dah boleh baca. Bila mood nak mengawan dia datang pun aku boleh tau. Macam malam ni, buat peel pelik-pelik ni tanda-tanda besar nak mengawan lah tu! Jadi, sebagai seorang ibu yang memahami naluri anak-anaknya yang sedang meningkat dewasa, akak  tabahkan hati lepaskan Tom kat rumah sebelah. It's about time dia cuba explore kawasan-kawasan berhampiran. Ku panjatkan doa kudus semoga TomKat bertemu jalan pulang serta gadis yang menepati citarasanya. Eh??! 

Rupa-rupanya tak sampai 5 minit Tom dah menggelupur nak masuk dalam rumah semula. Jadi, terpaksalah aku unlock apa yang patut. Yang si Tom ni pulak tak menyabar. Baru akak nak unlock mangga grill sedar-sedar dia dah masukkan kepala dia kat celah-celah besi grill. Sudahnya, kepala dia tersangkut kat celah-celah besi tu!!! Lagilah dia menggelupur panik. Sakit tercekik pun ya juga tu kot. Siap menjerit-jerit lagi. Aku dah takut tapi buat-buat berani.

Hubby pulak masa tu masih kat dalam toilet. Sementara tunggu dia, akak kena buat apa yang terdaya dulu. Kenalah coolkan Tom yang tengah meronta-ronta.. pujuk-pujuk dan usap-usap dia. Masa tu Tom pulak dah terjelir-jelir lidah!! Wei.... panik akak ok... panik. Terus terfikir nak lumur minyak kemudian tarik je badan Tom lepas tu. Tapi kalau tercabut pulak kepala kucing tu nanti, macam manaaaa??? Sambil-sambil tu akak cuba renggangkan besi tu. Keras nak mampuih pulak. Dah terfikir nak telefon Bomba dan Penyelamat je mintak tolong gergajikan besi tu. Tapi sebelum tu cuba.. cuba dan cuba lagi. Alhamdulilah akhirnya badan Tom boleh get through juga. Haish... legaaaaaaaa! 

Masuk-masuk dalam rumah Tom terus duduk atas sofa dengan muka blur. Dia konpius kot. Rasanya memang dia terus serik nak keluar rumah dah lepas ni. Memang sampai ke tua lah Tom duduk dalam rumah je nampaknya. Ni elok je dia tidur dengan mulut ternganga-nganga. Haish Tom, nasib baiklah tak ada apa-apa tadi. Kalau tak mama Fay kena buat tahlil 3 malam berturut-turut!!!





-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Bersenggol-senggolan Di Federal Highway.

Assalamualaikum,

Insiden ni berlaku hari Jumaat malam Sabtu hari tu - cerita ni taklah sepanas bun yang baru keluar dari oven (ummm... sedapnya makan panas-panas. Letak pulak salted butter yang lemak berkrim... lagi ummphh!). Gini, kitorang laki bini dalam perjalanan dari KL ke Port Klang demi memenuhi tuntutan tekak dan perut yang meronta-ronta minta diisi dengan seafood di Tanjung Harapan. Plus, akak sendiri pun malassssss nak masak untuk dinner kelmarin. Jadi, bila hubs beri idea makan kat luar, memang hip hip hooray sambil pegang pom-pom tinggi-tinggilah haku!

Sepanjang-panjang perjalanan kat Federal Highway tu punyalah banyak kereta... tapi taklah sampai ke tahap jammed. Kereta masih boleh bergerak lancar dengan kelajuan sederhana. Tapiiiii..... lepas Shah Alam dekat exit I-City onwards, jammed teruk sungguh. Jammed dah macam nak balik beraya. Kereta cuma boleh bergerak beberapa kilometer je sejam kekdahnya. Jalan sikit, brek...jalan brek.

Akak memang seriau kalau terperangkap dalam jammed macam tu. Takut kita tak sempat brek terlanggar vehicle yang ada kat depan satu hal. Takut yang kat belakang kita tak dapat control kenderaan pastu tersondol montot kereta kita yang gebu pun iya. Paling takut kalau kenderaan yang besar-besar macam bas atau lori betul-betul kat belakang akak. A few months back kan ada beberapa incident lori hilang kawalan terus seret kereta yang ada kat depan.Tu yang takut.

Tengah-tengah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dekat-dekat area Bukit Raja, tiba-tiba kedeboom.... bonet kereta kitorang kena langgar! Sebagai co-pilot sempatlah juga aku jeling side mirror. Nampaknya ada gap antara kereta kitorang dengan kereta di belakang... jadi bukan kereta kat belakang laa yang sondol kitorg. Aku konpius sekejap. Dahlah stress management aku ni out. Nasib baik hubs jenis cool. Kalau dua-dua orang sama naik kalutnya???

Rupa-rupanya kitorang kena sondol dengan motosikal kat bahagian bonet side driver. Yang bagusnya, motorist yang melanggar tu tak lari. Dia datang kat tingkap dan 'menyerah' diri kat hubby. Amboi ayat - menyerah diri tu! Aku suka cara dia ni. Bertanggungjawap dan tak cuba lari dari masalah.

Bila tengok muka yang melanggar tu timbul rasa kesian pulak. Pucat ok muka dia. Mungkin terkejut kot. Terus Kak Pay lupakan hasrat nak keluar dari kereta sambil hayunkan stering lock. Nak angkat-angkat kening macam kak Ziana Zain pun tak jadi.  Seriously memang kesianlah. Nasib baik hasbeng pun ada perasaan yang sama. Walaupun lampu kereta pecah tapi kitorang tak sampai hati nak mintak compensation. Lagipun dia bukan suka-suka sondol. Nampak gayanya adik ni macam student. Lagilah tak sanggup nak claim apa-apa. Biar lah dia gunakan duit PTPTN yang dia dapat untuk belajar.

Andai kata dia dah bekerja, tak apalah. Kitorang halalkan. Lagipun minor problem sangat tu. Bukanlah nak kata kitorang banyak nau duit tapi fikir secara positif syukurlah tak disondol oleh kenderaan berat dengan impak yang berkali-kali ganda lebih teruk. Ada hikmahnya tu. Mungkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Passat mungkin??? Lalalala. Padahal meremang bulu roma tengok harga Passat ni walaupun I loike especially yang berwarna hitam sebab nampak macam mafia!

Dipendekkan cerita, kitorang teruskan perjalanan dan merealisasikan misi mengisi perut dengan jayanya. Apa-apa yang mengganggu fikiran kitorang lontarkan jauh-jauh dan makanlah kami laki bini dengan lahapnya. "Hah.. lampu kereta? Kenapa dengan lampu kereta??" - lebih kurang macam tu lah kitorang masa tu sambil tambah 3, 4 pinggan nasi lagi. Kami suami isteri sepinggan sorang... yang lain-lain tu untuk belaan masing-masing. Eh????



-lotsa luv-
Fayreen Mizan.





Thursday 7 May 2015

Langkawi Trip - LIMA '15 (Part 3 - Afternoon Session)

Assalamualaikum,

Kita sambung terus dari entri sebelumnya di SINI.

Lepas lunch, dalam keadaan kenyang perut suka hati kitorang rush semula ke kawasan belakang Langkawi Airport. Memandangkan masih ada dalam 10 minit sebelum aerobatic show sebelah petang bermula, dapatlah tawaf area terdekat sambil 'pasang antenna' perhati sana sini kot-kot ada spot lain yang lebih best lagi untuk ambik gambar. 

Nearby ada a few canopy yang rasanya mungkin disediakan oleh organiser LIMA '15. Kalau setakat nak tengok air show saja memang ok sangat duduk bawah canopy ni sebab berbumbung... jadi tak perlulah berpanas berjemur bawah matahari yang terik macam kami ni. Tapi, kalau bertujuan nak ambik gambar not recommend sebab view agak limited. Alaa, 2 tahun sekali berpanas apa salahnya kann. *Ayat penyedap hati sebab akak discover lepas balik Langkawi ni tangan dah berbelang macam zebra. 

Maka, kembalilah kami kami ke jalan yang benar iaitu port asal pagi tadi. Memang bermaharajalela sakan conquer spot yang terbaik sebab tak ada orang lain kat sini masa kitorang sampai. Dah beberapa minit kemudian baru 2,3 orang foreigner rasanya Japanese datang dengan kamera dan lens hebat masing-masing. Terus terasa sesungguhnya diri ini memang kecil molek balik bila melihatkan kecanggihan kamera diorang tu.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 2.45 petang ngauman jet mula kedengaran. Nampaknya Al-Fursan dari UAE started the afternoon show. Hubs tetap petik-petik kamera walaupun banyak gambar Al-Fursan yang dia dapat ambik semalam. You can't get enough of them... gitu lebih kurang dia mengomong dalam bahasa Jawa.

Dan akak.... seperti biasa diamanahkan untuk ambil video. Ada video yang ok. Yang tak ok pun sama banyak! Mana taknya, kelibat jet cuma 2,3 kali je nampak kat frame, kemudian selebihnya cuma nampak langit dan bunyi jet berdentam dentum! Jetnya ilek. Elemen kreativiti yang hebat lagi kritis namanya tu. Naik kecut perut aku bila tengok video yang tahapahapa tu. Sakanlah convincekan hubby susah nak capture maneuver jet-jet tu laa.... silau sampai tak nampak jet bergerak hala mana laa... video cam tak user friendly laa. Hahahaha. Eh, tapi memang mencabar nak ambik shot jet yang bergerak laju ni. Dengan badan-badan akak sekali berpusing!

Dipendekkan cerita (lagiii...),  jom tengok gambar-gambar aerobatic performance yang sangat hebat dari Al-Fursan buat kali kedua. Rasanya kalau persembahan berpasukan, inilah performance yang best. Show dari J10 August (China) pagi tadi pun best tahap terlopong-lopong mulut dibuatnya , tapi Al Fursan ni lebih hebbbbbat lagi. Da bomb dan ada kelas yang tersendiri!





Oblique, vertical turn, displacement rolls, Split-S, spirral - segala macam maneuvers ada dalam performace Al-Fursan. I learned all the terms from hasbeng as I knew none!! Tapi, tak tahu which is which. Nak tanya banyak kali takoootttt... nampak nau ilmu baru susah nak lekat kat kepala!

Tenat Sangat Dah Ni....!

Assalamualaikum,  

My lappy went kaput... ting tong tahap tenat sangat daah. Pandai pulak dia pilih masa untuk rosak lepas GST ni. Uwaaa sangat tau. Kenapa tak rosak bulan Januari... Februari atau Mac ari tu?? Why now... why.... whyyy??? Ni akak dok fikir nak repair atau buat bodo je dulu. Nak beli yang baru memang taklah kot. Jadi, buat sementara waktu ni lenjan laa lappy Mr. Hasben buat macam lappy sendiri dulu tanpa rasa bersalah. Tapi, laptop dia pulak punyalah slow! Uwaaa sekali lagi sambil meratapi nasib diri di tepi tangga di tengah-tengah malam ni. Untung-untung ada yang 'teman' duduk sekali kat sebelah!!! Eh, choi sangat statement tu!!!! 

How and what to do? Terpaksalah bertabah menghadapi segala cabaran yang mendatang (cehhhh...). Nak beli apa-apa memang kena fikir panjang sebab harga barang-barang sekarang amatlah kus semangat! Tak boleh main grab kemudian terus bayar kat kaunter. Sebelum beli apa-apa bukan saja kena buat comparison harga cari yang lebih murah tapi kena pertimbangkan  juga kuantiti dan kualiti barang. Kalau betul-betul perlu tahap super important barulah boleh masuk trolley. Kena rajin juga survey harga barangan di kedai A vs kedai B, C, D dan sebagainya. Sambil-sambil menjoyah dengan kawan-kawan group WhatsApp boleh juga tukar-tukar info pasal harga barang terkini kat kedai-kedai tertentu. Jimatlah sikit masa dan tenaga tanpa perlu ukur tanah ke sana ke mari... kannn? :p

Tapi, walaupun harga di kedai B lebih murah tapi kalau jarak untuk ke sana berpuluh-puluh kilometer pun tak guna juga kot. Petrol consumption saja dah berapa ringgit... Itu tak masuk tol lagi. Kita perlulah bijak mengawal perbelanjaan dan mengambilkira kos-kos lain juga. Tak gitu? 

Memang sejak GST implementation ni, terasa sakit jugalah poket ni. But, what to do? We have no choice, it seems. Like it or hate it, we have to control our 'splurging' habit. Be more selective in making our decision maybe? 





-lotsa luv-
Fayreen Mizan-