Wednesday, 25 June 2014

EXPLORING TOKYO - UENO ZOO : MEETING THE PANDAS! (DAY 4)

Assalamualaikum,

Hari ke-4 di Tokyo ni kitorang mulakan dengan melawat saudara mara di Ueno Zoo! Sebenarnya aku masukkan Ueno Zoo (恩賜上野動物園 Onshi Ueno Dōbutsuen) dalam itinerary sebab zoo ini terkenal dengan giant pandanya - Ri Ri dan Shin Shin. Aku tak pernah tengok panda sebelum ni so ini memang satu peluang baik untuk merealisasikan salah satu wishlist - terus keluar ayat formal! Kebetulan masa aku pergi admission ke zoo adalah free sebab ada sambutan Greenery Day atau Midori no Hi yang disambut pada 4 Mei setiap tahun. Jadi dapatlah jimat 600 Yen seorang untuk admission! :) Greenery Day merupakan national holiday yang disambut sebagai tanda terima kasih kepada alam semulajadi yang telah banyak memberi manfaat kepada manusia. Untuk dapatkan lebih info pasal Greenery Day, klik SINI.


Itinerary untuk hari ke-4

Sebelum tu, pada mereka yang baru saja singgah di blog ni boleh baca entri trip ke Tokyo yang lepas-lepas kat link di bawah. Eh... lupa pulak nak ucapkan selamat datang! :)

Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara 
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1) 
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1)  
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)

Dari Hotel Horidome Vila kami berjalan kaki ke Kodenmacho Station yang tak sampai 5 minit dari hotel... kemudian terus purchase tiket untuk ke Ueno Station (170 Yen/ seorang) kat machine. Sampai ke sudah kitorang beli tiket kat machine je dan tak jadi purchase Suica atau Pasmo Kad.


@ Kodenmacho Station

Aku ni selalu terperangkap dalam adegan-adegan macam ni. Dah tau nak pergi zoo time tu lah jugak pakai baju belang-belang... kang orang kata macam zebra, aku sentap! :p


Map dari Ueno Station ke Ueno Zoo.

Tak susah untuk menuju ke Ueno Zoo dari Ueno Station. Ada banyak signage along the way, kita cuma perlu ikut signage menghala ke Ueno Park sebab untuk ke zoo kita kena lalu Ueno Park dulu. Kalau ikut Google map kat atas, ada 3 pilihan route untuk ke Ueno Zoo. Terpulang pada diri masing-masing nak pilih route yang mana sebab jarak kesemuanya lebih kurang sama.


Cute... display di salah sebuah kedai dalam perjalanan ke Ueno Zoo. Kebanyakan kedai gunakan display patung-patung panda sebagai simbol panda yang ada di zoo yang terletak berdekatan.


Dah alang-alang memang kena lalu Ueno Park, sambil-sambil tu kitorang stop sana sini sambil explore apa yang patut. Kitorang pergi ke Jepun ni dah lepas musim sakura jadi memang tak ada peluang nak berhanami bagai kat sini.  Instead of flower viewing, we changed it to 'people watching'. Kita nak sama-sama jadi orang yang positif kaan... so, kita tak perlu regret apa yang kita terlepas, kita kena think forward dan bersyukur dengan peluang lain yang diberikan.  Tu dia, sesekali hakak berfalsafah!


Ueno Park ni sangat luas. Selain daripada zoo ada beberapa buah shrine dan muzium di sini- Tokyo National Museum, Tokyo Metropolitan Museum of Art, National Museum of Nature and Science, National Museum of Western Art, Ueno Royal Museum & Shitamachi Museum. Kalau korang jenis yang minat melawat muzium for sure korang perlu allocatekan masa yang agak panjang di sini. Pernah dengar pasal Hachiko - anjing yang sangat setia tu? Mayat Hachiko (aku tak sampai hati nak gunakan perkataan bangkai sebenarnya... sob... sob) diawetkan dan dipamerkan di National Museum of Nature and Science






Akhirnya, kitorang tiba di Ueno Zoo... dari jauh dah boleh nampak screen besar yang capture setiap aksi giant panda...


Ueno Zoo adalah zoo pertama yang dibina di Jepun pada tahun 1882... that was 132 years ago!


Masa aku sampai ni punyalah ramai orang kat main entrance tapi orang-orang Jepun ni kan bukan jenis yang suka bertolak-tolak atau berebut-rebut dan apa-apapun memang diorang akan beratur... so semua benda jadi smooth. Memandangkan target utama aku dan hasben ke zoo ni sebab nak tengok panda, so kitorang fokus ke East Garden saja sebab panda diletakkan di East Garden. Masa ni our very owned Malaysia pandas masih belum ada kat Zoo Negara, sebab tu kitorang ambik kesempatan tengok panda nun di Japan!

Sebenarnya, Ueno Zoo dibahagikan kepada 2 kawasan - East Garden dan West Garden. Keseluruhan kawasan agak luas... lebih kurang 14.3 hektar (35 ekar)! Tercabut jugak kaki rasanya kalau nak explore the whole zoo kot! Tapiii, jangan risau sebab ada monorail (150 Yen untuk dewasa, 80 Yen untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun) yang hubungkan East Garden dan West Garden.



**Credit : TokyoZooNet website

West Garden - dah balik hotel malam tu baru aku perasan ada kangaroo rupa-rupanya dekat West Garden ni! Adeiii.... macam mana boleh tak perasan padahal 2,3 kali aku belek map zoo ni! Macam ada tanda-tanda kena pergi Ostrolia je.... beri hint sambil kenyit-kenyit mata kat hasben! Attraction yang ada di sini - Animals of Africa, Aye-aye Forest, the Vivarium, dan zoo untuk kanak-kanak.


 **Credit : TokyoZooNet website

East Garden - selain daripada panda, ada polar bear dan gorila kat sini! Being an animal lover, 3 ekor binatang yang agak rare ni dah cukup mengaburi mata aku... tu yang terus dah tak nampak binatang-binatang lain! Attraction yang ada di East Garden ni termasuk Elephant Forest, Bear Hill, Lions & Tigers Forest, Monkey Mountain, Polar Bear and Seal Oceans.

Kalau map kat atas ni tak berapa clear, korang klik je SINI untuk printable map yang lebih jelas.


Entrance menghala ke tempat panda. 

Sebelum masuk ke sini sekali lagi kitorang kena beratur sebab ramai sangat yang datang nak tengok panda ni... dari baris yang panjang kita dah boleh tahu giant panda ni memang main attraction kat sini. Most of the visitors yang datang memang nak tengok panda.

Finally, tadaaaaa.... excited gila bila nampak kelibat panda depan mata!


Panda yang sangat kawaii... rasa nak picit-picit je lengan dia tu! Sampai ke sudah aku tak tahu yang mana satu Ri Ri... yang mana satu Shin Shin. Sebenarnya, Shin Shin pernah beranak pada tahun 2012... kelahiran baby panda ni mendapat coverage meluas dari media Jepun. Tapi malangnya baby panda yang lahir tak sampai seminggu mati disebabkan pneumonia! Ueno Zoo siap buat special ritual dan tempat khas untuk orang ramai letakkan bunga sebagai penghormatan terakhir untuk baby Shin Shin masa tu.


Ri Ri dan Shin Shin dibawa masuk ke Jepun dari Negara China pada tahun 2011 selepas kematian giant panda yang terdahulu Ling Ling pada tahun 2008.


Seekor panda boleh mencapai berat di antara 100 - 115 kg. Kebiasaannya saiz panda jantan lebih besar dari panda betina. Panda adalah salah satu haiwan yang hampir pupus dan menurut kajian, dianggarkan hanya terdapat 1,600 ekor panda yang masih hidup bebas!



Seronok tengok panda ni makan... beria-ia dia patah-patahkan buluh... lepas tu kunyah-kunyah macam ratah drumstick ayam. Setiap seekor panda memerlukan 10 - 20 kg buluh sehari!


Sampai ke sudah panda-panda ni tak layan kitorang langsung... masing-masing asyik makan so tak dapatlah nak tengok aksi-aksi nakal diorang.


Kualiti video ke laut sebab captured sambil bergerak.


Adorable creature! Kenapa omel sangat ni??!!


Helang ni sangat besar... really, really BIG!



Indian Lion


Sumatran Tiger

Singa dan harimau ni pun ramai peminat... bersesak-sesak orang berkumpul kat exhibit diorang.

  
Ungka dari spesis yang dinamakan 'White-handed Gibbon'


Yang ni memang epik - Western Lowland Gorilla! Sebenarnya gorilla ni ada anak... asyiklah dia peluk dan usung ke sana sini.



California sea lion



Polar bear


Japanese snow monkey - Japanese Macaque


Ungka ni aku tak tahu dari spesis apa... tapi cuba tengok gambar anak dia kat bawah ni...



Alohloloh... comelnya. Ungka yang masih kecil berwarna putih dan bertukar warna hitam bila meningkat dewasa.


Prairie dog


Ni kalau tak kenal memang tak patut!


Pagoda ni dikenali dengan nama 'Five-storied Pagoda' dan dibina pada tahun 1639.


Next to pagoda tadi ada kolam kecil dan tempat khas untuk display burung-burung yang terdapat di sekitar negara Jepun.




Kitorang cuma concentrate dekat East Garden dan tak explore West Garden sebab nak proceed ke Ameyoko Street...lepas tu ke Harajuku dan Shibuya. Lagipun plan asal cuma nak tengok panda je.
Akhirnya, dah sampai main entrance nak masuk ke Ameyoko tu tengok-tengok manusia punyalah ramai. Dah nampak macam sembut berkerumun sana-sini. Memandangkan senang saja nak ke Ueno ni... train pun direct dan cuma satu stop lepas Akihabara, kitorang postpone dulu plan untuk ke Ameyoko dan straight ke Harajuku... yang tu aku cerita dalam next entri.

In case ada yang berminat untuk visit Ueno Zoo, kat bawah ni ada info tambahan yang mungkin boleh membantu uols nanti. Alang-alang dah tulis entri pasal zoo ni, aku masukkan sekali info tambahan supaya memudahkan readers.

Operating Hours :
Dari pukul 9.30am - 5.00pm. Kaunter jualan tiket ditutup pada pukul 4.00 petang, waktu melawat bagi sesetengah jenis haiwan hanya sehingga jam 4.30 petang.

*Zoo ditutup pada setiap hari Isnin (tutup pada hari Selasa sekiranya public holiday jatuh pada hari Isnin, dan dari 29 Disember - 1 Januari.

Admission :
Dewasa (16 - 64 tahun)  : 600 Yen (One day pass), 480 Yen (Group - 20 pax or more)
Senior (65 tahun keatas) : 300 Yen (One day pass), 240 yen (Group - 20 pax or more)
*Pelajar (13 - 15 tahun)  : 200 Yen (One day pass), 160 yen (Group - 20 pax or more)
-Percuma kepada pelajar yang tinggal atau bersekolah di Tokyo.
Kanak-kanak (0 - 12 tahun) : Percuma

Bayaran masuk percuma pada hari-hari berikut : Ulangtahun Ueno Zoo (20 Mac), Greenery Day (4 Mei), Tokyo Citizens' Day (1 Oktober)

Next entry - EXPLORING HARAJUKU! Stay tune...




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


10 comments:

  1. Anggap je pakai baju belang2 tu sempenan nak lawat Panda. Comel tau panda2 tu. Kalau saya ada peluang, nak mandikan diorang. Kesian coat putih dah jadi kelabu asap.

    Orang Jepang memang berhemah. Sesak macam mana pun, xde adegan nak potong Q. Nak tolak2 bagai kan. Banyak gak tempat kat Jepang ni korang jejak kan. Memang jalan2 Jepang sungguh.

    p/s Suka tengok monyet pelbagai spesis! Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelaa Bie.. memang cute miut dan rupawan sungguh monyet-monyet tu :)

      Delete
  2. bestnyaaaaa

    i have to start saving ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear!
      memang best.... kitorang sempat tengok dolphin show a few days lepas pergi zoo ni.Share ur experience nanti ya :)

      Delete
  3. Wahh.. mmg seronok berjalan2 mcm ni... suka tengok gelagat panda tu. Mcm budak nakal je suka sepah2 hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang macam budak nakal, Khir... dahlah comot... hahaha. Geram tengok cara dia pegang buluh tu... comel sangat! :D

      Delete
  4. bestnya Fayreen...kebetulan pergi Zoo tu boleh masuk FREE.hari tu kami tak masuk..lalu depan entranve je sbb yg pegi tu tak minay sgt nak masuk Zoo zoo nih..

    Gian Panda tu..ishh...mcm nak ambik bawak balik mandi je kasi bersih sikit...patutlah Giant pun asyik MAKAN je manhang :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain giant panda yang memanggil-manggil tu, satu lagi reason utama selitkan juga itinerary ke zoo ni sebab dapat tau free hari yang kitorang plan nak ke Ueno tu.. 600 Yen sorang tu kira banyak juga leh jimat :)

      Comel tapi comot sikit panda tu kaan... tak taulah mungkin diorang golek-golek main tanah kot sebelum tu :)

      Delete
    2. Zoo dengan muzium adalah tempat wajib pergi kalau ke negara orang . Bestnya tengok gambar2 ni. Comel le panda tu , cara makan pun macam budak2. Tak sangka kemain berat nya dia bole cecah 100 kg,,he hee jangan berani nak gomol dia.

      Delete
    3. Ya kak... comel dalam comot! :) Saya suka tengok dia makan... memang nampak nakal!

      Delete