Thursday 26 March 2015

Langkawi Trip : LIMA '15 (Part 1)





Assalamualaikum,

Langkawi Trip - LIMA '15. Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA '15) ini sememangnya trip yang dinanti-nantikan. Tak sabar sangat dah rasanya nak dengar ngauman jet yang berdesing-desing di telinga,  tak menyabar juga nak tengok jet terbang berdesup-desup dengan macam-macam maneuver atas kepala. Tak sabar hokeh nak tengok KRISAKTI, Sukhoi, Rafale dan seangkatannya beraksi!!

Akak selamat tiba di KL dari Pulau Langkawi tengahari Isnin hari tu. Suami akak ni memang minat yang teramat sangat dengan aerospace, aeronautical atau apa-apa sajalah yang berkaitan. Jadi, dah tentulah dia tak nak lepaskan peluang menatap kemachoan, kehebatan dan ketangkasan jet-jet kegemaran dia depan mata walaupun ada yang dah pernah tengok masa LIMA sebelum ni. Aku pun no hal... nak pergi Langkawi setiap kali LIMA pun boleh. Akak on je. Lagi aku suka sebab dapat merayap! Hahaha. 

Thursday 19 March 2015

Rehatkan Minda Dengan Stereogram

Assalamualaikum,

Memandangkan dah holiday mood sangat-sangat ni, haruslah mood nak menulis blog pun terhumban ke laut yang paling dalam jadinya. Bermakna entri Pulau Langkawi yang terhenti sekerat jalan tu pun pending jugalah. Itulah penangan memeram entri lama-lama. Dahlah perginya pun dah berzaman, maka haruslah berlaku juga kejadian hilang ingatan tahap maksimum! 

Dipendekkan cerita, nampaknya terpaksalah Kak F menjamakkan sketsa Pulau Langkawi hari tu sekali dengan deruman jet di LIMA '15 nanti. Insyaalah esok subuh-subuh shafie bergegaslah kami laki bini ke KLIA. Jangan kitorang buat hal snoozekan alarm clock sudah (sebab pernah berlaku dulu!). But waittttt.... tetiba keluar Kak F ni dah kenapeee? F stands for Fay - nama hakak ya. Tah kenapa, tiba-tiba rasa nak type gitu. See, bila holiday mood menjelma aku macam nilaa... krisis identiti sikit!! Hahahah.

Tak cukup dengan krisis air, nak ditambah pulak dengan krisis identiti lagi. Itu tak masuk krisis umur lagi! Sudah... sudahhh... jangan serabutkan otak dengan macam-macam krisis. Jom kita tenang-tenangkan minda dengan melihat gambar yang cantik-cantik. 

Tapi, gambar bukan sebarang gambar ya. Pernah dengar 'Stereogram' ? Dalam bahasa mudahnya gambar dalam bentuk 3D. Pernah tengok movie 3D kann? Kalau objek kek, nampak betul-betul hidup macam kek tu ada depan mata... macam boleh dicekut-cekut lepas tu ngap masuk mulut. Haa, macam tu jugalah dengan Stereogram ni. Cuma, tak semua gambar straight forward. Apa yang kita nampak secara kasar bukanlah apa yang nak disampaikan oleh gambar tu. Sebenarnya ada objek tersembunyi yang lain di sebalik gambar dalam bentuk 3D. Member sekolah aku lah ni punya pasal share bendalah ni kat wassap group ari tu. Kan aku dah terjebak walaupun Stereogram ni sebenarnya ada sejak beberapa tahun lepas lagi daah. Tapi masa tu aku... oppsss... Kak F... sibuk kumpul wallpaper anime! :D

For a start, naah... akak share Stereogram yang senang dulu.

 
Nampak tak deretan bangunan yang bagaikan berdiri gagah kat belakang tu? Gambar ni very straight forward. What you see is what you get kaedahnya tapi dengan 3D effect.




Berapa ekorkah unta sebagai watak utama dalam gambar ni?

Yang ini pun straight forward juga. Bila tak nampak 3D effect tu mungkin korang rasa nak give-up. Tapi, ingatlah kata-kata pepatah... usaha tangga kejayaan. Hahaha. 

Friday 13 March 2015

Tongue Twisters.

Assalamualaikum,

Masa zaman sekolah dulu, cikgu English suka sangat selit-selitkan tongue-twister bila mengajar. Eh, don't tell me your teacher tak ada ajar tongue-twister ni dulu. Mesti ada punya. Sama ada korang terlupa sebab dah tertelan bergelen-gelen semut atau korang 'terbang' jauh.... nun di awang-awangan tu berangan tah sampai ke cucur atap mana tah time cikgu mengajar! * Mode hayun feather duster tinggi-tinggi.... lepas tu, pelepuk satu das kat tapak tangan!

Amboih, suka-suka hati akak nak balun tapak tangan anak orang. Nasib baiklah aku tak jadi cikgu. Kalau tak sure setiap hari ada je parents komplen kat sekolah sebab tak puas hati anak kena balun kot. Tapak tangan kena pukul dengan feather duster tu aku pun pernah kena dulu. Tapi, aku tak laa  mengadu kat arwah tok. Nak mengadu pun takut. Silap-silap dapat habuan ekstra lagi dari dia. No...no...no. Takuttt! Jadi, pasrah sajalah. Memang silap sendiri pun. Siapa suruh tak siapkan homework... dahlah tulisan serupa muka anak hantu!! Itu sebab cikgu pun sampai naik hantu! Hahahah. 

Berbalik pada tongue-twister tadi... ni ada contohnya. Baca dengan lancar untuk lebih feel. Tak maulah baca satu perkataan, kemudian berenti... 3,4 saat kemudian baru nak sambung perkataan lain. Tak feel gitu. Ingat ya... baca berterusan dengan lancar.

Swan swam over the sea
Swim, swan, swim
Swan swam back again
Well swum, swan!

Wednesday 11 March 2015

Cara Masak Pasta Dengan Betul.

Assalamualaikum,

Cara Masak Pasta Yang Betul. Hari tu tiba-tiba rasa teringinnnn sangat nak makan penne pasta. Teringin tahap terliur-liur sampai terasa kat tekak! Disebabkan 10 tahun sekali baru masak penne ni, jadi terpaksalah google sana sini untuk dapatkan cara merebus yang betul. Manalah tahu, kot-kot cara memasaknya tak sama dengan pasta yang lain ke kan. 

Sekali tengok, sama saja cara rebus penne atau pasta-pasta yang lain. Tapiiii, apa yang agak mengejutkan selama ni cara aku rebus pasta salah sama sekali rupa-rupanya! Kesilapan teknik merebus pasta akan membuatkan pasta tak masak dengan betul dan mengurangkan kesedapannya. Dengan teknik yang salah selama ini pun boleh makan bertambah 2,3 pinggan... apatah lagi kalau dimasak dengan cara yang betul kaan? Harus dingap dengan pinggan-pinggan sekali! *Burp!!

Demi kasih sayang yang tak berbelah-bagi pada korang di luar sana... naah... dengan gigih akak senaraikan kaedah-kaedah penyediaan pasta yang betul.

1. Gunakan periuk atau bekas yang besar untuk merebus pasta.
Kenapa kita kena gunakan periuk yang besar? Sebab yang pertama - pasta perlukan air yang banyak supaya boleh masak dengan sempurna dan sekata. Anggaran penggunaan air lebih kurang 3.8 liter bagi 450 gram pasta. Bila kurang air, air rebusan akan berwarna keruh disebabkan kandungan kanji (starch) yang berlebihan. Ini akan menyebabkan pasta melekit. Starch memang diperlukan dan merupakan special ingredient yang ada dalam sesuatu pasta. Tapi, bila berlebihan boleh menjejaskan pasta.

Sebab kedua - Ruang yang terhad menyebabkan pasta tak cukup masak dan mudah melekat. Dah tentulah keenakkannya juga kurang jika tak direbus dengan betul.

2. Masukkan garam ke dalam air rebusan.
Selama ni aku memang masukkan garam. Tapi aku campakkan cuma secubit, dua sajalah. Cara ni salah sebenarnya. Rupa-rupanya pasta memerlukan garam secukupnya untuk masak dengan sempurna. Selama ni memang akak tak tahu. Suka-suka hati je campakkan garam tu without clear reasons. 

Monday 9 March 2015

Selamat Hari Lahir... Happy Birthday... Bon Anniversaire... Tanjoubi Omedetou...

Assalamualaikum,

Happy Birthday to me,
Happy Birthday to me,
Happy Birthday... Happy Birthday,
Happy Birthday to meeeeee...!!!
*clap-clap sambil potong buah tembikai untuk gantikan kek!

Tekanan perasaan sebab semakin dimamah usia kah sampai nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri?? Hahaha. InsyaAllah, jika terus dipanjangkan umur hari ni 9 Mac 2015 tepat jam 4.13 petang nanti bertambahlah setahun lagi usia akak ni. 

Pendek kata kalau sebatang lilin melambangkan setiap satu tahun usia... untuk kes aku ni harus penuh keliling kek tu dengan lilin! Tapiiii, peel masih macam budak-budak... perasan dan perasaan remaja masih utuh... masih happy go lucky lagi. Caner tu? Padahal 2,3 helai uban dah mula tumbuh kat atas kepala ni. Iya ke uban? Eh, bulu kucing je tu kot?? *See, tak ke denial namanya tu kann?

Walaupun perjalanan hidup aku ni tak semuanya smooth... tak semuanya indah-indah belaka tapi aku tetap bersyukur dengan semua yang telah direncanakan olehNya. Dari pengalaman-pengalaman berharga inilah aku belajar tentang hidup... belajar erti redha.... belajar erti menghargai dan dihargai. Daah, tak mahulah mood-mood blues ni. Pertama, it's so not me. Kedua, today is my birthday so I want to be happyyyyy. Kalau boleh nak menyengih sampai ke tengah malam nanti. 

Semalam hubby tanya nak hadiah apa? Sambil control ayu laju je aku jawap "Tak payahlah you. Dah banyak dah you beri I." Tak ke cair hati suami dengar bini cakap macam tu. Tapi, lepas tu aku yang rasa confuse balik. Terkebil-kebil jap. Rasa macam tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut sendiri je. Tak sampai 2,3 saat lepas tutup mulut laju-laju aku sambung balik.  "Tapiiiii, kalau you nak beri boleh juga!" Dalam kepala terus terbayang-bayang cincin diamond mata sebesar lesung batu kat Habib! Cit!! Hahaha...

Apa-apapun, terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang berikan birthday wishes di fb, wassap, sms dan email hari ni. You light up my life. Semoga kalian juga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, hidup diberkati dan dilindungi Allah sepanjang masa. Semoga setiap detik kehidupan kita memberi erti dan meninggalkan memori yang indah-indah kepada insan tersayang.

Kek dapat dari group wassap sekolah tadi. Abdulla?? 2 tahun? Abdulla pun Abdulla laa. 2 tahun tu lagi akak suka!! Hahahah...

Favorite video of the day aku lah jawapnya ni. Korang memang saja kann...!!



Love and hugs ketat-ketat!



                         
 -lotsa luv-
Fayreen Mizan



Tuesday 3 March 2015

Resepi | Rich Chocolate Cake Yang Sedap!

Assalamualaikum,

Resepi Rich Chocolate Cake Yang Sedap ini khas buat penggemar kek terutama sekali kek coklat macam akak!  Kek ini amat sesuai dengan taste bud mereka yang sukakan rasa coklat yang lebih pekat. Imagine this - bila gigit kek ni terasa coklat... gigit lagi rasa coklat. Haa, gitu.

Akak ni sebenarnya kalau disuakan apa jenis kek sekalipun, main bedal je.... tak ada dah nak pandang kiri kanan. Kalau ditanya apakah kek yang palingggg akak suka.... dah tentulah cheese cake dan chocolate cake. Kalau disuruh pilih satu antara 2 jenis tu... I want both. Tak kira, tetap juga nak dua-dua tu! :p

Disebabkan terlalu suka makan kek, terpaksalah belajar cara-cara buat kek ni. Yelah terror makan tapi tak tahu buat pun tak syok juga kann? Bukankah lebih thril menikmati setiap kepingan kek masakan sendiri sambil menjilat-jilat jari dan memuji-muji kecekapan diri sendiri di dapur?? *Padahal awal-awal dulu aku buat kek guna adunan yang dah ready-made tu je! Sekarang ni pun tak semestinya setiap kali buat kek garenti naik menggebu... kadang-kadang, kek retak seribu pun ada!! Hahahah.

Monday 2 March 2015

Cats Tale| Pulanglah Sayang!

Assalamualaikum,

Masuk hari ni dah 8 hari MamaKat tak balik rumah. Tak balik lebih seminggu ni dah dikira pelik. Dia ni bukanlah jenis kucing yang suka merayap. Kadang-kadang tu dia keluar sekejap, tak sampai setengah jam dah balik semula. Nak keluar jejak tanah 2,3 hari sekali pun susah. Duduk memerap dalam rumah seminggu suntuk pun boleh.

Tapi, kalau tiba musim mengawan tu ya ampun... memang uncontrollable! Terjerit-jerit mintak dibukakkan pintu nak keluar tengah-tengah malam sedangkan sebelum ni jarang sangat dengar dia bersuara. Siap cakar-cakar pintu lagi. Habis punah ranah kesopanan dan kesusilaan MamaKat selama ini! Betapa hebatnya panahan asmara!!