Tuesday, 2 September 2014

BILA KUCING BERANAK DEPAN MATA!

Assalamualaikum,

Kejadian kucing beranak depan mata ni berlaku masa kitorang husband n wife tengah lunch dekat rumah semalam! Kelam-kabut, panik, nak pitam, nak pengsan, ketaq kepala lutut semua ada!!! Sesiapa yang pernah baca blog ni mesti tahu aku ada bela beberapa ekor kucing termasuk seko yang dipanggil Hazel. Dia ni memang manja. Tapi, 2 hari lepas dia jadi extra manja lagi sampai ke tahap asyik nak beriba saja. 

Semalam, sambil meratah kurma ayam (nak juga promote masak kurma ayam tu! Hik... hik..) kitorang dah terperasan Hazel restless semacam. Sekejap duduk atas sofa... lepas tu duduk bawah meja study. Tak senang duduk situ dia beralih duduk bawah meja makan pulak!

Lepas dia beralih tempat, kitorang terdengar bunyi yang selalu kucing keluarkan masa diorang berebut makanan sesama sendiri tu. Orang panggil bunyi tu menderam kot rasanya. Mula-mula ingatkan Hazel berebut apa-apa dengan kucing-kucing lain Makin lama bunyi menderam tu makin kuat pulak, so hubby terus intai bawah meja.....

Tiba-tiba...

Hubby : "Tu apa tu kat *tutt* dia?? Ada benda terkeluar lah!!"

Aku dah terdiam lepas tu terus jengah bawah meja.

Hubby :  "Eh... tu kepala tu...!"

Gulp! Panik okeh! Aku dah mula seram-sejuk masa ni

Hubby : "Hazel nak beranak dah ni. Tu kepala budak dah keluar separuh!!!!"

Rasa macam nak pitam bila dengar kepala budak dah keluar separuh!

Tak sampai pun 10 saat... berdesup keluar seekor anak kucing ke dunia yang fana ini. Nampaklah depan mata segala liquid dan darah yang keluar sama. Ngeri memanglah ngeri. Sampai Hazel selamat lahirkan 2 ekor anak lagi lepas tu pun lutut aku masih berlaga-laga!! Tapi ini satu priceless experience juga bagi aku. Alhamdulilah dapat sama-sama menyaksikan satu miracle ciptaanNya.


Baru saja lahirkan anak kucing yang ke-3 masa ni...


Sehingga pagi tadi, ada 4 ekor anak kucing dalam kotak. Maka bertambahlah umat kucing di rumah ni...

Cuma masalahnya, Hazel macam tak berapa berminat nak susukan kittens ni semua. Malam tadi bila aku atau hubby duduk sebelah kotak barulah dia beria-ia masuk dalam kotak dan susukan kittens. Bila kitorang duduk menghadap tv kat hall, dia pun tengok tv sama!! Takkanlah dia nak suruh kitorang tidur dalam bilik ni sama-sama dengan dia n kittens kot??!!! Alahai Hazel....




-lotsa luv-
Fayreen Mizan





8 comments:

  1. Pergh.. Pengalaman yang menarik.. Alahai comelnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dear... seram sejuk juga dibuatnya. Perkataan 'beranak' tu yang kacau psiko kot! :D

      Delete
  2. Selalu rasa nak ada experience gini. Haritu mama kucing cousin Bb, bersalin kat bilik dia. Siap cousin tolong jadi bidan. Haha. Selamat berpantang kat Hazel, semoga berpantang dari tengok tv. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kali kedua mengadap kucen beranak Bie. Mula-mula dulu masa sekolah. Kucing tu beranak keluar 3 ekor kittens depan mata. Tapi time tu dia kembar air... tak ada darah keluar. Hazel ni kembar darah.. tu yang seram.

      Delete
  3. susah nk cari org yg minat bela kucing nie...eee...beraninya tgk...kalau JM seriyau je

    ReplyDelete