Assalamualaikum,
Baru
hari kelima, bermakna masih ada 5 hari lagi di sini. Mak oii... jenuh nak
menghabiskan entri lagi 5 hari yang masih berbaki tu. Kita kayuh
perlahan-lahan ok :)
Hari
ni kitorang terbangun awal sebab dikejutkan oleh sesuatu. Tengah-tengah
syok tidur tiba-tiba aku rasa ada orang goyang-goyangkan katil. Rasa
macam nak jeritkan je sesiapa yang goyang-goyangkan katil tu. Yelah
tengah sedap membuta masa tu kaan. Lepas tu dengan keadaan mata yang macam dilekatkan dengan gam gajah baru sedar bilik dengan barang-barang yang ada di dalam sekali pun bergoyang-goyang juga! Dalam sedar tak sedar tu otak sempat
hantar signal yang kitorang ni sekarang ada kat Japan, maka sel-sel otak
terus berhubung walaupun agak lambat sebab kurang bersedia menghadapi
krisis... ceh! Tingggg.... terus kitorang berdua realise yang gegaran tu
sebenarnya adalah gempa bumi!!
Nasib
baik tremor tu tak lama, kurang dari 1 minit jadi kuranglah sikit rasa
panik. Masa nak recover tu rasa bilik macam bergerak-gerak atas spring. Mungkin penangan 'E-Defense Shake Table' yang dipasang pada
bangunan-bangunan di Jepun untuk mengurangkan impak gempa bumi.
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
5.10am - keadaan aman damai di luar lepas tremor...
Konon
tak panik tapi laju je jengah luar tingkap. Nampaknya traffic light
masih ada di tempat asal (??), lampu jalan pun semuanya elok berdiri
tegak macam biasa (??!?), line crossing untuk basikal tu pun elok je - tak bergerak walau sedikit,
tak bersimpang-siur, crack pun tak ada. Hotel pun tak buat apa-apa
announcement suruh kitorang evacuate ke tempat lain. Di luar tu pun
tenang tak ada sorang pun yang keluar mencari shelter ke apa. So aku
assume semuanya terkawal. Bila konfiden semuanya ok, kitorang panjat
katil.... sambung berselubung dalam comforter dan tidur semula. Boleh gitu?!!
Pagi
tu lepas mandi baru aku teringat yang Hotel Horidome Villa ni letaknya
di tengah-tengah business centre. Ada hotel-hotel lain di sini tapi
mostly cuma dekat lorong di seberang jalan tu. Bangunan yang berdepan
hotel mostly pejabat. Maksudnya, teori aku menunggu kot-kot ada orang
berkumpul untuk evacuate di luar macam pagi tadi tu memang tak boleh
pakai kecuali kalau tremor berlaku pada waktu bekerja! Waktu-waktu subuh
macam tadi bergegarlah kuat mana pun, yang berlari mencari shelter cuma
pekerja 7-Eleven, Family Mart dan guest hotel ini sahaja! Haish, crisis
management fail betul!
Next Entri - ODAIBA!
Pagi tu terus check website Japan Meteorological Agency (www.jma.go.jp/en/quake).
Magnitud
tremor yang kami rasa tadi tu sekuat 4.2 berpusat di
Ibaraki. Mild tremor macam ni pun bangunan dah bergoyang-goyang, bayangkan keadaan gegaran yang lebih kuat. Sebenarnya light tremors adalah perkara biasa di
Jepun. Gegaran yang normal biasanya tak melebihi 1 minit dan selalu
berlaku pada awal pagi. Bagi aku, ini memang satu kenangan yang precious - tak
boleh ditukar ganti. Tapi, cukuplah sekali tu! Lepas tu, hari-hari berdoa janganlah ada earthquake
lagi...
Next Entri - ODAIBA!
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Ya Allah kenangan gembira cum pengalaman ngeri gak ni. Campur baur. Rasanya diorang pun dah biasa, setakat less than a minute. Alhamdulillah masa kat Jepun haritu xde kejadian gempa ni. Ke kitorang tidur mati. Hmmm.
ReplyDeleteKorang tido mati kot, Bie. Tapi dah rasa sekali tu cukuplah...tak nak lagi lah...no thanx! hehe :)
DeleteWahhh hebat sangat ni bila tgk semua ok, terus sambung tidur. hehe kalau saya sure dah jakun sangat dah ni. Terus jd kakjemah
ReplyDeletemasa tu macam mamai-mamai je Naz... blur2 je..:)
DeleteHuh suspen tu.. biasalah org kita ni bukan biasa sgt dgn gempa2 ni... klu saya pun jadi 'kaget' hehee. Mmg hebat kejuruteraan org2 jepun ni. Thanks sharing Fayreen.. :)
ReplyDeleterasa macam sedar tak sedar masa tu... macam mimpi pun ada... yelaa...diorang tentu dah biasa incident macam ni kann..
Deleteahahaah..boleh sambung balik tido tu tak tahan tu..maybe awal sgt lah tu..sbb tu nangatuk lagi kan..oh jam 5.02 pagi..Kalau JM mesti tak tdo balik sbb risau akan berlaku lagi...dasar PENAKUT heee
ReplyDeleteYe JM...mata ni kelat betul masa tu. Nasib baiklah tak ada apa-apa. :)
Delete