Cabaran 30 hari continues. Sepatutnya challenge ni untuk hari ke-2. Tapi disebabkan aku dah 2 hari ketinggalan, hari ni dan esok terpaksalah up 2 entri sehari. Kalau tak buat macam ni memang tak terkejar nanti.
Ok...apakah 5 cara untuk memenangi hati saya?? Opps... memenangi hati di sini bukan bermaksud mencuri hati macam kau kunci cintaku dalam hatimu tu ya! Nehiii! Hati aku memang dah lama dikunci dek En. Hasben :)
1. Jujur
Satu masalah utama aku ni - aku mudah serik! Bak kata pepatah Bugis - once bitten twice shy! Haa, sampai dah terkeluar pepatah Bugis!! :)
Jadi, untuk memenangi hati aku, mereka di sekeliling perlulah jujur. Paling aku takut orang-orang yang bercakap manis di depan tapi buat sesuatu yang menyakitkan hati atau menikam kita di belakang. Serik mak!!! Jujur dan berterus-teranglah. Aku memang respect mereka yang berani berterus-terang... 5 bintang di situ!
2. Sporting & no sentap-sentap!
Aku suka bergurau dan berloyar-buruk dengan kawan-kawan. Tapi bukanlah sampai ke tahap yang memalukan atau boleh menjatuhkan air muka orang lain. I know my limit. Benda-benda yang taboo... yang sensitif memang aku tak akan cuit.
Bergurau, usik-mengusik ni perlu untuk eratkan lagi kemesraan sesuatu hubungan asalkan kita tahu batasannya. Tak rocklah kalau baru bergurau sikit muka dah monyok... pastu tarik muncung sedepa. Aku lemas sebenarnya dengan orang yang mudah sentap ni!
Ibarat makan roti jala cicah dengan kari ayam yang tak dibubuh garam.... sedap tak kalau kuah kari tu tawar je? Tentu tak sedap kannn. Haa... macam itulah juga hidup tanpa senda gurau!
* Sesuatu sangat sampai beri contoh roti jala!! Hahaha... :p
Bergurau, usik-mengusik ni perlu untuk eratkan lagi kemesraan sesuatu hubungan asalkan kita tahu batasannya. Tak rocklah kalau baru bergurau sikit muka dah monyok... pastu tarik muncung sedepa. Aku lemas sebenarnya dengan orang yang mudah sentap ni!
Ibarat makan roti jala cicah dengan kari ayam yang tak dibubuh garam.... sedap tak kalau kuah kari tu tawar je? Tentu tak sedap kannn. Haa... macam itulah juga hidup tanpa senda gurau!
* Sesuatu sangat sampai beri contoh roti jala!! Hahaha... :p
3. Terima satu sama lain seadanya!
Setiap seorang dari kita ada kelebihan, keistimewaan, kekurangan, kepakaran dan kecenderungan masing-masing yang berbeza-beza. Learn to accept and respect differences. Perbezaan minat, pendapat dan kebolehan inilah yang membuatkan kita saling memerlukan dan bergantung antara satu sama lain.
Accept me for who I am... and I'll accept you the way you are. You are special and unique the way you are and so do I!
4. Jadi orang yang ceria dan sentiasa positif!
Mereka yang positif secara tak langsung akan salurkan aura yang positif juga kepada orang-orang yang ada di sekeliling mereka. Berapa kerap mood kita terganggu hanya kerana mendengar bebelan orang lain yang suka merungut-rungut... komplen itu ini, tapi tak berusaha untuk majukan diri atau cuba untuk cari solution(??!)
Seriously, aku memang agak 'kalah' dan lemas dengan orang-orang yang suka merungut-rungut. Penyelesaiannya, angkat kaki jauh-jauh dari mereka yang negatif ini!
5. Kaya dengan senyuman!
Biarlah kita tak mewah dengan harta benda asalkan kita kaya dengan senyuman. Berikan senyuman yang ikhlas dan semanis-manisnya. Ini juga salah satu cara paling mudah untuk memenangi hati aku!
Stay positive n stay tune for the next challenge!
#kelabbloggerbenashaari
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
hihi.. alamak .. mama kuat sentap, tapi takde lah sentap yang bukan2.. orang pun nyampah lak kang.. haha
ReplyDeletehahaha... sentap manja-manja tak apalaa... tu kira cute gak tu :)
Deleteyeay..serba sedikit JM dpt mengenali Fay :-)
ReplyDeletehehehe :p
Delete