Friday, 5 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 3| SESUATU YANG MENGUATKAN AKU!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 hari untuk hari yang ke-3 ini : Sesuatu yang menguatkan aku!

Banyak perkara pahit manis yang pernah aku lalui throughout the years. Yelah... umur pun dah nak meniti usia emas... hahaha! Yang best-best tu for sure kita tak ada masalah untuk handle... tapi kalau benda-benda yang menyedihkan dan menyakitkan hati mau frust menonggeng dibuatnya. 

Aku memang sangat perahsia. Jadi, bila berdepan dengan masalah tak semuanya aku akan share dengan keluarga atau kawan-kawan rapat. Kalau berkongsi cerita pun hanya bila masalah tu dah settle nanti. Sumber kekuatan aku dalam menyelesaikan segala kekusutan selama ini adalah diri sendiri!

Bila aku down... aku akan betul-betul down. Tapi taklah sampai tak makan atau tak boleh tidur. Makan tetap makan... tidur tetap tidur! Bila aku down, biarkan saja...lepas seminggu, dua ok lah nanti. Biasanya waktu itu aku akan gunakan untuk berfikir dan mencari solution terbaik. Alhamdulilah, so far aku tak buat benda-benda bodoh yang merbahayakan diri sendiri. Biasanya minggu pertama tempoh menenangkan diri memang menyakitkan. Bila jiwa semakin stabil, aku akan lihat apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran. Itulah masanya untuk aku motivate diri sendiri - tak semua yang kita impikan akan menjadi nyata... certain things are not meant to be ours because we deserve something better! Bagaimana telitinya perancangan kita... walau ada working paper setebal mana sekalipun, tanpa izinNya tidak akan berlaku juga kerana DIA lah sebaik-baik perancang. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita!

Selain inner strength sendiri... suami tersayang, keluarga dan kawan-kawan rapat adalah insan-insan yang sentiasa ada di belakang setiap kali aku ingin berkongsi cerita. They trusted me and allow me to chase my dreams! :)


#cabaran 30hari
#kelabbloggerbenashaari


-lotsa luv-
Fayreen Mizan


14 comments:

  1. how sweet...yeah..kita kena akur..dugaan hebat untuk orang yang hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Alia! Anggap je apa yang berlaku sebagai proses pembelajaran. Jangan anggap sebagai masalah - reverse psychology konon-kononnya! :))

      Delete
  2. ada baik buruknya perahsia ni..., jgn byk pikir..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Azfar! Iye betul tu. Perahsia ni bahaya gak. Kita tak boleh predict apa dia fikir! Sedar-sedar meletup je...heheh...

      Delete
  3. Inner strength memang penting dan memang kne ada dalam diri.. yeahhh ena pun macam akak, perahsia tapi kadang2 tak tahan sangat juga menahan pedih di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ena... memang macam nak meletup dada dibuatnya.. kannn?? :)

      Delete
  4. yess..betul..inner strength is the key..

    Salam blogwalking dr contest yg sama :D

    ReplyDelete
  5. inner strenght.. mmg tu sumber kekuatan tanpa kite sedari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ayu!
      Kaan Ayu...kita kena bantu diri kita untuk bangun. :)

      Delete
  6. setuju...perlu ada kekuatan dari dalam diri..kemudia baru support dari luar, pada masa yg sama mohon pada yg esa..kan Fay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi JM yang manis ! Betul tu. Lepas berlaku something yang buat kita rasa frust memang boleh down... down... down! Tapi tulaa, tak boleh diikutkan sangat. Frust sekejap tak apa... memang adat dah rasa macam tu. Tapi jangan terus melarat sampai bahayakan diri sendiri. Kannn...

      Delete