Exploring Tokyo - Tokyo DisneySea (Day 3) - Part 1. Tokyo DisneySea adalah tempat yang perlu ada dalam itinerary mereka yang hendak travel ke Tokyo. Kenapa??? Pertama - DisneySea ni cuma ada satu saja di dunia... yang ada di Tokyo ni laa the one and only in the world... kedua - Tokyo DisneySea ni saaaaaaangat cantik... senang cakap garenti korang suka dan tak menyesal datang sini... ketiga - kat sini lebih mencabar sebab ada rides yang jauh lebih extreme dari Disneyland... ada banyak rides jenis terjunam-terjunam macam roller coaster yang garenti membuatkan jantung korang rasa macam nak tercampak keluar! Kalau korang jenis penakut nak naik roller coaster macam aku ni don't worry... korang tetap akan rasa enjoy kat DisneySea ni... silap-silap hentak-hentak kaki sebab tak nak balik! Hahaha...
Dalam entri sebelum ni aku dah beritahu yang aku purchase 2-Day Passport ke Disneyland dan DisneySea online (11,000 Yen/ person). Link dan cara untuk purchase eTicket pun aku ada share juga kat situ. Korang boleh klik SINI untuk baca lebih detail ya.
Itinerary day 3
Untuk ke Tokyo Station kitorang berjalan kaki dari hotel ikut route yang sama macam semalam... tapi kali ni dah confident sikitlah kononnya, so taklah berapa refer map sangat. Ceh... berlagak! :) Korang boleh refer info atas ni untuk route ke DisneySea. Sebenarnya, route train ke DisneySea sama dengan Disneyland sebab kedua-dua park ni sebelah-sebelah saja. Cuma bezanya bila sampai Maihama Station nanti, kita kena naik Disney Resort Monorail (260 Yen/ seorang) di Resort Gateway Station untuk ke DisneySea.
**Credit : Tokyo Disney Resort webpage
@ Resort Gateway Station
Disney Resort Monorail yang super cute!
Monorail ni akan berhenti dekat 2 buah station lain - Disneyland dan Bayside sebelum sampai DisneySea Station. Sebenarnya kalau nak berjalan kaki dari Maihama Station ke DisneySea ni boleh je... plus minus dalam 20 minit. Tapi, disebabkan monorail ni cute sangat tiba-tiba aku rasa berjalan kaki 20 minit tu macam satu penyeksaan yang amat dahsyat! Hahaha...
Seat memang lapang dan super empuk. Kiri kanan penuh dengan kepala Mickey!
Cute kaan??
View dalam perjalanan ke DisneySea - Tokyo Disneyland Hotel yang sangat grand.
Kalau perhatikan betul-betul dari sini dah boleh nampak ferris wheel yang dekat Odaiba tu...
Dalam perjalanan lalu dekat beberapa buah hotel yang located dekat area Tokyo Bay.
DisneySea agak sejuk dan berangin sebab dekat dengan laut. So make sure korang pakai pakaian yang sesuai supaya lebih selesa.
Finally, in less than 10 minutes sampailah kitorang ke DisneySea. Those yang dah purchase tiket boleh straight ke Park Entrance... nanti staff Disney akan scan tiket tu dan terus boleh masuk. Lebih baik purchase tiket lebih awal supaya tak perlu buang masa beratur panjang-panjang especially kalau datang waktu weekend atau peak season sebab orang sentiasa ramai kat sini. Kalau tak nak purchase tiket online, korang boleh beli tiket in advance dari Disney Store yang ada throughout Japan. Klik SINI untuk check list directory Disney Store.
Lepas park entrance dah terus boleh nampak giant globe ni.
Hasben aku gigih tunggu globe ni pusing untuk capture map Malaysia.
Area berhampiran globe ni dipanggil DisneySea Plaza.
Tak kisahlah apa saja theme park yang kita pergi, jangan malu-malu mintak map kat ticket counter atau main entrance. Bila dah ada map kat tangan senang kita nak plan journey dan serbu attraction yang ada. Biasanya aku akan start sama ada dari belah kiri atau kanan... lepas tu terus ronda-ronda ikut satu pusingan jam supaya dapat cover keseluruhan park. Macam DisneySea ni memang sangat luas... ada 7 area yang kesemuanya best... kalau sesuka hari je redah sana sini tak ikut map memang garenti ada area yang tertinggal.
Sebenarnya, DisneySea ni sama juga macam Disneyland tu. Korang masih boleh jumpa Disney's characters macam Mickey Mouse, Donald Duck & the whole gang time diorang buat performance atau greet guests. Konsep, deco building dan rides di sini lebih sesuai untuk orang dewasa dan kurang keanak-anakan kalau dibandingkan dengan Disneyland. Seriously.... kat sini memang lebih cantikkkkkk!
Kitorang terus menghala ke Mediterranean
Harbor dulu dan kemudian terus fokus area sebelah kiri untuk explore park lain.
Haa... nampak tak volcano nun di sana tu?? Itulah Mount Prometheus, salah satu trademark DisneySea. Yang bestnya, volcano ni bukan setakat keluar asap berkepul-kepul tapi siap meletup-letup dengan api tinggi menjulang lagi! Memang sebiji macam letusan gunung berapi yang betul. Mula-mula tengok tu memang terlopong-lopong jugalah mulut dibuatnya! :) Volcano ni dekat area Mysterious Island tapi dari jauh dah boleh nampak.
Design bangunan kat Mediterranean Harbor ni cantik-cantik... exactly macam bangunan-bangunan lama dekat Europe. Dekat area ni ada banyak restoran Itali yang jual pasta dan pizza. Sambil-sambil berjalan tu dapat dengar lagu-lagu Italian yang sungguh soothing dari cafe-cafe yang ada. Romantic mode activated to the max!
Ambik feel Europe sikit :)
Yang bestnya kat sini ada Venetian Gondolas yang macam kat Venice tu! Kita boleh naik gondola ni pusing-pusing dekat canal sambil dengar muzik yang ooohlaalaa....
Tapiii, nak naik gondola punyalah seksa... kena beratur lama sebab ramai sangat orang yang nak naik.
Dari Venetian Gondolas kitorang berjalan towards American Waterfront.. dekat area ni ada banyak attraction. Tapiii.... again dek kerana terlalu ramai orang for sure kita terpaksa beratur lama. Untuk kurangkan masa menunggu, kita boleh dapatkan Fastpass untuk naik ride atau masuk ke attraction yang listed di bawah ni :
American Waterfront :
- Tower of Terror
- Toy Story Mania
Port Discovery :
- StormRider
Lost River Delta :
- Indiana Jones Adventure : Temple of the Crystal Skull
- Raging Spirits
Arabian Coast :
- The Magic Lamp Theater
Mysterious Island :
- Journey To The Centre of the Earth
- 20,000 Leagues Under the Sea
Cara untuk dapatkan Fastpass, boleh baca kat SINI. Untuk attraction yang tak disenaraikan, terpaksalah beratur ya :)
Manusia punyalah ramai sebab masa aku datang ni hari Sabtu... dah tu masa ni pun orang-orang Jepun dah start bercuti panjang sempena Golden Week.
Kalau malas nak berjalan kaki, boleh naik DisneySea Electric Railway yang warna merah tu untuk pergi dari satu area ke satu area yang lain. Contohnya dari American Waterfront ni, train akan bawak kita direct ke Port Discovery.
Broadway Music Theatre @ American Waterfront
Toy Story Mania!
Toy Story Mania! ni salah satu attraction kat American Waterfront. Aku sempat beratur dalam 1 jam kat sini... mula-mula queue nampak smooth... cepat je kitorang dah ke depan... rupa-rupanya ramai lagi yang sangkut kat dalam building tu. Dahlah young couple yang beratur kat belakang kitorang dah macam nak mengawan dengan each other... diorang chup chup kissing tak hengat! Hoiii... aku tak selesa hokay! Rasa macam nak serkupkan kepala diorang dengan headgear Mickey! Lepas tu terus malas nak masuk mana-mana walaupun boleh dapatkan Fastpass. Lebih baik kitorang jalan-jalan explore the whole area .
Tower of Terror
Tower of Terror ni highly recommended untuk sesiapa yang memang cari peluang nak menjerit kuat-kuat untuk release tension! Sesiapa yang sikit-sikit terjerit-jerit tu korang seret je ajak naik ride ni. Kat sini korang akan dibawa naik lif untuk melawat sebuah hotel. Lif tu nanti akan naik dengan laju atau terhempas turun sampai jantung korang rasa macam nak luruh. Strictly not for orang yang tak adventurous macam aku! :)
Jalan further up nanti ada S.S Columbia - cruise ship yang sangat besar. Sebenarnya ada restoran dan lounge dalam ship ni.
Kebetulan masa kitorang lalu area ni Mickey & friends ada buat performance 'A Table Is Waiting' dekat Dockside Stage, betul-betul sebelah cruise ship S.S Columbia.
Sebenarnya area American Waterfront ni sangat luas... walk further up korang akan sampai kat perkampunga nelayan yang dipanggil Cape Cod. View dekat sini pun cantikkkk!
Aquatopia
Depan sikit saja dari Cape Cod dah masuk kawasan Port Discovery yang dikenali sebagai center for weather control. Kawasan ni berkonsepkan futuristik. Pun cantikkkk!
StormRider
Kitorang tak lama dekat sini... pusing-pusing ambik gambar je. Lepas tu kitorang proceed ke Lost River Delta. Kawasan ni berbukit-bukit dan sangat hijau... macam masuk area hutan Amazon. Jom layan gambar....
Meet & greet area.
Ni pun ada... sculpture ni sangat tinggi... rasa macam nak terbaring je time ambik gambar tu.
Macam architecture kaum Mayan kaan? Orang lain mungkin tengok benda alah ni biasa saja... tapi aku dok terkagum-kagum sebab aku ni jenis minat kaji civilization purba.
Banyak betul attraction DisneySea ni... spots untuk ambik gambar pun banyak. Korang tak perlu risau kalau penat berjalan sebab tempat rehat ada merata-rata. Kitorang ni pun tah berapa kali berhenti rehat tarik nafas panjang-panjang. Berdepan sculpture ni ada banyak tempat duduk dengan view yang cantik... lama juga aku dan hubby duduk lepak-lepak dekat area ni sambil makan roti dan energy bar yang kitorang bawak dari hotel. Masa ni kitorang dah tak peduli kalau ada parade atau apa-apa performance ke... yang penting nak duduk rehat sebab dah mula rasa penat. Penat ambik gambar dan penat bergambar pun iya juga! Bila datang ke sini make sure pakai kasut yang yang sesuai dan stokin yang selesa supaya kaki tak melecet... memang kena berjalan berpuluh-puluh kilometer!
Aku stop sini dulu laa ya sebab dah penat menulis dan tepek gambar ni. Attraction DisneySea yang lain - Arabian Coast dan Mermaid Lagoon plus beberapa video aku share kat next entri - Tokyo DisneySea (Part 2). Dua tempat ni laaaaagiiii cantik. So, stay tune ya! 'Till then... have a productive day ahead!
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Argghhh....RUGINYerrrrrrrrrrrrrr....kalau JM tahu 3 sbb Fayreen ke sana..sah2 JM akan tolak ke tepi USJ tu...hadoi lah..nyesal skrg dh tak ada guna kan....tak pe..next time nk terjah sini tak kira
ReplyDeleteSuka tengok suasana tempat2 di sana tu. Walaupun ramai org tp x nmpk kelam kabut. Icon mickey kat tingkap train tu cutelah.. :D
ReplyDelete