Monday, 29 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 26 | GADJET KEPUNYAAN ANDA!

Assalamualaikum,

Lemau je rasanya nak menekan-nekan keyboard ni. Nak tulis simple word macam 'Hello' pun rasa tak larat. Bukan saja 'sorry'... hello pun seems to be the hardest word! Tau kan lagu 'Sorry Seems To Be The Hardest Word' tu?? Sebenarnya, aku demam ni. Jadi, tahap tak larat tu amat tinggi. Tahap merapu-rapu sebab di bawah pengaruh ubat batuk juga pun sangat tinggi. Alololo, rasa macam manja dan comei semacam je mengadu demam kat blog. Heheheh...

Dek kerana dah beberapa hari ketinggalan dalam Cabaran 30 Hari ni, aku buat beberapa entri sekaligus hari ni. Kita marathon entri Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari beramai-ramai ya. Here goes, untuk hari ke-26 cabarannya berbunyi - Gadjet Kepunyaan Anda.

Selain daripada laptop HP tua yang dah banyak berjasa pada aku, gadjet lain yang aku adalah ialah smartphone BlackBerry Z10 yang hubby hadiahkan masa birthday dulu. Kualiti kamera agak kurang ok kalau dibandingkan dengan Samsung Galaxy series, tapi kualiti bunyi memang best! Bila dengar muzik memang feel, terangkat-angkat bahu dibuatnya. Fungsi-fungsi lain - Print To Go, Docs To Go untuk create file dalam format Words dan Excel pun tip top. 

Barang-barang lain yang aku ada termasuklah sepupu-sepapat macam-macam jenis kabel untuk memudahkan urusan charging hand phone dan 'transfer mentransfer' data supaya boleh terus berkomunikasi dengan dunia luar.

Akhir sekali - Samsung Smart Camera EX2F yang suami passkan pada aku lepas cinta dia dengan DSLR berputik kembali. Aku suka sangat kamera ni sebab saiznya just nice untuk disumbatkan ke dalam handbag. Kualiti gambarnya pun oohlala... terbaikkkk! Gambar waktu malam, memang cantik!

 Inilah kamera yang kerap kitorang gunakan selain Canon EOS 600D. Ini juga diharap dapat menjawap pertanyaan beberapa orang rakan blogger tentang jenis kamera yang aku gunakan. :)

Waktu malam di Avani Sepang Goldcoast menggunakan Samsung Smart kamera. Full entri, klik SINI.

Senja di Odaiba. Full entri, klik SINI.

Uluwatu, Bali. Full entri klik SINI.

Yang bestnya, camera ni ada Wi-Fi Connectivity built in. Maknanya, di mana saja aku berada, aku boleh upload gambar atau video dari kamera terus ke Facebook, Picasa atau YouTube! Aku juga boleh emailkan gambar-gambar directly dari kamera asalkan ada Wi-Fi connection! 

Bukan itu saja, kita boleh juga transfer terus gambar-gambar dari kamera ke hand phone - 'Mobile Link' untuk model Samsung tertentu saja tanpa perlu gunakan sebarang kabel. Lagi satu feature yang kitorang suka sangat - kamera ni membolehkan gambar-gambar atau video dari kamera ditayangkan directly ke Smart TV Samsung! Kualiti video pun cantik sebab Full HD, cuma zoom limited sikit sebab ini bukannya handy cam. Tapi so far tak menghampakan. 

 Dolphin di Epson Aqua Stadium, Shinagawa, Tokyo menggunakan Samsung camera. Klik laa video tu ya :))

Sangat cool kannn? Cuma masalahnya, aku saja yang belum betul-betul pandai gunakan semua shooting mode yang ada.. hikhik! Ok, itu saja untuk entri kali ini. Jumpa di next entri - Cabaran Hari ke-27 : Mood Anda Hari Ini.


Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi
Day 18 : Siri TV Kegemaran
Day 19 : 1 Resepi Kegemaran
Day 20 : Quote Kegemaran Anda  Day 22 : Destinasi Percutian Impian
Day 23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang 



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

5 comments:

  1. cantiknyer semua pemandangan tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mamamyja, sebab tu saya suka guna kamera ni. Kalau pandai setting, lagi cantik :)

      Delete
  2. Foto-foto yang ditangkap memang cantik betul!

    ReplyDelete
  3. wahhh, cantiknya suma gambar...teringin nak ada satu camera canggih cenggini, huhu

    ReplyDelete