Tuesday 28 July 2015

Cerita Aidil Fitri 2015

Assalamualaikum,

Cerita Aidil Fitri 2015. Salam Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin kepada semua rakan blogger dan readers di luar sana. Dalam setahun lebih berblogging ni manalah tau kot-kot ada tulisan dan gurauan Kak Fay yang menyentap perasaan atau mendatangkan aura negatif pada pembaca ke, ada terselit ajaran-ajaran sesat masa share resepi atau travel info ke. Manalah tau nak buat kek butter tup-tup jadi kek lapis pulak. Eh?! Lebih dari ok laa tu, kann? Hahaha.

Tahun ni, kitorang beraya di KL dari hari raya pertama sampai ketiga. Hari keempat baru balik ke Muar\ Melaka dan balas dendam beraya puas-puas. Orang pergi kerja, kami duk pulun beraya dan makan...makan...makannnn! Pastu dok komplen jeans saiz 28 yang boleh dipakai sepanjang bulan puasa mula rasa ketat sekarang! Motip sangat beritahu saiz jeans kann?!? 

Bila beraya di KL Hari Raya pertama tu dah tentulah hidangan pagi raya memang kena buat sendiri maknanya. Itu memang cabaran yang sangat berat sebab seumur hidup akak tak pernah lagi sediakan juadah raya yang lengkap dari ketupat, lodeh, sambal kacang sampai ke rendang semua sendiri! Biasanya setakat tolong potong-potong apa yang patut kat dapur atau sesekali jengukkan muka saja. Sekali tahun ni, hambik! Padan muka haku... tulah selama ni buat-buat sibuk je lebih, tahun ni kena buat sendiri dari A - Z. Akak ni kalau bab-bab memasak cepat diserang panic attack. Entah apa yang ditakutkan agaknya. Nak kena jumpa pakar ke apa untuk overcome masalah ni. Berdebar-debar ya menunggu saat dan ketika nak menyediakan semua tu. Tu yang cuti berblogging 2 minggu sebelum raya sampai ke hari ni! Bahahaha. Melampau tahap patut kena lempang kan aku ni?

Berpegang pada prinsip 'tekun, usaha, jaya' yang juga merupakan cogankata sekolah menengah dulu yang rasanya masih relevan untuk dipraktikkan, Alhamdulilah juadah raya dihasilkan dengan jayanya. Kembang kempis hidung tengok hasben menghirup kuah lodeh dan makan bertambah-tambah. Akak sendiri pun terkembang-kembang punggung bila makan sambal kacang masakan sendiri sebab dapat hasilkan rasa exactly macam yang dihajati. Sepanjang hari tu, sploh ribu kali kot aku asyiklah tanya hubs ok tak rasa masakan. Last-last sebab dah penat menjawap soalan yang sama dari pagi ke petang, dia kata dia makan bertambah-tambah tu sebab lapar, bukan sebab sedap. Cit! Eleh, jawap senyum-senyum gitu macamlah ai tak tau tu ayat kaver line! Nyampah...

Rendang Ayam yang masih menari-nari dalam kuali.

Thursday 2 July 2015

Pudding Kastard - Pencuci Mulut Yang Enak Dan Mudah Disediakan

Pudding Kastard - Pencuci Mulut Yang Enak Dan Mudah Disediakan. Sepanjang bulan puasa ni, so far baru inilah satu-satunya dessert yang akak buat. Sebabnya... Ai is malas! Bukan setakat malas biasa-biasa, ni dah tahap malas peringkat merah siap blinking-blinking lagi! Tapi, sesungguhnya tuntutan tekak itu sukar ditepis. Maka terhasil lah Pudding Kastard dalam gambar ini demi memenuhi kehendak tekak sendiri. Kalau tak diikutkan mau terbawak-bawak dalam mimpi nanti! Nikmat rasanya berbuka puasa sambil terpejam-mata mata menikmati Pudding Kastard dan menghirup sosnya yang lemak manis yang dah disejukkan dalam fridge awal-awal lagi. Heavennya!!!


Resepi Pudding Kastard