Tuesday, 30 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 30 | PERKARA MENARIK YANG ANDA BERBANGGA TAHUN INI!

Assalamualaikum,

Akhirnya.... kesemua task sepanjang 30 hari cabaran berlangsung berjaya juga aku habiskan walaupun aku bermula 4 hari di belakang dan terpaksa upkan beberapa entri dalam sehari untuk catch up. Achievement ni sebenarnya satu big surprise sebab aku tahu aku bukannya jenis yang terlalu berdisplin. Mula-mula tu rasa sangat impossible untuk aku lengkapkan kesemua 30 cabaran ni. Takut juga tersangkut kat tengah jalan. :) *Senyum-senyum sensorang, pandang kiri kanan sambil clap clap untuk diri sendiri. :)

Task yang terakhir berbunyi - 'Perkara Menarik Yang Anda Berbangga Tahun Ini'. Memandangkan tahun 2014 masih berbaki 2 bulan lagi, aku masih belum boleh evaluate pencapaian diri secara total. KPI masih belum complete lagi kiranya! Perkataan 'berbangga' inipun membuatkan aku berhati-hati menulis supaya tak disalah anggap kepada 'berbangga' yang membawa tafsiran riak. Bukan riak ya. Berbangga di sini bermaksud sesuatu yang membuatkan kita gembira, puas hati dan secara tak langsung meningkatkan motivasi diri. It could be an achievement dalam bentuk material atau inner self sendiri.

Antara perkara yang aku banggakan - how I cope with the ups and downs in life and relationship.  Bukan hubungan suami isteri saja ada pasang surutnya, hubungan dengan sahabat handai pun tak lari dari dilanda badai. *Tu diaaaa.... sesekali berbahasa puitis! Bagaimana kita handle sesuatu perkara dengan menggunakan kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran yang diberi - itu yang penting. Jangan terlalu ikutkan kata hati dan perasaan amarah dalam membuat keputusan. Bersabar dan berhati-hati supaya tidak terjebak ke dalam permainan catur yang telah diatur untuk memerangkap kita!

Alhamdulilah, aku berbangga dan bersyukur kerana diberikan tahap kesabaran dan kewarasan yang tinggi. Dan Alhamdulilah, aku juga berbangga dengan kekuatan diri kerana berupaya 'eliminate' unsur-unsur dan orang-orang negatif yang cuba meracun diri. 

Nasihat aku pada readers tersayang have faith in yourself and stand your ground. Tapi itu tak bermakna kita sentiasa betul. Pandanglah juga ke bawah untuk audit diri sendiri. Lihatlah apa kelemahan diri yang ada dan terus perbaikinya dari semasa ke semasa!


Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi
Day 18 : Siri TV Kegemaran
Day 19 : 1 Resepi Kegemaran
Day 20 : Quote Kegemaran Anda
Day 22 : Destinasi Percutian Impian
Day 23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang
Day 25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca
Day 26 : Gadjet Kepunyaan Anda
Day 27 : Mood Anda Hari Ini
Day 28 : 5 Perkara Bermula Dengan Andainya

-Lotsa Luv-
Fayreen Mizan


4 comments: