'Cabaran 30 Hari' diteruskan dengan task seterusnya - 'Rumah Impian Anda'! Bab-bab nak suruh berangan ni I loike!!! Sejujurnya aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Tapi, untuk pelaburan tambahan di masa depan kitorang mencari-cari juga sebuah rumah lagi. Tapi itulah, harga rumah kat KL ni cekik darah betul... mahal nak mam...! Mau aku laki bini terpaksa makan kiblet kucing je nanti. Eh, tapi kiblet pun mahal gak... cam ner tu?? Share makanan dengan ikan jelah nampaknya kalau gitu! Makanan ikan murah sikit. Hahaha..
Since dah ada peluang untuk berangan pasal rumah impian ni, marilah melayan angan-angan aku sampai kita sama-sama muntah ijo. Yang paling penting saiz rumah mestilah sederhana saja - tak terlalu kecil dan tak pula melampau-lampau besarnya. Kalau besar sangat nanti aku takut. Takut berimaginasi benda pelik-pelik yang menakutkan pun ya... takut tak larat nak mengemas pun ya juga.
Aku juga tak nak ada banyak pintu untuk keluar masuk. Kalau boleh pintu depan dan belakang je pun dah cukup. Kenapa??? Kalau pintu je ada 15, terjaga ke nanti?! Larat ke nak make sure semua pintu tu berkunci? Sekarang ni pun kadang-kadang ada insiden terlupa kunci grill bagai. Amboiii... berangan rumah yang ada 15 pintu terus! Hahaha....
Bahagian depan macam ni lah lebih kurang. Macam lebih dari 2 pintu jer ni. Macam mana?? Tak pe, kita sealkan je pintu-pintu yang lain nanti! :)
Ruang tamu... aku memang suka warna putih. Sikit-sikit putih... sikit-sikit putih!!
Next - dapur... ni penting ni. Aku nakkan dapur yang selesa dan boleh membangkitkan mood untuk memasak. Biar idea masak datang mencurah-curah. Macam aku ni ada tendency untuk ke dapur walaupun tengah-tengah malam, jadi lighting kena terang dan tak boleh suram-suram supaya tak rasa seram!
Aku suka konsep dapur ni. Nampak moden dan sangat kemas. Cuma kabinet dengan tiles tu kena tukar pada warna yang lebih gelap kot.
Bilik tidur - Untuk rumah dua tingkat aku lebih suka kalau ada sliding door atau tingkap kaca yang lebar dalam bilik supaya dapat tengok pemandangan di luar bila tarik langsir waktu pagi nanti. Apa yang ada kat luar atau bertenggek di sebalik sliding door di waktu malam kita abaikan saja! Mungkin ada sesuatu di luar sana memerhatikan kita tapiii... ahhhh... malaslah nak fikir.... tak tercapai pulak rumah impian aku nanti! *Statement haktuiii sangat
Something simple macam ni pun ok walaupun aku prefer furniture berwarna putih.
Sekarang mari kita tengok toilet dalam master bedroom ni pulak. Taraaa....
Kalaulah toilet sejelita ni, tidur dalam bath tub tu pun aku tak kisah kot! Hikhik...
Yang paling pentingggg... bilik kitorang perlulah ada walk-in wardrobe yang memang diidam-idamkan sejak sekian lama supaya lebih mudah untuk aku humbankan segala macam baju dalam tu! Ruang untuk menggantung baju kena banyak sebab aku ni malas lipat baju. Dahlah malas, cerewet pulak. Setiap lipatan, contohnya t-shirt aku akan lipat exactly macam style lipat kat kedai. Saiz setiap lipatan juga kena sama... tak boleh besar, tak boleh kecik... tak boleh terpanjang atau terpendek. Kalau tak sama aku bukak dan lipat semula! Gilaaa!! Kritikal dah ni. Nasib baik sendiri lipat, sendiri betulkan semula... so taklah menyakitkan hati sesiapa! Tapi, kalau orang lain tolong lipatkan, aku tak kisah walaupun tak kemas. Diri sendiri yang tak boleh. Tak taulah sawan apa namanya ni!
Untuk 'curi' ruang, aku nak letak cermin di bahagian luar pintu wardrobe so boleh 'mirror, mirror on the wall' sepuas-puasnya. Jadi, tak perlulah beli cermin muka lagi. *Rumah dah cantik tiba-tiba kedekut pulak nak beli cermin mukaaa! Lantai tu aku tak berapa berkenan, so nak gantikan dengan plain carpet berwarna merah atau royal blue supaya nampak lebih cozy.
Ini juga satu lagi cita-cita aku... nak buat sebuah bilik solat yang selesa di rumah untuk digunakan oleh kami sekeluarga dan saudara-mara atau tetamu lain yang datang.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... alang-alang dah ada peluang berangan, grablah peluang berangan habis-habisan! Hahaha gitu. Edisi berangan sampai lebam diteruskan lagi. Next on the list... mini gym tapi dengan equipment yang basic saja. Aku tahu sangat tahap kerajinan dan displin aku dalam bab-bab bersenam ni macam mana. Jadi, jangan membazir beli yang bukan-bukan. Paling lama bertahan pun 4 bulan kot. Itupun dengan paksaan!
Excercise supaya kekal bodylicious macam Shakira dan Beyonce! Tapi aku prefer mini gym dalam bilik yang bertutup... lepas tu ada TV screen supaya aku boleh berzumba bagai!
Rumah impian aku juga perlu ada taman yang menghijau sama ada di halaman utama atau di belakang rumah.
Rumah di tengah-tengah tu disediakan khas untuk kaum kerabat dan sahabat handai kucing-kucing aku beristirehat.
Akhir sekali....
Swimming pool juga perlu ada supaya aku dan suami boleh berlari berkejaran di sekeliling kolam di kawasan rumah saja dan tak perlu lagi terlalu kerap bercuti semata-mata untuk bercanda di pasiran pantai. Kalau tak cukup baget kita gantikan dengan pool yang kat bawah ni je..
************************
********************
**********
************************
********************
**********
Hahaha...
Selesai akhirnya task hari ke-24 ni. Seriously, pada aku kalau rumah besar, tapi di dalamnya 'kosong' pun tak guna juga. Biarlah rumah kecil tapi dipenuhi dengan kasih sayang dan ada pengisian yang lain. Kasih sayang, kebahagiaan, senda gurau, tolak ansur - itulah yang perlu ada dalam rumah impian yang sebenar-benarnya. Cuma, kalau ada rezeki lebih atau terlebih-lebih mestilah sikit sebanyak kita nak rasa nikmat kemewahan yang dah diusahakan tu. Makin lama tentulah kita nak move forward dan improve apa yang ada dalam rumah atau upgradekan lagi rumah itu sendiri. Apa-apapun, pilihan di tangan kita kerana kita yang menentukan corak dalam sesebuah rumah. Tak gitu?
Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi
Day 18 : Siri TV Kegemaran
Day 19 : 1 Resepi Kegemaran
Day 20 : Quote Kegemaran Anda Day 22 : Destinasi Percutian Impian
Day 23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Arghh...Fay..kalau nak rumah cenggini haruslah kahwin dengan Sultan Brunei hahaha tapi Fay dh kawin tak leh nk berangan tuk kawin ngan dia lagi..JM maybe boleh lagi berangan hhohohoh
ReplyDeletehahaha JM... kalau macam tu jadi tukang shopping tudung-tudung JM nanti pun jadilah :)
Deletewahhhh....Fay kena layan houzz.com baru sampai tidur termimpi-mipi duduk rumah mansion begini...kekkek...
ReplyDeleteseronok sesekali berangan tak hengat nih :)))
DeleteWahh...Salam perkenalan :)
ReplyDeletesalam perkenalan juga, dear :))
DeleteAlololo comelnya pool biru tu. Kikikiki
ReplyDeleteHi Syieda. Janji boleh rendam-rendam kaki cukuplah :D
Delete