Saturday, 13 September 2014

LARI DARI KL!

Assalamualaikum,

Belek-belek gambar dalam external hard disc baru perasaan ada banyak gambar yang main ambik je tapi akhirnya tak tepek kat blog. Memandangkan kejadian ni baru berlaku dan cerita pun masih belum dalam kategori basi, aku gagahkan juga tulis entri ni. 

Kadang-kadang bila cuti hujung minggu kita tak tahu nak pergi mana, kaann? Nak travel jauh-jauh rasa malas. Nak pergi window shopping takut bergoncang iman tengok barang-barang on display. Last resort kitorang weekend haritu, siap-siap kemudian petang tu terus ke Genting Highlands untuk menikmati air-cond free! Padahal minggu sebelumnya pun dah lepak kat Genting juga! Bila kerap sangat melepak kat sini, kitorang sampai dah dapat detect satu kedai mamak yang best kat Gohtong Jaya tu. Teh tarik best, roti telur yummy, kuah kari sedap nak mampuih.... harga pun murah! Asyik naik ke sana tu sebab penangan mamak ni lah! Hahaha.

Sesiapa yang pergi ke Genting Highlands baru-baru ni tentu tahu yang Outdoor Theme Park bukan setakat ditutup tapi dah abolish terus untuk kerja-kerja pembinaan Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia dan dijangka siap tahun 2016 nanti. Bukan calang-calang projek tu! Sudah tentu theme park baru ini nanti jauh lebih happening dari theme park sebelumnya. Ada juga beberapa Indoor Theme Park yang ditutup kerana construction projek ni. Boleh refer info lanjut di SINI.

Sebelum construction projek ini pun, kalau ke Genting kitorang bukannya masuk mana-mana park. Kami lebih suka duduk-duduk santai kat luar saja. Feeling-feeling cuaca macam obersea kononnya! Tapi, masa aku pergi baru-baru ni memang sejuk. Cuaca baik tapi berkabus.


Kami berdua-duaan di garden dan disambut oleh Orange Daylily. Eh... ya ke?? Aku ni bukannya kenal bunga sangat. Bunga ros, bunga raya tu aku kenal lah. Memang nak kena cubit kalau itupun tak kenal!

Chinese Rose. Betul ke??! :p

Bunga kaler purple. Rasanya lebih selamat tulis macam ni dari tulis nama bunga yang bukan-bukan dan sebarkan ajaran sesat! :p

Bunga lily - ni confirm tak salah!

Lily lagi.

 
Masa ni kabus dah mula naik.

Nampak tu....Kabus dah mula menutupi bangunan.


Feeling-feeling ala-ala zaman Renaissance.



Kabus makin tebal.

Senja nan kebiru-biruan.

On the way ke PICC. Ada Lantern Festival masa kitorang datang haritu.


Bolehkah 20th Century Fox bersaing dengan Universal Studios Singapore nun di seberang tambak??



Walaupun sejuk, saja menyeksa diri duduk semula di luar ditemani cahaya dari lantern.







Last shot. Bertolak balik semula ke KL pukul 9 malam dalam keadaan fresh.

Sekian saja entri ntahapahapa untuk hari ini! *School holiday mode activated!!!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan



16 comments:

  1. Wah, seronoknya berjalan-jalan di Genting. Bunga-bunga tu cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan-jalan hujung minggu namanya. Malas nak drive jauh-jauh, Ayuni :)

      Delete
  2. lama nyaa tak p gentingg..emm..nk p jugak lahh..

    do visit and comment me back yeaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni kat outdoor tak berapa menarik laa, dear. Tapi kalau saja nak duduk-duduk ambik angin recommend sangat-sangat. :)

      Delete
  3. wahhhh sonoknye slalu naik genting ye kak?
    kite ni pernah 1 kali je pegi genting tahun lepas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu jugak naik ke sana. Biasanya memang unplanned. :)))

      Delete
  4. Nasib baik x pegi dlm masa terdekat kan klau x mmg rugi coz under construction, jm ni kan suka theme park :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah. Bila Fox Studio dah siap nanti bolehlah explore habis-habisan, JM. Ride yang extreme tu saya takut nak naik...alaaa... yang biasa-biasa pun terjerit-jerit je lebih! Heheh... :)))

      Delete
  5. dah lama tak ke genting...tetiba rasa nak pi laju-laju pulak..haha.YM follow sini...Salam kenal, klu ada kelapangan, jemput la ke blog YM pulak ye,
    http://www.yayansmum.com

    ReplyDelete
  6. Seronok... gambar pun cantik2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali beralih angin memang seronok. Masa pergi baru-baru ni sejukkkk sangat. Dah lama tak rasa sejuk macam ni kat Genting. :)

      Delete
  7. Rasa tenang dan best bila dapat dikelilingi bunga dan pemandangan alam semula jadi. ;)

    ReplyDelete
  8. wah.. cantik2 gambar dlm blog ni

    ReplyDelete