Thursday 29 October 2015

Dia Kembali Dalam Belaianku...

Hampir sebulan rasanya blog ni tak diupdate. Kak Fay baru berpindah ke rumah baru sebenarnya, jadi sebulan, dua ni dah tentulah hidup kelam kabut dibuatnya. Nak unpack dan menyusun barang lagi... nak adjustkan diri dengan surrounding termasuk jiran sekeliling lagi.

Tapi hari ni memang kena menulis. Menulis untuk melepaskan perasaan yang terbuku di hati dan untuk mengabadikan entri buat yang tersayang - Carol.

Readers blog ni tahu Kak Fay ada bela kucing kann? And I love each of them very much. Walaupun nakal... walaupun terpaksa membersihkan najis diorang setiap hari, Kak Fay tak kisah. Rasa sayang pada mereka memang tetap tak berubah.
Carol, anak kepada MamaKat came to my life 1 and a half year ago. Mixed Persian, sangat manja dan memang baik. Makanlah apa saja depan dia, dia memang tak akan kacau. Tahunya, makanan dia hanyalah kiblet! Berilah ayam atau ikan rebus, dia cuma cium-cium saja. Akhirnya Carol tetap akan cari kiblet dan makan sampai licin.

Jumaat lepas Carol sangat aktif seperti biasa... berlari-lari dari dapur ke ruang tamu atau naik ke tingkat atas berlari sambil melangkau 2 anak tangga sekaligus. Sepanjang sebulan berpindah ke rumah baru ni, tempat tidurnya exactly di luar pintu bilik kami.

Hari Selasa pagi, akak perasan ada perubahan pada Carol. Bukan saja tak seaktif biasa, dia juga nampak murung dan suka bersendiri. I thought it was okay... mungkin perubahan hormon bagi kucing yang bunting. Ya, Carol bunting anak pertama. Dan akak perhatikan dia tak makan sepanjang hari. Cuma minum dan tak makan apa-apa pun.

Hari Rabu Carol masih tak nak makan... worst... minum pun tak mahu sampai ke tahap terpaksa dukung dan letakkan mangkuk minuman betul-betul depan muka dia. By afternoon, dipaksa minum pun dia tak nak. Jadi terpaksalah sumbatkan minuman dalam mulut dia. By night, condition dia nampak lebih teruk. Carol terus lemah dan lebih suka bersembunyi. Bergerak pun beberapa langkah saja. Nak bawak ke vet dah malam, jadi kitorang plan nak bawak dia esoknya (Khamis. i.e. today 29/10/2015).

At 6.00 am - To my surprise, separuh dari badan Carol dari pertengahan badan hingga ke kaki dah mula sejuk dan kaku.  Nafas dia pun dah mula tersekat-sekat. Masa ni Kak Fay tahu, sesuatu akan berlaku. Sesuatu yang sangat- sangat ditakuti. Carol di ambang sakratul! Bila dipanggil-panggil tak ada suara manja mengiau menjawap panggilan macam selalu. Carol terbaring lemah.

Lepas usap-usap dan sapukan sedikit air pada kepala, muka dan badan Carol akan terus naik ke tingkat atas untuk siap-siapkan baju hubs sebab dia kerja hari ni.

At 7.30 am - Rasa serba salah sangat sama ada perlu atau tak akak jengah Carol di bawah sana. Bukan geli dengan keadaan dia yang meleleh-leleh air liur. I just couldn't. Sedih teramat tengok keadaan dia macam tu. Si Carol yang keletah tengah kesakitan bergelut dengan maut!

Akhirnya Kak Fay nekad.. apa juga yang berlaku, akak nak ada di sisi Carol. Sambil-sambil turun tangga akak panggil dia macam biasa. Sampai saja kat pintu bilik, dalam kepayahan dan kesakitan Carol mengesot-ngesot datang ke arah akak. Nak pecah dada tengok dia meluru tu. Tengah-tengah sakit tu masih lagi dia nakkan tuan dia!

Terus akak duduk sebelah Carol, usap-usap, belai-belai dia dengan penuh kasih sayang. "Carol, mama Pay tau Carol sayang mama. Mama pun sayanggggg Carol. Sayang sangat. Kalau betul-betul sayangkan mama, Carol pergilah dulu. Carol akan pergi heaven. Ada garden, ada banyak fishes kat sana. Nanti kita jumpa lagi. Please come to my dream, ya sayang".

Tengah-tengah borak tu tiba-tiba Kak Fay sedar hilang sudah denyutan lemah yang tadinya terasa di leher Carol. She's gone. Carol dah tak ada. Carol dah kembali meninggalkan dunia ini... segala kesakitannya dah ditinggalkan. Manusia-manusia yang zalim terhadap binatang juga dah ditinggalkannya. Tak ada lagi rengekan manja dari Carol.. tiada lagi gurauan-gurauan dari Carol - menyapu-nyapu muka kami dengan ekor tebalnya. Baru beberapa jam Carol pergi tapi dah terasa rindu yang amat sangat. Rasa kehilangan yang tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata.

Take care Carol sayang... rest well. Kesakitan Carol dah hilang. Damailah Carol di sana!

** Kesedihan ini mungkin akan berkurangan selari dengan pergerakan masa. Buat masa ni, there will be no updates on cats for a while here in this blog. Masih terbayang-bayang bagaimana Carol menerpa ke arah akak dalam kesakitannya tadi. It torn me apart. RIP Carol.