Cabaran 30 Hari anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari untuk hari ke-25 berbunyi 'Berita Terkini Yang Anda Baca'. Kadang-kadang, aku tak sempat baca surat khabar tapi macam mana sibuk pun aku akan curi-curi ikuti perkembangan semasa dunia melalui beberapa portal berita online yang sumbernya boleh dipercayai. Tak kisahlah sama ada portal tu berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
'Tipu mangsa melalui Facebook' - inilah berita yang baru saja aku baca melalui Utusan Online sekejap tadi. Penipuan melalui Facebook atau media sosial yang lain datang dalam macam-macam bentuk... macam-macam cara. Sebab tu kita jangan percaya bulat-bulat pada seseorang yang baru kita kenali melalui medium seumpama ini.
IPOH 25 Sept. - Hanya menggunakan akaun laman sosial Facebook, seorang
pekerja sebuah resort di Terengganu mampu menjana 'keuntungan' berjumlah
RM14,850 hasil kegiatan penipuan dan memperdaya orang ramai khususnya
mereka yang sedang mencari pekerjaan.
Suspek, T. Sivaneswaran, 27, dipercayai berjaya memperdaya kira-kira
sembilan mangsa yang kesemuanya merupakan golongan pencari pekerjaan
menerusi dua akaun Facebook berbeza iaitu 'Daniel Ipoh' dan 'Datin
Aishah'.
Sivaneswaran turut menyamar sebagai seorang berpangkat Datuk
semata-mata mahu meyakinkan individu-individu yang menjadi mangsanya di
laman sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Supritendan
Maszely Minhad berkata, suspek dipercayai menawarkan peluang pekerjaan
palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan jabatan-jabatan
kerajaan menerusi kedua-dua akaun Facebook berkenaan.
Katanya, suspek akan meminta mangsa memasukkan wang berjumlah antara
RM300 hingga RM2,800 ke dalam akaun miliknya menerusi kedua-dua akaun
Facebook tersebut kononnya untuk memudahkan proses mendapatkan
pekerjaan.
"Suspek kemudiannya akan meminta mangsa menghubungi dirinya yang menyamar sebagai Datuk Siva untuk proses seterusnya.
"Pada peringkat ini, suspek akan mengemukakan beberapa syarat serta
meminta memasukkan lagi sejumlah RM1,300 ke dalam akaun serupa," katanya
dalam sidang akhbar di Balai Polis Sungai Senam, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Maszely memberitahu, kegiatan itu terbongkar apabila
seorang mangsa membuat laporan di Balai Polis Menglembu sebelum JSJK
bersama unit risikan membuat siasatan segera dan berjaya menahan suspek
yang ketika itu sedang berjalan kaki di pusat bandar raya ini petang
semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek, pihak polis berjaya
merampas lima kad ATM yang salah satunya dipastikan sebagai nombor akaun
digunakan suspek untuk 'memeras' wang mangsanya.
"Hasil siasatan mendapati suspek mula aktif melakukan kegiatan itu
sejak Januari tahun ini. Berdasarkan semakan yang dibuat pula, terdapat
lapan laporan polis antaranya di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Pulau
Pinang dan Pahang membabitkan penggunaan nombor akaun serupa menjadikan
jumlah keseluruhan penipuan sebanyak RM14,850.
"Suspek juga mempunyai rekod lampau dan pernah dipenjarakan kerana
melakukan kesalahan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri
di dalam bangunan. Suspek telah direman selama empat hari bermula hari
ini," jelasnya.
Menurut Maszely, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 kerana
menipu serta boleh disabit hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan
mandatori setahun serta sebatan dan denda.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada
ketika berurusan dengan mana-mana individu yang tidak dikenali atau baru
dikenali melalui laman sosial. Jangan mudah percaya dengan apa yang
dikata serta ditawarkan," ujar beliau.
mcm2 cara org sekarang nk menipu..so ye betul masirlah kita sentiasa beware
ReplyDeleteItulah pasal JM. Yang kita boleh nampak depan mata pun kadang-kadang tak boleh percaya, apalagi yang bersembunyi di sebalik screen. :)))
DeleteZaman sekarang ni sungguh menakutkan la. Yang penting kita kena selalu beringat kan
ReplyDeletehttp://butikgebugebu.blogspot.com/
Ya dear, kita memang kena selalu beringat. :)
Delete