Hari ni masuk challenge untuk hari ke-4... hari ke-6 sebenarnya bagi mereka yang dapat kejar train awal-awal haritu! Cabaran hari ni - buku kegemaran! Dari hari mula terbaca pasal task hari ke-4 ni lagi automatik terus teringat beberapa buah buku lama. Aku sendiripun memang suka membaca dek kerana cintakan ilmu dan dahagakan pengetahuan. *Statement poyo tadah pipi tunggu penampar! Sesuatu sangat statement tu... hahaha!
Aku membesar dengan membaca buku-buku Enid Blyton - Lima Sekawan, Hardy Boys dan Nancy Drew... tapi yang dah translate dalam Bahasa Melayu laa. Masa tu mana terror English. Yang tau pun cuma ayat-ayat basic - 'What is your name'... 'how are you'... 'how old are you' sebab dok menghafal macam parrot!
** Google image
Siap pernah berangan nak jadi penyiasat macam budak-budak dalam cerita ni!
Bila besar sikit dah mula bertukar kepada cerita-cerita seram yang lebih mencabar konon-kononnya. Gigih lah cari sana-sini dan pinjam buku-buku Bercakap Dengan Jin kawan-kawan sekolah. Disebabkan ada penyakit tak tahu sabar, terpaksalah letak bawah desk sambil curi-curi baca. Biasanya aku buat perangai ni masa pergi sekolah agama sebab ustazah tak berapa strict sangat walaupun dia tahu aku buat kerja lain time dia mengajar kot. Ampunnnnn ustazah!
** Google image
Memang leka menghadap buku ni sebab jalan ceritanya sangat suspens. Description hantu dan kejadian-kejadian pelik semua diceritakan dengan jelas - berulat-ulat, mata merah saga tersembul keluar, kuku panjang, bau wangi, angin bertiup kuat, bunyi pelik atas bumbung... memang real! Tapi waktu malam memang azab sebab sure terbayang-bayang semua yang diceritakan. Kertas jatuh dari atas meja sebab speed kipas laju pun aku dah rasa macam nak terkencing dalam seluar!
**Google image
Saga karya Abdul Talib Hassan ini memang favourite aku. Triologi Saga ni memang best! Love story masyarakat kelas biasa yang complete dengan macam-macam konflik dan penuh dengan pengajaran. Sinopsis Triologi Saga. Watak-watak utama dalam Saga digambarkan sebagai manusia biasa yang tak terlalu perfect. Bukan nak kondem novel-novel cinta zaman sekarang... kadang-kadang jalan cerita antara satu dengan lain stereotype sangat. Kebanyakan watak-watak utama dalam novel sekarang - kalau kaya terlalu kaya... bisnis juta-juta, kalau cantik, digambarkan terlalu cantik, terlalu pandai, terlalu perfect! Memang betul ini cuma fiksyen... ini cuma rekaan... tapiii... you know what I mean?! Kepuasan membaca kurang di situ sebab terlalu fairy tales. Ini pendapat aku sajalah ya. Apapun aku tetap respek pada kreativiti pengarang-pengarang di luar sana.
Ada banyak lagi buku-buku lain. Rasanya cukuplah aku senaraikan 3 ni saja kot. Ini pun termengah-mengah nak kejar challenge yang dah tertinggal. :)
Cabaran seterusnya --> seram sejuk bila baca task ni : 3 Perkara Yang Ingin Anda Katakan Pada Bekas Kekasih!!! Ayooo sangat task ni tau! Hahaha....
#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari
Day 1 : 1 Gambar Terbaru Dan 5 Fakta Tentang Diri Anda.
Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda.
Day 3 :Sesuatu Yang Menguatkan Anda
Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda.
Day 3 :Sesuatu Yang Menguatkan Anda
-lotsa luv-
Fayreen Mizan-
kalau JM join challange ni mmg failed sbb x suka baca bUK..hhu..nasib baik time belajar dulu LULUS hikss
ReplyDeleteKalau diberi pilihan memang tak nak balik ke zaman-zaman belajar dulu. Bab nakal-nakal tu ok... tu best kan, JM? Bab gi lecture, tutorial & exam no..no..noooooo!! :)
Delete