Akhirnya, sempat juga aku curi-curi update Cabaran 30 Hari untuk hari yang ke-13 walaupun tengah bercuti nun di selatan. Tak larat rasanya nak berlari berkejaran kalau kena tinggal jauh-jauh sangat nanti. Berlari setempat baru 2 minit pun dah hazabbbb yang amat! Hahaha.
Berbalik pada challenge hari ini - apakah 5 blog kegemaran aku? Banyak blog yang aku baca tanpa mengira niche walaupun favourite aku adalah personal dan travel blog. Blog-blog yang berada dalam ranking top 5 dan sentiasa ada dalam hati adalah....
Matilah kena kutuk sebab suka blog sendiri ni! Kalau tak suka blog sendiri, macam mana aku nak menulis... macam mana nak perbaiki blog setahun kacang buncis ni dari masa ke semasa? Bak kata orang, sebelum sayangi orang lain... kita kena sayangi diri kita dulu. Cintai diri sendiri sebelum kita bercintan-cintun dengan orang lain! Orang lain kita tak boleh bentuk ikut acuan yang kita nak... tapi diri sendiri boleh! Haa, macam tulah kaedahnya!
Asalnya aku terklick blog Filla masa cari info pasal Bali. Bila dah baca sekali rasa macam best pulak ... lepas tu terus akan klik setiap hari! Gaya dia berceloteh memang santai.
Satu lagi personal blog yang best. Memang sure menyengih memanjang dan tergelak-gelak baca entri Elly yang ting-tong sokmo ni!
Walaupun Maria Elena dah agak jarang update blog dia sekarang, tapi setiap entri baru tak pernah mengecewakan. Dalam gelak tawa, ada mesej yang cuba disampaikan.
Pada yang minat travel, jangan lupa terjah blog +Jari Manis ni. JM ni seorang yang peramah dengan readers dan tak kedekut share macam-macam travel tips. Orangnya pun manisssss.
Cubalah terjah blog-blog di atas!
Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
boleh terjah nanti... hihik
ReplyDeleteBest blog diorang... sila terjah :))
DeleteKejar jangan tak kejar. hari ini dah Cabaran ke 17
ReplyDeleteSemputtttttttttt :D
DeleteHehehehe samalah dengan ena. Tak terkejar kejar.. ena pun minat maria elena....
ReplyDeleteJom kita kejar sama-sama Ena. Eh.... sama dengan nama panggilan Maria Elena. 'Ena' jugak! :)
DeleteWahh menarik... thanks sharing Fayreen.. :)
ReplyDeletetenkiu, Khir :)
DeleteHai Fayreen ..... BW & Folow sini .Nice Sharing ... Happy Blogging
ReplyDeleteJemput singgah http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
hikhik..kita sama laa dear..suka blog sendiri...kalau bukan kita, sape lg nak suke kan..? ihikss
ReplyDeleteEh eh eh blog Jm termasuk dlm list lah wlaupun cerita yg d kongsi x menarik tetapi fay sentiasa beri support. Thank u dear muaahhhh
ReplyDelete