Cabaran 30 Hari diteruskan dengan semangat waja yang berkobar-kobar. Task ke-19 : 1 Resepi Kegemaran. Adehhhh... macam mana ni... aku ada banyak resepi kegemaran. * Macamlah rajin sangat memasak kan!! Untuk berlaku adil pada resepi-resepi yang lain, apa kata kita baling dadu dan tengok resepi apakah yang bertuah! *Tup-tup resepi pilihan berpihak pada telur dadar atau telur goreng! Macam mana tuh nanti??
Let's roll the dice....
* Sambil-sambil lambungkan dadu nak bercerita sikit dulu. Aku ni bukanlah pandai nau memasak walaupun hampir setiap hari aku bertapa di dapur untuk makan malam. Tidak juga cekap di dapur. Kalau suruh masak untuk orang lain, sure tergiggil-giggil takut tak bersebab. Ntah sawan apatah! Masak kat rumah Adik tu pun kadang-kadang fail!! Perlu diberi motivasi tambahan untuk tingkatkan keyakinan diri ni nampaknya!
Ok... berbalik pada cerita dadu tadi, nampaknya resepi yang terpilih adalah Paprik Ayam! Aku cukup-cukup suka masak paparik ni sebab senang gilaaaaa dan sesuai dengan orang yang ada kalanya ada penyakit malas macam aku ni. Yang bestnya, aku boleh campakkan segala macam sayur yang sesuai dalam masakan paprik ni dan tak perlu masak lauk sayur lain lagi daah. Kan ke menjimatkan masa dan tenaga namanya tu??? *Ayat kaver line. Padahal sebenarnya malas nak masak macam-macam jenis lauk! Syyyhhhh... ni rahsia kita-kita je, eh?!
Resepi paprik ni sebenarnya aku dah pernah share kat blog sebelum ni. Tak pe, korang punya pasal aku tepek sekali lagi. Cuma cara memasak saja aku olah semula ayatnya. Lain-lain dicopy bulat-bulat dari entri INI. Dasar pemalassss.... :)
Paprik Ayam
2 keping dada ayam dipotong dadu
1 biji bawang besar - dibelah 6
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 batang serai - di ketuk
4 helai daun limau purut
8 biji cili padi - diketuk
2 batang jagung muda
Kacang buncis (aku tak suka kacang panjang sebab tu gantikan dengan kacang buncis)
Lobak merah
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
2 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
Cara-cara :
Mula-mula
rebuskan isi ayam dengan sedikit air dalam 2 - 3 minit. Air rebusan tadi jangan dibuang sebab kita nak gunakan sebagai stok untuk cairkan kuah. Boleh juga gorengkan ayam ini dengan sedikit garam dan serbuk kunyit tapi jangan
sampai garing... aku prefer rebus saja sebab nak kurangkan
penggunaan minyak supaya lebih menyihatkan.
Kemudian
masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali dan tumiskan bawang besar,
bawang putih dan serai hingga harum. Campakkan cili padi dan daun
limau purut... gaul rata dan masukkan ayam tadi. Biarkan sekejap dan
masukkan air rebusan ayam. Masukkan sayur dan masak sehingga
lembut. Selepas itu masukkan kesemua sos serta kicap dan gaul rata.
Biarkan sekejap sehingga semua bahan sebati. Siap!
Selamat mencubaaaaaaa.... :)
Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi
Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
owh sedapnyaaaaaa...suka paprik ayam tp selalu fail lah masak..pasni boleh try laa resepi ni..
ReplyDeleteSelamat mencuba ya... lama-lama nanti terror laa tu :))
DeleteSedapnyerŕ
ReplyDeleteCampak-campak jer ni, dear :)
DeletePaprik mmg sedap.. faveret saya juga tu.. :)
ReplyDeletenasi pattaya pun besttttt!!! :))
Deletememang menu kegemaran ni.. tapi setakat mampu order kt kedai je la xD
ReplyDeleteHeheh... order lagi senang... dah garenti sedap! :))
DeleteEmmm...sedap ni...saya pun kalau nak mudah buat lauk ni jer....all in one!!...hihihi
ReplyDeleteKannn. Memang tercari-cari lauk yang boleh sumbat semua benda! :D
Delete