Friday 28 February 2014

TIPS MEMBERI KUCING MAKAN SEWAKTU PERGI BERCUTI!

Assalamualaikum,

Mereka yang ada bela kucing sikit sebanyak mesti risau bila terpaksa tinggalkan kucing di rumah apabila hendak pergi bercuti ke mana-mana kannn? Memang ada asrama untuk kita letakkan budak-budak meow yang comel ni... tapiii buat masa ni aku kurang confident untuk hantar budak-budak bertiga ni bording.

Anak-anak kucing aku - Tomcat dan Hazel takut dengan manusia... nampak saja kelibat orang lain dua-dua ekor ni akan terus lari lintang pukang dan sembunyi celah-celah sofa atau bawah katil. Selagi dia rasa tak secure, selagi tulaa dia sembunyi... jenuhlaa kita panggil dia suruh keluar. Their mother, MaMaKat saja yang ok... walaupun lebih suka duduk dalam rumah, dia akan occasionally keluar melawat kawasan.

Nak bawa anak-anak kucing dua ekor ni jalan-jalan pun punyalah azab, especially Tomcat tu... bab ni Hazel ok sikit. Tomcat lebih rela didukung sambil sembunyikan muka dan part of badan dia di celah ketiak aku atau hubby! Bukan sekejap ya... selagi tak masuk dalam rumah selagi tulah dia keraskan diri dan sembunyikan muka dia... kiri kanan pun dia tak pandang! Kita cuma boleh nampak kaki dan ekor dia saja. Memang bau deodorant pun boleh lekat dekat muka dia. Haha...

Macam ni punya penakut nak hantar boarding?? Baik tak payah... kalau hantar for sure diorang akan rasa stress dan tak selesa dengan environment baru yang sangat asing. Aku tak nak diorang stress.. tak nak diorang tension... Jadi the best solution memang kena tinggalkan di rumah saja. Nampaknya, Alhamdulilah so far so good.  

Kebiasaannya, untuk trip selama tiga hari aku akan sediakan sekurang-kurangnya tiga mangkuk air bersih untuk make sure diorang dapat bekalan air yang cukup. Sebelum ke mana-mana aku akan pastikan tiga-tiga ekor kucing ni diberi makan dengan cukup dan teratur. Ini penting supaya diorang tak rasa 'shock' dan gelap mata tengok banyak bekalan makanan yang kita tinggalkan untuk mereka sepanjang kita bercuti tu nanti. Berparti sakanlah diorang dengan makanan yang banyak tu!

Selain kibblets yang diisikan ke dalam bowl masing-masing (setiap seekor ada bowl sendiri)... untuk make sure budak-budak ni dapat makanan yang fresh, aku akan isikan juga beberapa scoop kibblets ke dalam plastik bag yang kecil tu... bentukkan macam bola dan diikat dengan kuat supaya kibblets tu tidak masuk angin dan jadi lemau.


Haa... macam gambar kat atas ni. Bila lapar, kucing akan koyakkan plastik ni...make sure gunakan plastik bag yang nipis supaya lebih mudah untuk dikoyakkan.


Letakkan kibblets ni berhampiran bowl makanan atau boleh juga diletakkan bersepah-sepah.

Bagi mereka yang berdepan dengan masalah kucing suka 'membuat pelaburan kecil atau besar' di tempat yang tidak sepatutnya... mungkin boleh gunakan kaedah reverse psychology dan cuba letakkan plastik bag berisi kibblets ini di tempat yang berkenaan. Kucing suka tempat yang bersih dan tidak akan membuang najis di tempat makan.

Kebetulan, masa tengah masukkan kibblets dalam bag plastik ni, Tomcat datang dan dengan selambanya ambik satu bungkus kibblets, bawak lari dan lepas tu dengan happynya sepak-sepak bag plastik macam bola. 

Lepas tu, dengan bangganya terus tunjuk kat aku apa yang diorang akan buat dengan plastik bag ni nanti.... 


Amboi...kenduri ke tu?


Pandainyaaaa.... bila lapar, diorang akan koyakkan plastik bag berisi kibblets....

Supaya korang boleh bercuti dengan aman tanpa rasa risau sama ada makanan kucing yang ditinggalkan mencukupi atau tidak, tinggalkanlah makanan lebih sikit. Setiap satu plastik bag tu aku letakkan enam scoop kiblets dengan anggaran tiga plastik sehari (tidak termasuk makanan dalam bowl ya... untuk kucing aku satu bowl tu boleh bertahan selama dua hari setengah... kibblets yang aku sediakan dalam bag plastik ni adalah untuk hari-hari selebihnya). Walaupun semua makanan ni memang licin, so far bila aku balik kucing-kucing ni tak menunjukkan tanda-tanda lapar.

Disclaimer :
Pastikan korang train kucing masing-masing dahulu bagi memastikan mereka ok dengan cara ini. Pastikan juga kucing tidak makan sisa-sisa bag plastik. The author is NOT RESPONSIBLE for any accidents or injuries resulted from this practise.

Okay... hope this info helps you a lot..... have a blast weekend!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Thursday 27 February 2014

BERHENTI MENIPU DIRI SENDIRI!

Assalamualaikum,

Memang lumrah manusia suka dipuji dan diberi perhatian... atau lebih tepat lagi mendapat absolute attention, praise or compliments from others. Tetapi, pada mereka yang suka menjadi center of attention dan terlalu dambakan pujian demi pujian dari orang lain, jadilah diri sendiri. Anda tidak perlu mereka-reka cerita agar kelihatan hebat serta sentiasa 'menang' di mata orang lain. 

Kecenderungan untuk sentiasa bersaing serta dipandang hebat dan mempunyai segala-galanya jika dibandingkan dengan orang-orang tertentu dalam sesuatu kelompok akan menyebabkan anda terdorong untuk berbohong bagi menyembunyikan kekurangan yang anda miliki. Lama-kelamaan sifat suka menipu ini akan sebati dan menjadi habit. 


Cerita yang disampaikan oleh mereka yang suka berbohong selalunya tidak konsisten. Kebiasaannya versi-versi dan sudah tentu jalan ceritanya juga berubah-ubah apabila diceritakan kepada individu yang berbeza. A akan mendapat cerita yang berbeza dengan B... C pula akan diceritakan versi yang amat-amat berlainan daripada apa yang diceritakan kepada A dan B oleh orang yang sama mengenai subject matter yang sama. Itu sebabnya kadang-kala kita dapat lihat situasi di mana individu-individu yang memang sudah ditag sebagai penipu ini bagaikan orang hilang akal yang berada di dunia fantasi yang tersendiri.

Perlukah merangka jalan cerita dan skrip-skrip tipu semata-mata kerana terlalu ikutkan ego dan kerakusan nafsu kita yang sentiasa mahu dicop sebagai diva....sebagai orang yang terhebat di kalangan kawan-kawan? Sahabat sejati tidak perlu digula-gulakan. Mereka tidak pandang harta, pangkat atau darjat kita. Sahabat sejati adalah orang yang boleh terima kita seadanya ketika susah atau senang. 

Mereka yang termasuk dalam kumpulan ini sebenarnya mempunyai masalah jiwa... mereka tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada diri sendiri. Self denial mereka memaksa mereka mencari  jalan penyelesaian dengan menipu dan menjadi pelipurlara yang mencanang 'kehebatan' dan 'kelebihan' diri sendiri yang sebenarnya tidak wujud! Mereka tidak sedar sebenarnya mereka bukan sahaja menipu orang lain... mereka menipu diri sendiri!

Learn to accept our weaknesses... tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini! 

Stop lying to yourself. When we deny our own truth, we deny our own potential!



-lotsa luv-
Fayreen Mizan





Wednesday 26 February 2014

CAMERA... ACTION! Wordless Wednesday #6




zzzzzzzzzzzzz :p

-----------------------------------------------------------------------------


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence, the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Tuesday 25 February 2014

BUBUR PULUT HITAM

Assalamualaikum,

Baru-baru ni seorang member dalam group WhatsApp sekolah share bubur kacang hijau yang dia masak... hamboiii... bukan main eksen kau sebab dapat buatkan aku terliur ek! Hahaha.... Biasalah... group isteri-isteri orang merangkap mak-mak ni, sikit-sikit share pasal makanan... borak pasal isu-isu negara pun tetap diselang-selikan dengan topik makanan. Aku ni pulak asyiklah teringat-ingat bubur kacang tu. Walaupun dia tak share gambar tapi aku tetap terliur... yelaa tengah musim-musim panas ni dapat makan something yang creamy macam tu memang best!  

Maka, pada hari yang sama lepas dinner berlakulah dialog ni :

Me      : "You... bubur yang masak guna kacang hijau tu you tau kann.."
Hubby :  "Tau.."
Me     : "Sedap kann...especially kalau sejukkan dulu sebelum makan..pastu masak tu letak derian lak"
Hubby : (Terdiam sekejap... dah tergodalah tu..ngee...) .... "You nak buat ea...kalau you nak buat lebih baik masak bubur yang lagi satu tu... yang tu lagi sedap"
Me      : "Yang mana?"
Hubby : "Ada satu tu...bubur kaler purple"

Kaler purple?? 1 saat... 2 saat... 3 saat... baru aku dapat recall bubur kaler purple tu... bubur pulut hitam rupa-rupanya! Hahaha....

Memandangkan ini ni pun memang favourite aku, no problem... cukup semua bahan the next day aku terus buat. Aku tau simple saja resepinya dan ramai di luar tu dah expert masak bubur pulut hitam ni... tapi aku sharekan juga resepinya di bawah. Marilah kita masak dengan penuh kasih sayang bersama-sama :)


BUBUR PULUT HITAM



Bahan-bahan :

1 cawan beras pulut hitam - aku rendam dalam sejam setengah
6 cawan air - anggaran... bergantung pada kepekatan yang kita hendak
1/2 ketul gula melaka - lebihkan jika hendak lebih manis
Secubit garam
1 1/2 cawan santan - A*
3/4 cawan santan pekat - B*
2 helai daun pandan

Cara-caranya :

Masukkan pulut hitam, air dan daun pandan yang disimpulkan ke dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana. Masukkan pula gula melaka dan biarkan sehingga larut sepenuhnya. Selepas itu masukkan pula 1 1/2 cawan santan (bertanda A*) dan garam. Kacau-kacau dan pastikan pulut hitam telah betul-betul empuk.

Sebelum dihidangkan, letakkan sesudu dua santan pekat (bertanda B*) ke atas bubur hitam. Untuk memastikan santan ni tidak mudah basi, aku didihkan sebentar dan campurkan sedikit garam supaya rasanya lebih lemak dengan api yang kecil.

Siap!

Selamat menjamu selera :)



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Monday 24 February 2014

AIR ASIA 500,000 FREE SEATS OFFER 2014!



Assalamualaikum,

Sebaik saja promosi 'SO LOWWW, YOU'VE GOT TO TO' RM5 PROMO tamat pada 23 Februari, Air Asia terus menawarkan FREE SEATS OFFER di mana lebih dari setengah juta seat percuma ditawarkan di samping promosi seat pada harga rendah untuk penerbangan-penerbangan tertentu.

Tambang promosi bermula dari serendah RM0 - tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan bayaran-bayaran lain yang berkenaan). Tempahan boleh dibuat dari 24 Februari - 2 Mac 2014 bagi penerbangan dari 1 Oktober 2014 hingga 30 April 2015.

Selain negara-negara Asean, AirAsia X pula menawarkan tambang bermula dari serendah RM160 sehala bagi kelas ekonomi damn RM669 bagi tempat duduk premium ke Sri Lanka, Arab Saudi, Australia, Taiwan, Korea Selatan, Nepal dan China dari Kuala Lumpur.

Jadi, apa lagi... untuk maklumat lanjut yang lebih tepat bolehlaa start browse dan booking tiket di <klik> --> Air Asia Free Seats Promo 2014.

Dalam masa yang sama Malaysia Airlines pun ada promo juga, tapi sehingga saat entri ni dipublish, website Malaysia Airlines masih lagi 'busy'... so aku masih tak boleh survey promo-promo yang ada.... grrrr...  

Apa-apapun, antara promo yang ditawarkan oleh Air Asia adalah seperti berikut : 

 
 
 

 
 
 






 
 
 

Selamat 'mencuci mata' dengan offer-offer yang ada! :p 


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

 

Friday 21 February 2014

Segmen Jom Beramah Mesra

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe Dynasty, Bifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT!

Assalamualaikum,

Pernah dengar tentang Sepang Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa atau Sepang Goldcoast kann? Sekarang, tempat ini telah bertukar nama dan dikenali sebagai Avani Sepang Goldcoast Resort. Dah lama aku pasang angan-angan dan set goal untuk ke sini... Alhamdulilah...akhirnya dapat juga merasa bermalam di sini :)

Memang sangat seronok stay di sini sebab bilik sangat tip-top...servis pun five star! Semuanya superb! Untuk entri ni, aku sharekan beberapa keping gambar saja dulu ya... Cerita dan gambar-gambar lain aku share kemudian. Jadi, stay tune untuk baca lebih lanjut tentang experience aku di Avani Sepang Goldcoast!








Cantik dan mendamaikan kannn. Sebenarnya destinasi pelancongan serta hotel yang ada di Malaysia ni tak kurang hebatnya... banyak yang best-best! Cuma mungkin kita yang kurang explore atau kurang confident?!

Till then, have a blast weekend ya uols!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Thursday 20 February 2014

EXPLORING GUA TEMPURUNG!

 
Assalamualaikum,

Masa cuti CNY baru-baru ni, aku dan hasben pergi ke Pulau Pinang. Dah namanya cuti CNY, for sure memanglah jalan jammed macam nak mam... dari KL ke Pulau Pinang highway memang sesak... dalam perjalanan balik ke KL pun sama juga. 


At some points we were moving at less than 40km/h!

Dari awal lagi hasben aku dah cadangkan supaya singgah di Gua Tempurung dalam perjalanan kami balik ke KL nanti. Keadaan jalan yang sangat jammed menguatkan lagi alasan untuk singgah... boleh merehat-rehatkan minda sambil tengok keindahan gua which is better dari menghadap jalan yang sangat sesak. Kann?

Sebelum tu, apa yang spesial sangat tentang Gua Tempurung ni? Mari aku cerita sikit. Gua Tempurung di Gopeng, Perak merupakan gua yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di sinilah terbentuknya bermacam-macam bentuk stalaktit dan stalagmit yang unik. Pembentukan batu di kawasan ini dianggarkan terjadi di antara 250 hingga 400 juta tahun dahulu!


Gunung Tempurung dari PLUS highway menuju ke utara (ni masa perjalanan hendak ke Pulau Pinang... aku singgah sini masa balik ke KL).


Senang saja hendak ke sini kerana along the way ada signage dan direction yang jelas. Dari PLUS highway, exit ke Plaza Tol Gopeng dan belok ke sebelah kiri. Lebih kurang lima kilometer lepas tu ada signage besar di sebelah kiri jalan yang menunjukkan simpang masuk ke Gua Tempurung. Sebaik saja masuk ke simpang tersebut, kita akan nampak gunung yang tersergam indah ini di hadapan kita. Kalau keliru dengan direction yang aku berikan, don't worry... boleh refer google map di bawah.



View Larger Map




Entrance untuk ke dalam Gua Tempurung...

 

Pemandangan dari luar gua....



Sungai sepanjang 1.6km ini dinamakan Sungai Gua Tempurung.


Sebelum tahun 1935, aktiviti perlombongan bijih timah secara kecil-kecilan telah dijalankan di dalam kawasan gua. Penduduk setempat juga telah menjadikan gua ini sebagai tempat perlindungan dari askar-askar Jepun sewaktu zaman pendudukan Jepun pada tahun 1941 - 1945.

Semasa darurat diistiharkan di Tanah Melayu pada 1948 - 1960 pula, gua ini turut digunakan oleh anggota komunis sebagai tempat persembunyian mereka. Pada tahun 1970an, kawasan ini sekali lagi menjadi tempat tumpuan bagi aktiviti perlombongan. Kegiatan perlombongan terhenti dengan sendirinya apabila bijih timah yang dijumpai semakin berkurangan.


Gua ini berketinggian 497 meter dan mempunyai lima buah kubah yang besar. Gua Tempurung mendapat namanya dari siling setiap kubah yang berbentuk seperti tempurung kelapa


Terdapat 640 anak tangga di sepanjang laluan! Jadi, bagi sesiapa yang bercadang untuk explore Gua Tempurung dengan selesa, pakailah sandal atau kasut yang bersesuaian.


 

Golden Flowstone - dinding-dinding gua yang terdapat di kawasan ini terdiri dari pasir-pasir yang halus seperti kristal. Bahagian dinding yang basah akan membiaskan warna keemasan apabila terkena cahaya.


Ada formation anak kambing ke apa tu kat belakang aku!


Sekali pandang batu ni macam bentuk seorang manusia yang sedang berdiri....


Close up...



Terdapat stalaktit yang bentuknya seperti dolphin, harimau, kucing, gajah serta banyak lagi di kawasan ini. Stalaktit dikatakan terbentuk pada kadar purata 1 inci setiap 200 tahun! Jadi, bayangkanlah berapa lama masa yang telah diambil oleh formasi-formasi yang lebih besar terbentuk. 


 


 
Stalagtit dan stalagmit yang sungguh menakjubkan!

 



Ada empat pilihan pakej dari yang mudah, sederhana hinggalah yang sukar disediakan untuk menerokai gua ini. Setiap group akan diiringi oleh seorang guide yang juga merupakan pekerja di sini. Tiket boleh dibeli di kaunter berhampiran pintu masuk.

Pakej 1 - Golden Flowstone
Ini adalah dry tour di sepanjang platform konkrit di sekitar kawasan Golden Flowstone.  Keseluruhan tour mengambil masa selama 40 minit. 
Waktu : dari 9 pagi - 4 petang (lawatan terakhir bermula pada pukul 4 petang)
Bayaran : Dewasa (RM6), kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun (RM2.50), warga emas berusia 60+ (RM3)

Pakej 2 - Top Of The World
Ini juga merupakan dry tour tetapi pakej ini meliputi kesemua lima buah kubah dan lebih banyak steps untuk didaki. Pakej ini mengambil masa selama 1 jam 45 minit. 
Waktu : Dari jam 9 pagi - 3 petang
Bayaran : Dewasa (RM9), kanak-kanak (RM4.50), warga emas (RM3)
Min. pax : 5 orang dewasa

Pakej 3 - Top Of The World & Short River Adventure
Aktiviti berkumpulan sejauh 2.4 kilometer selama 2 jam 30 minit ke laluan-laluan yang berliku serta menyusuri anak sungai.
Waktu : Dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari
Bayaran : Dewasa (RM11), kanak-kanak dan warga emas (RM6)
Min. pax : 8 orang dewasa

Pakej 4 - Grand Tour
Pakej yang paling mencabar dengan perjalanan sejauh 3.8km sehingga ke pelantar 10 dan menyusuri anak sungai. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit.
Waktu : Dari jam 9 pagi hingga 11 pagi
Bayaran : Dewasa (RM22), kanak-kanak (RM11), warga emas (RM6)
Min. pax : 8 orang dewasa

Pakej 3 dan 4 adalah wet tour... mereka yang mengikuti pakej 3 dan 4 dinasihatkan membawa pakaian tambahan serta tuala. Sewaktu aku sampai ke Gua Tempurung, cuma pakej 1 saja yang available memandangkan masa tu dah hampir jam 4 petang. Overall, aku tetap berpuas hati... the unique formation amazed me a lot!

Mereka yang meminati aktiviti yang lebih lasak boleh melakukan juga  aktiviti white water rafting di Sungai Kampar yang terletak berhampiran dan gabungkan pakej white water rafting ini dengan Gua Tempurung Grand Tour. Hasben aku pernah join aktiviti ni... memang best dia kata.

Mari tengok gambar-gambar Grand Tour dan white water rafting yang aku 'pinjam' dari dia ni... :)






 


Lebih mencabar dan seronok kannn? Apa-apapun, the choice is yours... pilihlah pakej yang sesuai dengan keupayaan diri masing-masing. Cuma satu aku nak ingatkan, jika korang ke sana nanti, hargailah khazanah yang amat berharga di Gua Tempurung ini... jangan rosakkan stalagtit dan stalagmit yang ada kerana masa yang diambil untuk membentuk setiap satu formation bukanlah proses yang mengambil masa setahun atau dua tahun....bukan juga beribu-ribu tetapi berjuta-juta tahun!




Till we meet again....




-lotsa luv-
Fayreen Mizan