Wednesday 31 December 2014

SELAMAT TINGGAL 2014.

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik... beberapa jam saja lagi 2014 bakal meninggalkan kita dan berlalu pergi dengan membawa bersama bermacam-macam peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang tahun ni. 

Life is about journey. Adatlah sepanjang perjalanan meyusuri kehidupan berbagai-bagai cabaran perlu kita tempohi selagi belum sampai ke titik akhir hidup. Ada yang berjaya mencapai macam-macam kejayaan tahun ni. Tak kurang juga yang berjaya penuhi setiap azam 2014, ada yang separuh jalan. Tapi lebih ramai lagi cuma pandai berazam tapi semangat untuk mencapai aim cuma hangat-hangat tahik ayam beberapa bulan pertama 2014 dulu je. 

Janganlah rasa down dan putus harapan sekiranya azam tak kesampaian. Mungkin target kita tu tak realistik atau kita tak cukup berusaha. Mungkin juga apa yang kita impikan mengambil masa lebih dari setahun untuk dicapai... atau mungkin tidak diizinkan olehNya kerana itu bukanlah perkara yang terbaik untuk kita. Di sebalik setiap yang berlaku tu sebenarnya tersembunyi ruang untuk kita analisa semula kelemahan yang ada, muhasabah diri dan perbaiki setiap ruang yang lompong.

Pengakhiran 2014 pun nampaknya suram dan penuh dengan peristiwa yang menyedihkan terutama sekali di rantau sebelah sini - banjir yang extreme di Pantai Timur dan akhir sekali the recent Air Asia QZ8501 tragedy. 

Bukankah kita sepatutnya bersatu mencari penyelesaian terbaik bila ditimpa musibah. Tapi apa yang berlaku amat menyedihkan macam kejadian banjir di Pantai Timur tu. Kadang-kadang rasa bosan bila baca komen-komen bijak pandai yang menghentam dan tak henti-henti cari silap orang lain. Kalau pandai menghentam, kenalah pandai juga berikan idea-idea bernas untuk selesaikan masalah. Jangan pong pang, pong pang tapi habuk pun tarak. Janganlah tambahkan lagi bilangan tong kosong yang dah sedia ada! 

Semoga banjir di Pantai Timur surut dengan segera . Kalau tak dapat ke sana kita bantulah mereka dengan cara lain. Kat KL ni, banyak collection centre dibuka untuk mengumpul barang-barang yang boleh diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir. Atau sekurang-kurangnya kita doakan mereka. Itu lebih baik dari bising-bising tak tentu pasal.

Obviously 2014 was the worst year for aviation industry, particularly in South East Asia. Tapi apa yang berlaku mungkin tak membantutkan minat kaki travel untuk ke sana sini bagi menyingkap rahsia alam dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Bagi aku, no overseas trip kot tahun 2015 ni nanti sebab nak beli rumah lagi kann. Mungkin budget sedikit tight 3,4 bulan pertama nanti jadi kitorang kenalah restructure budget betul-betul supaya tak sakit perut nanti. 

Apa-apapun semoga 2015 menjadi tahun yang lebih baik untuk semua. Semoga kita lebih matang, tabah, dan sentiasa cekal menghadapi cabaran mendatang yang pastinya lebih hebat lagi.

Sayonara 2014!  Welcome 2015......







-lotsa luv-
Fayreen Mizan




Wednesday 24 December 2014

SUNSET | JERAM, KUALA SELANGOR.

Assalamualaikum,

One of the weekends hari tu, kitorang terasa nak makan seafood kat Jeram. Dah alang-alang nak ke sana, bolehlah tengok sunset. Jadi kitorang keluar agak awal dari rumah. Dalam pukul 3.30  petang tu bolehlah dikira awal kot. 

Being us, seperti biasa bila dah sampai kat tempat kejadian sempat lagi pusing-pusing masuk lorong-lorong sana sini... sekejap belok kiri.... sekejap lagi masuk lorong sebelah kanan pulak melawat kawasan. Jadi, bila sampai kat Jeram tu sunset dah tak berapa nak ada. Tapi, pemandangan yang ada tetap berjaya menawan kalbu di sudut yang paling dalam. Ceh!

Senja di Jeram.


Nak kata sunset tak berapa nak ada pun tak boleh juga sebab awan agak tebal petang tu.

Awan tebal yang sekali pandang macam formasi naga!

Close-up....

Tuesday 23 December 2014

AYAM DEN LAPEH!

Assalamualaikum,

Ni cerita weekend hari tu. Masa tengah khusyuk mengemop lantai tiba-tiba bergemalah lagu Ayam Den Lapeh Mr. Husben pasang via YouTube. Kebetulan aku memang suka lagu tu especially version yang Kak Nita nyanyi. Lagu tu kan catchy, jadi makin bersemangat waja lah aku mengemop.  Sebelum tu mood mengemop cuma suam-suam kuku...macam nyawa-nyawa ikan je kayu mop tu menari-nari. Hahaha.

"You tau kan maksud Ayam Den Lapeh tu?"

"Ayam tu ayamlah. Den saya. Lapeh tu lapar. Ayam saya lapar".


Dengan konfidennya aku menjawap. Yelah arwah papa den kan urang nogori. 2,3 patah perkataan yang basic tak kanlah tak tau. Kembang kempis hidung sebab rasa bijak bistari sekejap masa tu.

Sedar-sedar kena jeling. Eh kenapa. Salah ke jawapan aku tu?

"Ada pulak pasal ayam lapar. Lapeh tu maksud dia lepas, bukan lapar" Terus Mr. Hasben google maksud lagu ni kemudian suruh aku baca. Dia dah gelak syaiton dah masa ni.

Erk, rupa-rupanya Ayam Den Lapeh kalau diterjemahkan Ayamku Terlepas ke erti dia? Bukan Ayamku Lapar?!? Bukan eh?? Dulu-dulu aku kan sekolah kat Johor. Manalah faham sangat Bahasa Minang ni. *Maka terciptalah beribu-ribu alasan untuk cover line. Padahal laki aku tu lagilah bukan orang Minang. Lahir kat KL, besar kat KL, sekolah pun kat KL... boleh je paham maksud lapeh tu. Hahaha.

Apa-apapun lagu ni memang best. Ini cerita di sebalik lagu ni. Klik SINI.



Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima hati indak kan rusuah
Ayam den lapeh, ohoi... ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandai Sikek
Manurun jalan ka Biaro
Di ma hati indak maupek
Awak takicuah, ohoi... ayam den lapeh

*
Sikua capang sikua capeh
Saikua tabang sikua lapeh
Lapehlah juo nan ka rimbo
Ai lah malang juo

Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang Baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takano juo 
Ohoi... ayam den lapeh

Tup-tup terus dapat idea untuk masak tengahari tu - Ayam Masak Kurma! Apa relevan nya dengan orang Minang?? Yang penting, lauk masih menepati tema ayam yang menjadi topik perbincangan hari tu! Petang tu terpaksa berkejar-kejaran sebab berlaku pulak adegan kucing den lapeh!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Monday 22 December 2014

PALACE OF THE GOLDEN HORSES - PART 2

Assalamualaikum,

Sambungan entri fefeeling kayas rayas di Palace Of The Golden Horses. Part 1 klik SINI.

Perkara pertama yang dah terbiasa aku buat bila check-in kat mana-mana hotel sekali pun - 'audit' bilik especially toilet. Erk, rasanya ramai jugak ada habit yang satu ni kaan? Gigihlah jeling kiri kanan, besar kecik zoomkan anak mata check setiap sudut toilet kot-kot ada benda asing tersembunyi ke. Alhamdulilah toilet bilik aku hari tu bersih berkilat-kilat dan menepati piawaian.

Sebenarnya tujuan hideaway ni cuma untuk santai-santai rehatkan badan. Maka, gigihlah kitorang realisasikan objektif dengan membuta sepanjang petang tu! Dahlaa tilam empuk yang amat. Bantal pulak lembut dan gebu gebas semacam. Heaven hokeh. Letak kepala je terus terbang tah ke mana-mana. Aku tidur sekejap petang tu pun boleh mimpi!

Srike a pose sebelum balik ke rumah...

Petang tu, lepas Maghrib kitorang balik rumah sekejap. Asalnya cuma nak beri kucing makan. Tapi entah kenapa, bila dengar krak krup diorang mengunyah kiblet, perut kitorang laki bini pulak yang berkeroncong tak tertahan-tahan lagi! Kau mampu terliur dengan makanan kucing???!! Dalam kemalasan aku gigihkan juga diri masak sesimplenya... ikan masak kicap je pun. Bukan setakat makan malam je, kitorang balun tengok tv kat rumah juga. Akhirnya, malam tu balik ke Golden Horses cuma untuk tidur saja! Dah kenapeeee sangat nih?!


2nd day. 

Aktiviti meng'explore' hotel cuma bermula lepas lunch sebab pagi-pagi tu lepas breakfast di Carousel Coffeehouse kitorang balik rumah - ya beri kucing makan dan aku masak LAGIIII! Macam hotel tu sebelah pagar rumah je boleh pergi balik sesuka hati. Hahaha.



Berposing tanpa motip!

Aktiviti berendam dalam swimming pool hanya bermula di sebelah petang.

Pool agak luas.

Aman damai dan hijau dengan adanya pokok-pokok kelapa di satu sudut kolam.

Pool for kids.

Dikelilingi pokok-pokok. Walaupun masa ni tengah panas berdenting tapi surrounding sangat redup. Ada herb garden dekat area ni.

Gazebo untuk dijadikan tempat berteduh.

Puas jugalah kalau nak berendam walaupun Thristle, PD lagi win dengan saiz kolam yang lebih luas.

Kat sini pun masih sarat dengan imej-imej kuda! Tu... cuba tengok entrance tu.

Palace Of The Golden Horses.          
Sebenarnya aku tak kisah pun tidur kat hotel mahal atau murah. Semuanya aku on saja asalkan selesa dan dapat membuta dengan aman damai! Tak adalah set standard kena tidur di hotel yang berbintang-bintang saja. Tidur dalam khemah untuk lebih appreciate nature pun boleh. Cuma tulah, sesekali bila ada rezeki lebih rasanya perlu destress dan manja-manjakan diri dengan 5 star treatment kot. Kerana diriku begitu berharga katanya... kannn? :p

Aktiviti merayap diteruskan.

Nampak meeeting room terus buat tak paham sebab Management Budget Review company aku memang buat kat sini setiap quarter. Meeting dan makan-makanlah kami kat sini sampai tahap nak muntah setiap 4 bulan sekali. Tapi kalau nak stay sini, kitorang yang dari KL ni company memang tak cover.

Sempat juga aku tunjukkan banquet hall untuk kesekian kalinya sambil hidung kembang kempis beritahu hasben yang aku pernah jadi emcee masa 30th anniversary company tempat aku kerja dulu. Dah seribu dua ratus tiga ploh pat kali kot aku beritahu dia! Kira golden moment tu, bukan senang nak jadi emcee majlis yang Pak Menteri attend. Nak kena control protokol, kena make sure masa dan itinerary berjalan seiring, lepas tu nak kena berdiri berjam-jam kat rostroom sambil tahan kaki yang sengal sana sini sampai event selesai. Haruslah kena cerita berulang-ulang kali sampai suami sendiri dah boleh hafal jalan cerita! Hahaha.

Influence dari Renaissance era??

Sebenarnya sculpture kuda ni boleh bergerak 360 darjah.

 
Close-up sikit.

 
Ni dekat main lobby.

Kuda yang gagah perkasa.

Kuda lagi.

Lagi...

Dan lagiii....

Palace Of The Golden Horses at night...


Inilah golden horsesnya.... kot?!?

Ukiran kuda yang penuh seni.

Hari ke-3. Lebih untuk menghabiskan masa sebelum check out dan kembali ke dunia realiti!


Overall, rasanya memang worth every cent spent. Check-in dan check out pun sangat cepat. Macam aku haritu stay kat deluxe room with lake view. Bilik agak luas dan dari tilam hinggalah comforter pun sangat comfortable. Toilet bersih, pressure air kuat  dan selesa untuk sebarang urusan besar-besaran atau kecil-kecilan. Hahaha! Ini penting supaya tak potong mood, betul tak? Cuma selection makanan di Carousel biasa-biasa saja tapi masih mengenyangkan. Kalau ada yang berhajat nak stay sini bolehlah check harga kat Palace Of The Golden Horses : room. dan pilihlah bilik yang berkenan di hati.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan





Tuesday 16 December 2014

PUTRAJAYA LIGHT AND MOTION FESTIVAL (LAMPU) 2014.

Assalamualaikum,

Kali ni aku nak share gambar-gambar yang sempat kitorang snappy seadanya masa ke Putrajaya Light And Motion Festival 2014 (LAMPU) weekend baru-baru ni sebelum cerita dan hasil tembakan menjadi basi akibat berminggu-minggu diperam! Hahaha. Itupun hari ketiga baru sempat menjengah disebabkan tuan blog tetiba je demam kus-kus 2 hari sebelum tu.

Jadi, marilah cuci mata bersama-sama. Enjoyyyy.......

1....

 2....

 3.... Actionnnn....

Maka bermandianlah Istana Kehakiman dengan cahaya yang berwarna-warni.

Sebenarnya yang berwarna biru, merah tu imej rama-rama tapi movement dia sangat pantas so susah nak capture dalam gambar. Kalau tengok video nampak rama-rama ni 'berterbangan'. Cantikkkk! Video ada aku ambik tapi malangnya aku super malas nak upload. Erk!

 Macam poster!

Sessi simbah menyimbah cat berlaku...

 Biru... 

Hijau...

Siap ada pekerja lagi!

Imej bunga orkid dan batik.

Kesenian pencahayaan kreatif yang secara tak langsung menonjolkan lagi keindahan seni bina bangunan.


Thursday 4 December 2014

PENING BERHADAPAN DENGAN AGEN HARTANAH DAN OWNER YANG TAHU NAK UNTUNG SAJA!

Assalamualaikum,

Ya Allah! Bersawang dah blog ni! Seminggu kot aku tak menyinggah kat sini. Hari tu masuk sekejap untuk approve komen je. Tu pun komen-komen tu tak bereply lagi. Eishhhh.... PR aku teruk sangat ni! Promise... promise... akan improvekan kelemahan dan kelemauan itu dari semasa ke semasa. :p

Musim cuti sekolah ni hari tu bawak budak bercuti nun ke utara. Tapi, orang bercuti berminggu-minggu ok je... boleh je update blog from time to time. Haku??? Entah apa yang aku sibukkan aku pun tak tahu! Konon-kononnya bonding time dengan family tanpa gangguan apa-apa laa gitu....

Sejujurnya aku dengan hasben tengah sibuk mencari satu lagi unit rumah baru sebelum harga rumah melambung ke tahap yang tak boleh diterima akal. Ini pun nak terberry rasanya tengok harga rumah yang agent offer kat kitorang.

Sekali tu this one agent bawak viewing rumah yang kononnya sangat berbaloi untuk future investment. Sekali sampai kat rumah yang dituju... hambikkkk! Aku terpaksa control diri supaya tetap tersenyum ayu demi mengekalkan keremajaan wajah walaupun kalau diikutkan hati laju je nak baling sandal yang aku pakai kat muka agent tu.

Thursday 27 November 2014

PALACE OF THE GOLDEN HORSES - PART 1

Assalamualaikum,

Kadang-kadang ada masanya hati ni melonjak-lonjak nak pergi bercuti tapi dalam masa yang sama malassssss sangat nak travel jauh-jauh. Masa tu lah juga terbayang-bayang jalan raya yang jammed sampai punggung naik kebas kematu. Belum lagi dengan panas terik semua tu. Amboiii, statement macam puteri lilin sangat dah ni! Hahaha. 

Jadi, bila tiba-tiba datang angin nak bercuti tapi tak nak travel jauh-jauh, antara solution yang kitorang laki bini ambik adalah dengan bercuti di mana-mana hotel di KL saja. Abis cerita! Sebab itulah berlakunya kejadian bercuti 3 hari 2 malam di Palace Of The Golden Horses ni!

Ini dikira agak melampau sebab Palace Of The Golden Horses agak dekat dah dengan rumah aku. Lebih melampau lagi sebab sepanjang 3 hari tu aku sempat lagi balik ke rumah. Kalau setakat balik beri kucing makan tu dikira ok lagi kot. Ini tidak, dengan kitorang sekali melantak sebab aku sempat masak sakan ok!! 

Main entrance
Main entrance.

Reception
Area reception & concierge.

Proses check-in sangat smooth. Receptionist pun super duper comel!

 Kuda di mana-mana.
 
Sculpture kepala kuda.

Sempat strike a pose sebelum masuk bilik. Motip??

Bilik kami....

Bilik agak luas dan selesa.

 

Bathroom.

 Kuda lagi... Pendek kata kiri kanan semuanya bermotifkan kuda.

Amenities 
Amenities yang disediakan.

Amenities 
Kuda lagi dan lagiiiii....

Gigih pasang tripod untuk ambik gambar berdua ni. Baju belang-belang tu adalah kebetulan. Bila tengok gambar baru perasan kezebraan kami!

View di luar bilik....

Pool view
Woaaaa... cantikkkk! Senyum sampai ke telinga bila view bilik secantik ni.

Swimming pool yang memanggil-manggil.

 Gazebo berhampiran pool.

Bersambung......



-lotsa luv-
Fayreen Mizan