Wednesday, 18 June 2014

EXPLORING TOKYO - TOKYO DISNEYSEA (DAY 3) - PART 2

Assalamualaikum,

Entri Tokyo trip sebelum ni :

Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara 
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1) 
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1)  


*** Bersambung dari DisneySea Part 1

Aku suka sangat area yang kitorang lepak ni... kawasan tu berbukit-bukit dan penuh dengan pokok. Lepas tu ada pulak 2,3 ekor itik sesat comel sangat jalan terkedek-kedek sana sini. Kat belakang kitorang ada 'river' dengan view yang cantik. Dah tu sambil-sambil duduk tu angin bertiup pulak... pehhhh memang fresh! Ada ketikanya aku rasa macam nak tercampak especially bila sesekali angin bertiup kencang ... tak kisahlah nak tercampak ke apa... suasana kat situ memang best... natural, green dan mendamaikan. I loike!


Alololo... comel jer korang kan!


Lepas take 5, kitorang teruskan lagi journey explore Lost River Delta. Ada 2 rides yang dikatakan best gila kat sini - Indiana Jones Adventure : Temple of the Crystal Skull dan Ranging Spirits. Untuk dua-dua rides ni kita boleh gunakan Fastpass.


Hati aku tak cukup kering untuk naik rides ni semua... so aku cuma lalu sambil buat catwalk dan jeling-jeling manja je kat sini :p


Dari sini kita boleh access ke beberapa tempat : Miguels El Dorado Cantina (restoran Mexican), Lost River Outfitters - kat sini ada jual merchandise dan transit untuk sesiapa yang nak DisneySea Transit Steamer Line. Untuk ke Mermaid Lagoon pun boleh shortcut ikut jambatan ni.

 
 
Aku suka sangat benda-benda yang nampak klasik macam ni.



 DisneySea Transit Steamer Line


Tengah-tengah berjalan terserempak pulak dengan budak ni. Tak tau dia datang dari mana tiba-tiba je muncul... masa ni tak ada orang kerumun dia lagi so bolehlah bergambar. Tapi, sampai sekarang aku masih konpius dia ni chipmunk yang mana... Chip ke Dale nih?!?


Sekejap je Chip... eh Dale.. ke Chip (?!?) dah kena serbu...

Dari sini kitorang terus ke Mermaid Lagoon... on the way ke sana dah boleh nampak Arabian Coast dan viewnya memang wowww! Masa ni aku dah tak fokus... sekejap nak pergi Mermaid Lagoon... sekejap rasa macam nak berlari pergi Arabian Coast. Cakap pun laju je... senapas dan tercungap-cungap macam budak-budak kecik tengah excited! Apa dah jadi dengan aku ni?? Hahaha...



Cantik kannn???

Kita concentrate satu-satu tempat dulu ya... jom aku bawak korang explore Mermaid Lagoon. Tentu korang familiar dengan watak Ariel dalam cerita The Little Mermaid yang famous tu kann. Mermaid Lagoon ni konon-kononnya istana dasar laut tempat tinggal Ariel.



Ni bahagian luar lagoon.



Taraaaaa.... cantik kaan? Masuk-masuk kat sini terus rasa macam ada kat dunia lain. Colourful dan cantik gila, hokay?! Terus rasa tak nak keluar! Habis aku explore area ni... sekejap pergi sebelah kanan.... sekejap sebelah kiri... masuk toilet lepas tu habis every corner aku ambik video. Hahaha... gila sekejap!



Dalam ni ada banyak attraction - Flounder's Flying Fish Coaster, Scuttles Scooters, Mermaid Lagoon Theater, Jumpin Jellyfish,Blowfish Balloon Race, The Whirlpool dan Ariel's Playground. Kebanyakan rides yang ada dalam ni berbentuk sepoi-sepoi bahasa dan lebih sesuai untuk kanak-kanak. Hamboiiii.... sepoi-sepoi bahasa ya? Yang extreme banyak je kat luar tu tapi aku pulak yang penakut!! 

Masuk dalam ni tak naik apa-apa rides pun tak apa. Masuk je pun dah rasa best dan relax sangat sebab deco yang cantik buatkan kita rasa exactly macam ada kat dasar laut. **plup...pluup try buat bubble...

 




Kalau diikutkan hati memang tak nak keluar dari sini... tapi nasib baiklah Arabian Coast nun di sebelah sana pun cantik. So, jom kita ke sana pulak....




Arabian Coast ni berjiran sebelah-sebelah je dengan Mermaid Lagoon... 
 


Masa ni dah mula gelap so kita boleh nampak letupan Mount Prometheus dengan lebih jelas.





Arabian Coast dengan konsep 1001 night nya. 


Ada unta :D



Agrabah Marketplace ni ada jual merchandise bertemakan Aladdin. Kalau tak nak beli apa-apa pun korang masuklah sekejap pun tak apa tengok deco dia yang cantik tu.






Cantik...cantikkk....cantikkkkkk!!!! - dah tak tau nak describe tempat ni macam mana lagi dah :)


  Ada Casbah Food Court jual nasi, roti naan dan makanan-makanan berempah dekat area ni.


Caravan Carousel - selalunya carousel gunakan kuda kaan? Kat sini diorang gunakan unta untuk gantikan kuda. Cute sangat!



Dah macam Morocco + Istanbul combine in one place rasanya...


 



 Kalau tengok real lagi cantik. Motip?? Nak menghasut korang pergi DisneySea laa tu :)



 One last shot of Mermaid Lagoon sebelum kitorang bergerak ke Mysterious Island.

Sambil tunggu hasben aku ambik gambar kat atas ni tiba-tiba hidung aku tak boleh tahan dengan godaan bau kari. Masa tu terus terbayangkan maggi kari + telur... terus perut ni berbunyi-bunyi. Pusing kiri kanan rupa-rupanya kat situ ada jual popcorn flavour kari. Akhirnya, laki bini sama-sama terliur terus beli popcorn tu.


Rasanya ok... no bad. Tapi aku lebih prefer popcorn yang biasa tu.


@ Mysterious Island

Sambil makan popcorn kitorang duduk kat bench betul-betul berdepan 20,000 Leagues Under The Sea ni. Attraction lain yang dikatakan best dan highly recommended ialah Journey to the Centre of the Earth. Suasana kat area ni bising macam ada perang. Dari sini kita bukan setakat boleh tengok letusan volcano dengan jelas... kalau volcano meletus boleh rasa bahang panas tu juga. Ini boleh mendatangkan perasaan takut!

Sebelum balik kitorang sempat tengok magic performance by Mickey - Fantasmic! tapi no photos taken sebab masa ni ambik video saja.... aku pulak datang angin malas nak screen capture video tu dan upload kat entri ni. Nanti kalau rajin, aku tepekkan sekeping, dua gambar ya - tapi tak janji!!!

Lepas habis performance terus ada fireworks selama 20 minit. Yang bestnya background music sepanjang pertunjukan  bunga api ni adalah lagu-lagu tema Disney so the overall performance was WOWWW!





Itulah dia sikit sebanyak experience aku di DisneySea. Memang best kat sana... cuma sebelum pergi tu lebih baik korang survey dan study sikit sebanyak pasal attraction yang ada especially kalau nak naik rides. Select rides yang korang nak naik betul-betul supaya tak membuang masa sebab DisneySea ni besar so kalau nak naik semua rides memang confirm korang tak boleh cover the whole area. Semua rides yang ada Fastpass access memang korang patut cuba.

Hope you enjoy reading the entries - 2 entries on DisneySea alone.... as much as I enjoy cracking up my head especially bila otak tiba-tiba tepu. Hahaha... at times tiba-tiba kita macam hilang akal sekejap bila perkataan yang kita nak tulis tu 'tak datang'. Eh... aku selalu je otak tepu bukan kadang-kadang lagi... ngeee!

'Till then.... stay positive...be positive ... tendang jauh-jauh & say bye bye to aura negative!

Next entry --> Panda @ Ueno Zoo ... kita bermanja-manja dengan panda yang super cute pulak!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan


6 comments:

  1. Ruginya JM tak pergi sini rupananya byk ride jugak eh..huhuh..mmg tak baloi masuk USJ tu..tak kira..bila repeat nanti Disneysea nak masukkan dalam list. Semua view cantik pulak tu seperti berada di alam fantasi...bestnye Fayreen pilih tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila repeat nanti make sure JM pergi DisneySea ni ya... for sure memang leka ambik gambar sana sini... Mermaid Lagoon tu kalau tengok real lagi best... lagi feel :)

      Delete
  2. Macam best dan cantik je disneysea ni. Malam pun ada fireworks eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Syieda... ada fireworks... parade pun ada macam Disneyland tapi water parade laa :)

      Delete
  3. Memang betul la kata cousin saya, Disneysea lagi lawa & berbaloi2 untuk dilawat. Haritu cuma gi Disneyland je. Ride semua pun jenis ala kadar. Kalau tau Disneysea mencabar, boleh tukar haluan. Kawan yang beria nak gi Disneyland haritu menyesal sebab xgi USJ. Kalau dia tau Disneysea ni lagi lawa, mau dia ajak repeat Jepang lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbalaoi2 jugak kena menapak Bie..heheh... at least korang dah ada reason untuk repeat Japan... :)

      Delete