Wednesday, 24 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 23 | PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG!

Assalamualaikum,

Mari kita teruskan Cabaran 30 Hari Kelab Blogger  Ben Ashaari untuk hari yang ke-23. Task hari ini berbunyi - 'Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang'. Masa kecik-kecik dulu, bila ditanya nak kerja apa bila dah besar nanti, aku akan jawab nak jadi astronaut... nak jalan-jalan dari satu planet ke satu planet sebab nak jumpa alien! *Memang dasar kaki menjengkit. Dari kecik dah terserlah ciri-ciri kuat merayap. Jumpa alien pun jadikkkk! Ke terserlah ciri-ciri seseorang yang berwawasan jauh? Hikhik. Ptuiii..

Urut dada jugalah orang dewasa yang dengar niat suci murni aku. Dahlah zaman-zaman tu amat mustahil untuk orang Malaysia pergi ke angkasa lepas! Perancangan untuk Program Angkasawan Negara pun tak wujud lagi kot rasanya masa tu. Kiranya aku mendahului zaman lah ni ya! Tapi cita-cita nak jadi angkasawan terkubur terus bila tengok filem-filem alien dan UFO.  Apa yang alien boleh lakukan pada manusia dalam filem-filem tu agak menakutkan aku yang masih kecik dan naive. Aku tak nak diorang (alien) jadikan aku 'sarang' atau cocoon macam dalam cerita Alien tu. I tak rela ya!

Bila besar sikit, cita-cita mula berubah. Tiap-tiap tahun rasanya cita-cita aku berubah kot. Aku ingat lagi masa ustazah kat sekolah agama tanya nak jadi apa bila besar nanti. Tak ada kaver-kaver line, dengan tulus ikhlas dan semangat waja aku jawap - "Nak jadi peragawati!". Terkelip-kelip mata ustazah. Masa tu, mana ada istilah model-model muslimah ni. Semua jenis kena bukak-bukak... selak sana, selak sini. Giliran ustazah pulak urut dada! Hikhik. Masa kecik-kecik apa sangat lah yang kita tahu kann? :)

Sekiranya aku tak terjebak dengan apa yang aku buat sekarang, dah tentu aku nak jadi seorang ahli arkeologi yang berjaya! Bukan sebab terpengaruh dengan watak Indiana Jones dalam filem Raiders of the Lost Ark atau Lara Croft dalam Tomb Raider. Aku memang minat sejarah tamadun-tamadun lama termasuk tamadun Melayu sendiri. Teringin sangat nak mengkaji tapak-tapak arkeologi dan artifak-artifak purba. Banyak lagi misteri kerajaan-kerajaan purba lama yang ada di negara kita yang masih kabur dalam bentuk jigsaw puzzle yang belum lengkap, contohnya misteri Kota Gelanggi. Kedudukan Kota Gelanggi yang sebenar pun masih samar-samar. Kenapa kota ni penting dan perlu dikaji? Haa, yang tu korang kena google dan cari jawapannya sendiri. Aku takut tersalah cerita sebab aku bukan pakar dalam bidang ni. Tapi misteri Gelanggi ni memang best!

Mungkin apa yang kita lakukan sekarang berbeza dari cita-cita asal kita dahulu. Apa-apapun pekerjaan yang kita lakukan sekarang, buatlah yang terbaik dengan penuh keikhlasan di hati. Yang penting, jadilah specialist dalam bidang masing-masing. Setiap seorang dari kita adalah manusia istimewa yang ada kelebihan masing-masing. Tonjolkan kelebihan itu dengan cara yang sihat - tak perlu mengenakan rakan sekerja yang lain, jangan dengki-mendengki... tak perlu juga membodek bos. Jangan ingat bos tak tahu cubaan anak buah mengipas tau! Terpulang pada individu tapi kalau aku, aku lemas dengan staf yang suka membodek! Ingat ya cucu-cucu semua, buatlah kerja dengan hati yang bersih tanpa mengabaikan tanggungjawap yang lain. Kerja... kerja juga. Pastikan kita juga sentiasa allocatekan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Pada aku, ini priority utama!

Eh, terus terberi ceramah motivasi dah pulak! Ni penangan dah lama tak conduct training laa ni gamaknya!


Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi
Day 18 : Siri TV Kegemaran
Day 19 : 1 Resepi Kegemaran
Day 20 : Quote Kegemaran Anda 
Day 22 : Destinasi Percutian Impian


-lotsa luv-
Fayreen Mizan



14 comments:

  1. Setuju dengan sis.. hehe apapun kerja sekarang. Buat dengan ikhlas. Hehe

    ReplyDelete
  2. hana pulak masa kecik2 minat nak jadi polis sampai la hr nie even dah jd nurse. haha nak buat macam mana dah rezeki nurse bukan polis. sobs sobs,

    ReplyDelete
  3. ana tau still boleh capai cita2 tu sis..

    ReplyDelete
  4. kalaulah diberi pilihan..saya suka jadi housewife je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. housewife laa pekerjaan yang paling best sekali. Tapiiii, sangat mancabar..

      Delete
  5. Salam. Hee saya pun suka duduk dirumah jadi househusband saja.

    ReplyDelete
  6. ahaha....mcm2 rupanya impian Faywaktu keci2 dulu nak jadi asronaut lah..peragawati lah..heheh...x nk jagi peramugari ke..kalau JM x layak kerana x cukup tinggi , langsing dan cantik haha...apa yg pasti biar apapun pekerja kita sekarang bak kata Fay lalukan dengan ikhlas..kerja itu kan ibadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kecik2 tu bukan kira apa JM.. rasa macam semua kerja tu best. Tak aware pun kena ada syarat-syarat. Berangan je lebih masa kecik-kecik dulu. Eh, sekarang pun kuat berangan jugak! :)

      Delete
  7. Dulu saya berangan nak jadi cikgu je hehee.. tp bila dah besar, jadi tak minat pulak..
    Apa pun, mmg betulkan.. buatlah kerja tu dgn ikhlas... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tau ada kerja yang memeningkan, dari dulu saya ambik TESL pastu jadik cikgu :)

      Delete