Tuesday 31 December 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014!

Assalamualaikum,

Beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Bila bercakap pasal tahun baru...biasanya kita mesti akan kaitkan dengan azam baru. Aku tak nak bercakap pasal azam-azam baru ni. Target..wawasan..matlamat semua tu perlu sentiasa ada...perlu sentiasa disematkan di hati dan bukan hanya 'panas' di awal-awal tahun saja. Dalam hidup perlu ada short term...mid term dan long term plan...

Kita rajin berazam baru setiap kali tahun baru menjelang tiba...setkan matlamat itu ini setiap masa...tapi berapa kerap kita review pencapaian kita? Bila ada matlamat yang tak berjaya dicapai...kita give-up...kita rasa kita dah gagal...is that so?

Failure bukan satu titik noktah untuk mencapai sesuatu impian. DON'T LET FAILURE STOP YOU!! Review...kenalpasti...post mortem mengapa planning kita tak menjadi. Road to success bukannya umpama sebuah highway yang lurus dengan jalan yang elok berturap. Itu bukan realiti kehidupan. Road to success memerlukan kita turun bukit...naik bukit...terbabas atau kadang-kala tak mustahil akan jatuh ke dalam gaung. Kenapa kita terbabas sedangkan orang lain elok saja sampai ke destinasi?? It could be your capability...it could be your skills..it could be your experience...it could be your knowledge... Apa yang boleh kita lakukan adalah perbaiki kelemahan yang ada...kenali potensi diri...rangka strategi and keep going. Kalau gagal juga? Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita...itu bukan rezeki kita! Aku harap korang faham apa yang cuba aku sampaikan.

Hahaha...ramai juga yang risau sebab apabila tahun baru menjelang..usia juga semakin bertambah. It's ok to get old...it's normal and it's part of nature. Jangan pulak korang masukkan nak cucuk-cucuk botox...fillers bagai tu sebagai azam tahun baru korang! Lets get old naturally...healthily...cheerfully and peacefully! Pahammm?!?

Khas untuk yang tak ke mana-mana malam ni...sempena tahun baru ni mari kita saksikan fireworks yang sinonim dengan sambutan tahun baru bersama-sama...ingat kat KLCC je ada fireworks ke? Kat blog ai ni pun ada okay! Hahaha...enjoyyyy....




Wishing you a pleasant New Year...bubye 2013...welcome 2014!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan





Thursday 26 December 2013

BALI TRAVEL GUIDE (PART 4) - BARONG DANCE, UBUD ARTS & CRAFT, PURI SAREN

Assalamualaikum,

Entri trip ke Bali yang lepas :

Mengikut itinerary, pada hari ketiga ni kami akan dibawa ke Puri Saren di Ubud dan kawasan-kawasan berhampiran. Ubud juga dikenali sebagai pusat kesenian dan kebudayaan di Bali. Dalam perjalanan, kami singgah di Sari Amerta untuk melihat perusahaan membuat batik di daerah Batubulan, Gianyar dan diberikan penerangan mengenai proses pembuatan batik sepanjang berada di sini...tapi aku cuma boleh recall tak sampai separuh :) 

Batik digunakan secara meluas oleh masyarakat Bali ketika menyertai upacara-upacara berkaitan adat dan keagamaan. Gabungan unsur-unsur tradisional dan moden yang ketara adalah elemen-elemen yang membezakan batik Bali dengan batik yang dihasilkan di Pulau Jawa. Pengaruh tradisional dapat dilihat menerusi penggunaan motif binatang seperti burung bangau, naga, kura-kura, dan rusa..manakala sentuhan moden diterapkan melalui corak yang lebih wavy serta warna kain yang cerah atau pastel.

Batik Bali terdiri dari batik lukis, batik tulis dan batik cetak. Bagi batik lukis, motif-motif  dilukis dengan tangan menggunakan kain yang halus, tidak panas dan selesa dipakai.

Mencanting merupakan proses pertama dalam pembuatan batik tulis. Canting berisi lilin yang telah dicairkan digunakan untuk melukis corak di atas kain yang masih kosong. Selepas proses mencanting selesai..kain yang sudah dilukis akan melalui proses seterusnya yang dinamakan wax-resist dyeing.

Design setiap helai batik yang dihasilkan tidak sama dan bergantung pada idea serta kreativiti pelukis.
Proses mewarna memerlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi...aku surrender! :)
Alat menenun secara manual

Sari Amerta turut menjual bermacam-macam jenis barangan berasaskan batik untuk lelaki, wanita, kanak-kanak sehinggalah perhiasan rumah di galeri yang terletak bersebelahan. Antara barang yang dijual termasuklah sarung, pareo, sundress, kaftan, kemeja lelaki, alas meja, sarung kusyen, purse serta kipas berlipat yang sesuai dijadikan souvenir. Harga di sini agak mahal dan tidak boleh tawar-menawar kerana harga adalah fixed.

Seterusnya kami ke Sekehe Barong Sila Budaya yang juga terletak di Batubulan untuk menyaksikan persembahan tarian Barong.


Barong merupakan tarian yang terkenal di Bali dan dikatakan berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Persembahannya menggabungkan sketsa, penggunaan alat-alat muzik tradisional, tarian, serta kostum yang berwarna-warni. Ia menceritakan tentang pertarungan di antara kebaikan menentang kejahatan...watak baik iaitu Barong dilakonkan penari yang memakai kostum binatang berkaki empat, manakala watak jahat pula dipegang oleh Rangda iaitu pelakon yang memakai topeng bertaring yang agak menyeramkan.


Sebelum persembahan bermula setiap penonton akan diberikan sinopis persembahan...aku cuma boleh faham 2,3 babak je walaupun beria-ia cuba fahamkan sinopsis tu...babak-babak seterusnya aku lost entah ke mana...haha...

Dalam apa-apa cerita sekalipun, apabila yang baik melawan yang jahat...kemenangan akhirnya akan berpihak pada yang baik walaupun terpaksa menghadapi berbagai-bagai cabaran dan kekalahan pada peringkat awal...macam tu laa juga ending Barong dance ni.


Destinasi kami seterusnya adalah ke Celuk, sebuah perkampungan yang terkenal dengan hasil ukiran emas dan perak yang halus dan berkualiti.

Proses pembuatan dilakukan secara manual.
Antara barangan yang dihasilkan...
seni ukirannya sangat halus...
sarung keris juga dihasilkan di sini...

Selection aksesori wanita yang ada sangat banyak dan cantik-cantik! Boleh tawar-menawar harga dan sila praktikkan skill korang di sini!


Masyarakat di wilayar Gianyar, Ubud ni memang sangat berbakat dalam bidang seni. Ubud sendiri pun telah melahirkan ramai artis terkenal yang berbakat. Di sepanjang perjalanan terdapat banyak galeri lukisan...memandangkan aku dan hasben nak cari beberpa painting yang menarik, kami singgah sebentar di salah sebuah galeri...

Gadis Bali katanya...

Bila dah dikelilingi dengan lukisan-lukisan yang banyak kitorang terus jadi confius...terus datang angin cerewet! Pegang lukisan A..lepas tu letak balik...pegang lukisan B pun letak balik...sudahnya, satu lukisan pun kami tak beli!

Setelah beberapa kali berhenti melihat seni kraf Bali, kami meneruskan perjalanan ke Puri Saren. Sekiranya korang nak direct ke tempat yang dituju tanpa berhenti di galeri-galeri kesenian yang ada dalam perjalanan ni...boleh je...cuma perlu beritahu tourist guide atau supir masing-masing. Aku ni jenis suka membelek-belek sesuatu hasil seni...jenis appreciate arts konon-kononnya. Lagipun ini salah satu cara untuk lebih memahami kebudayaan masyarakat Bali.

Puri Saren ni merupakan istana tempat tinggal Raja Ubud pada zaman dahulu dan antara tempat yang patut dikunjungi kerana mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. 


Puri bermaksud 'rumah raja' dalam bahasa Bali dan Raja terakhir yang mendiami Puri Saren adalah Tjokorda Gede Agung Sukawati (1910–1978) yang juga merupakan raja terakhir Ubud. Sekarang istana yang masih mengekalkan senibina khas Bali ini didiami oleh kaum kerabat baginda. 


Persembahan tarian kebudayaan yang mengambil masa selama dua jam diadakan di perkarangan halaman istana pada waktu petang sahaja. ..biasanya persembahan bermula pada pukul 7 petang. Bagi mereka yang berkunjung ke sini pada waktu petang bolehla membeli tiket untuk menyaksikan persembahan tersebut.

Sebahagian dari ukiran yang terdapat di sini.


Upacara-upacara keramaian atau pengebumian kerabat diraja Ubud masih dilakukan di istana ini sehingga sekarang. Kawasan-kawasan tertentu di istana ini tidak dibuka kepada orang ramai...tapi kita masih lagi boleh melihat sebahagian besar istana lama ini.

Take 5 sebelum bertolak ke Kintamani....


Jalan raya di Ubud yang jauh lebih tenang kalau dibandingkan dengan Kuta..design hotel-hotel dan kedai-kedai yang ada kebanyakannya masih mengekalkan senibina tradisi.


Dari Ubud kami menghala ke kawasan Kintamani untuk lunch dan trip seterusnya. Apa yang ada kat Kintamani ni? Korang tunggu next entri aku ya ;)

Entri selanjutnya --> Bali Part 5

-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Saturday 21 December 2013

BALI TRAVEL GUIDE (PART 3) - PURA LUHUR ULUWATU & JIMBARAN SUNSET DINNER

Assalamualaikum,

Bali Travel Guide (Part 3) - Pura Luhur Uluwatu & Jimbaran. Sebelum tu, untuk  entri trip ke Bali yang lepas, sila klik link di bawah :

Part 1 - Arrival
Part 2 - Tanjung Benoa, Garuda Wisnu Kencana, Padang-Padang Beach

Dari Padang-Padang Beach aku dan hasben dibawa ke Uluwatu...berapa jauh..berapa lama atau apa yang menarik di sepanjang perjalanan aku pun tak tau sebab aku tertidur akibat keletihan dek cuaca yang amat panas dan banyak turun naik tangga tadi.

Di Pura Luhur Uluwatu ni pun kena turun naik tangga lagiii...haha..

Mereka yang datang ke sini diingatkan supaya menjaga harta benda masing-masing dengan baik kerana terdapat banyak monyet berkeliaran...possibility untuk barang-barang korang dirampas oleh monyet-monyet yang ada amat tinggi. Cermin mata, kamera..topi..makanan...apa-apa saja yang berharga eloklah disimpan dalam bag.

Masa ni dalam pukul 4 petang tapi panas terik macam tengahari.
Pura Luhur Uluwatu merupakan salah satu dari 6 buah pura yang terpenting di Bali. Pura bermaksud kuil tempat orang Hindu beribadat...Ulu membawa maksud hulu atau tanah di hujung..manakala watu pula bermaksud batu.

Apa yang menarik tentang Uluwatu ni adalah keunikan tebingnya yang terbentuk hasil dari hakisan ombak kuat sejak berabad-abad dahulu serta pemandangan lautnya yang cukup memukau!
Uluwatu adalah favourite spot untuk melihat keindahan matahari terbenam sambil menyaksikan persembahan tarian kecak yang amat popular di sini. Aku tak sempat tengok tarian kecak ni sebab perlu ke Jimbaran untuk makan malam. Tarian ini dianggap unik kerana tidak diiringi oleh sebarang alat muzik sebaliknya hanya diiringi oleh suara seramai 70 orang penari.
Susah untuk aku describe keindahan Uluwatu in words...so, aku upload video ni khas untuk korang semua..orang kata, seeing is believing kaan? 

**Video ni aku upload beberapa hari selepas aku post entry Uluwatu ni...

Tangga...tangga...dan tanggaaaa... :)
Sekiranya korang memakai short pants atau skirt pendek..korang perlu memakai sarung yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan pura..manakala setiap pengunjung juga perlu melilit pinggang masing-masing dengan kain kuning yang tersedia di kaunter masuk.

Destinasi kami seterusnya adalah Jimbaran....

Jimbaran merupakan sebuah perkampungan nelayan yang amat terkenal dengan seafoodnya...di sini kita boleh menikmati hidangan sambil duduk menghadap laut yang terbentang luas serta menikmati keindahan sunset.
Kitorang dapat meja yang paling depan sekali...we enjoyed the view so much!
Free welcome drinks - jus markisa yang sangat nyamsss....ended up kami order segelas seorang.. baru puas minum!
Ada lobster..ikan..ketam..sotong..semuanya super nyammsss...Ada banyak restoran dengan pelbagai pilihan seafood di sini...harganya juga bergantung kepada menu pilihan korang.

Macam aku nie ambik private tour package yang dah termasuk accomodation...perkhidmatan tourist guide dan seorang driver...all in entrance fees serta halal food untuk lunch dan dinner sepanjang 3 hari guided tour berlangsung...so soal makan-makan termasuk bayarannya semua diuruskan oleh Pak Perdana.
Sunset di Jimbaran Bay
Sambil-sambil makan kita juga dapat lihat kapal terbang berlepas dan mendarat di Ngurah Rai Airport
romantic mode activated!
 ** Video di Jimbaran Bay
Cultural dance performance...

Lepas dinner kami dibawa pulang ke Kuta dan terus ke hotel. Memandangkan masing-masing keletihan, pada peringkat awalnya aku dan hasben pl;an untuk berehat saja di hotel..tapiii...akhirnya kami berdua merayap juga di kawasan-kawasan berhampiran! Ni aku akan update dalam Bali Part 4 la ya..



-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Friday 20 December 2013

BALI TRAVEL GUIDE (PART 2) - TANJUNG BENOA, GARUDA WISNU KENCANA & PADANG-PADANG BEACH

Assalamualaikum,

Bali Travel Guide (Part 2) - Tanjung Benoa, Garuda Wisnu Kencana & Padang-Padang Beach. Jom kita sambung travel guide ke Bali ni. Sebelum tu, perlukah aku berlaku zalim atau menjadi baik? Kalau zalim aku cuma tepek-tepekkan gambar dan cerita guna tidak lebih dari 2,3 ayat je...kalau baik kenalaa ayat dengan gambar selari..berjela-jelaa maksudnya kaan...ke the other way around eh?!? :)

Hari kedua ni merupakan permulaan explore race exploration kami di Bali...Pak Perdana dah beritahu semalam dia akan datang pick-up kitorang di hotel pada pukul 9 pagi nanti. Dek kerana over excited awal-awal pagi lagi aku dah terjaga. Di Bali ni pukul 6.30 pagi dah terang benderang macam pukul 7.30 pagi di Malaysia.

Lepas bersiap-siap kami breakfast di cafe hotel. Walaupun selection makanan tidak terlalu banyak tapi Alhamdulilah apa yang ada dah cukup mengenyangkan...ada bubur siap condiments, fish fritters, berjenis-jenis pastry dan buah-buahan. Masakan berasaskan ayam dan daging pun ada...tapi aku tak konfiden dengan proses sembelihan semua tu. Di satu sudut yang jauh dari makanan-makanan tadi diletakkan beberapa hidangan siap dengan indication bertulis 'this food contains pork substances'! Jadi silalaa stay far..farrr away dari hidangan tersebut.

Orang-orang Bali ni memang berseni...agak terkagum-kagum jugalaa aku tengok ukiran di dinding cafe ni...bukan senang nak hasilkan ukiran sehalus ni..
Pak Perdana selaku tourist guide serta Pak Wayan merangkap supir kami datang pick-up kitorang tepat pada waktu yang dijanjikan dan kami terus menghala ke Tanjung Benoa yang mengambil masa lebih kurang 40 minit perjalanan.

Salah satu hidangan favourite masyarakat Bali ;) banyak kedai makan menyediakan vavi guling ni..korang juga dinasihatkan supaya memilih sikit kalau nak makan terutamanya di kedai-kedai tepi jalan tu...tanya betul-betul kandungan makanan yang diorang serve dan jangan main belasah je!

Akhirnya kami tiba di Tanjung Benoa yang merupakan pusat aktiviti watersport..uols boleh lakukan aktiviti-aktiviti seperti parasailing, jetski, scuba diving, flying fish, menaiki banana boat dan lain-lain lagi. Seawalker serta visit ke Turtle Island menaiki glass bottom boat merupakan aktiviti lain yang popular di sini.

Sekiranya berminat dengan aktiviti-aktiviti ni sebaik-baiknya buat tempahan online terlebih dahulu sebab kadar bayaran online lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan kalau beli on the spot dari tour operator di sini...sebelum ni aku tak tahu pun hal ni so walk -in jelaa...harga yang diorang charge mahal nak mam walaupun after discount! Korang boleh klik Tanjung Benoa Watersport untuk buat tempahan.

Kitorang pilih aktiviti yang paling relaks - Glass Bottom Boat + Turtle Island di mana kami dibawa menaiki boat ke Turtle Island. Dalam perjalanan boat akan berhenti di tengah-tengah laut...di sini korang berpeluang beri ikan makan dan melihat keindahan coral di dasar laut.
Fish feeding

Turtle Island merupakan pusat perlindungan serta pembiakan penyu...di sini kita boleh memberi makan kepada penyu-penyu yang ada dan hanya dibenarkan memegang serta mengangkat penyu yang berusia lebih dari setahun.

Feeding time...
Terasa juga beratnya..
Yang ni lebih dari 20kg
Selain penyu, binatang-binatang lain juga ditempatkan di sini sebagai tarikan tambahan

Gagah berani kononnyaaa... :)

Ada hornbill jugak kat sini..gambar-gambar di bawah nie menceritakan macam mana diorang buli aku!!

Dari mula aku masuk dalam cage ni, hornbill yang kat atas tanah tu pandang-pandang je sampailah aku ambik tempat untuk bergambar...caretaker yang ada di situ dah beri instruction suruh dia join bergambar tapi dia buat bodo je...

pastu......

Tiba-tiba dia meluru laju...terus patuk kaki aku!!! 

Tak sakit...tapi aku blur jap...dalam keadaan blur tu aku tetap senyum simpul pandang camera! Pastu hornbill yang seko lagi tu pulak macam ketawakan aku...kannn..?! Amboiii..konon-kononnya bergurau laa tu...

Akhirnya....

A happy family!! Hahaha...

Selesai melawat Turtle Island kami dibawa balik ke Tanjung Benoa dan pergi lunch berapa kilometer dari situ.

Kitorang lunch di sebuah restoran Muslim..ermm..aku dah lupa nama restoran ni..surau ada disediakan di sini. Makanan yummss cuma tekak aku tak berapa boleh terima jasmine tea yang diorang sediakan. Kadang-kadang tourist guide atau supir akan makan sekali dengan kita kaan? Tapi Pak Perdana dan Pak Wayan makan separately sepanjang tour ni...so memang aku ngan hasben ada privacy laa.

Destinasi seterusnya - Garuda Wisnu Kencana atau GWK. Menurut Pak Perdana, GWK merupakan sebuah cultural park yang masih belum siap sepenuhnya. Landmark di sini adalah patung raksasa Dewa Wisnu serta seekor Garuda.


Korang perlu menaiki tangga...tangga..tangga dan tanggggaaa untuk sampai ke sini! 
 
Difahamkan patung Dewa Wisnu ini akan disambungkan dengan patung Garuda yang ketika ini diletakkan berasingan dan ia dijangka akan menjadi patung tertinggi di dunia.
Patung Garuda setinggi 18 meter yang akan ditunggang oleh Dewa Wisnu apabila siap disambungkan nanti.
Sebahagian dari lanskap yang unik...GWK turut menjadi lokasi shooting pilihan produser-produser di Indonesia.
Cultural dance

Seterusnya, kami dibawa ke Padang-Padang Beach yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem lakonan Julia Roberts iaitu Eat, Pray, Love.

Untuk sampai ke pantai, punyalaa azab...kami kena menuruni tangga...tangga..dah tanggggaaaa yang agak curam dan licin..laluannya hanya muat untuk seorang walaupun korang berbadan kecik..

ini laluannya
haa...macam ni :)...

tapi...sebaik saja sampai di bawah...pemandangan yang ada depan mata amat cantikkkkk...


 Background di belakang tu kononnya adalah sebahagian lokasi yang ada dalam scene Eat, Pray, Love

Cuma hasben aku saja yang mandi laut..sementara menunggu aku duduk di sebalik batu dan berborak-borak dengan Pak Perdana...sekali pandang memang orang kata kami dating..haha

Padang-Padang Beach dari atas...nak naik semula ke atas ni memang seksa...banyak kali juga kitorang stop sebab masing-masing pancit! haha..

Dari sini kami ke Uluwatu dan akhir sekali dinner di Jimbaran...dua-dua tempat ni aku akan update dalam Bali Part 3. Stay tune :)


-lotsa luv-
Fayreen Mizan