Saturday 31 May 2014

FROM KRABI WITH LOVE!

Assalamualaikum,


Sawadikappp.... tuan blog tengah bercuti sambil bercanda di Krabi! Alamat memang makin tebal laa tahap kemalasan untuk update blog! Aiyoooo...

Insyaallah balik nanti aku akan teruskan entri Japan trip yang baru nak masuk hari ke-3. Ya Allah... banyak lagi entri aku nak kena buat rupa-rupanya.... ayoooo sekali lagi!!!!

Sekejap lagi akak nak pergi berdebussss dan snorkeling untuk menggelapkan diri. 'Till then, have a blast weekend everyone! 



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Wednesday 28 May 2014

EXPLORING TOKYO : TOKYO DISNEYLAND (DAY 2) - PART 2

Assalamualaikum,

Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Day 2) - Part 2. Boleh klik link kat bawah ni untuk entri Tokyo yang lepas-lepas :)

- Day 1 - Exploring Tokyo : The Arrival - From Narita Airport To Hotel Horidome Villa
- Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
- Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)

Dalam entri Tokyo Disneyland Part 1 sebelum ni aku dah beri a few guidance termasuk cara nak purchase tiket Disneyland online dan macam mana nak pergi ke Tokyo Disneyland ni dari Tokyo Station... nak naik train line apa semua tu dah share juga kan. Kalau ada yang termiss baca entri tu atau baru baca blog ni ke, klik link kat atas tu ya :) Eh... sekejapppp... sorry, sorry... aku lupa nak beritahu tambang train. Dari Tokyo Station ke Maihama kita kena bayar 220 Yen seorang. Nak ke mana-mana saja di Japan ni, penting untuk kita tahu nak turun naik train  dari station mana dan berapa harga tiket supaya mudah nak beli tiket kat mesin nanti.

Sebelum aku teruskan - beware sebab entri ni contains tonnes and tonnes and tonnes of photos and less celoteh. Penat daah delete banyak gambar masa buat draft entri ni... dah tak tau nak delete yang mana lagi. Apa yang ada tu korang tataplah seikhlas hati... anggaplah tu buah tangan aku untuk korang... hikhik!

So, sekarang kita terus sambung cerita pasal nak naik Mark Twain Riverboat tu.. it looks more like a ship to me! :) Boat ni boleh accommodate maximum 470 orang... 3 tingkat dan agak besar. Sebab tu aku kata macam kapal! :) Ingat lagi montage rancangan Disney dulu ada slot boat ni digambarkan floating... terawang-awang dan boleh terbang (nama rancangan aku dah lupa - faktor usia!). Sebab tulah agaknya aku masih terbawa-bawa dengan imaginasi tu sampai beria-ia sangat nak naik boat ni. Gigih beratur korang! Kalau boleh seinci pun aku tak nak beri ruang pada orang lain! Macam laa aku sorang je yang nak naik boat ni :p


Kita akan lalu 2, 3 route yang sama macam Western River Railroad. Cuma bezanya bila naik Western River Railroad kita cuma lalu kat tepi-tepi sungai tu saja. Mark Twain Riverboat ni pulak akan bawa kita melintasi Rivers of America sambil menikmati pemandangan di beberapa kawasan Disneyland yang railroad tu tak cover. Scope view kita juga lebih luas lagi sebab boat ni tinggi. Apa yang ada atas pokok pun korang boleh nampak!


Aku kan dari awal lagi dah dalam mode 'on your mark... get set...' cuma tunggu signal go je... so bila dah boleh naik boat ni aku tak toleh ke belakang lagi... cepat-cepat masuk dan naik tangga terus ke tingkat 3. Hahaha... melampau... nak kat deck paling atas tu!

Rakit yang kat tepi sekali dalam gambar atas tu dipanggil Tom Sawyer Island Raft... boleh accomodate 50 orang sekali naik. Canoe tu pulak dipanggil 'Beaver Brothers Explorer Canoe' - ride ni part of attraction yang ada kat Critter Country. Sebenarnya kitaorang ada juga angan-angan nak naik canoe tu. Tapi kalau naik canoe tu kita kena mendayung sendiri... dahlah masa ni agak panas. No...no...no! Hahaha... dah dapat naik boat sombong bongkak pulak aku ni! Padahal kat tingkat 3 boat ni pun panas sebab tak berbumbung. Hello... look who's talking? Orang Malaysia komplen pasal panas?? Dasar sangat tau!

Dah... dah... tak nak melalut panjang-panjang... jom kita tengok gambar dulu...


Dari tingkat 3 boat ni memang puas tengok pemandangan yang sangatttttt cantik. Bak kata orang, saujana mata memandang. Mari kita melawat kawasan sambil melambai-lambai tangan ala-ala Snow White :p




Masa naik Western River Railroad tadi ada lalu kat perkampungan Red Indian... tapi kita akan nampak tribe yang lain pulak dari dalam boat ni.


A tribe tengah round circle meeting...


Boleh nampak castle dari jauh...


 

Splash Mountain - ride ni korang boleh naik dekat Critter Country...


Turun dari boat kitorang pusing-pusing ambik gambar kat Critter Country. Kitorang tak naik pun apa-apa rides kat sini sebab ramai sangat orang beratur masa ni... ecececeh... padahal ride macam Splash Mountain tupun aku kecut perut nak naik! Hahaha...



Kitorang berjalan sambil klik-klik sana, klik-klik sini sampailah kat Fantasyland. Haa... kat sini memang banyak attraction... sampai tak tau mana nak masuk mana dulu. Dekat sini ada Peter Pan's Flight, Snow White's Adventure, Cinderella's Fairy Tale Hall, Mickeys PhilharMagic, Pinnocchio's Daring Journey, Dumbo The Flying Elephant, Castle Carrousel, Haunted Mansion, It's A Small World, Alice's Tea Party & Pooh's Hunny Hunt. Banyak kaan?


Dumbo The Flying Elephant


Cute kaan?

Bila dah terlalu banyak attraction, aku jadi pening sebab kalau ikutkan rasa tamak, semua ride aku nak naik. Tapiiii.... sebelum naik sesuatu ride biasanya aku tengok dulu whether budak-budak kecik boleh naik atau tak... kena tengok dulu ada tak budak-budak kecik beratur sama... kalau budak-budak kecik boleh naik baru aku naik sebab kalau selamat untuk kanak-kanak, for sure lah selamat untuk aku jugak... hahaha! Games yang buatkan kepala aku rasa macam nak tertanggal dan tercampak kat belakang tu memang aku tak naik! Bab-bab games ni memang aku memboringkan dan tak adventurous. :p

Akhirnya.... mari kita tengok Mickey's PhilharMagic!


Kena beratur dulu sebelum masuk ke dalam untuk tengok 3D show ni


Sambil-sambil beratur tu sempat jeling orang sebelah yang tengah carry anak dia. Nasib ko laa budak mak bapak perkotak-katikkan macam ni. Jenuh jugalah aku menahan diri dari terhempuk kepala budak ni... kepala Donald Duck dia tu cute sangattt! 


Gambar atas ni masa dekat luar hall sebelum dapat tengok magical concert performed by Mickey and the gang. Sitting show ni macam tengok wayang... so ramai yang boleh masuk untuk tengok at one go. Show ni not bad... best juga! Ada music, ada magic show... ada banyak appearance by Disney characters termasuk Donald Duck. Ternganga-nganga jugalah mulut tengok 3D show ni!

Lepas tengok Mickeys PhilharMagic tu kitorang naik Peter Pan's Flight pulak. Sekejap je dah sampai turn kitorang walaupun kena beratur panjang. Ride ni best... sesuai untuk kita tenangkan fikiran. Kita akan dibawa terbang naik pirate ship ke Neverland. Sepanjang journey tu nanti kita dapat tengok banyak benda yang cantik dan comel-comel. Cuma sayangnya, ride ni sekejap sangat.. 3 minit je dah habis! Kalau tak kerana nak tengok parade pukul 3.30 petang tu, memang aku beratur semula untuk naik lagi.

Turun je dari Peter Pan's Flight kitorang cepat-cepat keluar dan terus ambik tempat untuk tengok parade - Hippity Hoppity Springtime. Dah agak ramai orang juga masa ni tapi kitorang dapat jugalah menyelit. An hour before parade ni pun dah ramai yang ambik tempat especially kat spot-spot yang startegik. Gigih betul laa diorang ni. Masa ni panas sangat. Nasib baik dari hotel tadi aku tergerak hati cuma sarung cardigan dan tak pakai tebal-tebal. Kalau tak...pehhhh..

Show time......


Disneyland Tokyo is celebrating Easter dari bulan Mei - Jun nanti, so parade ni bertemakan Easter & spring celebration.


Goofy & gang...


Mickey & Pluto


 

Omaigoddddd!! Huey, Dewey & Louie yang super comei ni pun ada!!!!


 Aku admit yang aku memang masih minat dengan the whole family si montot putih gebu ni. Aku memang excited gila bila nampak bebudak itik & family ni depan mata! Terus rasa macam masih berumur 6 tahun!!! Over tau...


Minnie in pink! Ayu!!

Parade  ni tak lama... dalam 15 minit gitu tapi best sebab colourful dan banyak Disney character turun padang!

Lepas tengok parade ni kitorang terus sambung pergi ke attraction lain. Mula-mula tu nak pergi kat Snow White's Adventures tapiiiii staff Disney beritahu diorang tengah buat maintenance kat dalam tu so tak boleh masuk dulu wat masa ni. Dengan muka hampa terpaksalah seret kaki (tanda protest!?) pergi ke tempat lain. Finally kitorang pergi ke Castle Cinderella... ambik gambar dulu kat luar tu sebelum beratur masuk dalam Cinderella's Fairy Tale Hall.





Konsep kat sini lain sikit... kita bukan naik ride atau tengok performance tapi dibawa masuk ke dalam castle Cinderella untuk tengok display yang menceritakan perjalanan love story Cinderella dengan Prince Charming.


Seriously, deco kat dalam castle ni memang cantikkkk! Rasa malas je nak keluar sebab nak duduk kat castle ni lama-lama! Aku nak explain macam mana pun tak tau... kalau korang ada kesempatan untuk visit Disneyland jangan lupa masuk kat dalam castle ni. Lawaaaaaaa!!!


Kat setiap panel ada tulis cerita di sebalik display... Sila baca ya adik-adik :)


Cinderella dan fairy godmother nya...


Selain daripada panel, ada juga display yang diorang buat dalam bentuk animation. Ni antara video yang aku sempat ambik...



Video ni aku dah pernah share sebelum ni...tapi tak apa... tepek sekali lagi...


The clock strikes twelve...



Gambar-gambar yang kat bawah ni pulak deco kat area ballroom...





The famous glass slipper!


View masa nak turun dari castle... pun cantikkkk!



Turun dari castle kitorang rehat jap dekat bench yang ada... area belakang castle ni sangat cantik. Pendek kata semua yang berkaitan dengan castle ni memang cantiklah! Eh, Cinderella ni ada nak guna maid takkk?!? I volunteer!

  

Lepas take 5, kitorang pusing-pusing lagi dan terus lupakan hasrat nak naik rides attraction yang lain. Toontown dengan Tomorrowland tak cover lagi ni! Rasanya  2 hari baru boleh cover the whole area. Kalau korang nak cover dalam masa satu hari boleh, tapi tak boleh naik apa-apa rides kot... kena concentrate je tawaf satu Disneyland ni...


On the way ke Toontown - Star Jets @ Tomorrowland.


Kat Toontown ni punyalah ramai manusia... dari yang tua sampailah si kecik yang berjalan pun tak stabil lagi.


Sangat kalerful kat sini...


Toontown ni memang favourite area budak-budak... memang confirm diorang tak nak bergerak pergi ke tempat lain once dah sampai sini. Kat sini ada Roger Rabbit's Car Toon Spin, Minnie's Mouse, Mickey's House - boleh meet and great Mickey kat sini, Chip 'n Dale's Treehouse, Gadget's Go Coaster, Donald's Boat, Goofy's Paint 'n' Play House & Toon Park.


Kalau nak jumpa Mickey, bolehlah datang ke rumah ni ya...


Posing dengan MICKEY 1 sekejap... hahaha... cuma lepas masuk sebelah kaki je!

 

Super cute!


You jump I jump - Daisy in action...


 


 

Space Mountain @ Tomorrowland

Lepas ronda-ronda dan posing-posing kat Toontown, kitorang jengah Tomorrowland sekejap. Dah alang-alang singgah tu sempat masuk tengok Captain EO staring Michael Jackson masa zaman-zaman sebelum dia bertukar warna kulit dulu. Memang dah outdated sangatlah Captain EO ni sebenarnya. Hasben aku berminat nak naik Space Mountain tapi aku ni datang pulak ngada-ngada takut tu jenis ride yang membuatkan kepala rasa macam nak tercabut! Lagipun rasa macam tak sempat nak naik je sebab nak tengok parade malam tu - ayat kaver line! Menarik gak rides lain yang ada kat sini - Monsters.. Inc Ride & Go Seek!, Star Tours : The Adventure Continue, Buzz Lightyear's Astro Blasters, Star Jets & Grand Circuit Raceway. Telan-telan ailio tengok rides ni semua hoiii! Apakan daya masa mencemburui kami... cewah!

Tak apalah, kitorang naik rides yang tak sempat nak cuba ni kat Paris Disneyland pulak nanti - ayat berbentuk kiasan ni ditujukan buat hasben tersayang dengan ucapan "fahamilah maksud tersurat ai!" Hahaha... mampuih laa dapat bini macam aku ni :D  Seriously, aku tak kisah... infact dah beritahu hasben aku yang not necessary tiap-tiap tahun kena pergi overseas... over the river ke... over the parit ke aku tak kisah sebab banyak je attraction di negara Malaysia terchenta kaan? :)

Settle meronda lebih kurang kat Tomorrowland kitorang rush cari port untuk tengok Tokyo Disneyland Electrical Parade Dreamlights pulak. Tau-taulah orang Jepun ni kaan... sejam sebelum show diorang dah siap-siap standby tunggu parade. Sambil-sambil cari port tu sempat lagi hasben aku click...click 2, 3 keping gambar castle.

 

Dipendekkan cerita, it's showtime again. Dah beritahu awal-awal tadi yang entri ni ada banyakkkk gambar dan less bebelan kannn? So, jom kita tengok gambar...





Goofy...


Mickey & Minnie...



Alice kat atas tu...



Snow White....


The pirates n team...



Aladdin...


Pooh & gang...


Cinderella...


Donald & Daisy!!



Chip & Dale


 

Pluto & team...

The parade was awesome... sangat colourful... sangat bling-bling... meriah gila! Memang best! Sebelum balik tu kitorang sempat ambik gambar dan posing sana sini lagi dan lagi dan lagi ... :)





Next entri --> Tokyo DisneySea (Part 1) - bercanda di DisneySea pulak! Honestly pada akulaa  DisneySea ni lebih cantikkkk daripada Disneyland. Nak tau apa yang menarik kat sana? Tunggu next entri ya. Semput-semput akak nak update entri, dik! Hahaha... 'Till then... sayonara!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan