Saturday 27 June 2015

Keluhan Hiba Di Bulan Ramadhan!

Assalamualaikum.

Keluhan Hiba Di Bulan Ramadhan. Bukan setakat tu je, kalau boleh nak menangis, golek-golek kemudian meraung kuat-kuat! Lantak pi laa satu kampung terdengar ke... even satu Kay Ell dengar pun tak pe. Biar... biarrrrrr!

Mana taknya..

Aboo the drama king!

Semenjak dua menjak jadi orang bujang, ni kemain asyik buli adik-adik lepas tu bergaduh terjerit-jerit. Suara seko-seko dahlaa nyaring Ya Rabbi! Bingit telinga toksah ceritalah.

Friday 26 June 2015

Juadah Berbuka Puasa Yang Mudah Disediakan - Ketam Masak Lemak Yang Sedap.

Assalamualaikum,

Juadah Berbuka Puasa Yang Mudah Disediakan - Ketam Masak Lemak Yang Sedap. Ini satu lagi resepi berbuka puasa yang simple dan sangat mudah untuk disediakan. Jangankan sebelah, pejam dua belah mata pun garenti masakan menjadi punyalah! Ceh!

Sebelum tepek resepi Ketam Masak Lemak ini, meh nak cerita sikit. Sesungguhnya ini adalah satu pencapaian terhebat sepanjang akak meluaskan karier di dapur kerana itulah kali pertama akak siang dan bersihkan ketam sendiri! Sebelum ini, semua serah kat kedai suruh buatkan. Memang golden moment sungguh. Seriously rasa diri ini hebat giler! Wow sangat. Padahal, tahukah anda semua saya menyiang kulit ketam secara langsung dengan berpandukan video YouTube depan mata??!!! Kau mampoo siang ketam sambil tengok YouTube??? Hahaha.

Resepi Ketam Masak Lemak


Bahan-bahan :

Beberapa ekor ketam yang sudah dibersihkan
2 batang serai - dititik
8 biji cili padi - Ditumbuk (kuantiti bergantung pada tahap kepedasan yang dihajati)
5 ulas bawang merah - ditumbuk 
1/2 inci halia - ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk
Santan secukupnya
Sedikit garam

Atau sesekali boleh bertukar selera dengan option yang ke-2. Cara penyediaan tetap sama. Yang berbeza cuma jumlah cili padi dikurangkan dan dimasukkan sehelai, dua daun kunyit ke dalam kuah. Ooohhhh... yummeh!

Cara-caranya :

Campurkan kesemua bahan (kecuali garam) termasuk ketam ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar dalam anggaran 20 minit. Kacau-kacaukan kuah dari semasa ke semasa supaya tak pecah lemak dan bergentel. Perlahankan api bila ketam dah berwarna kemerah-merahan dan masukkan garam. Siap! Senang saja kan nak masak Lemak Ketam ni?




-lotsa luv-
Fayreen Mizan-

Monday 22 June 2015

Kurma Ayam - Lagi Resepi Mudah Untuk Berbuka Puasa.

Resepi Kurma Ayam untuk berbuka puasa. Lagi resepi yang mudah disediakan dan diharap boleh memberikan idea untuk hidangan berbuka nanti. Ini lauk masakan akak hari kedua puasa haritu. Memang favourite akak pun kurma ayam ni. Eh, aku ni bab makan memang semua pun favourite! Kuikui.

Akak suka masak kurma ayam ni sebab :  satu - bahan-bahannya senang nak cari. Cuma guna bahan-bahan asas yang memang garenti ada kat dapur rumah kita.  Bawang merah, bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang bagai tu mesti ada stok kaan?.

Kedua, proses membuatnya tak rumit atau merenyahkan. Macam Laksa Johor tu kan agak cerewet. Nak kena rebus kemudian kisar ikan untuk buah kuahlah.. spaghetti pun nak kena rebus dulu... Lepas tu kena potong bahan-bahan untuk buat ulam lagi. Pulak tu setiap bahan ada cara potongnya. I kenot sabar! Kalau boleh nak makanan tu cepat dimasak kemudian terus ngap! Dan yang ketiga... Kurma ayam ni rasanya juga sedap. Inilah faktor yang paling penting sekali. Untuk lebih zasss, campakkan pulak telur rebus 2, 3 biji. Uuumpphhh! Daah... enuff intro yang panjang berjela-jela. Resepinya as follows :


Bahan-bahan :

Friday 19 June 2015

Resepi Hati Lembu Berempah Yang Sedap Dan Ringkas.



Resepi Hati Lembu Berempah Yang Sedap Dan Ringkas. Selamat berpuasa dan beribadat di sepanjang bulan Ramadhan ya uols. Akak Fay kan super duper busy konon-kononnya.... tu yang tak sempat nak wish earlier. Semalam first day puasa, hoih... mengantuk yang amat. Sambil berjalan kaki tu nak je rasanya seret kaki sambil tutup mata kemudian siap tidur berdengkur sekali! Bahahaha. 

Sepanjang bulan Ramadhan ni juga haruslah blog ini bertukar rupa paras jadi blog masakan pulak. Blog makcik-makcik kannn. Sebenarnya, apa yang akak tepekkan di sini sekadar untuk perkongsian bersama... mana tau masakan yang tak seberapa ni boleh berikan korang idea bila masuk dapur nanti. Bukan nak menunjuk-nunjuk ya. Alahai, akak bukannya hebat nau bab-bab urusan di dapur ni. Level masakan akak pun resepi yang mudah-mudah je. Lecehlah, tepek gambar makanan nanti dikatakan menunjuk-nunjuk makan makanan sedap-sedap je. Tepek gambo travel pulak dikatakan show off macam dia je yang dah pergi... macam dia je ada duit nak merayap ukur tanah sana sini! Share resepi nanti dikatakan menunjuk-nunjuk skill pulak! So how? Dah... dah... dah... kita bersihkan hati. Tak mau ada prasangka macam tu ya. No... no... no!!

Ok, now lets go back to business. Semalam puas akak fikir nak masak apa tapi idea nan hado. Enjin baru nak panas kot. Lepas tu teringat pulak masa beli barang dapur hari sebelum tu akak ada beli hati lembu. So apalagi, masak hati lembu lah kita. Memandangkan akak super malas nak masak macam-macam semalam, haruslah pilihan lauk yang seterusnya jenis yang multi purpose dan jenis campak-campak. Takkanlah nak makan hati lembu tu jer sejenis, kan? Maka, dalam keadaan malas tahap kritikal tu dah tentulah lauk ringkas macam paprik ayam jadi pilihan. Campak jelah carrot, jagung muda, kacang buncis banyak-banyak... tak payah masak sayur lagi dah. Jimat masa, jimat tenaga. Padahal, hakikat sebenarnya - HAKU MALAS! Hubs pulak beli daging salai masak lemak kat bazar ramadhan. Itulah makanan kami masa berbuka semalam - hati lembu berempah, paprik ayam dan daging salai masak lemak. Nyamsss.

Naah, ini resepi Hati Lembu Berempah yang dijanji-janjikan.


Resepi Hati Lembu Berempah

Bahan-bahan :

Wednesday 17 June 2015

Kuih Raya - Choc Chip, Samprit Dan Cornflakes Cookies Yang Sedap!

Assalamualaikum,

Kuih Raya - Choc Chip, Samprit dan Cornflakes Yang Sedap. Sesiapa yang tercari-cari kuih raya homemade yang sedap, look no further. Korang dah jumpa jawapannya di sini! Akak dah makan ketiga-tiga jenis cookies ni dan semuanya memang yummeh... makan sekali nak lagi... lagi... lagi dan lagiiii! Sedar-sedar serdak je yang tinggal. Yang penting, akak kenal taukehnya dan tahu cookies ini dibuat dengan menitikberatkan aspek kebersihan serta menggunakan bahan-bahan bermutu yang terpilih melalui pantauan kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan. Haa, gitu sekali statement akuuu!  

So guys, scroll laju-laju dan laju-laju juga place order ya! :)

Choc Chip Cookies.
Harga : RM28

Sedappp! Bagaikan terasa-rasa campuran koko serta coklat chip dan nuts nya yang crunchy.


Cornflakes Cookies
Harga : RM28

Cornflakes cookies ni seriously shedappppp. Ini bukan biskut cornflakes jenis biasa-biasa yang makan 3, 4 biji dah rasa boring tu. Nope. Cookies ini sangat rangup, rasanya berbeza dari cornflakes cookies yang akak pernah makan sebelum-sebelum ni. Trylah beli sebalang dua dan rasa sendiri. You won't regret! Akak rekemen sangat-sangat.

Biskut Samprit (RM28) yang ranggup dan yummylicious with a dash of castard yang boleh kita rasa dalam setiap gigitan. I loike!

So... caner? Berminat? Semua cookies ni bukan saja sedap tapi harganya berpatutan sangat-sangat tu. Boleh wassap, sms atau call sendiri taukehnya, Linda - 0193575822 untuk order ya. Don't worry, orangnya ramah tamah, ceria lagi menceriakan.... macam akak jugak!! Hahaha.


*Photo credit - Linda Samad




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Tuesday 16 June 2015

Samsung Galaxy S6 Edge - Kualiti Gambar Memang Wow!

Assalamualaikum,

Samsung Galaxy S6 Edge - Kualiti Gambar Memang Wow! Diam tak diam dah almost sebulan akak gunakan smartphone Samsung Galaxy S6 ni. In 5 simple words - I LOVE IT SO MUCH! Designnya bukan saja sleek dan classy, segala feature yang ada pun sangat user-friendly. Bukan mudah untuk seorang pengguna tegar BlackBerry macam akak ni nak sesuaikan diri dengan features yang ada pada handphone jenama lain. Nak menjawap telefon pun kadang-kadang tu terkial-kial. Luckily, akak boleh familiarkan diri dengan features yang ada pada Samsung Galaxy S6 ni in less than 3 days! Terror laa kiranya tu kann?? Hahaha. Yang paling akak suka pasal smartphone ni dah tentulah high performance camera nya. Cantik-cantik ok gambar yang diambik dari S6 ni!

Jadi, silalah scroll dan jemputlah cuci mata dengan gambar-gambar yang diambik dari handphone yang hubs hadiahkan masa anniversary hari tu.... auwww.


Senja di Bagan Lalang, Sepang. Kitorang kan dah memang ada share kat sini. Tu yang asyiklah ke sini bila weekend. ;p

Senja lagi. 

Sekarang dah tak risau sangat kalau kamera tertinggal kat rumah bila kitorang merayap ke mana-mana. Dalam keadaan terdesak, guna Samsung Galaxy S6 saja pun dah boleh dapat hasil yang tak mengecewakan. Of kozlah ada limitation tak boleh zoom jauh-jauh dan fokus macam camera DSLR.

Dek kerana nak captured moment ni nyaris aku tergolek dog kat tepi pantai disaksikan orang ramai! Haish. Me and drama!!!


Rimbunan pokok yang mendamaikan. Gambar diambil dalam kenderaan yang bergerak.

 Venue : Fraser's Hill.

Baru 2,3 hari guna Galaxy S6 masa ni. Jadi, main tekan jelah selagi boleh. Option focus pun tak tau kat mana masa tu. Eh, tapi ok gaklah gambar tu kann. Cantikkkk je akak tengok. Bunga yang nampak blur tu bukan apa... seni laa tu!

Bunga lagi. 

Venue : Genting Highlands. 

Venue : Impiana Resort, Cherating.

 Venue : Pantai Chendor, Cherating.

See, no bad kaan kualiti kamera smartphone Galaxy S6 ni? Maka Instagram akak yang dah sekian lama umpama bernapas dalam lumpur pun aktiflah kembali. Dah ada S6 ni laju jelaa mengupload apa yang patut. Sebelum ni, puluhan minggu tak Instagram tak berjenguk! Hahaha.

* Technical specs dan review-review yang berkenaan silalah browse around ya. Bab-bab teknikal ni akak tak pandai, nanti tahapahapa aku tulis. Salah info kang kena saman nanti, caner??




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Monday 15 June 2015

Aneka Makanan Yang Menggoda - Edisi Khas Sebelum Ramadhan!

Assalamualaikum,

Aneka Makanan Yang Menggoda - Edisi Khas Sebelum Ramadhan! Sebelum tu kena bubuh disclaimer dulu. Note : Gambar-gambar memang tak sesuai untuk tontonan umum di bulan puasa kerana boleh mendatangkan tahap terliur yang maksimum impaknya. Incase you happened to bump into this entry during the fasting month - mahapkan saya yeeee....!

Sebenarnya gambar-gambar ni ada dalam handphone. Tu yang tepek kat entri ni sebab time puasa nanti tak moh daah tengok apa-apa gambar makanan... tak moh laa scroll, scroll tup-tut terpandang dan saling berpandangan dengan gambo makanan. No.. no.. noooo. Jadi, semua gambar berkenaan harus dinyahkan sebelum puasa with immediate effect!

Maka, tanpa berlengah-lengah lagi jomlaa biarkan makanan-makanan yang seksi-meksi rupa parasnya ini berbicara.

Sotong Masak Merah yang fresh dan superb lazatnya. I had this kat Cherating masa pergi bercuti baru-baru ni. Nampak telur kat tengah-tengah tu? Mamamia hokey! Dannnn... seko sotong yang besar ini tuan blog berjaya habiskan seorang diri!! 

Ketam Masak Lemak - masih lagi di kedai yang sama.

Hah... hambikkk! Hubs had this. Punyalah besar sampai terkeluar-keluar sepit tu dari pinggan! Menjejes-jejes ailio dengar krap krup.. krap krup hubby meratah ketam depan mata. Nak makan tak berani sebab aku ni  tak boleh makan ketam. Silap-silap habis satu badan naik gatal-gatal nanti. Tapi, tekak memang teringin sangat nak merasa. Kata hubs ketam tu sedapp gilerrrr.... fresh dan manis. Tapi, apakan daya, akak cuma mampu terkulat-kulat tengok sambil bertabah dalam hati. 

Tuesday 9 June 2015

Resepi Sotong Masak Hitam Yang Ringkas Dan Sedap.

Assalamualaikum,

Resepi Sotong Masak Hitam Yang Ringkas Dan Sedap. Hari ni akak nak share resepi yang sangat mudah -  Sotong Masak Hitam atau ada juga yang panggil resepi ni Sotong Masak Dakwat. Rasanya dah lama kot tak main masak-masak kat blog ni. Al-maklumlah tuan blog ni ada angin... kadang-kadang nak masuk ke dapur punyalah seksa... macam dipaksa-paksa pergi perang rasanya! Kalau datang rajin, tengah-tengah malam pun aku sanggup masak... berdentam-dentum menumbuk atau menumis apa yang patut kat dapur tu mengganggu jiran-jiran yang nak tidur. Macam nilah penangan orang ada penyakit berangin tak kira musim ni. Bertabahlah wahai jiran tetangga sekelian!

Sotong Masak Hitam atau Sotong Masak Dakwat ni memang favourite akak. Nak membuatnya pun senang sebab gunakan bahan-bahan yang basic saja... pastu campak-campak. Tak berapa minit, siappp terus ngap! Rupa parasnya yang hitam-hitam si tampuk manggis tu memang scary tapi rasanya oohlaaalaa... sekali hadap boleh licin 2 pinggan nasi! Don't judge a book by its cover, remember?? :p


Resepi Sotong Masak Hitam