Saturday, 21 December 2013

BALI TRAVEL GUIDE (PART 3) - PURA LUHUR ULUWATU & JIMBARAN SUNSET DINNER

Assalamualaikum,

Bali Travel Guide (Part 3) - Pura Luhur Uluwatu & Jimbaran. Sebelum tu, untuk  entri trip ke Bali yang lepas, sila klik link di bawah :

Part 1 - Arrival
Part 2 - Tanjung Benoa, Garuda Wisnu Kencana, Padang-Padang Beach

Dari Padang-Padang Beach aku dan hasben dibawa ke Uluwatu...berapa jauh..berapa lama atau apa yang menarik di sepanjang perjalanan aku pun tak tau sebab aku tertidur akibat keletihan dek cuaca yang amat panas dan banyak turun naik tangga tadi.

Di Pura Luhur Uluwatu ni pun kena turun naik tangga lagiii...haha..

Mereka yang datang ke sini diingatkan supaya menjaga harta benda masing-masing dengan baik kerana terdapat banyak monyet berkeliaran...possibility untuk barang-barang korang dirampas oleh monyet-monyet yang ada amat tinggi. Cermin mata, kamera..topi..makanan...apa-apa saja yang berharga eloklah disimpan dalam bag.

Masa ni dalam pukul 4 petang tapi panas terik macam tengahari.
Pura Luhur Uluwatu merupakan salah satu dari 6 buah pura yang terpenting di Bali. Pura bermaksud kuil tempat orang Hindu beribadat...Ulu membawa maksud hulu atau tanah di hujung..manakala watu pula bermaksud batu.

Apa yang menarik tentang Uluwatu ni adalah keunikan tebingnya yang terbentuk hasil dari hakisan ombak kuat sejak berabad-abad dahulu serta pemandangan lautnya yang cukup memukau!
Uluwatu adalah favourite spot untuk melihat keindahan matahari terbenam sambil menyaksikan persembahan tarian kecak yang amat popular di sini. Aku tak sempat tengok tarian kecak ni sebab perlu ke Jimbaran untuk makan malam. Tarian ini dianggap unik kerana tidak diiringi oleh sebarang alat muzik sebaliknya hanya diiringi oleh suara seramai 70 orang penari.
Susah untuk aku describe keindahan Uluwatu in words...so, aku upload video ni khas untuk korang semua..orang kata, seeing is believing kaan? 

**Video ni aku upload beberapa hari selepas aku post entry Uluwatu ni...

Tangga...tangga...dan tanggaaaa... :)
Sekiranya korang memakai short pants atau skirt pendek..korang perlu memakai sarung yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan pura..manakala setiap pengunjung juga perlu melilit pinggang masing-masing dengan kain kuning yang tersedia di kaunter masuk.

Destinasi kami seterusnya adalah Jimbaran....

Jimbaran merupakan sebuah perkampungan nelayan yang amat terkenal dengan seafoodnya...di sini kita boleh menikmati hidangan sambil duduk menghadap laut yang terbentang luas serta menikmati keindahan sunset.
Kitorang dapat meja yang paling depan sekali...we enjoyed the view so much!
Free welcome drinks - jus markisa yang sangat nyamsss....ended up kami order segelas seorang.. baru puas minum!
Ada lobster..ikan..ketam..sotong..semuanya super nyammsss...Ada banyak restoran dengan pelbagai pilihan seafood di sini...harganya juga bergantung kepada menu pilihan korang.

Macam aku nie ambik private tour package yang dah termasuk accomodation...perkhidmatan tourist guide dan seorang driver...all in entrance fees serta halal food untuk lunch dan dinner sepanjang 3 hari guided tour berlangsung...so soal makan-makan termasuk bayarannya semua diuruskan oleh Pak Perdana.
Sunset di Jimbaran Bay
Sambil-sambil makan kita juga dapat lihat kapal terbang berlepas dan mendarat di Ngurah Rai Airport
romantic mode activated!
 ** Video di Jimbaran Bay
Cultural dance performance...

Lepas dinner kami dibawa pulang ke Kuta dan terus ke hotel. Memandangkan masing-masing keletihan, pada peringkat awalnya aku dan hasben pl;an untuk berehat saja di hotel..tapiii...akhirnya kami berdua merayap juga di kawasan-kawasan berhampiran! Ni aku akan update dalam Bali Part 4 la ya..



-lotsa luv-
Fayreen Mizan


No comments:

Post a Comment