Assalamualaikum,
Ini adalah entri tertunggak sambungan dari (klik link) ---> Avani Sepang Goldcoast Escapade - Part 1. Dalam entri ni aku akan share gambar-gambar yang diambil pada waktu malam, aktiviti-aktiviti dan kemudahan makan-makan (bab makan-makan ni memang penting... haha) yang disediakan kepada guests.
Seriously, Avani Sepang Goldcoast ni memang lebih cantikkkk dan hidup di waktu malam. So, kita cuci mata dengan gambar-gambar sambil bercerita ya...
Main lobby dari luar...
Decoration di bahagian reception...
Selain dari bumbung bilik, daun Alang-Alang yang banyak terdapat di Kepulauan Bali ini juga digunakan di lobby.
Masih lagi di lobby - konsep yang simple dan santai...
Di bahagian luar lobby menghala ke resort sementara menunggu buggy...
Bagi yang malas nak menunggu buggy, boleh gunakan option lain yang ada iaitu basikal! Korang boleh berbasikal di sekeliling kawasan resort dengan basikal yang disediakan foc untuk guest. Ada tempat khas untuk ambil dan letakkan semula basikal yang dipinjam ni... jangan simpan dalam bilik pulak ya!
Mereka yang tinggal di Travelers Palm Villa boleh juga berjalan kaki saja ke bilik masing-masing sebab jarak antara bilik dengan lobby sangat dekat.
Clubhouse @ Poolside
Ada sebuah bar yang dinamakan Buloh Bar berhampiran poolside ni. Masa aku stay tu ada Arabian themed performance siap dengan belly dancing lagi kat sini... aku tengok celah-celah jari je dari jauh! Haha...
Di kawasan yang sama, bersebelahan Buloh Bar terletak Bila-Bila restaurant (halal) yang dibuka 24 jam. Boleh ke sini untuk breakfast, lunch atau dinner.
Bila-Bila :
Breakfast : 6.30 am - 10.30 am
Snacks : 11.00 am - 12 tengahari ; 3.00 pm - 5.30 pm
Lunch : 12 tengahari - 2.30 pm
Dinner : 6.00 pm - 10.30 pm
A la carte : 11.00 am - 11.00 pm
Nighttime menu : 11.00 pm - 11.00 am
Restauran/ cafe lain yang ada di sini termasuk Sepoi-Sepoi yang menyediakan Malaysian- Chinese menu. Cafe ini terletak di luar kawasan bangunan utama sebelum tiba ke lobi.
Sepoi-Sepoi :
Isnin - Jumaat : dari jam 10.00 pagi - 10.30 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Am : dari pukul 9.00 pagi - 10.30 malam
Terletak di luar dan agak terpisah dari kawasan utama resort juga terdapat dua buah restoran lain iaitu Stimbot dan Perahu. Kita boleh naik buggy untuk pergi ke dua-dua buah restoran yang terletak bersebelahan ini. Perlu buat reservation terlebih dahulu kerana Perahu contohnya akan ditutup kepada pengunjung bila ada private function.
Perahu ni memang personal favourite aku. Ada ikan, lobster, sotong, ketam dan seafood fresh yang lain juga. Kita boleh pilih sendiri makanan yang kita hendak. Kalau tak tau masakan apa yang sesuai... dun worry... chef yang ada akan advise pilihan masakan yang sesuai!
Stimbot & Perahu :
Isnin - Jumaat : dari jam 6.00 petang - 10.30 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Am : dari jam 12 tengahari - 10.30 malam.
Selain daripada cafe/ restauran yang aku senaraikan di atas, korang boleh juga makan di restoran-restoran seafood yang banyak terdapat di sepanjang pantai Bagan Lalang ni... yang paling best ialah Restoran Terapung HM Sri Bagan... ni ikut tekak aku ya! :)
Infinity pool di waktu malam...
Nun di sebelah sana pool tu, di trunk 5 ada sebuah gym yang dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Fitness centre ni juga foc kepada in-house guest. Sekiranya hendak gunakan facilities di gym, kita perlu minta access dengan lifeguard on duty di kawasan pool terlebih dahulu kerana pintu gym ini sentiasa berkunci. Sports attire and sports shoes are compulsory here... jadi pastikan korang pakai pakaian sukan yang sesuai.
Di sini juga ada sebuah spa yang terletak di tingkat atas Club House dan dibuka dari jam 10.00 pagi - 10.00 malam. Mereka yang berminat perlu membuat advance reservation di ext. 1671/ 3670 terlebih dahulu.
Aktiviti-aktiviti lain yang kita boleh lakukan di sini termasuklah aktiviti sukan air - sailing, canoeing serta windsurfing. Walau bagaimanapun, semua aktiviti berasaskan air ini bergantung kepada tiupan angin dan paras air pasang/ surut.
Selain berbasikal di dalam kawasan resort, kita juga boleh sertai aktiviti bicycle tour di luar kawasan resort. Ada dua sesi disediakan - beginner session setiap 30 minit di antara pukul 9.30 pagi - 11.30 pagi dan setiap 60 minit di antara jam 2.00 petang - 5.00 petang untuk advance level. Jumlah maksima peserta setiap sesi adalah seramai dua belas orang dengan diiringi oleh dua orang marshal. Bicycle tour ni aku tak sure sama ada free atau tidak. Sekiranya korang berminat, boleh refer details pada receptionist bila check-in nanti. Apa yang pasti, aktiviti-aktiviti seperti water sports dan beach sports adalah percuma.
Aktiviti lain yang ada dan boleh dicuba adalah ATV, go-kart dan paintball.... semua aktiviti ni tak termasuk dalam package hotel dan kita perlu bayar berasingan.
Pihak hotel juga boleh uruskan trip setengah hari atau satu hari penuh ke beberapa destinasi menarik berhampiran, antaranya Mangrove River Cruise (yang ni memang bestttt.... aku pernah dua kali terlibat dengan mangrove river cruise ni), F1 Sepang International Circuit, Banghuris Agro serta trip ke Putrajaya.
Sebelum check-out... masa ni tengahari dan air dah surut...
Aku banyak terbaca review yang mengeluh kerana air laut di sini keruh dan tidak crystal clear seperti yang mereka harapkan. Kita kena lihat geografi sesuatu tempat tu terlebih dahulu. Avani Sepang Goldcoast ni terletak berhampiran kawasan paya bakau dan bukannya di sebuah pulau di tengah laut seperti Maldives. Secara teorinya kita sedia maklum perbezaan air laut dan pantainya... kaan?
Dengan rate yang agak 'boleh tahan mahal' adakah berbaloi untuk stay di sini? Jawapan sebenarnya bergantung pada perspektif masing-masing. Secara peribadi, aku rasa nilai yang dibayar tu amat setanding dengan bilik yang sangat selesa serta segala macam facility dan tip top service yang disediakan!
Pose terakhir di Avani Sepang Goldcoast...
Ok... itu serba sedikit experience stay di sini yang dapat aku share untuk dijadikan guide. Sekiranya ada yang berminat boleh check rate yang ditawarkan di webpage Avani sendiri atau boleh juga survey harga di Agoda dan Booking.com.
Avani Sepang Goldcoast
No. 67 Jalan Pantai Bagan Lalang
43950 Sepang
Tel : 60331823600
Fax : 60331823700
Email : sepang@avanihotels.com
Website : www.avanihotels.com
Aku tau ramai yang manja kat luar tu... so ni aku tepekkan map untuk kali kedua.... :)
Before we say good bye, aku nak share beberapa keping gambar yang diambil masa kami dinner di Perahu Restaurant beberapa minggu sebelum kami bercadang untuk stay di Avani Sepang ni.
motip?? hahah....
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Salam akak.. boleh tahu berapa rate avani ni masa akak pergi?
ReplyDeleteSy check kt website avani tak keluar rate nya. Terus open for booking. Hehe
Salam dear...cuba link ni, akak try tadi ada keluar rate --> hhttps://secure.avanihotels.com/?hc=VSEP&checkin=20/06/2014&nights=1&rooms=1&adults=1&children=0&__utma=1.1681188240.1400463496.1400463496.1400463496.1&__utmb=1.1.10.1400463496&__utmc=1&__utmx=-&__utmz=1.1400463496.1.1.utmcsr&__utmv=-&__utmk=117349126
DeleteSalam kak nak tanye akak amik pic ni pakai SLR ke.. Ade bawak lighting skali ke? Kalau sy nk buat preweding kat sini dgn photografer di bawa bsama pihak hotel benarkan tak bergambar?
ReplyDeleteWalaikumsalam dear, sorry sesangat lambat reply. Mahap ya.. Masa ambik gambar ni kitorg guna Samsung smart camera. Cuma guna built in lens je, dik. Untuk photo shoot tu kalau memang guest hotel tak ada masalah rasanya. Apa-apapun cuba contact management Avani. Contact details ada kat atas. :)
DeleteSalam sis, nk tnye klu kite book traveller palm yg 1 bilik tu utk 2 dwsa + 1 knk2 tp klu kite bwk lbh dorang akn check tak? Cth dwsa 2 n knk2 2....
ReplyDeleteHi dear,
DeleteKalau kanak-kanak 2 orang rasanya tak ada problem, sis.
Salam..sy dapt 450...0136910204
ReplyDelete