Wednesday 3 September 2014

KAMBING GOLEK!

Assalamualaikum,

Walaupun bulan Syawal sebulan lamanya,  ada juga yang terbabas curi-curi sehari dua dalam bulan Zulkaedah untuk sambung beraya. Contohnya - aku dan kawan-kawan sekolah! :)

Tuan rumah telah memilih hari Sabtu, 30 Ogos baru-baru ni untuk buat open house. Kebetulan pulak, 31 Ogos jatuh pada hari Ahad. Memang cun sangat tarikh yang dipilih. Since Ahad tu Hari Kemerdekaan, kawan-kawan dari Johor yang biasanya bekerja hari Ahad akan bercuti. Jadi tak perlulah diorang rushing dari KL balik ke Johor hari Sabtu lepas event tu nanti.

Pada hari kejadian, bukan saja kawan-kawan dari Johor, yang duduk Arau pun berangkat ke KL juga! Bukan tu saja, yang dah lama duduk UK pun datang! Alhamdulilah, diam tak diam lebih kurang 40 orang geng-geng sekolah dari SMSAB, Muar berjaya dikumpulkan. Dari sambutan Hari Raya & Hari Kemerdekaan bertukar pulak jadi mini gathering. For sure memang tunggang-terbaliklah rumah tuan rumah dengan telatah diorang. Diorang ya... aku tak... aku duduk sopan je dari mula-mula tiba sampai balik! Hahaha...

Menu yang disediakan memang mantoppp. Pendek kata, siapa yang datang dengan nawaitu untuk mempertahankan diet sure akan kecundang.


Marshmallow dipped with chocolate. Bukan budak-budak saja... mak-mak budak pun makan bertambah-tambah!


Kek Lapis Blueberry Cheese...sedap gila weh!


Kek Lapis Nutella. Ini pun sedappppppp!

Kek-kek lapis ni kawan sekolah aku buat. Dia memang jual kek lapis dan boleh deliver tru courier throughout Malaysia juga. Ada banyak variety kek lapis dan kek-kek lain. Sesiapa yang berminat boleh check kat fb  Noraini Hassan.


Red Velvet yang yummilicious hasil air tangan Puan Elly yang cantik menawan. Deco tu sweet... comel sangat sampai kitorang rasa sayang nak potong kek ni haritu!


Mee Hoon Singapore.


Yong Tau Foo.


Star of the day - KAMBING GOLEK!!!

* Gambar kidnap dari fb tuan rumah!


Sampai-sampai saja terus tergoda bila nampak kambing ni. Terus cepat-cepat masuk dalam rumah... bersalam-salaman, berlaga-laga pipi kemudian makan kambing yang memanggil-manggil dari tadi sebelum kehabisan!


Perfecto! Memang sedap especially bila makan dengan mint sauce.

* Gambar ni pun kidnap dari fb juga. Dek kerana penangan kambing yang sangat juicy, aku hilang ingatan sekejap. Nak ambik gambar kambing golek dalam piring sendiri pun boleh lupa!


Air sirap bandung + ais krim soda ni memang trademark orang Muo!


Detik-detik pertemuan dengan kawan-kawan lama. 

Ada yang tak pernah jumpa face to face lepas habis zaman sekolah. Ada yang aku sendiripun tak pernah jumpa langsung lepas SPM dulu. Bertegur-sapa pun cuma tru social media. Happy... sebak semua perasaan ada masa ni. No.. no..no..tak mau nangis-nangis. Nanti bila mascara kembang dah tak comel bila bergambar! *Statement memujuk diri sendiri. Padahal mata aku dah berkaca-kaca masa ni.

Ada seorang dua yang aku tak boleh recall muka diorang masa sekolah dulu sebab dah lain bebeno. Dah macam retis sekarang! Berbual tetap berbual... siap gelak-gelak lagi. Dah habis majlis, masa sambung bersembang kat WhatsApp group barulah ingatan pulih. Itupun sebab ada member share gambar sekolah.  


Riuh sekampung bila mak-mak Jemah berjumpa dan berbalas-balas selfie...!


Yang kecik molek berbaju hitam dan berlesung pipit itulah Farah, tuan rumah yang dah bersusah payah kumpulkan kami semua sampai jadinya mini gathering yang sangat havoc ni. 







Jelas terpancar kesucian wajah masing-masing yang penuh dengan nur! Syok betul sesekali layan feeling-feeling perasan macam ni! :p



Semoga kasih-sayang dan persaudaraan antara kita berkekalan hingga ke akhir hayat nanti. Sayang korang ketat-ketat!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


5 comments:

  1. mana-mana majlis sekarang ni mesti ada juadah kambing golek kan..eeerrmm..nyum..nym..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dolu2 orang sibuk buat bbq kannn. sekarang dah sibuk menggolek kambing pulak! :)

      Delete
  2. Fuhhh sedap2 makanan tu.. meriah.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Khir. Semua makanan sedap. Riuh rendah rumah dibuatnya... nasib baik jiran-jiran tak report polis! Hehe :)

      Delete
  3. Meriahnya..makanan pun alahai terliur2 je tgk..kalau la boleh join hahaha...:-)

    ReplyDelete