Sunday 7 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 7| SEJAUH MANA PENDIDIKAN ITU PENTING BAGI ANDA!

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, akhirnya dapat juga pintas keretapi yang dikejar. Berpeluh-peluh juga nak mengejarnya. Semputttt! Untuk mengelakkan aku dari merapu-rapu, kita straight to the point dan terus ke cabaran yang seterusnya. Task ke-7 berbunyi begini - 'Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda'. Agak berat juga kot challenge yang diberi. *Lap peluh di dahi....

Sudah tentulah pendidikan itu penting. Tambahan pula, persaingan pada zaman sekarang sangat sengit. Aku sendiri melihat pendidikan sebagai satu 'continuous process' yang bermula di rumah... diteruskan secara serampang dua mata di sekolah atau mana-mana institusi selepas itu dan sentiasa berterusan tanpa berakhir di mana-mana selepas itu. Proses pendidikan tidak ada hujungnya... pendidikan tidak ada titik noktah. Setiap hari, setiap masa sentiasa ada ilmu-ilmu baru untuk dipelajari, didalami dan dipraktikkan.

Skop pendidikan itu sendiri sangat luas - bukan hanya mempelajari subjek-subjek akademik... bukan scroll semata-mata yang patut dikejar... ilmu-ilmu keagamaan dan kemanusiaan bagi membentuk nilai-nilai murni serta jati diri yang kental juga perlu diperhalusi dan praktikkan. Selagi ada peluang, dalamilah apa sahaja ilmu dan kemahiran yang serasi di jiwa!


#cabaran30hari


-lotsa luv-
Fayreen Mizan






3 comments:

  1. Setuju... menuntut ilmu luas pengertiannya. Semoga menjadi ibadah yg membawa keberkatan juga itu kehidupan di dunia & akhirat.. aamiin.

    ReplyDelete
  2. setuju sgt pendidikan itu pentign sehingga ke akhir hayat..terutama pendidikan dalam ilmu agama kerana ia sebagai bekalan di akhirat kan

    ReplyDelete