Saturday 6 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 4| BUKU KEGEMARAN!

Assalamualaikum,

Hari ni masuk challenge untuk hari ke-4... hari ke-6 sebenarnya bagi mereka yang dapat kejar train awal-awal haritu! Cabaran hari ni - buku kegemaran! Dari hari mula terbaca pasal task hari ke-4 ni lagi automatik terus teringat beberapa buah buku lama. Aku sendiripun memang suka membaca dek kerana cintakan ilmu dan dahagakan pengetahuan. *Statement poyo tadah pipi tunggu penampar! Sesuatu sangat statement tu... hahaha!

Aku membesar dengan membaca buku-buku Enid Blyton - Lima Sekawan, Hardy Boys dan Nancy Drew... tapi yang dah translate dalam Bahasa Melayu laa. Masa tu mana terror English. Yang tau pun cuma ayat-ayat basic -  'What is your name'... 'how are you'...  'how old are you' sebab dok menghafal macam parrot!

** Google image

Siap pernah berangan nak jadi penyiasat macam budak-budak dalam cerita ni! 

Bila besar sikit dah mula bertukar kepada cerita-cerita seram yang lebih mencabar konon-kononnya. Gigih lah cari sana-sini dan pinjam buku-buku Bercakap Dengan Jin kawan-kawan sekolah. Disebabkan ada penyakit tak tahu sabar, terpaksalah letak bawah desk sambil curi-curi baca. Biasanya aku buat perangai ni masa pergi sekolah agama sebab ustazah tak berapa strict sangat walaupun dia tahu aku buat kerja lain time dia mengajar kot. Ampunnnnn ustazah!

 ** Google image

Memang leka menghadap buku ni sebab jalan ceritanya sangat suspens. Description hantu dan kejadian-kejadian pelik semua diceritakan dengan jelas - berulat-ulat, mata merah saga tersembul keluar, kuku panjang, bau wangi, angin bertiup kuat, bunyi pelik atas bumbung... memang real! Tapi waktu malam memang azab sebab sure terbayang-bayang semua yang diceritakan. Kertas jatuh dari atas meja sebab speed kipas laju pun aku dah rasa macam nak terkencing dalam seluar!



 **Google image

Saga karya Abdul Talib Hassan ini memang favourite aku. Triologi Saga ni memang best! Love story masyarakat kelas biasa yang complete dengan macam-macam konflik dan penuh dengan pengajaran. Sinopsis Triologi Saga. Watak-watak utama dalam Saga digambarkan sebagai manusia biasa yang tak terlalu perfect. Bukan nak kondem novel-novel cinta zaman sekarang... kadang-kadang jalan cerita antara satu dengan lain stereotype sangat. Kebanyakan watak-watak utama dalam novel sekarang - kalau kaya terlalu kaya... bisnis juta-juta, kalau cantik, digambarkan terlalu cantik, terlalu pandai, terlalu perfect! Memang betul ini cuma fiksyen... ini cuma rekaan... tapiii... you know what I mean?! Kepuasan membaca kurang di situ sebab terlalu fairy tales. Ini pendapat aku sajalah ya. Apapun aku tetap respek pada kreativiti pengarang-pengarang di luar sana. 

Ada banyak lagi buku-buku lain. Rasanya cukuplah aku senaraikan 3 ni saja kot. Ini pun termengah-mengah nak kejar challenge yang dah tertinggal. :)

Cabaran seterusnya --> seram sejuk bila baca task ni : 3 Perkara Yang Ingin Anda Katakan Pada Bekas Kekasih!!! Ayooo sangat task ni tau! Hahaha....


#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari


-lotsa luv-
Fayreen Mizan-


2 comments:

  1. kalau JM join challange ni mmg failed sbb x suka baca bUK..hhu..nasib baik time belajar dulu LULUS hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diberi pilihan memang tak nak balik ke zaman-zaman belajar dulu. Bab nakal-nakal tu ok... tu best kan, JM? Bab gi lecture, tutorial & exam no..no..noooooo!! :)

      Delete