Friday 26 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 25 | BERITA TERKINI YANG ANDA BACA!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 Hari anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari untuk hari ke-25 berbunyi 'Berita Terkini Yang Anda Baca'. Kadang-kadang, aku tak sempat baca surat khabar tapi macam mana sibuk pun aku akan curi-curi ikuti perkembangan semasa dunia melalui beberapa portal berita online yang sumbernya boleh dipercayai. Tak kisahlah sama ada portal tu berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

'Tipu mangsa melalui Facebook' - inilah berita yang baru saja aku baca melalui Utusan Online sekejap tadi. Penipuan melalui Facebook atau media sosial yang lain datang dalam macam-macam bentuk... macam-macam cara. Sebab tu kita jangan percaya bulat-bulat pada seseorang yang baru kita kenali melalui medium seumpama ini.

Mari kita baca apa yang berlaku kepada mangsa.



IPOH 25 Sept. - Hanya menggunakan akaun laman sosial Facebook, seorang pekerja sebuah resort di Terengganu mampu menjana 'keuntungan' berjumlah RM14,850 hasil kegiatan penipuan dan memperdaya orang ramai khususnya mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Suspek, T. Sivaneswaran, 27, dipercayai berjaya memperdaya kira-kira sembilan mangsa yang kesemuanya merupakan golongan pencari pekerjaan menerusi dua akaun Facebook berbeza iaitu 'Daniel Ipoh' dan 'Datin Aishah'.


Sivaneswaran turut menyamar sebagai seorang berpangkat Datuk semata-mata mahu meyakinkan individu-individu yang menjadi mangsanya di laman sosial.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Supritendan Maszely Minhad berkata, suspek dipercayai menawarkan peluang pekerjaan palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan jabatan-jabatan kerajaan menerusi kedua-dua akaun Facebook berkenaan.


Katanya, suspek akan meminta mangsa memasukkan wang berjumlah antara RM300 hingga RM2,800 ke dalam akaun miliknya menerusi kedua-dua akaun Facebook tersebut kononnya untuk memudahkan proses mendapatkan pekerjaan.


"Suspek kemudiannya akan meminta mangsa menghubungi dirinya yang menyamar sebagai Datuk Siva untuk proses seterusnya. 


"Pada peringkat ini, suspek akan mengemukakan beberapa syarat serta meminta memasukkan lagi sejumlah RM1,300 ke dalam akaun serupa," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Sungai Senam, dekat sini hari ini.


Mengulas lanjut, Maszely memberitahu, kegiatan itu terbongkar apabila seorang mangsa membuat laporan di Balai Polis Menglembu sebelum JSJK bersama unit risikan membuat siasatan segera dan berjaya menahan suspek yang ketika itu sedang berjalan kaki di pusat bandar raya ini petang semalam.


Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek, pihak polis berjaya merampas lima kad ATM yang salah satunya dipastikan sebagai nombor akaun digunakan suspek untuk 'memeras' wang mangsanya.

"Hasil siasatan mendapati suspek mula aktif melakukan kegiatan itu sejak Januari tahun ini. Berdasarkan semakan yang dibuat pula, terdapat lapan laporan polis antaranya di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Pahang membabitkan penggunaan nombor akaun serupa menjadikan jumlah keseluruhan penipuan sebanyak RM14,850.


"Suspek juga mempunyai rekod lampau dan pernah dipenjarakan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan. Suspek telah direman selama empat hari bermula hari ini," jelasnya.


Menurut Maszely, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 kerana menipu serta boleh disabit hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan mandatori setahun serta sebatan dan denda.


"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika berurusan dengan mana-mana individu yang tidak dikenali atau baru dikenali melalui laman sosial. Jangan mudah percaya dengan apa yang dikata serta ditawarkan," ujar beliau.

- Utusan online-

Diharap kejadian seumpama ini kita jadikan ikhtibar bersama. Siasat dulu apa yang ditawarkan. Fikir dulu logik atau tidak sesuatu tawaran tu. Aku nak ingatkan juga readers di luar sana especially yang single supaya jangan terlalu mudah jatuh hati atau ikutkan perasaan berbunga-bunga bila ada kenalan fb yang berlainan jantina memuji atau like gambar/ status kita.
Jangan terus berada di awang-awangan dan perasan yang bila ada orang like gambar/ status kita itu tandanya orang tersebut berminat untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius. Puhhhhhleaseeeee... Tak semestinya ya! Ada yang like status kita kerana status itu sendiri. Mungkin status tu bersifat informatif... mungkin status itu lucu dan sebagainya. Bahaya tau feeling-feeling tak tentu pasal macam ni. Jangan baru kenal sehari, dua kat fb kau dah mabuk cinta. Orang boleh menyamar macam-macam kat fb... boleh tepek gambar sesiapa saja kat profile photo tu. Be rational. Berfikirlah dengan akal fikiran yang waras dan maksimakan penggunaannya!!


Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi
Day 18 : Siri TV Kegemaran
Day 19 : 1 Resepi Kegemaran
Day 20 : Quote Kegemaran Anda  Day 22 : Destinasi Percutian Impian
Day 23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang
-lotsa luv-
Fayreen Mizan

4 comments:

  1. mcm2 cara org sekarang nk menipu..so ye betul masirlah kita sentiasa beware

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal JM. Yang kita boleh nampak depan mata pun kadang-kadang tak boleh percaya, apalagi yang bersembunyi di sebalik screen. :)))

      Delete
  2. Zaman sekarang ni sungguh menakutkan la. Yang penting kita kena selalu beringat kan

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dear, kita memang kena selalu beringat. :)

      Delete