Saturday, 30 August 2014

MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA DARI BLOGGER

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Assalamualaikum,

Ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu. Walaupun sekolah ditutup, setiap 31 Ogos aku akan bangun awal-awal pagi sebab terlalu excited untuk tengok perbarisan Hari Kemerdekaan secara live - walaupun cuma di tv saja! Dari kaca mata aku sebagai seorang anak kecil waktu itu - 31 Ogos sinonim dengan lampu-lampu yang dihias indah di waktu malam, kibaran bendera Malaysia di mana-mana... 31 Ogos juga bermaksud Rukunegara akan dibaca dengan penuh semangat. 31 Ogos juga hari di mana meriam diletupkan sebanyak beberapa das. 31 Ogos adalah salah satu hari di mana bendera kebangaan negara dinaikkan sambil Negaraku dinyanyikan beramai-ramai. Yang paling ditunggu-tunggu tentulah laungan keramat 'Merdeka..Merdeka...Merdeka' yang menaikkan semangat!

Selari dengan peningkatan usia, pengertian Hari Kemerdekaan juga semakin luas. Bukan lagi bagaimana untuk merayakannya tapi bagaimana untuk menghayati dan mengekalkan kemerdekaan itu sendiri. Bentuk penjajahan sekarang bukan lagi seperti zaman-zaman pemerintahan Portugis, Belanda, Inggeris atau Jepun. Penjajahan sekarang datang dari pelbagai sudut termasuk ekonomi. Yang ditakuti tentulah usaha-usaha untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat Malaysia sendiri. Put our political beliefs aside. Fokus utama adalah untuk memajukan negara... memastikan kestabilan ekonomi dan politik berterusan... memastikan keamanan dan perpaduan kaum terus terpelihara dan memastikan kedaulatan negara tidak dipersendakan.Usah terus persoalkan apa yang telah negara berikan kepada kita. Tanya soalan ini pada diri sendiri - apa yang telah kita lakukan atau sejauh mana sumbangan kita pada agama, bangsa dan negara!

Di sini... di bumi bertuah ini lahirnya sebuah cinta. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-57, Malaysia!!

* Terima kasih yang tidak terhingga kepada sifu blogger +HASRUL HASSAN yang menganjurkan segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-57.



-lotsa luv-
Fayreen Mizan


3 comments:

  1. Selamat menyambut kemerdekaan negara yg ke 57 ya Fayreen. Good luck ^__^

    ReplyDelete
  2. Salam kemerdekaan Fayreen... All the best.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam kemerdekaan Fay..sorry baru nak baca semua entri yg ada ni :-)

    ReplyDelete