Tuesday 23 September 2014

ANGKARA AUTO SPELL CHECK DI HANDPHONE!

Assalamualaikum,

Pernah tak kejadian macam ni berlaku kat korang?? Pernah kannn??

Ini kali kedua aku suruh orang 'berenang' pada masa dan tempat yang tak sepatutnya dalam masa seminggu! Padahal sebenarnya nak tulis suruh bertenang!!!

Auto spell ni bahaya juga kadang-kadang. Kita dah berhati-hati tulis text, check spelling semua sebelum tekan send button pun typo jugak. Nak kata typo pun tak boleh sebenarnya. Ejaan betul cuma auto correct ni terlebih kak nam... suka-suka hati tukar perkataan yang kita type. Kiranya lain yang nak dilafazkan, lain pulak yang keluar kat screen!

Yang aku dapat kat group wassap sekolah ni lagi haru...


Hahaha. Beruk cili padi!!! Memang syok bergelak sakan sebab orang lain yang hantar text ni, cuba diri sendiri. Mau tepuk dahi dibuatnya.

Sekali, dua kali auto spell buat perangai melibatkan sorang dua contact ok lagi. Tapi bila dah melibatkan text dengan perkataan merapu-rapu yang dihantar pada wassap group yang keahlian seumur hidupnya ada 30 orang, mau hilang kredibiliti diri... dan perkara ini berlaku pada tuan blog!! Copy paste apa yang sepatutnya saja sebab conversation seterusnya sangat berbisa dan amat menghiris hati. Terus rasa nak guna Nokia 3310 semula!

*Rasa macam nak flush muka sendiri kat lubang j@mban!!!

Hahaha. Aku nak tulis borak ya.... BORAK... bukan berry. Gila apa nak ajak berry beramai-ramai. Lepas kejadian malang ni terus aku decide untuk deactivated kan auto spell. Bye bye, sayonara, adieu auto spell. Nyah kau dari hidupku!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan









22 comments:

  1. hahaha..memang lawak..mira pn prnh trjd cmni..kunjungi blog mira yea http://nurulaina174.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mira... insyaallah nanti akak singgah kat blog Mira ya :)

      Delete
  2. Nak keluar air mata tgk ni...wahahah...lawak betul..Nad dah lama off auto spell...menyusahkan dari membantu...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nad.. menyusahkan dan memalukan. Tapi, bila kena kat orang lain best baca! :D

      Delete
  3. selalu jgk jadi mcm nie,, hihi,malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... jenazah boleh tukar jadi jenayah... menyusahkan jadi menyusu!!! Hadoiiiiii

      Delete
  4. Tudia....memang mwnyusahkan lah gitu

    ReplyDelete
  5. kahkah. ini memang kelakar. pernah jugak jadi tapi belum boleh jadi bahan lagi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh... jaga-jagaaa! Jangan sampai terkena!! :))

      Delete
  6. Hihihihi! Lawak! Ini bukan masalah autocorrect/autospell sahaja. Yang bermasalah "jari obes" pun selalu kena.

    Macam saya.

    Nak taip "nak cari kerja part time", jadi "nak cari KERA part time"

    Eheheh!

    Nice blog, anyway!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu maknanya tangan tak berbedung masa kecik!! Hahaha :D

      Delete
  7. hahaha...mmg slaalu jd cmni.tu yg setiap kali nak post, re-check dulu.ekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... kalau wassap ni kadang-kadang syok je main reply. tu yang sedar-sedar jadi kes-kes kat atas! :D

      Delete
  8. Auto spell check ni mmg jadi merapu ayat kita.. serabai jadinya hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang rasa macam free-free kena sabotaj! :D

      Delete
  9. hahahha...tak pernah kena. tapi kelakar la pulak bila terkena eh, hehe

    Salam perkenalan. done follow. Jom follow:

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sekali terkena rasa nak sembunyi dalam kotak... sama-sama duduk dengan anak kucing!! :D

      Delete
  10. hahaha hana pernah ! funny for me. then dorang akan start "menganjeng" dengan cara yg buat kita malu sendiri. haha

    ReplyDelete
  11. aahahaha...kekadang best gak kalau tersalah spelling ni jadi kelakar

    ReplyDelete