Tuesday, 30 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 30 | PERKARA MENARIK YANG ANDA BERBANGGA TAHUN INI!

Assalamualaikum,

Akhirnya.... kesemua task sepanjang 30 hari cabaran berlangsung berjaya juga aku habiskan walaupun aku bermula 4 hari di belakang dan terpaksa upkan beberapa entri dalam sehari untuk catch up. Achievement ni sebenarnya satu big surprise sebab aku tahu aku bukannya jenis yang terlalu berdisplin. Mula-mula tu rasa sangat impossible untuk aku lengkapkan kesemua 30 cabaran ni. Takut juga tersangkut kat tengah jalan. :) *Senyum-senyum sensorang, pandang kiri kanan sambil clap clap untuk diri sendiri. :)

Task yang terakhir berbunyi - 'Perkara Menarik Yang Anda Berbangga Tahun Ini'. Memandangkan tahun 2014 masih berbaki 2 bulan lagi, aku masih belum boleh evaluate pencapaian diri secara total. KPI masih belum complete lagi kiranya! Perkataan 'berbangga' inipun membuatkan aku berhati-hati menulis supaya tak disalah anggap kepada 'berbangga' yang membawa tafsiran riak. Bukan riak ya. Berbangga di sini bermaksud sesuatu yang membuatkan kita gembira, puas hati dan secara tak langsung meningkatkan motivasi diri. It could be an achievement dalam bentuk material atau inner self sendiri.

Antara perkara yang aku banggakan - how I cope with the ups and downs in life and relationship.  Bukan hubungan suami isteri saja ada pasang surutnya, hubungan dengan sahabat handai pun tak lari dari dilanda badai. *Tu diaaaa.... sesekali berbahasa puitis! Bagaimana kita handle sesuatu perkara dengan menggunakan kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran yang diberi - itu yang penting. Jangan terlalu ikutkan kata hati dan perasaan amarah dalam membuat keputusan. Bersabar dan berhati-hati supaya tidak terjebak ke dalam permainan catur yang telah diatur untuk memerangkap kita!

CABARAN 30 HARI : DAY 29 | BUNGA KEGEMARAN DAN ERTINYA!

Assalamualaikum,

Untuk task ke-29 dalam Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari, kami diminta buat satu entri mengenai 'Bunga Kegemaran Dan Ertinya'. Sebenarnya, tak ada bunga yang aku betul-betul suka secara spesifik. Tapi, sebagai seorang perempuan tentulah aku tetap tertarik dengan keindahan bunga yang berwarna-warni. Dalam hati tetap ada taman! 

Tak ada juga sebab-sebab tertentu kenapa aku suka sesuatu jenis bunga tu. Mungkin juga disebabkan keunikan warna atau bentuknya. Aku lebih suka bunga jenis kecik-kecik yang comel macam baby's breath dan pansy flower. Masa ke Jepun spring tahun ni, aku cukup ralit tengok pansy flower yang sangat cantik dan berwarna-warni. Comel-comel semuanya. Memang gerammmm!!! Yang uniknya, ada jenis-jenis pansy yang bentuknya exactly macam rama-rama.

Berwarna kuning...

Berwarna biru, purple dan kuning...

Monday, 29 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 28 | 5 PERKARA BERMULA DENGAN ANDAINYA!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari diteruskan lagi dengan task ke-28 berbunyi '5 Perkara Yang Bermula Dengan Andainya'. Tak nak intro panjang-panjang, kita straight to the point saja.

1. Andainya bulan yang mengelilingi orbit bumi ada dua dan bukannya satu, apakah pungguk akan tetap setia merindui sang bulan? 

2. Andainya itu terjadi, bulan manakah yang akan dipagari bintang? Berapa banyakkah bintang yang sedia menemani??

3. Andainya kail bukan sejengkal tapi bermeter-meter panjangnya, masihkah kita takut nak menduga lautan??

4. Andainya masa boleh diputarkan, akan berubahkah kita atau terus-terusan leka dan terus ketinggalan???

5. Andainya aku, kau, dia dan dia di sana juga sama... mengapa masih berpuak-puak dan apakah perlu ada kelas-kelas mengikut taraf kehidupan dalam masyarakat??

CABARAN 30 HARI : DAY 27 | MOOD ANDA HARI INI!

Assalamualaikum,

Walaupun demam.... walaupun dipaksa dan terpaksa makan ubat, walaupun tak merelakan paksaan itu, hari ini aku tetap dalam mode happpyyyy!!

Seandainya tengah down, jangan diikutkan sangat mood tu. Kalau stress, calm down, tarik nafas panjang-panjang dan jangan terbawa-bawa dengan mood. Control your emotion, don't let your emotion controls you!

*Google image
Opocot sangat tau aksi budak kucing ni!


Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi
Day 18 : Siri TV Kegemaran
Day 19 : 1 Resepi Kegemaran
Day 20 : Quote Kegemaran Anda  Day 22 : Destinasi Percutian Impian
Day 23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang  Day 25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

-lotsa luv-
Fayreen Mizan

CABARAN 30 HARI : DAY 26 | GADJET KEPUNYAAN ANDA!

Assalamualaikum,

Lemau je rasanya nak menekan-nekan keyboard ni. Nak tulis simple word macam 'Hello' pun rasa tak larat. Bukan saja 'sorry'... hello pun seems to be the hardest word! Tau kan lagu 'Sorry Seems To Be The Hardest Word' tu?? Sebenarnya, aku demam ni. Jadi, tahap tak larat tu amat tinggi. Tahap merapu-rapu sebab di bawah pengaruh ubat batuk juga pun sangat tinggi. Alololo, rasa macam manja dan comei semacam je mengadu demam kat blog. Heheheh...

Dek kerana dah beberapa hari ketinggalan dalam Cabaran 30 Hari ni, aku buat beberapa entri sekaligus hari ni. Kita marathon entri Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari beramai-ramai ya. Here goes, untuk hari ke-26 cabarannya berbunyi - Gadjet Kepunyaan Anda.

Selain daripada laptop HP tua yang dah banyak berjasa pada aku, gadjet lain yang aku adalah ialah smartphone BlackBerry Z10 yang hubby hadiahkan masa birthday dulu. Kualiti kamera agak kurang ok kalau dibandingkan dengan Samsung Galaxy series, tapi kualiti bunyi memang best! Bila dengar muzik memang feel, terangkat-angkat bahu dibuatnya. Fungsi-fungsi lain - Print To Go, Docs To Go untuk create file dalam format Words dan Excel pun tip top. 

Barang-barang lain yang aku ada termasuklah sepupu-sepapat macam-macam jenis kabel untuk memudahkan urusan charging hand phone dan 'transfer mentransfer' data supaya boleh terus berkomunikasi dengan dunia luar.

Akhir sekali - Samsung Smart Camera EX2F yang suami passkan pada aku lepas cinta dia dengan DSLR berputik kembali. Aku suka sangat kamera ni sebab saiznya just nice untuk disumbatkan ke dalam handbag. Kualiti gambarnya pun oohlala... terbaikkkk! Gambar waktu malam, memang cantik!

Friday, 26 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 25 | BERITA TERKINI YANG ANDA BACA!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 Hari anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari untuk hari ke-25 berbunyi 'Berita Terkini Yang Anda Baca'. Kadang-kadang, aku tak sempat baca surat khabar tapi macam mana sibuk pun aku akan curi-curi ikuti perkembangan semasa dunia melalui beberapa portal berita online yang sumbernya boleh dipercayai. Tak kisahlah sama ada portal tu berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

'Tipu mangsa melalui Facebook' - inilah berita yang baru saja aku baca melalui Utusan Online sekejap tadi. Penipuan melalui Facebook atau media sosial yang lain datang dalam macam-macam bentuk... macam-macam cara. Sebab tu kita jangan percaya bulat-bulat pada seseorang yang baru kita kenali melalui medium seumpama ini.

Mari kita baca apa yang berlaku kepada mangsa.

Thursday, 25 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 24 | RUMAH IMPIAN ANDA!

Assalamualaikum,

'Cabaran 30 Hari' diteruskan dengan task seterusnya - 'Rumah Impian Anda'! Bab-bab nak suruh berangan ni I loike!!! Sejujurnya aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Tapi, untuk pelaburan tambahan di masa depan kitorang mencari-cari juga sebuah rumah lagi. Tapi itulah, harga rumah kat KL ni cekik darah betul... mahal nak mam...! Mau aku laki bini terpaksa makan kiblet kucing je nanti. Eh, tapi kiblet pun mahal gak... cam ner tu?? Share makanan dengan ikan jelah nampaknya kalau gitu! Makanan ikan murah sikit. Hahaha..

Since dah ada peluang untuk berangan pasal rumah impian ni, marilah melayan angan-angan aku sampai kita sama-sama muntah ijo. Yang paling penting saiz rumah mestilah sederhana saja - tak terlalu kecil dan tak pula melampau-lampau besarnya. Kalau besar sangat nanti aku takut. Takut berimaginasi benda pelik-pelik yang menakutkan pun ya... takut tak larat nak mengemas pun ya juga.

Aku juga tak nak ada banyak pintu untuk keluar masuk. Kalau boleh pintu depan dan belakang je pun dah cukup. Kenapa??? Kalau pintu je ada 15, terjaga ke nanti?! Larat ke nak make sure semua pintu tu berkunci? Sekarang ni pun kadang-kadang ada insiden terlupa kunci grill bagai. Amboiii... berangan rumah yang ada 15 pintu terus! Hahaha....

Wednesday, 24 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 23 | PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG!

Assalamualaikum,

Mari kita teruskan Cabaran 30 Hari Kelab Blogger  Ben Ashaari untuk hari yang ke-23. Task hari ini berbunyi - 'Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang'. Masa kecik-kecik dulu, bila ditanya nak kerja apa bila dah besar nanti, aku akan jawab nak jadi astronaut... nak jalan-jalan dari satu planet ke satu planet sebab nak jumpa alien! *Memang dasar kaki menjengkit. Dari kecik dah terserlah ciri-ciri kuat merayap. Jumpa alien pun jadikkkk! Ke terserlah ciri-ciri seseorang yang berwawasan jauh? Hikhik. Ptuiii..

Tuesday, 23 September 2014

ANGKARA AUTO SPELL CHECK DI HANDPHONE!

Assalamualaikum,

Pernah tak kejadian macam ni berlaku kat korang?? Pernah kannn??

Ini kali kedua aku suruh orang 'berenang' pada masa dan tempat yang tak sepatutnya dalam masa seminggu! Padahal sebenarnya nak tulis suruh bertenang!!!

Monday, 22 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 22 | DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN!

Assalamualaikum,

Terbukak besar mata aku yang tak berapa besar ni bila terpandang tajuk task hari ke-21 - Destinasi Percutian Impian. Hilang, terbang melayang-layang dibawa angin lalu semua Monday blues yang ada. Dah memang dasar suka berjalan... merayap... menjengkit - whatever you call it! :D. Kalau diikutkan hati, nak je beri jawapan perasan-perasan bagus - "Destinasi impian saya? Tak kisahlah ke mana-mana pun asalkan FREE termasuk wang saku untuk shopping disediakan oleh pihak penaja!!" Bolehhhhh???? Hahaha... pangggg sekali kat pipi belah kiri tu!

Sunday, 21 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 21 | TEMPAT YANG INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 Hari kembali lagi dengan task di hari ke-21 : 'Tempat Yang Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi'. Banyak lagi tempat yang aku tak pernah sampai dan sebagai seorang yang memang kaki menjengkit, pening juga kepala fikirkan macam mana dan bila masa nak explore habis-habisan tempat-tempat menarik di luar sana. Kat Malaysia sendiri pun aku belum habis explore lagi. Pulau Sipadan dan Taman Negara adalah antara tempat-tempat yang aku look forward untuk pergi.

Banyak tempat yang aku berangan-angan nak pergi. Sesungguhnya berangan-angan tu memang best!! Walaupun tak tahu bila akan sampai... ada yang aku dah siapkan itinerary pun! Hahaha... sakit teruk sangat dah ni namanya! Antara tempat yang ada dalam senarai adalah Norway!!! Kenapa Norway???


Keindahan alam yang amat memukau ini antara sebabnya!


Keindahan fjord (Fiord) yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata!


Cantik kannn?


Juga sebab ini!!!


Aurora @ Northern Lights - fenomena yang hanya berlaku di kutub utara atau kutub selatan sahaja.


Subhanallah! Cannntikkkkk sangat!!

Seterusnya, Scotland. Sebabnya??


peninggalan kota-kota lama yang bersejarah...


pemandangan yang cantik...


landskap yang unik!

Ada orang yang menganggap mereka yang suka travel sana sini hanya membuang duit dan tenaga. Tak kurang juga yang menganggap kitorang yang suka travel ni attention seekers yang suka menunjuk-nunjuk. Terpulang pada perception masing-masing. Bagi aku dan suami, melancong mengeratkan lagi bonding di antara kami suami isteri sambil menghayati keindahan dan keunikan alam ciptaan Tuhan di bumi yang luas ini. Nothing more... nothing less. Peace!

-lotsa luv-
Fayreen Mizan

CABARAN 30 HARI : DAY 20 | QUOTE KEGEMARAN!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 hari hanya berbaki beberapa hari saja lagi. Task hari ke-20 berbunyi begini - "Quote Kegemaran". Sesuatu quote boleh dijadikan inspirasi untuk memotivasikan kita sama ada dibuat secara straight to the point atau secara sinis. My personal favourite are these :


Tak semua orang sukakan kita... tak semua orang senang dengan kita. Kalau kita terlalu excellent dalam sesuatu pun orang tak suka... kalau terlalu lembab apatah lagi! Emmm... atau mungkin itu yang diorang nak??!! Butakan mata... pekakkan telinga. Persetankan saja dan berhati-hati supaya tak terjebak dalam permainan catur yang telah diatur  untuk menjatuhkan kita. Be positive, move forward dan tinggalkan orang-orang yang negatif itu di belakang!


Hidup ini ada pasang surutnya... itu sudah pasti! Pilihan sama ada hendak bertahan, mengikut atau menongkah arus ada di tangan kita. Berusaha, buat keputusan yang sewajarnya dan bertawakal!


Bertemu lagi di cabaran seterusnya nanti! :)


Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi
Day 18 : Siri TV Kegemaran
Day 19 : 1 Resepi Kegemaran




-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Saturday, 20 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 19 | 1 RESEPI KEGEMARAN SAYA!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 Hari diteruskan dengan semangat waja yang berkobar-kobar. Task ke-19 : 1 Resepi Kegemaran. Adehhhh... macam mana ni... aku ada banyak resepi kegemaran. * Macamlah rajin sangat memasak kan!! Untuk berlaku adil pada resepi-resepi yang lain, apa kata kita baling dadu dan tengok resepi apakah yang bertuah! *Tup-tup resepi pilihan berpihak pada telur dadar atau telur goreng! Macam mana tuh nanti??

Let's roll the dice....

* Sambil-sambil lambungkan dadu nak bercerita sikit dulu. Aku ni bukanlah pandai nau memasak walaupun hampir setiap hari aku bertapa di dapur untuk makan malam. Tidak juga cekap di dapur. Kalau suruh masak untuk orang lain, sure tergiggil-giggil takut tak bersebab. Ntah sawan apatah! Masak kat rumah Adik tu pun kadang-kadang fail!! Perlu diberi motivasi tambahan untuk tingkatkan keyakinan diri ni nampaknya!

Ok... berbalik pada cerita dadu tadi, nampaknya resepi yang terpilih adalah Paprik Ayam! Aku cukup-cukup suka masak paparik ni sebab senang gilaaaaa dan sesuai dengan orang yang ada kalanya ada penyakit malas macam aku ni. Yang bestnya, aku boleh campakkan segala macam sayur yang sesuai dalam masakan paprik ni dan tak perlu masak lauk sayur lain lagi daah. Kan ke menjimatkan masa dan tenaga namanya tu??? *Ayat kaver line. Padahal sebenarnya malas nak masak macam-macam jenis lauk! Syyyhhhh... ni rahsia kita-kita je, eh?!

Resepi paprik ni sebenarnya aku dah pernah share kat blog sebelum ni. Tak pe, korang punya pasal aku tepek sekali lagi. Cuma cara memasak saja aku olah semula ayatnya. Lain-lain dicopy bulat-bulat dari entri INI. Dasar pemalassss.... :)


Paprik Ayam

Bahan-bahan :
2 keping dada ayam dipotong dadu
1 biji bawang besar - dibelah 6
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 batang serai - di ketuk
4 helai daun limau purut
8 biji cili padi - diketuk
2 batang jagung muda
Kacang buncis (aku tak suka kacang panjang sebab tu gantikan dengan kacang buncis)
Lobak merah
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
2 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram

Cara-cara :
Mula-mula rebuskan isi ayam dengan sedikit air dalam 2 - 3 minit. Air rebusan tadi jangan dibuang sebab kita nak gunakan sebagai stok untuk cairkan kuah. Boleh juga gorengkan ayam ini dengan sedikit garam dan serbuk kunyit tapi jangan sampai garing... aku prefer rebus saja sebab nak kurangkan penggunaan minyak supaya lebih menyihatkan.

Kemudian masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga harum. Campakkan cili padi dan daun limau purut... gaul rata dan masukkan ayam tadi. Biarkan sekejap dan masukkan air rebusan ayam. Masukkan sayur dan masak sehingga lembut. Selepas itu masukkan kesemua sos serta kicap dan gaul rata. Biarkan sekejap sehingga semua bahan sebati. Siap!



 -lotsa luv-
Fayreen Mizan




CABARAN 30 HARI : DAY 18 | SIRI TV KEGEMARAN!

Assalamualaikum,

Walaupun ketinggalan 2 hari di belakang dalam misi mengejar Cabaran 30 hari, aku tetap tak akan give up. Jom baca task untuk hari yang ke-18 iaitu Siri TV Kegemaran. Semenjak, dua menjak... atau senang kata bermenjak-menjak ni rasanya tak ada siri tv yang aku follow secara konsisten kot. Jenis bila kebetulan tertengok kat tv... terus tengok dan jarang tertunggu-tunggu siri yang seterusnya. Dah lost track hari apa atau channel apa certain siri tu ditayangkan.

Tapi, antara siri yang tersenarai dalam pilihan aku termasuklah :

Merlin

 * Google image

Aku memang minat cerita-cerita dengan background zaman-zaman King Arthur atau era Victorian ni. Mungkin juga sebab aku minat sejarah jadi sikit sebanyak terpengaruh dengan backdrop cerita ni walaupun sedar cerita ini adalah fiksyen semata-mata dan tak ada kena mengena dengan mana-mana sejarah yang tertulis atau bertulis. Erkkk... 

CSI : Crime Scene Investigation

* Google image

Tak kisahlah sama ada CSI : Crime Scene Investigation (Las Vegas) yang original... CSI : Miami ke atau CSI : New York sekalipun, semua tu aku minat dan boleh buatkan montot terlekat macam kena gam kat sofa. :)

Akhir sekali - selain live telecast bola sepak, aku juga akan terdiam seribu bahasa dan terpegun menghadap apa-apa saja dokumentari tentang travel, space atau haiwan yang ditayangkan di Discovery Channel, Animal Planet atau National Geographic Channel!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Friday, 19 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 17 | 5 PERKARA YANG ANDA RINDUKAN!

Assalamualaikum,

Tepukan gemuruh serta paluan kompang untuk diri sendiri sebab berjaya mengharungi Cabaran 30 Hari untuk task yang ke-17. Padahal dah ketinggalan 2 hari tu!! :p. Kita straight to the point sebelum aku mengarut tahapahapa. Jemput baca apakah 5 perkara yang aku rindukan.

Yang pertama : Sudah tentu aku sentiasa rindukan mereka yang dah lama pergi menemuiNya. Setiap seorang dari mereka ada karakter masing-masing yang istimewa. Al-Fatihah pada mereka yang telah kembali menemui Sang Pencipta.

Yang kedua : Aku sangat rindukan suasana ini - bangun pagi, bukak tingkap luas-luas... dari dalam rumah dah terbau rumput yang segar di halaman. Tambah feel lagi bila sayup-sayup dengar bunyi ayam berkokok! Dah tu, dua tiga ekor burung berkicauan pulak kat pokok besar di belakang rumah. Orang takut-takutkan aku kata pokok tu berhantu pun berhantulah. Miss the moment!

Yang ketiga : Rindu sangat dengan permainan-permainan zaman kanak-kanak. Gasak aku melenting-lenting, melompat tak hengat masa main getah dulu. Main getah ni ada beberapa version. Ada yang boleh tersentuh getah bila dah melompat paras pinggang ke atas... ada yang tak boleh sentuh langsung sampailah habis lompat paras kepala nanti. Memang wowww yang teramatlah bila difikirkan kemampuan masing-masing melompat setinggi itu suatu masa dulu!

Itu belum permainan lain - teng-teng, polis sentry - bergaduh dengan group lawan memang satu kewajipan lepas main polis sentry ni, main masak-masak, kawin-kawin - naik togel pokok bunga arwah tok kitorang sepupu sepapat kerjakan demi untuk buat acara 'renjis-renjis dipilis'! Hahaha. Walaupun takut, ikut juga suara majoriti main hantu-hantu. Siapa yang jadi hantu siap kena buat tagline lagi - "Pukul 12 malammm. Hantu nak datangggg. Ting... tinggg... tingggg" - hantu buat bunyi jam 12 kali. Dah berbunyi 12 kali baru boleh cari mangsa untuk dimakan otaknya. Kalau tak cukup 12 kali hantu dianggap mengelat. Permainan terbatal dengan sendirinya tapi sumpahan hantu tetap berterusan sampai next game. Hahaha. 

*Google Image

Bila dah besar sikit mula pandai main Game & Watch. Addicted betul dengan game ni masa tu. Game & Watch ni ada macam-macam version. Yang aku masih ingat - Octopus, Fire Attack, Turtle Bridge, Parachuters, Mickey, Popeye dan Ball. Octopus ni best... kita kena ambik treasure kat bawah sotong tu. Makin lama jari-jemari sotong makin panjang... makin lama makin laju. Game over bila jari-jemari tu terkena diver. Ada 3 kali attempt kalau tak silap.

* Google Image

Readers yang perempuan tentu biasa main paper doll ni kaan? Inilah pengganti Barbie kami :)

Yang keempat : Rindu dengan kawan-kawan dan suasana di sekolah. Kami masih naive masa tu... tak ada prejudis, tak ada sikap rasis sesama sendiri walaupun ada kaum-kaum lain dalam kelas. Dari awal penggal persekolahan guru kelas memang akan pastikan kami duduk bersebelahan kawan-kawan dari kaum lain. Dari sini kami belajar hormat-menghormati budaya, kepercayaan dan adat masing-masing. Aku sendiripun duduk sebelah amoi cun yang sama dua tahun berturut-turut. Rindu sangat dengan keharmonian suasana masa tu.

Yang kelima : Tak sah rasanya kalau tak rindu dengan beberapa jenis makanan. Dah lama rasanya tak makan Arisa - sejenis makanan Arab yang dibuat dari quaker oats, daging ayam/ lembu yang diracik-racik dan dicampur dengan rempah-ratus. Sedap giler! Sejak arwak tok meninggal juga aku tak dapat lagi minum air bir (sebutan 'bear' for beruang). Air bir yang aku maksudkan ni bukan beer tau! Hahaha. Ni sejenis minuman manis, cara masakan  macam sirap. Air ni berwarna kuning, berempah dan dimasak menggunakan kulit limau purut yang dijemur sampai betul-betul kering, kemudian dicampur dengan buah pelaga, cengkih dan sejenis akar. Aku lupa apa nama akar tu. Pernah ternampak orang jual air ni kat Plaza Angsana, JB dulu. Ada lagi.... sejenis kuih yang dipanggil kuih jongkong. Sedap giler kuih ni! Hemmm... terliur dah ni.

Aku percaya setiap orang tentu ada memori sendiri yang dirindukan. Bila teringat kisah-kisah lama mesti tersengih-sengih bak orang di lamun cinta yang berada di cloud 9. Kalau tak pun, sikit sebanyak tiba-tiba terasa sebak. Sedar-sedar mata dah berkaca-kaca... kannn?? Apa juga yang pernah berlaku, appreciate and cherish the moments! 

Happy weekend olls. :)

Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya
Day 15 : Surat Kepada Seseorang
Day 16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Thursday, 18 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 16 | SIAPA, BAGAIMANA AKU 10 TAHUN LAGI!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 Hari untuk hari yang ke-16 diteruskan dengan task yang agak berat - 'Siapa, Bagaimana Aku 10 Tahun Lagi!'. Gulp, terkedu sekejap bila fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku.

"When I was just a little girl
I asked my mother
What will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart
What lies ahead
Will we have rainbows
Day after day
Here's what my sweetheart said

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be

Now I have Children of my own
They ask their mother
What will I be
Will I be handsome
Will I be rich
I tell them tenderly

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be
Que Sera, Sera"

Ya betul - whatever will be, will be... the future's not ours to see! Ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan. Tapi itu tak bermakna kita cuma perlu duduk berpeluk tubuh saja tanpa rancang apa-apa sebagai persediaan untuk masa depan dari sekarang. Apa yang pasti, seandainya dipanjangkan umur, 10 tahun lagi aku akan jadi semakin tua... and I want to grow old gracefully. Tak perlu takut menjadi tua sebab itu memang pasti dan sebenarnya sedang berlaku pun perlahan-lahan sekarang! 

Aku juga berharap untuk habiskan lebih banyak masa bersama-sama keluarga - memasak, melancong, bergurau-senda bersama-sama mereka dan letakkan soal karier jauh di belakang. Sampai masanya nanti, mengejar karier bukan lagi pilihan utama. Again, whatever will be, will be... the future's not ours to see! Semoga kita semua dilindungiNya dan berjaya dalam perjalanan mengejar masa depan - dunia dan akhirat yang cemerlang!

-lotsa luv-
Fayreen Mizan






CABARAN 30 HARI : DAY 15 | SURAT KEPADA SESEORANG!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 Hari disambung dengan task seterusnya - Surat Kepada Seseorang! Dah bertahun-tahun rasanya aku tak menulis surat. Dipendekkan cerita, untuk task hari ke-15 ni aku tujukan khas buat bonda tersayang secara short and simple.

Dear mama,

Assalamualaikum,

Hai Mama. In case  I never say this before - I love you so much and thank you for everything. I'm proud to have you as my mother. Anyway, I'm not good in expressing my feelings in words 'tho. Maafkan saya. Ampunkan saya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki for being so degil dan mungkin kedegilan saya dulu banyak membuatkan Mama susah hati dan makan hati berulam jantung.

Semoga Mama terus sihat, dipanjangkan umur, dapat beribadah dengan sempurna dan awet muda sentiasa. Thank you for being so sporting and supportive as well. You might not aware of this, but you're a great cook! Laksa Johor yang Mama masak memang sedap and the best in the entire universe so far.. hint..hint!

Love you, ma!

Sincerely yours,
Fay Renate Mizan 
p/s .   Spaghetti bolognese yang mama masak pun sedap
p/s 2. Sambal tumis udang + petai pun sedapppp... erkkk...


***Dah kataaaa - aku memang tak pandai nak meluahkan isi hati!!


Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda
Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Day 13 : 5 Blog Kegemaran
Day 14 : Cerita Kasut Saya


CABARAN 30 HARI : DAY 14| CERITA KASUT SAYA!

Assalamualaikum,

Kembali menyahut cabaran 30 hari dengan task berbunyi - Cerita Kasut Saya! K.A - KA... S.U.T - SUT = KASUT. Ok... betul... tak tersilap pandang. Memang kena tulis pasal kasut. Alaaa... kenapa mengapa tak pasal handbag??? Eh... sudah... sudahhhh... baru je bitau dah buang saka handbag haritu kannn??

Aku ni jenis susah nau nak cari kasut yang sesuai kat kedai. Bukan sebab aku cerewet atau memilih. Murah pun aku pakai asalkan selesa. Masalahnya, aku memang susah nak cari kasut sebab cutting kaki aku boleh flexible ikut suka-suka hati dia kot!?! Biasanya aku pakai saiz 5. Tapiiii, ada ketikanya kasut saiz yang sama rasa terkecik sampai jari-jariku sakit semua atau terbesar sampai tertanggal-tanggal bila berjalan. Akhirnya, terpaksalah sedekahkan kasut yang tak sempat jejak tanah pada sesiapa yang bertuah. Disebabkan masalah teknikal ini, memang tak bolehlah aku nak suka-suka hati place order dan beli kasut online. *Ciri-ciri keselamatan di situ! Memang kena beli kat kedai dan cuba betul-betul supaya tak menyesal di kemudian hari :p

Kalaulah aku seorang selebriti dah tentu 3 kali aku berjaya curi tumpuan media disebabkan beberapa peristiwa di sebalik kasut. Nasib baiklah aku cuma insan biasa... ecececeh! Peristiwa pertama - tengah berjalan sambil keletak, keletuk bercatwalk tiba-tiba berdebukkk... aku tergolek jatuh kat parking Mid Valley. Rasa dunia ni gelap gelita di tahap maximum! Mau tak malu, aku terjatuh depan boipren baru! Abis hilang kredibiliti ai! Dahlah masa tu baru date yang ke-5 - stage masih kontrol ayu dan tersipu-sipu malu. Stage yang kalau makan pun jamah-jamah je sikit di hujung garfu walaupun anak naga dalam perut menendang-nendang lapar!  Tak tahu nak letak muka kat mana rasanya masa tu. Nak je rasanya bertukar jadi tayar kereta! Cit!

Tergolek dog depan boipren baru memang sangat sadis!

Kejadian kedua berlaku selang seminggu dari insiden pertama. Aku terjatuh lagi - masa DATING dengan orang yang sama juga!!! Padahal masa tu aku pakai kasut baru yang grip tapaknya masih kuat. Rasanya baru first time pakai kasut tu. Kejadian kali ini  lebih haru sebab berlaku kat kedai makan. Jadi, lebih ramai saksi kejadian! Terus rasa nak benamkan muka dalam mangkuk tomyam patplohpat hari patplohpat malam! 

Kejadian ketiga - Dengan konfidennya aku menyarung slingback heels dari rumah... tak tinggi manapun, cuma 3 inci saja. Tup-tup hilang balance dengan berat badan 55 kg dan berdebuk jatuh macam nangka busuk! Ya... masa dating dengan orang yang sama!! Sekali lagi dunia ni rasa gelap... rasa kasut aku sungguh tak adil... rasa ditindas oleh kasut sendiri yang amat dipercayai. Sakit di kaki... sakit lagi di hati! Dah kenapa, kasut oiii?? Padahal sebelum ni aku boleh je berlari naik tangga pakai kasut yang sama. *Mode nak tamatkan riwayat kasut membara lepas kejadian.

Kalau tak silap, masa kecik-kecik dulu aku aku pernah dengar orang tua-tua kata kalau asyik terjatuh tu tandanya nak dipinang orang. Coincidently, dalam kes aku ni lepas 6 bulan kenal, Mr. Boipren dan family datang ke rumah bawak cincin untuk merisik. Tapi, memandangkan dua-dua belah pihak bersetuju nak percepatkan tarikh nikah, kitorang terus buat 2 + 1 - majlis merisik dan bertunang sekaligus. Kitorang nikah 5 bulan kemudian. Sampai sekarang dah tak ada lagilah kes-kes berdebuk jatuh semua. Apapun, 'terima-kasih' pada kasut-kasut kesayangan. Ada cerita di sebalik cerita. Ada hikmah rupa-rupanya walaupun disabotaj oleh 3 pasang kasut sendiri. Sampai sekarang, ada juga masa-masanya hasben aku saja flashback kejadian jatuh tergolek-golek ni tapi aku buat-buat tak dengar dan biarkan topik perbualan tu dibawa pergi oleh angin lalu! Hahaha.


-lotsa luv-
Fayreen Mizan-










Tuesday, 16 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 13| 5 BLOG KEGEMARAN!

Assalamualaikum,

Akhirnya, sempat juga aku curi-curi update Cabaran 30 Hari untuk hari yang ke-13 walaupun tengah bercuti nun di selatan. Tak larat rasanya nak berlari berkejaran kalau kena tinggal jauh-jauh sangat nanti. Berlari setempat baru 2 minit pun dah hazabbbb yang amat! Hahaha.

Berbalik pada challenge hari ini - apakah 5 blog kegemaran aku? Banyak blog yang aku baca tanpa mengira niche walaupun favourite aku adalah personal dan travel blog. Blog-blog yang berada dalam ranking top 5 dan sentiasa ada dalam hati adalah....

Matilah kena kutuk sebab suka blog sendiri ni! Kalau tak suka blog sendiri, macam mana aku nak menulis... macam mana nak perbaiki blog setahun kacang buncis ni dari masa ke semasa? Bak kata orang, sebelum sayangi orang lain... kita kena sayangi diri kita dulu. Cintai diri sendiri sebelum kita bercintan-cintun dengan orang lain! Orang lain kita tak boleh bentuk ikut acuan yang kita nak... tapi diri sendiri boleh! Haa, macam tulah kaedahnya!

Asalnya aku terklick blog Filla masa cari info pasal Bali. Bila dah baca sekali rasa macam best pulak ... lepas tu terus akan klik setiap hari! Gaya dia berceloteh memang santai.

Satu lagi personal blog yang best. Memang sure menyengih memanjang dan tergelak-gelak baca entri Elly yang ting-tong sokmo ni!

Walaupun Maria Elena dah agak jarang update blog dia sekarang, tapi setiap entri baru tak pernah mengecewakan. Dalam gelak tawa, ada mesej yang cuba disampaikan.

Pada yang minat travel, jangan lupa terjah blog +Jari Manis ni. JM ni seorang yang peramah dengan readers dan tak kedekut share macam-macam travel tips. Orangnya pun manisssss.

Day 12 : 5 Wishlist Anda


-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Saturday, 13 September 2014

LARI DARI KL!

Assalamualaikum,

Belek-belek gambar dalam external hard disc baru perasaan ada banyak gambar yang main ambik je tapi akhirnya tak tepek kat blog. Memandangkan kejadian ni baru berlaku dan cerita pun masih belum dalam kategori basi, aku gagahkan juga tulis entri ni. 

Kadang-kadang bila cuti hujung minggu kita tak tahu nak pergi mana, kaann? Nak travel jauh-jauh rasa malas. Nak pergi window shopping takut bergoncang iman tengok barang-barang on display. Last resort kitorang weekend haritu, siap-siap kemudian petang tu terus ke Genting Highlands untuk menikmati air-cond free! Padahal minggu sebelumnya pun dah lepak kat Genting juga! Bila kerap sangat melepak kat sini, kitorang sampai dah dapat detect satu kedai mamak yang best kat Gohtong Jaya tu. Teh tarik best, roti telur yummy, kuah kari sedap nak mampuih.... harga pun murah! Asyik naik ke sana tu sebab penangan mamak ni lah! Hahaha.

Sesiapa yang pergi ke Genting Highlands baru-baru ni tentu tahu yang Outdoor Theme Park bukan setakat ditutup tapi dah abolish terus untuk kerja-kerja pembinaan Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia dan dijangka siap tahun 2016 nanti. Bukan calang-calang projek tu! Sudah tentu theme park baru ini nanti jauh lebih happening dari theme park sebelumnya. Ada juga beberapa Indoor Theme Park yang ditutup kerana construction projek ni. Boleh refer info lanjut di SINI.

Sebelum construction projek ini pun, kalau ke Genting kitorang bukannya masuk mana-mana park. Kami lebih suka duduk-duduk santai kat luar saja. Feeling-feeling cuaca macam obersea kononnya! Tapi, masa aku pergi baru-baru ni memang sejuk. Cuaca baik tapi berkabus.


Kami berdua-duaan di garden dan disambut oleh Orange Daylily. Eh... ya ke?? Aku ni bukannya kenal bunga sangat. Bunga ros, bunga raya tu aku kenal lah. Memang nak kena cubit kalau itupun tak kenal!

Chinese Rose. Betul ke??! :p

Bunga kaler purple. Rasanya lebih selamat tulis macam ni dari tulis nama bunga yang bukan-bukan dan sebarkan ajaran sesat! :p

Bunga lily - ni confirm tak salah!

Lily lagi.

 
Masa ni kabus dah mula naik.

Nampak tu....Kabus dah mula menutupi bangunan.


Feeling-feeling ala-ala zaman Renaissance.



Kabus makin tebal.

Senja nan kebiru-biruan.

On the way ke PICC. Ada Lantern Festival masa kitorang datang haritu.


Bolehkah 20th Century Fox bersaing dengan Universal Studios Singapore nun di seberang tambak??



Walaupun sejuk, saja menyeksa diri duduk semula di luar ditemani cahaya dari lantern.







Last shot. Bertolak balik semula ke KL pukul 9 malam dalam keadaan fresh.

Sekian saja entri ntahapahapa untuk hari ini! *School holiday mode activated!!!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan



Friday, 12 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 12| 5 WISHLIST ANDA!

Assalamualaikum,

Cabaran 30 hari masuk hari ke-12 dengan task berbunyi --> 5 Wishlist  Anda. 5 ajeeee??! Nak listkan yang cuma 5 nipun terpaksa hantuk-hantukkan dahi kat keyboard tau!

1. Pergi ke Tanah Suci bersama-sama suami terchenta. 
Sesiapa pun tentu bercita-cita nak jejakkan kaki ke sana. Bila dah pergi walaupun sekali for sure ada perasaan rindu nak ke sana lagi. Masa mula-mula pergi umrah dulu aku masih belum kawin, so pergi dengan mama. Memang sentiasa berdoa dan nak sangat pergi ke sana dengan hasben. Semoga impian yang satu ini dipermudahkan.

2. Involve dalam aktiviti yang melibatkan nature. Tak kiralah sama ada hiking atau jungle survival di Taman Negara ke, bermalam dalam boat house di Tasik Kenyir atau explore Royal Belum ke. Kalau boleh, semua tu aku nak buat. Aktiviti-aktiviti nature yang santai macam ni aku ok lagi. Memang aku suka pun. Jangan korang ajak buat bungee jumping... hoih... itu memang kejammm!

3. Kalau diikutkan hati, aku teringin juga nak dapatkan lesen menyelam! Tapi, dah banyak kali snorkeling pun beberapa minit pertama lepas terjun boat aku tetap kecut perut... dengan muka pucat lesi, dengan asyik dok tarik-tarik tangan suami sampai nak patah tangan orang tu dibuatnya - macam mana tuuuu??!!! Nak ambik lesen diving, kononnnnnn!! Haihhh.


 Gambar masa snorkeling. Tapiiii, nak jugak tengok underwater world yang cantik macam dalam gambar bawah ni....

Credit to 'Deep Blue - The Extraordinary Underwater Photography Of Yasuaki Kagii'

*Kena print gambar ni tampal kat cermin meja solek untuk motivate diri sendiri!

4. Belajar menjahit. Jahit butang yang tertanggal atau apa-apa yang koyak tu bolehlah. Itupun cuma jelujur yang berterabur macam hapa. Jahit alas meja ke... langsir ke... semua tu hampeh. Guna mesin jahit pun aku tak tahu! Jeles tengok orang yang pandai menjahit... especially jahit baju dan tudung. Boleh buat bisnis lagi tu!

5. Nak improvekan lagi skill memasak supaya lebih cekap dan tak mudah panik di dapur bila nak masakkan untuk orang lain selain suami! Aku ni ada alahan - bila kena masak untuk orang lain mulalah sasau tak menentu! Hahahah. Aku nak juga master resepi-resepi lama tak kiralah lauk pauk atau kuih muih untuk memenuhi selera tekak sendiri!



-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Thursday, 11 September 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 11| KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum,

Cabaran 30 hari masuk hari ke-11... bermakna dah hampir separuh jalan kami harungi... separuh kolam renang bersaiz Olimpik kami renangi! Ecececeh. Task hari ini - Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak. 

Masa ni umur aku baru 4 atau 5 tahun kot! *Tersenyum bangga penuh riak sambil dalam hati memuji-muji kecomelan diri sendiri suatu ketika dulu! Hahaha....

Sebenarnya, masa kecik-kecik dulu aku ni jatuh dalam kategori budak yang tak tahu tidur siang!!! Suruhlah tidur macam mana pun... umpanlah apa pun sure tak jalan. Berilah coklat ke atau kek sesedap mana pun sebagai 'pertukaran' untuk suruh aku tidur, sistem barter tu tetap tak mengena! Coklat dengan kek aku bedal tapi jangan harap aku nak tidur! Takutkanlah ada hantu atau jembalang. Takut memanglah takut tapiii....nope... trick tu tetap tak jalan! Nyanyilah lagu apa pun... mendayu-dayu macam manapun mata aku tetap tak terlelap. Ceritalah pasal apa pun, aku tetap tak tidur juga. Silap-silap tukang bercerita pulak yang tertidur! Aku cuma akan tidur siang kalau tak sihat. Jadi, the whole family dah alert. Kalau diorang nampak aku tiba-tiba tidur siang, itu maknanya ada benda yang tak kena. Mungkin aku demam atau sakit perut.

Masa orang lain tidur siang aku dengan dunia aku sendiri - membongkar apa yang patut, sepah-sepahkan rumah, mewarna, main LEGO atau bercakap sensorang bergantung pada mood. Bab bercakap sorang-sorang tu aku memang champion. Terror nau bab tu!

Jadi, untuk mengelakkan aku sepah-sepahkan rumah masa orang lain tidur, makcik aku reka satu permainan yang kitorang panggil Red Indian game. Tugas aku - masa makcik aku tidur aku kena bedakkan muka dia.. sikat dan ikatkan rambut dia. Nak conteng-conteng muka dia dengan bedak buat garis-garis macam muka Red Indian tu pun no problem - hence the name of the game. Senang cakap, pampered her sambil dia tidur. Pandai dia cipta game yang berat sebelah dan menganiayai kanak-kanak kecil secomel aku! Hahaha.

Aktiviti membongkar rumah akhirnya terkubur sebab aku terlalu asyik dengan game baru ni. Memang suka gilalah sebab macam-macam objek aku boleh conteng kat pipi makcik aku. One fine day, entah macam mana aku teringin sangat nak conteng pipi sendiri. Eh, gegirl pun nak jadi Red Indian jugakkk! Jadi aku tepek bedak sepenuh-penuhnya kat muka. Bukan guna baby powder ya. Apa kelas guna baby powder nanti bedak cepat hilang. Tak nak... aku nak biar bedak tu bertepek lama sikit. Aku tepek guna medicated powder Agnesia yang tin merah tu. Bedak ni memang susah sikit nak pudar. Garisan-garisan kat muka tu aku buat experiment sikit. Selalunya guna bedak juga kannn. Kat tepi meja nampaknya ada lipstick. Tinggg... sel-sel otak terus berhubung! Aku terus capai lipstick dan tekan lipstick tu kuat-kuat kat pipi sambil buat garisan. Bangga gila bila tengok muka sendiri dekat cermin. Dah sebiji rupa anak Red Indian. Tak puas hati... tepek lagi lipstick buat 2,3 bulatan pulak! Kembang-kempis montot tengok hasil seni sendiri yang sangat hebat!

Bila tengok kat cermin semula rasa macam tak berapa complete sebab Red Indian biasanya ada rambu-ramba dekat baju atau kepala kaan. Tup-tup terpandang pulak bungkusan pad makcik aku. Zaman-zaman tu wrapping tuala wanita bukan macam sekarang kat wrapper dah siap berpelekat. Masa tu ada pelekat-pelekat kecik yang panjang kat bahagian belakang pad. Bila nak guna kena tarik pelekat tu dan lekatkan pad macam biasa. Cara guna tak berubah cuma packaging saja dah lain sangat. Apa kena mengena cerita pasal pelekat pad pulak nih?? Sebenarnya, aku tarik pelekat tu satu-satu dan lekatkan dekat rambut aku guna pin supaya jadi exactly macam rambu-ramba Red Indian!

 * Google image

Ini setakat biasa-biasa. Contengan aku lagi hebat! Tak berani bereksperimen uncle ni!

Tengah-tengah syok buat makeover, arwah tok panggil sebab dia dah rasa aku mesti tengah buat projek juta-juta! Dengan muka tak bersalah aku datang senyum-senyum, pusing-pusing macam model tunjukkan kreativiti aku. Mengucap panjang bila dia tengok muka aku masa tu. Dengan muka putih gila macam tepek tepung sekati... penuh pulak tu dengan lipstick... dengan pelekat pad kat kepala lagiii!!! Teruk muka aku kena tonyoh dengan kain basah sebab nak hilangkan kesan bedak dengan lipstick tu. Lepas incident tu, no more Red Indian game!!! Elehhhh... tak rawk lah diorang ni! Kita bukan buat apapun, setakat conteng-conteng muka sendiri je. Bukan muka orang lain! Bukan tak boleh hilang pun... boleh je hilang... SELEPAS 24 jam!!!! Hikhik...


Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda
Day 10 : Apa Di dalam Handbag Anda


-lotsa luv-
Fayreen Mizan