Wednesday 15 October 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 1

Assalamualaikum,

Hingga ke hari-hari terakhir sebelum berangkat ke Tokyo pun aku masih tak dapat nak decide lokasi terbaik yang patut kitorang pergi untuk tengok Mount Fuji for 1 day trip. Hakone atau Lake Kawaguchiko?? Dua-dua tempat cantik... dua-dua ada attraction yang tersendiri. Kalaulah badan ni boleh dibagi dua, separuh pergi Hakone... separuh lagi memang aku suruh pergi Kawaguchiko. Habis cerita!

Sebenarnya, boleh je pergi dua-dua tempat ni. Tapi lebih praktikal kalau stay satu malam sama ada di Hakone atau Kawaguchiko. Kemudian, hari esoknya baru pergi ke venue yang satu lagi. Tapiii, masalahnya kitorang dah buat full payment hotel tru Agoda untuk 9 malam stay di Tokyo. Leceh pulak nak reschedule dan mintak refund unless dari awal aku memang liaise dengan pihak hotel directly. Lagipun masa perasaan kegatalan nak pergi dua-dua tempat ni datang, dah agak lambat nak booking hotel atau ryokan kat either spots sebab kebanyakannya dah penuh. Kalau ada yang available pun harga mahal nak mampuih sebab super peak period masa tu. Berpeluh-peluh dahi tengok harga hotel. Ambikkk! Berbulan-bulan merancang, dah last minit baru teringin nak tidur kat area Fuji lah.. inilah... itulah. Memang sangat kegatalan! Aku lah orangnya tu... hahahah...

Walaupun suami dah beri full authority untuk plan segala ceruk yang nak kitorang jejaki, kenalah juga mintak opinion untuk tahu preference dia. Ni petua penting kalau nak pergi travel laki bini. Pihak yang diberi kuasa mutlak untuk buat itinerary sila jangan gila kuasa dan plan semuanya ikut kepala sendiri. Kena bincang jugak supaya masing-masing dapat kepuasan optimum dari trip tu. Lepas persidangan meja bulat akhirnya kitorang pilih untuk ke Hakone. Muktamad! Lake Kawaguchiko tu kalau panjang umur, kita pergi autumn tahun depan. Eh??!?

Memandangkan kitorang stay kat Horidome Villa Hotel, station yang terdekat dan paling mudah untuk ke Shinjuku adalah Ningyocho. Jadi seawal pukul 6 lebih pagi tu, lepas breakfast dan pekena kopi free kat lobby berjalanlah kitorang laki bini ke Ningyocho Station dalam keadaan cuaca yang agak sejuk dan mendung. Masing-masing punyalah bersemangat nak dapatkan train pukul 8 pagi.

Ningyocho Station --> Tokyo Metro Hibiya Line (10 mins) TRANSFER AT GINZA --> Tokyo Metro Marunouchi Line (16 mins) --> Shinjuku Station [200 Yen].

Untuk ke Hakone lebih baik purchase Hakone Free Pass yang lebih menjimatkan. Walaupun namanya Free Pass, bukanlah bermakna pass ni free. Kita tetap kena bayar 5140 Yen seorang. Bila ada pass ni dah tak perlu bayar apa-apa lagi dah untuk naik beberapa jenis rides kat Hakone nanti. Pass ni juga dah termasuk tiket train pergi balik Shinjuku - Odawara - Shinjuku menaiki Odakyu Odawara Line. Selain tu, ada special discount untuk masuk ke attraction yang ada bagi pemegang pass.  Walaupun pass ni valid for 2 days, tak rugi pun beli even if cuma sehari je di Hakone asalkan kita utilize pass ni sepenuhnya!

Hakone Free Pass ni kita kena beli dekat Odakyu Sightseeing Service Centre. Sampai saja kat Shinjuku Station nanti, terus ke West Exit ground floor cari signage Odakyu. Signage ni ada merata-rata. Nak beli dari vending machine Odakyu pun boleh juga. Tapi aku lebih prefer beli dekat kaunter sebab boleh tanya personnel yang ada apa-apa soalan yang perlu. Kitorang sampai Shinjuku Station agak awal, jadi kaunter masih tutup. Sementara tunggu pukul 8 pagi, sempat pusing-pusing sekejap. 

Snap apa yang ada berhampiran Shinjuku Station sebelum terjah kaunter Odakyu.
Toyota Prius yang dijadikan taxi.

Tepat pukul 8 pagi kitorang datang balik ke kaunter Odakyu. Staff incharge memang fasih berbahasa Inggeris. Siap American twang lagi! Selain daripada Hakone Free Pass, Odakyu juga ada jual Fuji - Hakone Free Pass berharga 7400 Yen untuk dewasa, 3700 Yen bagi kanak-kanak (valid untuk 3 hari. Pass ni cover Fuji Five Lakes), Enoshima - Kamakura pulak 1470 Yen (dewasa), 740 Yen untuk kanak-kanak dan Tanzawa - Oyama Free Pass - dari 2210 Yen untuk dewasa manakala 1100 Yen bagi kanak-kanak. The choice is yours. Pilihlah mana-mana destinasi yang sesuai dengan jiwa dan budget masing-masing. Akhirnya kitorang dapat purchase Hakone Free Pass dan naik Odakyu Odawara train pukul 8.10 pagi.

Keadaan dalam train yang sangat lengang. 

Disebabkan tak ramai orang, bolehlah duduk sambil lebarkan punggung sesuka hati dan buat macam train bapak sendiri! Seat train memang super empuk dan selesa. Punggung tak terasa kebas walaupun perjalanan sejauh 83km ni ambik masa 95 minit!


Pemandangan dalam perjalanan ke Odawara. 

Train yang aku naik ni train biasa yang akan stop kat setiap station. In total ada 15 stop semuanya. Bila dah berhenti kat banyak station, train yang tadinya kosong penuh juga akhirnya. Tapi masih lagi di tahap boleh melebarkan punggung sesuka hati. Kalau tak nak banyak kali berhenti, boleh naik Odakyu Romance Car yang cuma ada 7 stops kot kalau tak silap. Tapi, kena bayar additional 890 Yen sehala sebab tiket Romance Car tak termasuk dalam free pass. More info, boleh klik SINI.

Sampai saja  di Odawara, kitorang kena turun untuk bertukar train. Kali ni naik Hakone Tozan Line untuk ke Hakone Yumoto. Ikut je signage yang ada untuk ke platform 7 atau 11. Tak perlu beli tiket lain lagi sebab dah termasuk dalam free pass yang purchase tadi. Sesiapa yang naik Romance Car tak perlulah turun kat Odawara sebab train akan pergi ke Hakone Yumoto directly. Kalau nak melepaskan hajat kecil atau besar selepas long journey dari Shinjuku tadi bolehlah buat pelaburan yang sepatutnya kat Odawara Station ni. Jangan risau, toilet adalah sangat bersih!

Meneruskan perjalanan menaiki red train ni.

Once sampai saja kat Hakone-Yumoto kitorang terus naik Hakone Tozan Train untuk ke Gora. Tiket train ni juga dah termasuk dalam free pass. Masa nak naik train cuma perlu tunjukkan pass masing-masing. Seboleh-bolehnya duduklah kat bahagian hujung train supaya boleh tengok dengan lebih clear pemandangan sepanjang laluan menaiki gunung yang sangat-sangattttt osem. Tak kisahlah duduk kat depan atau belakang sekali. Janji duduk paling hujung sebab walaupun duduk di bahagian paling belakang sedar-sedar nanti kita dah ada kat bahagian paling depan pulak, vice versa! Sebenarnya train ni bergerak dalam laluan berbentuk zig zag. Ada masanya train bergerak ke depan macam biasa. Kat sesetengah route train bergerak secara 'mengundur' pulak ke belakang!


Breathtaking view! Hijau di sana sini.

Hotel-hotel di kaki gunung.

Sampai kat Gora selepas 40 minit berzig-zag.

Dari Gora, kitorang kena naik cable car untuk ke destinasi seterusnya - Sounzan. Dek kerana punggung dah mula berasap sebab dah agak lama duduk dalam train (walaupun seat empuk), kitorang pusing-pusing dulu area berdekatan sambil menikmati udara gunung yang fresh.

Ada Odakyu centre siap dengan segala macam travel info kat luar station.




Bila dah segar bugar lepas hirup udara segar dan cuci mata dengan pemandangan gunung-ganang barulah kitorang ke platform Hakone Tozan Cable Car untuk ke Sounzan. Platform cable car ni betul-betul sebelah platform Hakone Tozan train. Tak susah nak cari sebab ada indication. Lagipun majoriti tourist yang turun dari train memang akan naik cable car ni juga. Bolehlah juga kalau nak follow diorang. Tapi kena observe signage yang ada juga kot-kot orang yang kita follow pun tersesat atau menuju ke arah lain. Haru nanti... ;p


Bersambungggggg......


Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Sea lion Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa



-lotsa luv-
Fayreen Mizan







4 comments:

  1. Tu dia, tips adalah jangan gila kuasa. Hahaha ayat famous among kawan2 Bb gak tu. Haritu dah booked accom kat Kawaguchiko tapi terpaksa cancelled sebab x cukup. Ingatkan nak divide group yang nak gi Disneyland teruskan plan. Kitorang yang memang xnak gi, boleh proceed gi Kawaguchiko. Tapi ahli Disneyland xsetuju sebab takut sesat. So pasrah yang diberi kuasa mutlak merancang ni *tunjuk diri*. Kan xboleh jadi GK. Hahaha.

    Ok next entry! Nak tengok Fuji-san!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tapikan Bie kalao dealing ngan orang-orang yang semuanya cakap tak kisah pun susah jugak. Yelah kita tak tau apa yang dia suka. Tu yang hentam ikut kepala sendiri je! :)

      Delete
  2. Hi,

    Boleh saya dapat kan email?
    Thanks

    ReplyDelete