Showing posts with label Mount Fuji. Show all posts
Showing posts with label Mount Fuji. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 4

Assalamualaikum,

Bersambung dari SINI.

Perjalanan merentasi Lake Ashi memang mengasyikan. Sekiranya korang jenis yang appreciate nature, korang sure suka naik Hakone Sightseeing Cruise ni as well. Gabungan pokok-pokok yang menghijau + air tasik yang biru-kehijauan di sesetengah tempat ditambah lagi dengan langit sebagai pelengkap background adalah pemandangan yang sangat oohlaala! Memang gandingan yang mantap walaupun langit diselimuti awan tebal dan mendung sekalipun! Tak kisahlah walaupun Fuji tetap setia menyorok di sebalik awan. Sesekali angin pulak bertiup menampar-nampar pipi (mode kata-kata puitis activated!)... memang momen yang osem walaupun sejuk. Umpama muka ditekapkan dengan ais... kemudian dipakaikan mask bermint + timun dengan bauan lemon. Haa, sefresh itu rasanya muka ni ditiup angin Lake Ashi!!

Sekarang apa kata kita cuci mata dan tengok gambar dulu. Ada beribu-ribu lemon gambar sebenarnya sampai aku tak tahu mana nak pilih untuk ditepekkan kat entri ni.

Hakone Sightseeing Cruise
Menyeberangi Lake Ashi yang berada pada ketinggian 723 meter di atas paras laut dan merupakan tasik terbesar di wilayah Kanagawa.

Hakone Sightseeing Cruise
Simply breathtaking and serene.

Thursday, 30 October 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 3

Assalamualaikum,

Bersambung dari SINI.

Masih lagi di Hakone dalam ekspedisi mendaki Mount Fuji. Hurmmm... mendaki apanya! Bayang Fuji pun tak nampak sebab asyiklah berselubung di sebalik awan! Menci taw. *Tepis shawl ke belakang sambil menjeling manja....

Dari Owakudani Station kitorang naik semula ropeway untuk sambung journey ke Togendai. Pun tak perlu bayar apa-apa sebab dah covered dalam Freepass. 

 Meninggalkan Owakudani Station.

 
Dalam perjalanan ada satu lagi stop - Ubako Station. Cuma dua Japanese couple je turun kat sini. Yang lain-lain teruskan perjalanan ke Togendai. Japanese couple tu nak stay kat onsen kot rasanya. Kat Ubako ni ada Hotel Green Plaza dan beberapa onsen lain yang dikatakan agak murah berbanding kawasan lain di Hakone dengan view menghadap Mount Fuji.

Monday, 20 October 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 2

Assalamualaikum,

Bersambung dari SINI.

Dah merayap lebih kurang - tak jauh pun sebenarnya... rasanya tak sampai 500 meter pun dari Gora Station kitorang terus naik cable car yang dah sedia menunggu. Sebenarnya, cable car ni jenis tram macam nak naik ke Bukit Bendera yang sekali jalan boleh angkut ramai orang terus tu. Masuk-masuk je tengok dah agak ramai dalam tu. Bahagian depan ok sikit tapi masih kena berdiri.

Kitorang pun berdirilah juga sama-sama passenger lain yang terdiri dari local dan tourist lain. Trip pun taklah jauh mana. Dalam 10 minit je dari Gora ke Sounzan. Bila ramai orang, pergerakan dalam cable car pun agak terbatas. Selain dari menjaga tatasusila supaya tangan tak dikatakan merayap-rayap, nak ambik gambar pun agak susah sebab dikhuatiri lens terkena batang hidung passenger lain baik yang berhidung pesek mahupun hidung mancung tahap boleh sangkut hanger baju tu! Tapi, sempatlah juga ambik short video.

Keadaan dalam cable car. Screen captured dari video.

Walaupun mendaki setinggi 211 meter ke kawasan tanah tinggi, sikit pun tak terasa curam atau gayat. Mungkin juga sebab cable car ni bergerak perlahan. Bila toleh ke belakang, barulah terasa kecondongan rail. Sambil-sambil tu bolehlah enjoy view yang menghijau di kiri kanan.

Wednesday, 15 October 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 1

Assalamualaikum,

Hingga ke hari-hari terakhir sebelum berangkat ke Tokyo pun aku masih tak dapat nak decide lokasi terbaik yang patut kitorang pergi untuk tengok Mount Fuji for 1 day trip. Hakone atau Lake Kawaguchiko?? Dua-dua tempat cantik... dua-dua ada attraction yang tersendiri. Kalaulah badan ni boleh dibagi dua, separuh pergi Hakone... separuh lagi memang aku suruh pergi Kawaguchiko. Habis cerita!