Monday, 20 October 2014

EXPLORING TOKYO : MENCARI KELIBAT MOUNT FUJI DI HAKONE (DAY 7) - PART 2

Assalamualaikum,

Bersambung dari SINI.

Dah merayap lebih kurang - tak jauh pun sebenarnya... rasanya tak sampai 500 meter pun dari Gora Station kitorang terus naik cable car yang dah sedia menunggu. Sebenarnya, cable car ni jenis tram macam nak naik ke Bukit Bendera yang sekali jalan boleh angkut ramai orang terus tu. Masuk-masuk je tengok dah agak ramai dalam tu. Bahagian depan ok sikit tapi masih kena berdiri.

Kitorang pun berdirilah juga sama-sama passenger lain yang terdiri dari local dan tourist lain. Trip pun taklah jauh mana. Dalam 10 minit je dari Gora ke Sounzan. Bila ramai orang, pergerakan dalam cable car pun agak terbatas. Selain dari menjaga tatasusila supaya tangan tak dikatakan merayap-rayap, nak ambik gambar pun agak susah sebab dikhuatiri lens terkena batang hidung passenger lain baik yang berhidung pesek mahupun hidung mancung tahap boleh sangkut hanger baju tu! Tapi, sempatlah juga ambik short video.

Keadaan dalam cable car. Screen captured dari video.

Walaupun mendaki setinggi 211 meter ke kawasan tanah tinggi, sikit pun tak terasa curam atau gayat. Mungkin juga sebab cable car ni bergerak perlahan. Bila toleh ke belakang, barulah terasa kecondongan rail. Sambil-sambil tu bolehlah enjoy view yang menghijau di kiri kanan.

Dalam perjalanan cable car ni nanti akan stop kat 4 buah station lain untuk turunkan atau ambil passenger yang nak pergi ke attraction yang ada sepanjang laluan. Sebenarnya, Gora juga terkenal dengan onsen yang jadi tumpuan locals. Onsen adalah tempat mandi air panas yang keluar semulajadi dari perut bumi. Biasanya onsen ni juga menyediakan tempat tinggal untuk guests.

Di kawasan ni juga ada Gora Park, sebuah taman berkonsepkan landscape dari Perancis. Entrance fee ke sini 550 Yen tapi dikira free kalau gunakan free pass. Tak jauh dari Gora Park, ada Hakone Museum of Art. Admission 900 Yen. Tapi kitorang terus ke Sounzan dan tak menyinggah ke mana-mana pun. 

Sampai saja kat Sounzan, kitorang turun dari cable car untuk naik ropeway ke Togendai. Tapi on the way tu kita akan stop di Owakudani dulu nanti. Walaupun ramai orang, macam aku hari tu tak lama sangat tunggu turn sebab gap antara satu ropeway dengan ropeway seterusnya tak sampai 1 minit rasanya. Setiap sebuah ni boleh memuatkan sehingga 8 orang penumpang. Maka naiklah kami bersama-sama beberapa orang Japanese dan mat saleh. *Sambil tarik-tarik hidung sendiri supaya kemancungan hidung sendiri tak kurang kalahnya dengan diorang tu!

Inilah rupanya ropeway tu!

From Sounzan to Owakudani
Kami disajikan dengan view ini...

From Sounzan to Owakudani
Perjalanan ke Owakudani ambil masa dalam 15 minit. 

Sesekali bila ropeway bergoyang kena tiup angin kering jugaklah darah dibuatnya. Tapi, cable car kat Pulau Langkawi lagi hebat goncangannya kot.

Hakone ropeway
Lapang kepala hotak bila tengok pemandangan hijau yang mendamaikan. Rasanya waktu autumn mesti lagi cantik ni.

Hakone ropeway

Hakone ropeway
Bila dah semakin ke tengah, aku terperasan yang pemandangan agak berkabus. Langit pun agak mendung dan berawan tebal kat beberapa spots pagi tu. 

Hakone ropeway
Visibility kat kawasan gunung nun di sana tu agak limited. 

Hakone ropeway
 Automatically aku tau chances untuk melihat Mount Fuji agak tipis! Tapi, masih mengharapkan awan tebal yang ada tu laju-laju bergerak ke tempat lain.

Sebelum ke sini pun kitorang dah bersedia mental dan fizikal untuk hadapi sebarang kemungkinan. Bukan senang sebenarnya nak tengok Mount Fuji ni. Kena tunggu cuaca sangat baik dengan langit yang cerah tanpa awan baru nampak. Kalau tak, memang dia bersembunyi di sebalik awan lah jawabnya. Memang 'pemalu' yang amat!

Sebelum bertolak haritu, hubby ada suruh aku tengok satu video kat YouTube. Yang tu memang haru. Cuma nampak muka orang yang ada dalam ropeway je. Apa yang ada kat luar langsung tak nampak sebab kabus sangat tebal! The possibility of not being able to catch a glimpse of Mount Fuji memang ada. Kalau nampak tu dikira satu bonus. Kalau tak nampak pun satu bonus jugak sebab boleh repeat lagi trip ke sini.. lagi.. dan lagi sampai boleh nampak Fuji-san depan mata!! Kannn? Hahaha.

Souzan to Owakudani
Kepulan-kepulan asap yang keluar dari tanah menandakan kitorang semakin menghampiri Owakudani.

Owakudani
Owakudani juga dikenali sebagai Great Boiling Valley Hakone atau Jigokudani - the valley of Hell! Kawasan ini terletak di kawah yang terbentuk akibat letusan gunung berapi Hakone beribu-ribu tahun dulu!

Owakudani Hell Valley

Asap sulfur yang boleh nampak dengan jelas dari atas ropeway.

Owakudani Ropeway Station

Great Boiling Valley
Sebahagian besar kawasan ni terletak di zon gunung berapi yang masih aktif. Turun saja dari ropeway bukan setakat asap belerang je yang makin jelas kelihatan... bau belerang pun sangat kuat! Ada hot spring juga kat sini!

 Sampai-sampai saja mestilah kitorang tercari-cari spot untuk melihat Mount Fuji sebab Owakudani spot terbaik untuk lihat Fuji-san dengan jelas sekiranya langit cerah dan tak berawan tebal.

Ada indication disediakan.

Tapi kitorang cuma nampak ini...

ini

 dan ini!!!

Puas aku puh kiri.. puh kanan suruh awan pergi tempat lain! Sampai ke sudah, makin banyak pulak awam berkumpul dari puncak sampai ke bahagian tengah. Yang nampak cuma bahagian kaki gunung Fuji saja! Tak habis menuntut ilmu halau awan ni nampaknya!!

Kalau cuaca baik, dari spot yang sama kita boleh nampak pemandangan yang oohlaalaa macam ni...

* Google image

* Google image

See! Kaki dah nampak daah... cuma awan jadi penghalang antara kami! Saja suruh aku repeat visit kann?! Kitorang tak putus harap, terus jugak duduk dekat viewing area tu tunggu awan reda sikit. Sambil menunggu kitorang laki bini duduk borak-borak untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dalam konon-kononnya sambil cuci mata dengan keindahan alam yang ada. Hahaha.

Mount Fuji viewing spot
Cantik dan mendamaikan ditemani angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sejukkk walaupun ada cahaya matahari.

Mount Fuji viewing spot




Hakone Ropeway.



* Google image - ini yang dapat dilihat kalau cuaca mengizinkan! Hurmmm..

Ditemani bulan yang muncul di siang hari di bahagian bertentangan Mount Fuji. Langit kat bahagian ni sangat cerah. Cerah secerah-cerahnya sampai awan pun tak ada! Nampak tak ada unsur-unsur sabotaj di situ??!

Ditemani Bumblebee yang menyamar dan tiba-tiba muncul entah dari mana!

Awan makin tebal! Confirm memang tak ada harapan dah ni. Kitorang terus angkat kaki dan bergerak ke tempat lain untuk explore apa lagi yang menarik di sini. *Berjalan sambil hentak-hentak kaki tanda protes!

 Black egg! Satu pack ada 5 biji dijual pada harga 500 Yen.

Ini adalah salah satu trademark Owakudani. Black egg atau kuro-tamago adalah telur ayam yang direbus dalam air di hot spring pada suhu 80 darjah celcius. Selepas sejam direbus, kulit telur bertukar ke warna hitam disebabkan tindakbalas sulfur. Telur ni akan direbus lagi pada suhu 100 darjah celcius selama beberapa minit sampai betul-betul masak dan boleh dimakan. Sebiji black egg dipercayai boleh memanjangkan umur seseorang selama 7 tahun lagi!

Great boiling valley
Asap berkepul-kepul keluar dari Hell Valley!

Great Boiling Valley

Great Boiling Valley
Di sinilah black egg direbus.

Great Boiling Valley
Kalau rajin bolehlah naik ikut track yang ada untuk tengok penyediaan black egg. Kitorang ambik gambar dari jauh je. Malas rasanya nak menapak ke sana tu.

Di bahagian berdekatan tempat kitorang duduk menunggu bayang Mount Fuji yang tak kunjung tiba ni ada beberapa shop jual barang-barang yang jadi speciality Owakudani termasuk black egg, sabun yang dibuat dari belerang, Kit Kat special edition Mount Fuji, black ice cream dan macam-macam jenis souvenir! 

Aku tak tahu apa rasa ice cream tu sebab kalau beli pun tak tentu larat atau tak nak makan disebabkan takut dengan warnanya tu! Ice cream flavour wasabi pun ada juga. Pun aku tak cuba juga. Mungkin aku tak cukup adventurous dalam bab-bab makan ni kot. Kat dalam Owakudani station pun ada jual macam-macam souvenir tapi rasanya better beli yang kat luar ni sebab lebih murah. Senbei, Kit Kat flavour lain selain dari special edition ni rasanya beli kat Tokyo pun ok kot sebab harga tak ada beza pun.

Fuji Kit Kat
Kit Kat special edition.

Fuji Kit Kat

Green tea dalam cans yang sangat comel.

Dah selesai beli apa yang patut kitorang bergerak ke Owakudani Station untuk ke next stop - Togendai. Sebelum tu, pandang sekali lagi ke arah Fuji. Masih berselubung dalam awan tebal. Menci taw! Dalam hati masih mengharapkan Fuji keluar dari awan dalam perjalanan nanti. Ada lagi satu spot menarik yang boleh nampak Fuji dengan jelas antara Owakudani ke Ubako Station nanti. Berjaya atau tidak????

Bersambung.....


Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa 
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1) 
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Sea lion Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa



-lotsa luv-
Fayreen Mizan






















4 comments:

  1. Alahai ruginye tak nampak ape2 .. green tea tu comel sangat dlm bekas tu... kitorang aritu tak jumpe plak bekas yg comel2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Azra. Dia saja je nak suruh repeat trip tu kannn :)

      Delete
  2. Dari gambar2 tu jelas nampak suasana udara persekitarannya yg bersih & nyaman.. menarik. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete