Thursday, 9 October 2014

GAMBAR BLOOD MOON DI OSAKA, JEPUN.

Assalamualaikum,

Ada sesiapa dapat tengok gerhana bulan semalam? Akak kat sini tak dapat tengok jelas. Sejak pagi sampai ke petang semalam view agak limited sebab jerebu. Pagi ni lagilah teruk jerebunya. Aarghhh.... tidakkkk... musim jerebu kembali lagi dah ke??! Tak nak cerita panjang-panjang pasal jerebu, nanti aku emo terlebih-lebih dan melebihi had. *Seal mulut dengan masking tape!

Tapi dapatlah juga tengok gambar-gambar Blood Moon di Malaysia yang kawan-kawan FB share kat wall masing-masing. A few bloggers pun ada upkan entri dan share gambar. Rasanya ramai juga yang dah tengok kot. Amazing kannn? Cantik je bulan tu kaler kemerah-merahan gitu. Apa kata kita tengok pulak gerhana bulan di Osaka yang Japanese expatriate company lama aku upload kat FB. Jom... jommmm....

Ini adalah gerhana kedua seumpamanya berlaku tahun ini...

Full Blood Moon. Cahaya bulan bertukar ke warna merah gelap atau oren.


 Selepas gerhana berakhir.

Photo credit : Mr. Takeshi Yamaguchi (Facebook) 

Cantik kannn? *Tetiba teringat pulak filem Red Riding Hood dan kepercayaan mat-mat salleh tentang kaitan Blood Moon dengan vampire dan werewolf!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan-





6 comments:

  1. Samala....x dpt tgk juga. Sbb jerebu. :(

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... menarik walaupun ada wujud perasaan seram..

    ReplyDelete
  3. skrg ni memang jerebu kuat lah FAy...2-3 hari JM pun x sihat..asyik sakit tekak pastu batuk x henti almost a week..mlm ni je lega sikit

    Mlm gerhana tu pun x sempat tengok tdo awal sbb kesan sakit kepala tanda2 nk demam huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan JM dah 100% sihat ya. :)

      Delete