Tuesday, 7 October 2014

PERTEMUAN BERMAKNA DI AIDIL ADHA SETELAH BERPULUH-PULUH TAHUN TERPISAH!

Assalamualaikum,

Nak cerita sikit kejadian yang berlaku masa Hari Raya Aidil Adha baru-baru ni. Kejadian yang cukup membuatkan aku rasa rindu pada zaman kanak-kanak... rinduuuu pada zaman-zaman tadika dulu. Sebelum tu marilah menjamu mata dengan gambar-gambar makanan di pagi raya dulu ya...

Walaupun sambutan Hari Raya Aidil Adha di selatan tak semeriah sambutan di Pantai Timur, tapi  upacara masak-masak juadah raya tetap berlangsung macam hari Raya Puasa juga. Cuma jenis makanan tak lah sampai penuh satu meja makan macam Aidil Fitri tu. Kuantiti makanan pun sikit sebab ramai adik-adik tak balik. Rugi sesiapa yang tak balik sebab lauk-pauk semuanya marvellous tahap hingga menjilat siku! :)

Rendang ayam yang sangat sedap. Masih terasa-rasa kesedapannya sampai sekarang. 

Lodeh yang dimakan dengan nasi himpit buatan sendiri yang sangat lembut. Terlupa pulak nak ambik gambar nasi himpit tu.

Sambal kacang berdaging yang super duper nyamsss. *Telan ailio tengok gambar-gambar ni. Menyesal tak sudah sebab terlupa nak bawak sambal kacang yang ada lebih ni balik KL!! Menyesal kemudian tiada gunanya! Sob... sob...

Lepas makan, sambil check Fb kat rumah hubby terperasan yang sorang kawan sekolah dia balik beraya kat Muar. Baru kitorang tahu wife dia pun orang Muo. Kat sinilah bermulanya drama... Being a considerate wife (ehemmm), aku suruh dia tanya Muar kat area mana. Manalah tau kot-kot kawasan dekat-dekat je. Bolehlah kitorang luaskan kawasan jajahan untuk ditakluki petang nanti. Maka adegan berbalas komen antara diorang pun bermula. Komen punya komen, rupa-rupannya rumah wife member hubby tu dekat area rumah aku jugak. Tak jauh... sepelaung je. Petang tu, diorang ajak kitorang datang. Dah best sangat tu. Dipendekkan cerita, petang tu kitorang pergi ke rumah isteri kawan sekolah hubby dan yang bestnya ada Laksa Johor yang sangat nyams uolls!!!
Kalau tak disuruh tambah pun aku selamba tambah laksa tu kot, apalagi dah memang disuruh! Laju jelaa, kannn? :)

Tengah-tengah makan, mak sedara wife kawan hubby keluar kat ruang tamu dan borak-borak dengan kitorang. Aku perhatikan muka dia... rasa macam kenal. Tapi siapa?? Jumpa kat mana?? Masa tu aku tak fikir apa lagi. Terus sambung makan laksa sambil menjilat jari. 

Lepas makan, aku sambung berbual sambil perhatikan lagi muka makcik tu. Nampak familiar sangat cuma aku tak boleh recall kat mana aku pernah jumpa dia. Cuba juga fikir tapi blank. Sambil berbual, dia pun tanya aku duduk mana, anak siapa, etc. Biasanya kalau orang-orang Muar tanya aku anak siapa, aku akan cakap aku cucu siapa sebab lebih ramai orang kenal arwah Tok. Mama pun tak lama duduk Muar, dia lebih lama kat oversea sebab kerja. Kebetulan pulak, makcik ni pun kenal arwah tok.

Lagilah banyak question mark yang menari-nari dalam kepala aku ni. No... no... no. Tak boleh jadi ni. Ada persoalan yang tak berjawap. Aku terus beritahu makcik tu yang muka dia sangat-sangat familiar cuma aku tak boleh ingat dia siapa. Dia pun ceritalah yang dia ni cikgu tadika. Sekarang mengajar kat tadika Islam nearby. Wife kawan hubby terus mencelah beritahu dulu-dulu mak sedara dia pernah mengajar kat Irshadut Banat atau lebih femes dengan panggilan 'sekolah Arab' kat Muar ni. Dub dab... dub dab jantung aku dengar perkataan Irshadul Banat tu. 

Tak cakap banyak, aku meluru cium tangan dan terus peluk makcik tu. Memang confirm, inilah dia cikgu sekolah masa aku tadika dulu!! Dia juga cikgu sekolah agama aku!. Masa sekolah rendah aku bersekolah agama kat tempat yang sama juga. Inilah antara orang-orang terawal yang memberikan ilmu dan banyak jasanya pada aku! Tak tau macam mana nak describe perasaan aku masa tu, happy ada... sebak pun ada. Tak sangka sangat-sangat cikgu tadika masa aku umur 5 tahun dulu ada depan mata. Tak sangka juga aku sekarang berada di rumah cikgu aku tanpa dirancang! Satu kebetulan yang sangat indah. Serius, aku memang touching giler masa tu. Sempat capai tisu lap airmata yang dah bertakung menanti masa untuk tumpah!

 Bersama-sama Cikgu Zaharah...


Alhamdulilah, Tuhan pertemukan kami setelah berpuluh-puluh tahun terpisah! Semoga Cikgu Zaharah dipanjangkan umur dan sentiasa sihat untuk terus mendidik anak bangsa. Terima kasih atas ilmu yang cikgu turunkan pada saya dulu dan terima kasih juga sebab hidangkan saya Laksa Johor yang sangat sedap tu! :)



-lotsa luv-
Fayreen Mizan






7 comments:

  1. kita suka dgn mknn raya org Johor..yummeh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya courier makanan Johor ya ;p

      Delete
  2. alhamdulillah..terjalin kembali ukhwah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka rumah yang kitorang pergi tu rumah cikgu rupa-rupanya!

      Delete
  3. Wah..spechless kan masa tu..terus mekuru cium tangan....hihi...dh mcm drama...dpt plak akak bygkan..

    ReplyDelete
  4. uiii sedapnyeeee... tetiba terliur pulak hehe

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah siha lagi cikgu tu ye..Fay pun ada ingatan yg kuat sbb masih boleh ingat lagi time tu..kalau JM rasanya mmg x ingat lah..kalau dh berpuluh tahun tu

    ReplyDelete