Monday 13 October 2014

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL TATTOO 2014

Assalamualaikum,

Howdy???? Monday Blues semua tu kita letak tepi. Akak tak nak dengar korang mengadu pasal Monday Blues ya. Tak kiralah hari apa pun, mari kita mulakan dengan minda yang positif dan senyuman selebar-lebarnya di bibir. Bolehhhh?? Good! :))))

Hari ni nak cerita pasal KL International Tattoo 2014 kat Stadium Merdeka yang baru je habis semalam. Ada sesiapa pergi tengok?? Aku pergi masa opening hari Jumaat tu. Meh kita tengok gambar....

 
Konsep backdrop ni memang aku suka. Moorish inspired yang 90% menyerupai Bangunan Sultan Abdul Samad.

Backdrop yang super ohsem! Cantikkkk....

Perarakan masuk para peserta diketuai oleh pembawa bendera.


In total, kumpulan pancaragam angkatan bersenjata dari 12 negara mengambil bahagian - Brunei Darussalam, India, New Zealand, Singapura, Thailand, Myanmar, Indonesia, United Kingdom, Turki, Korea Selatan, South Africa dan dah tentulah Malaysia sendiri.


Meriah dan bergemerlapan dengan cahaya dan pancaran laser.



Pertunjukan bunga api.


Kecut perut jugalah bila dah berdentam-dentum betul-betul atas kepala. Terus rasa nak sembunyi dalam handbag!


Persembahan tarian kebudayaan etnik-etnik yang ada kat Malaysia. Sebenarnya Tattoo Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 ni juga diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia.


Persembahan drum band yang sangat energetic dari ATM!

Persembahan dari South Africa National Ceremonial Band.

Membawakan lagu tema filem Rocky!

Pancaragam dari Singapore Armed Forces.

Persembahan bertemakan fusion.The best part masa diorang nyanyi lagu Sejahtera Malaysia. Berdiri bulu roma... bersemangat betul!


Laser yang berwarna-warni mengiringi persembahan pancaragam.





Pancaragam dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


Arab Saudi.


Turkish Armed Forces Harmony Band


Indonesia dengan drum band yang dipanggil Bhineka Eka Bhakti. Dahsyat diorang ni... energetic sungguh. Sekejap berlari... sekejap kang berpusing-pusing dengan drum-drum sekali!

 

Pancaragam PDRM dari Malaysiaaaaa!

PDRM ada perform tarian kebudayaan juga. Lepas tengok persembahan PDRM ni kitorang terus balik. So, performance yang lain-lain lepas ni memang aku tak dapat tengoklah maknanya.

Overall, KL International Tattoo ni memang best. Setakat yang aku sempat tengok, performance band memang menghiburkan, backdrop cantik, sound ok, lighting pun kebabommm. Tapi mungkin sebab banyak sangat pancaragam yang ambik bahagian, sampai satu ketika tu aku rasa blur. Walaupun tengok band, tapi pandangan rasa kosong sebab dah penat nak fokus. Mungkin sebab terlalu lama kot, tu yang rasa restless. Montot pun dah kebas dan berasap-asap. Amboi, statement kemain over!



-lotsa luv-
Fayreen Mizan


6 comments:

  1. Wahh menarik acara mcm ni.. meriah. Seronok tngok gmbr2 tu... nice sharing Fayreen.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka acara-acara macam ni, Khir :)

      Delete
  2. ida tgok tak TV je. meriah baju indon kan.. beriya diaorang hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha-ah kat RTM pun ada live aritu kann. Tulah Ida, bersemangat betul team Indon.

      Delete
  3. Monday blues..tapi hari ni dh tuesday...senyum lebar je lah heee...baru awek muda kikkikiki
    Fay..sorry tau lama x singgah sini tapi don worry your blog still in my heart..tetap akan terjah sini walau dh lambat :-)
    Ada sesiapa pergi tengok? Jawapan nya JM x pegi..tak tahu pun :( kalau ada teman best gak nk pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear.. no problem JM. Jgn risau... tak de hal punya :)))

      Delete