Assalamualaikum,
Bersambung dari SINI.
Masih lagi di Hakone dalam ekspedisi mendaki Mount Fuji. Hurmmm... mendaki apanya! Bayang Fuji pun tak nampak sebab asyiklah berselubung di sebalik awan! Menci taw. *Tepis shawl ke belakang sambil menjeling manja....
Dari Owakudani Station kitorang naik semula ropeway untuk sambung journey ke Togendai. Pun tak perlu bayar apa-apa sebab dah covered dalam Freepass.
Antara Ubako dan Togendai ni nanti ada spot yang membolehkan kita nampak Mount Fuji dengan jelas sekiranya cuaca cerah dan langit tak berawan tebal. Tapiiii, kitorang cuma nampak kaki Mount Fuji yang berbalam-balam di sebalik awan!
Tipulah kalau aku kata aku tak frust walau sikit pun bila tak nampak batang hidung puncak Mount Fuji. Di sudut hati yang paling dalam (ceh!..) sikit sebanyak mestilah keciwaaaa kannn? Tapi, aku malas nak feeling-feeling frust sangat sebab faham nak tengok Mount Fuji ni banyak bergantung pada faktor cuaca yang beyond our control. Ada rezeki untuk tengok nampaklah nanti. Kalau dah tak ada rezeki, puh kiri puh kanan macam nak rak suruh awan tu ke tepi pun tetap tak nampak juga! Lagipun bila travel aku lebih suka go with the flow. Tapi, kalau trip tergendala sebab kecuaian sendiri contohnya tiket tertinggal atau hilang ke, kita sendiri yang terhegeh-hegeh sampai miss flight/ train/ bas ke... haa tu memang sure aku hentak kepala sendiri atau sesiapa yang bertanggungjawab kat dinding! Hahaha...
Mujurlah view sepanjang perjalanan tak menghampakan! Tukar topik sebab malas nak cerita pasal Fuji lagi daah. *Mode merajuk! :)
Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Sea lion Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Dari Owakudani Station kitorang naik semula ropeway untuk sambung journey ke Togendai. Pun tak perlu bayar apa-apa sebab dah covered dalam Freepass.
Meninggalkan Owakudani Station.
Dalam perjalanan ada satu lagi stop - Ubako Station. Cuma dua Japanese couple je turun kat sini. Yang lain-lain teruskan perjalanan ke Togendai. Japanese couple tu nak stay kat onsen kot rasanya. Kat Ubako ni ada Hotel Green Plaza dan beberapa onsen lain yang dikatakan agak murah berbanding kawasan lain di Hakone dengan view menghadap Mount Fuji.
Ubako Station.
Antara Ubako dan Togendai ni nanti ada spot yang membolehkan kita nampak Mount Fuji dengan jelas sekiranya cuaca cerah dan langit tak berawan tebal. Tapiiii, kitorang cuma nampak kaki Mount Fuji yang berbalam-balam di sebalik awan!
Masih jugak nak berselimut! Haihhh Fuji-san ni!!
Tipulah kalau aku kata aku tak frust walau sikit pun bila tak nampak batang hidung puncak Mount Fuji. Di sudut hati yang paling dalam (ceh!..) sikit sebanyak mestilah keciwaaaa kannn? Tapi, aku malas nak feeling-feeling frust sangat sebab faham nak tengok Mount Fuji ni banyak bergantung pada faktor cuaca yang beyond our control. Ada rezeki untuk tengok nampaklah nanti. Kalau dah tak ada rezeki, puh kiri puh kanan macam nak rak suruh awan tu ke tepi pun tetap tak nampak juga! Lagipun bila travel aku lebih suka go with the flow. Tapi, kalau trip tergendala sebab kecuaian sendiri contohnya tiket tertinggal atau hilang ke, kita sendiri yang terhegeh-hegeh sampai miss flight/ train/ bas ke... haa tu memang sure aku hentak kepala sendiri atau sesiapa yang bertanggungjawab kat dinding! Hahaha...
Mujurlah view sepanjang perjalanan tak menghampakan! Tukar topik sebab malas nak cerita pasal Fuji lagi daah. *Mode merajuk! :)
Perjalanan sepanjang 20 minit ni disajikan dengan pemandangan pokok-pokok dan lembah yang menghijau. Cantik! Udara kat sini pun terasa sangat fresh.
Pokok cedar.
Lake Ashi yang terbentang luas!
View tetap superb dan mendamaikan walaupun bayang Mount Fuji tak kelihatan.
Menghampiri Togendai Station.
Sampai saja di Togendai Station kitorang terus cari toilet untuk melepaskan apa-apa hajat yang terbuku di hati sejak tadi lagi! Sejuk ok dalam ropeway tu. Macam nak terkucil rasanya menahan hajat di hati. Kalau tau aku pakai pampers siap-siap!
Kalau ikut 'Hakone Round-trip Course', turun saja dari ropeway kita kena naik Hakone Sightseeing Cruise menyeberangi Lake Ashi. Masa kitorang sampai tu memang dah ada pirate ship menunggu penumpang. Tapi kitorang decided nak ambik angin dulu kat tepi tasik. Lagipun ship yang akan board tu nanti tak berapa cantik... tak macam pirate ship sangat. Aku nak naik ship yang lebih cantik! Giler punya perangai, boleh pilih-pilih kapal lagi!
Kapal hijau ni baru saja sampai. Passenger pun tak turun lagi. Setiap kapal akan berlabuh dalam setengah jam kalau tak silap.
Inilah kapal yang sepatutnya aku naik tapi dilepaskan dengan sengaja sebab nak naik kapal hijau di sebelah yang nampak lebih menawan kalbu tu!
Pemandangan di sekeliling tasik. Ada banyak hotel di sini.
Kat sini berangin dan sangat sejukkkk!
Kalau nak naik itik ni pusing-pusing tasik pun boleh. Tapi kena bayar separately sebab tak termasuk dalam freepass.
Kitorang duduk kat bangku tu sambil menikmati udara yang sangat fresh.
Sempat snappy bunga-bunga liar yang ada.
Bunga ni tumbuh celah-celah rumput. Chrysanthemum ke ni atau adakah aku mengarut??
Tengah-tengah syok ambik gambar pemandangan sambil berposing, tiba-tiba kitorang nampak pokok yang agak rimbun kat belakang kami bergoyang-goyang. Bukannya bergoyang sebab kena tiup angin. Ni bergoyang macam ada orang atau binatang yang bersembunyi kat pokok.
Makin lama pokok bergoncang makin kuat. Tiba-tiba dari jauh nampak kelibat sesuatu bergerak merangkak-rangkak pergi kat kitorang. Sudahhhh.
"Harimau laa u!" Aku dah mula panik.
Lepas tu free-free kena jeling dengan hasben den.
"Harimau pulak. Tu tengok tuuu...!"
-------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------
----------------------------------
Cit!!! Nasib baik aku tak lari terjun dalam tasik!
Alolololo.... malu-malu pulak tu!
Kitorang berdua ni memang ada bau kucing kot. Kalau kat Malaysia memang selalu sangat kucing datang time makan kat kedai. Ni kat Jepun pun kena ambush! Masa ni terus teringat budak-budak kucen kat rumah.
Kesejukan :)
Posing berdua. Habis gambar ni kucing tadi ambik ke??? Korang dah kenapa??! Kitorang pakai tripod. Gigih usung tripod ke hulu ke hilir!
Masa untuk meninggalkan Togendai. Destinasi seterusnya - Hakonemachi.
Tup-tup datang pulak pirate ship kaler merah yang lebih cantik menawan! Tapi kitorang naik juga kapal hijau tu. Malas nak pilih-pilih ship lagi dah. *Insaf sekejap!
Kitorang naik deck paling atas sekali.
Sayonara Togendai!
Hakone Sightgeeing Cruise.
Merentasi Lake Ashi yang terbentuk dari letusan kuat gunung berapi beribu-ribu tahun dahulu!
Scenic view.
Kalau bernasib baik, dari Lake Ashi ni juga kita boleh nampak Mount Fuji. Again - bergantung pada keadaan cuaca! Apa-apapun get ready dan dengar saja announcement nanti. Sambil-sambil belayar from time to time ada juga explaination tentang Lake Ashi yang dah memang diprogramkan.
Bersambung......
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Sea lion Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
cantiknya pemandangan...
ReplyDeletewhat an exhilarating and breath taking view
ReplyDelete