Setelah tertangguh beberapa lama, entri sepanjang 10 hari bercuti di Tokyo bersambung lagi. Semoga momentum untuk menulis berterusan sampai semua entri Japan selesai. Malas dah nak peram-peram lagi. Makin lama makin banyak benda yang happened sepanjang kat sana yang aku lupa nanti. Makin hilang ingatanlah gamaknya kalau dibiarkan! *Lap peluh di dahi sambil seru semangat rajin supaya datang merasuk diri. Eh?!
Sebelum ni aku ada cerita experience menonton persembahan ikan lumba-lumba yang super oohlaala di Epson Aqua Stadium, Shinagawa. Memang best performance tu. Sesiapa yang terlepas entri tu bolehlah klik SINI. Aku tepekkan juga video minit-minit terakhir persembahan dalam entri ni sebagai bonus.
Yang bestnya dolphin tetap dibiarkan berenang-renang dan berlegar-legar dalam kolam walaupun performance dah habis. Dek kerana minat sangat-sangatttt pada dolphin sejak kecik lagi, aku tak terus bangun lepas persembahan selesai. Pendek kata, memang puas sangat tengok dan ambik gambar dolphin. Klik sini, klik sana sampai lebam!
Bila masing-masing dah puas hati menatap kecomelan dolphin barulah kitorang bangun menghala ke Sea Lion Pool untuk saksikan persembahan seterusnya. Trip aku ke Tokyo kali ni dah macam lawatan muhibbah beramah mesra dengan haiwan gamaknya. Sebelum ni kitorang sempat bertentangan mata dengan panda, polar bear, Japanese snow monkey dan haiwan-haiwan lain kat Ueno Zoo. Ada tokoh jadi duta WWF dah ni!
Untuk menonton persembahan singa laut, kita kena masuk semula ke kawasan utama aquarium. Don't worry, diorang ada sediakan direction ke kolam. Cuma ikut je direction yang ada. Performance diadakan di kolam khas dalam sebuah mini auditorium. Masa aku sampai seat dah penuh jadi kitorang terpaksalah berdiri di bahagian paling belakang. Atas sebab-sebab keselamatan dan keselesaan audience lain, penonton cuma dibenarkan berdiri di tempat yang dikhaskan saja. Walaupun di bahagian belakang sekali, kitorang tetap dapat tengok show dengan jelas.
Show timeeeee......
Performance berlangsung dalam Bahasa Jepun oleh jurulatih dan singa laut yang comel lote.
Bergolek-golekan dan tergolek-golekan ambik mood untuk mulakan persembahan..
Dengan riaknya menunjukkan kehebatan bermain tennis. Erk... memang betul raket tenis tu kannn?!?
Mempamerkan ketangkasan seorang juara bermain bola.
Tukar jurulatih dan singa laut lain pulak masa ni. Saiz sea lion yang ini lebih besar dari yang sebelumnya. Persembahan diadakan secara sepontan dan setiap aksi ditentukan oleh apa yang tertulis kat dadu yang dibaling oleh penonton.
Bergelek-gelekan dalam usaha merampingkan pinggang...
Nampak tak macam mana besar singa laut ni sebenarnya!
A star is born... bermain sambil melantunkan bola.
I'm spinning around
Move out of my way
I know you're feelin' me 'cuz you like it like this
I'm breakin' it down
I'm not the same
I know you're feelin' me 'cuz you like it
Move out of my way
I know you're feelin' me 'cuz you like it like this
I'm breakin' it down
I'm not the same
I know you're feelin' me 'cuz you like it
*terus teringat lagu Kylie Minogue..
Aksi lentik yang boleh buatkan Shakira tercabar!
Doing what a sea lion does best...
Bermain dengan 'ring' berwarna-warni
Aksi dengan bola lagi.
Dinner is served!
Singa laut ni berpusing 360 darjah sambil beraksi. Memang hebat!
Singa laut ni berpusing 360 darjah sambil beraksi. Memang hebat!
Hoihhhh... comel sangat buat macam ni. Siap tutup-tutup mata tu!
Kitorang tak sempat ambik gambar sea lion ni berdiri dengan dua belah kaki sambil imbangkan kerusi!
The end..... "Arigato gozaimasu"
Overall performance selama 30 minit ni memang best dan langsung tak membosankan. Senang kata, bayaran entrance sebanyak 1800 Yen seorang memang berbaloi dan tak merugikan. Worth every Yen spent! Highly recommended pada sesiapa yang berminat dengan hidupan laut dan nak tengok dolphin atau sea lion depan mata tanpa perlu travel luar dari Tokyo.
Sebenarnya ada beberapa buah akuarium lain di Jepun selain Epson Aqua Stadium. Yang paling terkenal tentulah Hakkeijima Sea Paradise di Yokohama. Tapi, aku dan hasben memang tak plan nak ke Yokohama walaupun jaraknya dengan Tokyo agak dekat. Memang kami nak fokus area Tokyo saja kali ni.
Itulah sikit sebanyak perkongsian pengalaman di Epson Aqua Stadium. Boleh klik link kat bawah untuk entri yang lepas-lepas.
Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 1 - The Arrival : From Narita Airport to Hotel Horidome Villa
Day 1 - Exploring Tokyo : Akihabara
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 1)
Day 2 - Exploring Tokyo : Tokyo Disneyland (Part 2)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 1)
Day 3 - Exploring Tokyo : Tokyo DisneySea (Part 2)
Day 4 - Exploring Tokyo : Meeting The Pandas At Ueno Zoo
Day 5 - Exploring Tokyo : Odaiba
Day 6 - Exploring Tokyo : Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Day 6 - Exploring Tokyo : Dolphin Di Epson Aqua Stadium, Shinagawa
Next entri ---> Bercanda di Hakone!
-lotsa luv-
Fayreen Mizan
Comelnyeeeeee
ReplyDeletehttp://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/tips-menyimpan-susu-perahan-ebm-yang-paling-ideal.html
Bukan je comel, pandai pulak tu! :)
DeleteBijaknya singa laut tu.. seronok dpt melihat pelbagai aksi singa laut tu kan.. best.. :)
ReplyDeleteMemang best, Khir. Rasa macam tak nak keluar dari auditorium je! :)
Deletecute la comel aje..
ReplyDeletehttp://pinky-lynn.blogspot.com
Kannn. Geram je tengok diorang tu.
Delete