Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, 6 January 2016

Resepi Burung Puyuh Goreng Cili Padi - Mudah, Ringkas, Sedap Dan Menyelerakan!

Resepi Burung Puyuh Goreng Cili Padi - Mudah, Ringkas, Sedap Dan Menyelerakan. Haah, begitu sekali tajuk entri! Tapi, memang sedap pun. Dimakan pulak dengan nasi yang masih panas. Slurrrpppp... two thumbs up! 

Dipendekkan cerita, inilah bahan-bahan yang Kak Fay gunakan untuk masak Burung Puyuh Goreng Cili Padi yang sangat mudah dan sedap ini. 

Burung Puyuh Goreng Cili Padi

Bahan-bahan : 
(Untuk 4 ekor burung puyuh) 

 - 4 ekor burung puyuh (dibersihkan, potong 4, tos dan lumur dengan sedikit garam) 
- * 10 biji cili padi (boleh dilebihkan atau dikurangkan bergantung pada preferance kepedasan masing-masing) 
- * 5 ulas bawang merah 
- * 2 ulas bawang putih 
- * 2 batang serai dipotong nipis-nipis 
- sedikit sos tiram 
- sedikit garam 
- sedikit air 
 - minyak untuk menggoreng dan menumis 

Cara-cara memasak : 

Mula-mula gorengkan burung puyuh yang dah dilumurkan dengan garam tadi sehingga masak. Kak Fay tak goreng sampai garing. Bila burung dah masak dan masih moist, angkat dan ketepikan. 

Kemudian, blend atau tumbuk bahan-bahan bertanda *. Bila dah lumat, tumiskan sehingga garing dan wangi. 

Lepas tu, masukkan burung puyuh yang dah digoreng tadi dan kacau-kacaukan sehingga semua bahan rata. Kalau terlalu kering masukkan sedikit air. Masukkan sos tiram anggaran dalam 1 sudu besar. Akhir sekali masukkan sedikit garam. Siap.

Senang je kannn? Campak itu... campak ini dah siap. Kalau ada daun limau purut bolehlah masukkan 2,3 helai untuk membangkitkan aroma dan rasa yang lebih uuummmphhh!

Selamat menjamu selera! 



Love, 
Fayreen Mizan

Wednesday, 23 September 2015

Resepi - Kuah Lodeh Yang Sedap, Ringkas, Mudah Dan Menyelerakan.

Resepi - Kuah Lodeh Yang Sedap, Ringkas, Mudah Dan Menyelerakan. Tak berseri meja makan di pagi Hari Raya kalau tak ada kuah lodeh ni. Ibarat malam tanpa bulan dan bintang kononnya. Sebenarnya sejak lepas Hari Raya Aidil Fitri haritu lagi Kak Fay nak tepek resepi Kuah Lodeh ni kat blog. Tapi apakan daya, disebabkan terperuk kat draf entri sekian lama... sampai dah nak Hari Raya Aidil Adha barulah entri ni terpublish! Erk?!

Ada ketikanya family akak di Johor akan masukkan ayam dalam kuah lodeh ni. Ada masanya, kami masak macam biasa je tanpa dimasukkan ayam. Kuah yang dimasukkan ayam dah tentulah rasanya lebih yummy dek air ayam yang manis tu. Eh, tapi version yang biasa ni pun tak pernah gagal membuatkan akak makan bertambah-tambah dan berulang-ulang! 

Cara membuat Kuah Lodeh ni amat mudah sekali. Mungkin sebab bahan-bahan yang digunakan agak banyak terutama sekali jenis sayur-sayuran, tu yang nampak macam rumit. Itu cuma gambaran palsu je. Hakikatnya, mudah saja cara memasaknya!

Hari Raya Special
Kuah Lodeh.

Tuesday, 15 September 2015

Resipi : Kentang Putar / Mashed Potato Yang Sedap Dan Mudah - Hanya Gunakan 4 Bahan Utama Saja!

Assalamualaikum,

Resipi : Kentang Putar / Mashed Potato Yang Sedap Dan Mudah - Hanya Gunakan 4 Bahan Utama Saja! Ada beberapa cara untuk buat kentang putar ni. Apa yang Kak Fay nak sharekan ni adalah salah satu cara yang paling senang. Bahan-bahan utamanya sangat mudah dicari - kentang, mentega, mayonnaise dan sedikit stok ayam atau kiub ayam. Itu saja! Memang menjimatkan. Dahlah tu, rasanya juga sedap! Pendek kata, memang menjilat pingganlah dibuatnya!

Sebenarnya kentang putar ni akak buat masa dinner semalam untuk dimakan sekali dengan Honey Lime Roasted Chicken atau nama Melayu nya seperti yang tertera dalam surat beranak - Ayam Panggang Madu & Limau. Kemudian dipadankan pula dengan Buttered Rice. Om nom nom nom. Sampai akak dan hubs tersadai kekenyangan sambil gosok-gosok perut lepas tu! 

Naah... ini kentang putar atau mashed potato yang dimaksudkan tu. Resepi ayam panggang Kak Fay hutang dulu. Tu akak tepek kemudian ya. Insya Allah kalau entri tak terperam lama sampai terpaksa masuk muzium! Bahahaha.

Resepi Kentang Putar / Mashed Potato

Kentang putar, honey lime roasted chicken dan buttered rice.

Wednesday, 5 August 2015

Resepi Sambal Kacang Yang Sedap, Ringkas Dan Mudah Dimasak (Versi Kuah Sate)

Assalamualaikum, 

Resepi Sambal Kacang Yang Sedap, Ringkas Dan Mudah Dimasak (Versi Kuah Sate). Dah lama rasanya tak main masak-masak kat blog ni. Adakah itu bermakna dapur tak berasap sejak Hari Raya lagi?? Jeng... jeng...jeng.. Neeehhh! Untuk kaber line, meh akak tepekkan sikit resepi kuah sambal kacang yang sekali cuba pasti nak lagi, dua kali cuba sure termimpi-mimpikan tukang masaknya, gitu! Cara-cara dan bahan-bahan untuk masak sambal kacang yang mudah ni sila scroll ya. Seperti biasa, cara penyediaan resepi yang akak share kat blog ni semuanya senang-senang belaka dan InsyaAllah garenti jadi kalau cukup semua bahan-bahan dan betul cara masakkannya. 

Sambal kacang ni Kak Fay masak masa Hari Raya haritu. Tiba-tiba rasa tak nak version yang biasa tu. Tahun ni nak buat sambal sate pulak. Tapiiii, kacangnya agak kasar sebab panic attack datang tanpa sebab. Tiba-tiba rasa macam makanan tak sempat masak sebelum pergi solat raya. Tu yang tumbuk kacang lebih kurang je. Aku kalau kat dapur kan memang mudah panik. Takut bahan tak cukup laa... takut gas habislah... takut rasa makanan tak sedap laa. Complicated betul ini pompuan! Bahahaha.

Resepi Sambal Kacang Yang Sedap, Ringkas Dan Mudah Dimasak - Veris Kuah Sate

Thursday, 2 July 2015

Pudding Kastard - Pencuci Mulut Yang Enak Dan Mudah Disediakan

Pudding Kastard - Pencuci Mulut Yang Enak Dan Mudah Disediakan. Sepanjang bulan puasa ni, so far baru inilah satu-satunya dessert yang akak buat. Sebabnya... Ai is malas! Bukan setakat malas biasa-biasa, ni dah tahap malas peringkat merah siap blinking-blinking lagi! Tapi, sesungguhnya tuntutan tekak itu sukar ditepis. Maka terhasil lah Pudding Kastard dalam gambar ini demi memenuhi kehendak tekak sendiri. Kalau tak diikutkan mau terbawak-bawak dalam mimpi nanti! Nikmat rasanya berbuka puasa sambil terpejam-mata mata menikmati Pudding Kastard dan menghirup sosnya yang lemak manis yang dah disejukkan dalam fridge awal-awal lagi. Heavennya!!!


Resepi Pudding Kastard

Friday, 26 June 2015

Juadah Berbuka Puasa Yang Mudah Disediakan - Ketam Masak Lemak Yang Sedap.

Assalamualaikum,

Juadah Berbuka Puasa Yang Mudah Disediakan - Ketam Masak Lemak Yang Sedap. Ini satu lagi resepi berbuka puasa yang simple dan sangat mudah untuk disediakan. Jangankan sebelah, pejam dua belah mata pun garenti masakan menjadi punyalah! Ceh!

Sebelum tepek resepi Ketam Masak Lemak ini, meh nak cerita sikit. Sesungguhnya ini adalah satu pencapaian terhebat sepanjang akak meluaskan karier di dapur kerana itulah kali pertama akak siang dan bersihkan ketam sendiri! Sebelum ini, semua serah kat kedai suruh buatkan. Memang golden moment sungguh. Seriously rasa diri ini hebat giler! Wow sangat. Padahal, tahukah anda semua saya menyiang kulit ketam secara langsung dengan berpandukan video YouTube depan mata??!!! Kau mampoo siang ketam sambil tengok YouTube??? Hahaha.

Resepi Ketam Masak Lemak


Bahan-bahan :

Beberapa ekor ketam yang sudah dibersihkan
2 batang serai - dititik
8 biji cili padi - Ditumbuk (kuantiti bergantung pada tahap kepedasan yang dihajati)
5 ulas bawang merah - ditumbuk 
1/2 inci halia - ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk
Santan secukupnya
Sedikit garam

Atau sesekali boleh bertukar selera dengan option yang ke-2. Cara penyediaan tetap sama. Yang berbeza cuma jumlah cili padi dikurangkan dan dimasukkan sehelai, dua daun kunyit ke dalam kuah. Ooohhhh... yummeh!

Cara-caranya :

Campurkan kesemua bahan (kecuali garam) termasuk ketam ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar dalam anggaran 20 minit. Kacau-kacaukan kuah dari semasa ke semasa supaya tak pecah lemak dan bergentel. Perlahankan api bila ketam dah berwarna kemerah-merahan dan masukkan garam. Siap! Senang saja kan nak masak Lemak Ketam ni?




-lotsa luv-
Fayreen Mizan-

Monday, 22 June 2015

Kurma Ayam - Lagi Resepi Mudah Untuk Berbuka Puasa.

Resepi Kurma Ayam untuk berbuka puasa. Lagi resepi yang mudah disediakan dan diharap boleh memberikan idea untuk hidangan berbuka nanti. Ini lauk masakan akak hari kedua puasa haritu. Memang favourite akak pun kurma ayam ni. Eh, aku ni bab makan memang semua pun favourite! Kuikui.

Akak suka masak kurma ayam ni sebab :  satu - bahan-bahannya senang nak cari. Cuma guna bahan-bahan asas yang memang garenti ada kat dapur rumah kita.  Bawang merah, bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang bagai tu mesti ada stok kaan?.

Kedua, proses membuatnya tak rumit atau merenyahkan. Macam Laksa Johor tu kan agak cerewet. Nak kena rebus kemudian kisar ikan untuk buah kuahlah.. spaghetti pun nak kena rebus dulu... Lepas tu kena potong bahan-bahan untuk buat ulam lagi. Pulak tu setiap bahan ada cara potongnya. I kenot sabar! Kalau boleh nak makanan tu cepat dimasak kemudian terus ngap! Dan yang ketiga... Kurma ayam ni rasanya juga sedap. Inilah faktor yang paling penting sekali. Untuk lebih zasss, campakkan pulak telur rebus 2, 3 biji. Uuumpphhh! Daah... enuff intro yang panjang berjela-jela. Resepinya as follows :


Bahan-bahan :

Friday, 19 June 2015

Resepi Hati Lembu Berempah Yang Sedap Dan Ringkas.



Resepi Hati Lembu Berempah Yang Sedap Dan Ringkas. Selamat berpuasa dan beribadat di sepanjang bulan Ramadhan ya uols. Akak Fay kan super duper busy konon-kononnya.... tu yang tak sempat nak wish earlier. Semalam first day puasa, hoih... mengantuk yang amat. Sambil berjalan kaki tu nak je rasanya seret kaki sambil tutup mata kemudian siap tidur berdengkur sekali! Bahahaha. 

Sepanjang bulan Ramadhan ni juga haruslah blog ini bertukar rupa paras jadi blog masakan pulak. Blog makcik-makcik kannn. Sebenarnya, apa yang akak tepekkan di sini sekadar untuk perkongsian bersama... mana tau masakan yang tak seberapa ni boleh berikan korang idea bila masuk dapur nanti. Bukan nak menunjuk-nunjuk ya. Alahai, akak bukannya hebat nau bab-bab urusan di dapur ni. Level masakan akak pun resepi yang mudah-mudah je. Lecehlah, tepek gambar makanan nanti dikatakan menunjuk-nunjuk makan makanan sedap-sedap je. Tepek gambo travel pulak dikatakan show off macam dia je yang dah pergi... macam dia je ada duit nak merayap ukur tanah sana sini! Share resepi nanti dikatakan menunjuk-nunjuk skill pulak! So how? Dah... dah... dah... kita bersihkan hati. Tak mau ada prasangka macam tu ya. No... no... no!!

Ok, now lets go back to business. Semalam puas akak fikir nak masak apa tapi idea nan hado. Enjin baru nak panas kot. Lepas tu teringat pulak masa beli barang dapur hari sebelum tu akak ada beli hati lembu. So apalagi, masak hati lembu lah kita. Memandangkan akak super malas nak masak macam-macam semalam, haruslah pilihan lauk yang seterusnya jenis yang multi purpose dan jenis campak-campak. Takkanlah nak makan hati lembu tu jer sejenis, kan? Maka, dalam keadaan malas tahap kritikal tu dah tentulah lauk ringkas macam paprik ayam jadi pilihan. Campak jelah carrot, jagung muda, kacang buncis banyak-banyak... tak payah masak sayur lagi dah. Jimat masa, jimat tenaga. Padahal, hakikat sebenarnya - HAKU MALAS! Hubs pulak beli daging salai masak lemak kat bazar ramadhan. Itulah makanan kami masa berbuka semalam - hati lembu berempah, paprik ayam dan daging salai masak lemak. Nyamsss.

Naah, ini resepi Hati Lembu Berempah yang dijanji-janjikan.


Resepi Hati Lembu Berempah

Bahan-bahan :

Tuesday, 9 June 2015

Resepi Sotong Masak Hitam Yang Ringkas Dan Sedap.

Assalamualaikum,

Resepi Sotong Masak Hitam Yang Ringkas Dan Sedap. Hari ni akak nak share resepi yang sangat mudah -  Sotong Masak Hitam atau ada juga yang panggil resepi ni Sotong Masak Dakwat. Rasanya dah lama kot tak main masak-masak kat blog ni. Al-maklumlah tuan blog ni ada angin... kadang-kadang nak masuk ke dapur punyalah seksa... macam dipaksa-paksa pergi perang rasanya! Kalau datang rajin, tengah-tengah malam pun aku sanggup masak... berdentam-dentum menumbuk atau menumis apa yang patut kat dapur tu mengganggu jiran-jiran yang nak tidur. Macam nilah penangan orang ada penyakit berangin tak kira musim ni. Bertabahlah wahai jiran tetangga sekelian!

Sotong Masak Hitam atau Sotong Masak Dakwat ni memang favourite akak. Nak membuatnya pun senang sebab gunakan bahan-bahan yang basic saja... pastu campak-campak. Tak berapa minit, siappp terus ngap! Rupa parasnya yang hitam-hitam si tampuk manggis tu memang scary tapi rasanya oohlaaalaa... sekali hadap boleh licin 2 pinggan nasi! Don't judge a book by its cover, remember?? :p


Resepi Sotong Masak Hitam

Monday, 20 April 2015

Resepi Sambal Tumis Udang Petai.

Assalamualaikum,

Peristiwa berlaku dan direalisasikan semalam setelah beberapa hari tidur tak lena, mandi tak basah terbayang-bayangkan sambal tumis udang dan petai! Begitulah hebatnya panahan asmara kombo antara kedua-duanya.

Petai ni sebenarnya dah almost 2 minggu kot akak beli. Dek kerana tamak, memang beli banyak haritu dan dah 2 kali masak pun. Jadi, selebihnya akak simpan elok-elok kat deep freezer! Macam-macam ada kat deep freezer rumah aku ni, bukan setakat ayam ikan je. Daun kari pun kadang-kadang campak simpan kat situ supaya tahan lebih lama kononnya! Hahahah.

Bahan-bahan dan cara masak sambal tumis udang ni lebih kurang sama saja dengan sambal tumis yang lain. Cuma kadang-kadang ikut angin akak... ada yang dilebihkan... ada yang dikurangkan. Kadang-kadang letak belacan, ada masanya saja tak letak tapi digantkan dengan ikan bilis yang dah ditumbuk halus. Kadang-kadang tak masukkan langsung pun sebab nak biarkan manis semulajadi udang ni lebih terasa dan tak diganggu dengan rasa benda-benda lain. Senang kata, ikutlah preference tekak masing-masing ya. Maklumlah soal rasa makanan ni subjektif sikit.

Sambal Tumis Udang Petai


Tuesday, 3 March 2015

Resepi | Rich Chocolate Cake Yang Sedap!

Assalamualaikum,

Resepi Rich Chocolate Cake Yang Sedap ini khas buat penggemar kek terutama sekali kek coklat macam akak!  Kek ini amat sesuai dengan taste bud mereka yang sukakan rasa coklat yang lebih pekat. Imagine this - bila gigit kek ni terasa coklat... gigit lagi rasa coklat. Haa, gitu.

Akak ni sebenarnya kalau disuakan apa jenis kek sekalipun, main bedal je.... tak ada dah nak pandang kiri kanan. Kalau ditanya apakah kek yang palingggg akak suka.... dah tentulah cheese cake dan chocolate cake. Kalau disuruh pilih satu antara 2 jenis tu... I want both. Tak kira, tetap juga nak dua-dua tu! :p

Disebabkan terlalu suka makan kek, terpaksalah belajar cara-cara buat kek ni. Yelah terror makan tapi tak tahu buat pun tak syok juga kann? Bukankah lebih thril menikmati setiap kepingan kek masakan sendiri sambil menjilat-jilat jari dan memuji-muji kecekapan diri sendiri di dapur?? *Padahal awal-awal dulu aku buat kek guna adunan yang dah ready-made tu je! Sekarang ni pun tak semestinya setiap kali buat kek garenti naik menggebu... kadang-kadang, kek retak seribu pun ada!! Hahahah.

Friday, 20 February 2015

Resepi | Rendang Ayam/ Daging Yang Sedap Dan Mudah.

Assalamualaikum,

Ni nak share sikit resepi Rendang Ayam/ Daging yang sangat nyamssss. Sendiri masak sendiri mengaku nyammmsss ni dah kenapa? Aku ni jarang-jaranggggg masak rendang, tu yang over excited bila hasil masakan menepati piawaian tekak sendiri! Sebab jarang-jaranggggggg masak lah perlu ditepekkan resepi ini di blog untuk reference diri sendiri di kemudian hari. Maklumlah aku ni masak main campak-campak jadi tendency untuk terlupa masukkan bahan-bahan tertentu adalah tinggi! 

Resepi Rendang Ayam/ Daging


Bahan - Bahan :

-1 ekor ayam atau setengah kilo daging.
*Kalau gunakan daging sebaik-baiknya dipotong sederhana nipis dan jangan terlalu kecil.
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 helai daun kunyit, dimayang halus
- 3 batang serai dititik
- 1 biji santan pekat (mengikut kepekatan yang dihajati)
- 4 sudu besar serbuk kari
- 2 sudu besar serbuk kurma (optional)
- 1 sudu besar kerisik
- Gula dan garam secukup rasa 
- Sedikit air (digunakan bila bahan-bahan dah mula kering nanti)

Bahan-bahan untuk kisar :
- Cili kering : dibuang biji dan rebuskan
*Kuantiti ikut preference kepedasan masing-masing. Akak gunakan 3 senduk cili yang dah dikisar - anggaran 15 biji.
-  2 biji bawang besar
- 10 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup 
- 1\2 inci lengkuas
-  4 batang serai, dihiris halus

Cara-caranya:

Panaskan minyak, campakkan serai yang dah dititk dan masukkan semua bahan kisar. Tumis sampai wangi. Masukkan ayam/ daging dan gaulkan rata-rata. Kemudian masukkan serbuk kari + kurma. Biarkan sampai semua bahan sebati dan daging empuk. Masukkan air sikit-sikit from time to time bila kering. Kemuadian masukkan santan. Biarkan sampai mendidih. Masukkan kerisik. Kacau-kacaukan bahan-bahan dalam kuali from time to time. Bila dah pekat, campakkan gula dan garam secukupnya. Bila dah hampir kering, masukkan daun kunyit dan rata-ratakan. Biarkan beberapa minit. Tapi kalau nakkan rendang lebih berair, masukkan sedikit air. Biarkan mendidih. Siap! 

Nampak macam remeh tapi sebenarnya senang saja resepi ni. Ecececeh... padahal aku pun sebenarnya berpeluh-peluh juga kat dapur. Tapi, motip sangat masak rendang ni semalam. Orang tengah sibik-sibuk CNY, aku pulak dah mood raya! :p




-lotsa luv-
Fayreen Mizan








Friday, 31 October 2014

RESEPI BUBUR JAGUNG

Assalamualaikum,

Makanan dari jagung ni rasanya semua aku suka kot. Jagung rebus dan corn in cup tu dah tentulah memang favourite. Yang lain-lain - bubur jagung, puding, puff jagung, ABC letak jagung sebanyak-banyaknya - adoiii ni nyams giler makan time cuaca panas, apam balik tupun kalau boleh mau aku suruh letak setengah tin jagung! Air jagung yang lemak berkrim tupun perghhh sedap gila rasanya! Dalam keadaan terdesak, roti Gardenia yang krim jagung tu pun aku cari untuk melepaskan gian.

Dalam banyak-banyak kuih berasaskan jagung, bubur jagung lah yang paling kerap aku buat sebab ini paling senang! Dah tu cepat siap - tak sampai setengah jam dah boleh makan. Tak sampai setengah jam jugak periuk dah licin. Hahaha.

Antara sebab lain aku suka masak bubur jagung ni - bahan-bahannya sangat fleksibel. Kalau tak ada jagung segar, gantikan saja dengan jagung dalam tin. Biasanya aku gunakan setin kernal corn yang berbiji-biji tu dan campurkan dengan satu tin cream style sweet corn. Boleh guna sama ada santan atau susu cair untuk kuahnya. Aku lebih suka masukkan susu cair sebab jagung berkrim yang kita gunakan tu dah cukup untuk memberikan rasa lemak pada kuah nanti. Untuk memaniskannya, boleh gunakan gula pasir atau brown sugar... atau campurkan kedua-duanya sama rata.  


RESEPI BUBUR JAGUNG


Friday, 10 October 2014

RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Assalamualaikum,

Memandangkan dah lama sangat rasanya tak share resepi kat blog so ni aku tepekkan resepi Sambal Tumis Sotong Kembang masakan sendiri masa dinner semalam. Sebenarnya, resepi yang aku gunakan lebih kurang je dengan sambal tumis guna sotong biasa tu. Aku pernah share resepinya kat SINI dulu.

Walaupun terserlah kemontokan sotong tu tapi gambar tetap suram sebab gunakan kamera hp je. Tak sempat dah nak suruh sotong tu senyum-senyum posing maut. Tak done dah nak cari angle terbaik. Terus je snap sebelum dijeling. Suami tengah lapar, siap tunggu kat meja makan dah masa ni! Aku takotttttt.... hahaha.


Tuesday, 26 August 2014

RESEPI KEK BUTTER SEDAP DAN MUDAH!

Assalamualaikum,

Hulurkan apa saja jenis kek garenti aku tak akan tolak. For sure, laju je aku sambut kek tu lepas tu cepat-cepat masuk dalam mulut! Aku memang sukaaaaaaaa makan kek. Suka di tahap kritikal sampai dikenali as hantu kek dalam family!

Hari ni aku nak share resepi KEK BUTTER yang sangat simple dan garenti jadi! Don't worry andai kata korang bukan seorang yang berbakat membaking - macam ahkak ni! Follow saja resepi ni. Beginner yang tak pernah buat kek sebelum ni pun boleh cuba resepi yang sangat senang ni. Aku sendiri pun sebenarnya masih terkial-kial dan bukannya cekap sangat buat kek. Yang aku tau cuma kek yang simple-simple je... jenis-jenis yang advance tu 'buat' dekat counter kedai. Itu memang kena beli!  


RESEPI KEK BUTTER

Bahan-bahan :
- 225 gram butter (biasanya aku habiskan terus seketul butter yang 250 gram tu)
- 1/2 cawan gula
- 5 biji telur
- 3/4 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu segar
- 200 gram tepung gandum atau tepung naik sendiri
* kalau gunakan tepung gandum masukkan 1 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam
* tak perlu masukkan kalau guna salted butter
- 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 160 C selama 15 minit. Sambil-sambil tu, griskan loyang dengan butter dan letakkan ke tepi dulu. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam beberapa kali supaya kek lebih halus dan gebu.

Pukul mentega dan gula sampai kembang dan putih. Lepas tu masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sampai semua bahan sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Kemudian masukkan tepung sikit-sikit... selang selikan dengan susu pekat dan susu segar. Gaulkan sampai betul-betul rata.

Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar di dalam oven selama 40 - 45 minit pada suhu 160 Celcius - *bergantung pada oven masing-masing.

Siap! Boleh potong dan makan bila dah sejuk. Kalau nak lebih sedap, curahkan sikit chocolate sauce atas kek tu... yummy!




-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Monday, 14 July 2014

RESEPI ASAM PEDAS AYAM!

Assalamualaikum,

Ingat lagi ada sorang kawan pernah tanya aku soalan yang lebih kurang macam ni dulu - "Eh, orang Johor masak asam pedas guna ayam, ea?" Dalam hati I was like eh dia ni.. apa yang pelik sangat dengan lauk asam pedas ayam tuuu. Amboi... dulu-dulu tau nak sentap je kann. Padahal orang tu tanya elok-elok... hahaha... biasalah masa muda-muda dulu kan mudah sikit naik hangin satu badan. Sekarang tak lagi daah, orang nak cakap apa... cakap sajalah... kalau aku rasa kelakar, aku bantai gelak untuk memantapkan lagi ilmu awet muda warisan keluarga sejak zaman-berzaman. Ptuii! Hahaha...

Berbalik pada Asam Pedas Ayam tadi, yelah kot memang masakan ni top di negeri Johor. Macam aku ni bersekolah dan membesar di Johor, so memang selalu makan lauk Asam Pedas Ayam ni... dah memang antara lauk yang common dalam keluarga. Di luar negeri Johor of course lah ada juga kedai-kedai makan yang jual lauk ni tapi susah sikit nak jumpa dan tak sebanyak kedai yang jual lauk Asam Pedas Ikan.

Bahan-bahan dan cara-cara nak masak Asam Pedas Ayam ni tak banyak bezanya dengan Asam Pedas Ikan... lebih kurang saja cuma kuahnya lebih pekat. Meh terjah dapur akak. Terjah laa sangat... padahal aku ni jenis yang terus tak boleh masak kalau ada orang lain sama-sama kat dapur! Sejenis penyakit yang belum ada ubat hingga sekarang :p


ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan :
- 6 atau 8 keping ayam
- 1 biji kentang dipotong 4
- 5 senduk cili kering yang siap dikisar
- 5 ulas bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci kunyit (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- 1 batang serai (dititik)
- sedikit belacan (optional)
- sedikit air asam jawa (campurkan dengan setengah cawan air)
- sedikit daun kesum (anggaran setengah genggam)
- sedikit bunga kantan (optional)
- minyak untuk menumis
- 2 1/2 cawan air
- sedikit garam

Cara-cara :
- Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis termasuk belacan. Biar sampai semua bahan garing. Campakkan serai. Kemudian, masukkan ayam dan gaul-gaulkan dengan bahan-bahan tumis tadi. Biarkan sampai ayam keluar air dan semua bahan sebati. Masukkan air asam jawa dan biarkan sekejap. Lepas tu masukkan air dan kentang. Perlahankan api. Campakkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan sampai ayam dan kentang empuk. Akhir sekali, masukkan garam. Padamkan api bila ayam/ kentang empuk dan kuah agak pekat. Siap! Gambar kurang menarik sebab guna handphone je... nak guna dslr bagai takut kena jeling dengan suami! :)

Korang jangan salah daun ya - daun kesum BUKAN daun ketum!! Hikhik...

Selamat mencuba!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan



Thursday, 10 July 2014

RESEPI SPAGHETTI GORENG!

Assalamualaikum,

Bulan-bulan puasa ni kadang-kadang selera tak menentu. Ada masa lagi best kalau dapat makan makanan yang simple dan tak berkuah sangat. Aku memang suka masak resepi yang simple saja time puasa sebab lebih menjimatkan masa dan tidak gunakan bahan yang banyak.... malas pun ya juga... hahaha!

Hari ni aku nak share satu lagi resepi yang sangat mudah yang korang boleh buat sambil pejam mata saja - SPAGHETTI GORENG! Sebenarnya ni signature dish arwah papa dulu. Aku suka sangat makan Spaghetti Goreng yang arwah masak sebab sedapppp. Selalunya, bila arwah papa masak laju je aku tambah dan penuhkan pinggan lagi dan lagi! Kadang-kadang tu rasa macam tak cukup walaupun dia masak banyak!


SPAGHETTI GORENG
Bahan-bahan :
- Secekak spaghetti 
- Sedikit daging lembu yang dihiris nipis 
- 8 ekor udang
- 2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
- 1 labu bawang besar merah - ditumbuk kasar
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Sedikit kicap manis
- Sedikit sayur sawi
- 2 batang cili merah/ hijau dihiris nipis

Cara-caranya :
Mula-mula rebus spaghetti sehingga al dente. Masukkan beberapa titik minyak masa merebus supaya spaghetti tidak melekat-lekat. Bila dah masak buangkan air rebusan dan toskan spaghetti. Al dente ni maksudnya spaghetti tu just nice saja -  tak terlalu keras dan tak terlalu lembik.

Masukkan 5 sudu minyak dalam kuali - bergantung pada kuantiti spaghetti... make sure jangan terlalu kering atau terlebih minyak. Bila minyak dah panas, masukkan bawang dan tumis sampai wangi. Kemudian masukkan daging dan kacau-kacau sehingga masak. Lepas tu masukkan spaghetti sikit-sikit. Masukkan juga kicap manis dan kacau-kacaukan sehingga rata. Kemudian, masukkan sayur sawi. Last sekali baru masukkan udang dan biarkan sampai masak. Jangan lama sangat, nanti kalau over cooked udang jadi keras so rasa dah tak kick. Padamkan api dan taburkan cili. Kalau diikutkan resepi asal, memang tak bubuh cili tapi kalau tak pedas nanti kurang pulak kick kaan... sebab tu aku bubuh cili hiris supaya pedas sikit. Siap!

Senang je kannn?


-lotsa luv-
Fayreen Mizan


Thursday, 3 July 2014

RESEPI SAMBAL AYAM!

Assalamualaikum,

Hari ni nak share satu resepi yang sangat simple tapi sedap - Sambal Ayam. Sebenarnya, aku ada beberapa version sendiri resepi ni... semuanya main campak-campak aje dan memang simple. Di antara 2,3 version ini yang paling senang :)


SAMBAL AYAM 

Bahan-bahan :

- 6 potong ayam
- sedikit serbuk kunyit
- 8 sudu besar cili kisar (nak kurangkan atau lebihkan pun boleh)
- 2 labu bawang besar (1 labu dikisar, 1 labu lagi dihiris kasar)
- 3 ulas bawang merah (dikisar)
- sedikit air asam jawa
- sedikit air
- 1 batang serai (dititik)
- sedikit gula dan garam

Cara-caranya :

Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan gorengkan sampai ayam masak tapi jangan terlalu garing. Lepas tu, tos dan ketepikan ayam. 

Kisar 1 labu bawang besar bersama-sama 3 ulas bawang merah tadi dan tumis menggunakan separuh minyak gorengan ayam sampai naik bau. Masukkan pula lada kisar, campakkan serai, kecilkan api dan biar sehingga hampir kering. Untuk hasil yang lebih uumphh pastikan api memang betul-betul kecil. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan ayam dan bawang yang dihiris kasar. Kalau dah terlalu kering, masukkan sedikit air. Biarkan dalam 10 minit sehingga semua bahan sebati dan naik minyak. Kalau nak berkuah lebihkan air dan biarkan kuah sedikit pekat baru angkat. Kalau cair sangat tak sedap pulak nanti. Siap!

Haa, senang saja kaan? Lauk ni sodap kalau dimakan dengan telus masin masa nasi masih panas... slurrrp. Selamat mencuba! :)



-lotsa luv-
Fayreen Mizan











Monday, 30 June 2014

RESEPI TELUR BUNGKUS!

Assalamualaikum,

Hari ini hakak nak share resepi yang amat praktikal untuk dimasak terutama sekali di bulan puasa ni sebab rasanya sedap, menjimatkan masa dan tidak perlukan banyak bahan untuk membuatnya - TELUR BUNGKUS! Cepat dimasak... sedap dimakan... haa, macam tulah tag linenya! Nampak macam cerewet nak buat tapi sebenarnya tak korang... senang saja nak masak Telur Bungkus ni - pejam mata pun boleyyyy! Ceh, macam ada unsur-unsur riak di situ... hahahaha!

Kita boleh gunakan sama ada ayam yang dipotong dadu kecil-kecil//daging kisar atau daging burger. Kalau gunakan ayam atau daging kisar, lebih sedap kalau kita letakkan sedikit garam dan perasakan dengan lada sulah dulu. Tapiii, kalau gunakan daging burger biasanya aku tak letak apa-apa sebab daging burger ni biasanya dah siap-siap ada perasa kaan. Biasanya, aku memang guna daging burger je.

RESEPI TELUR BUNGKUS


Bahan-bahan :

- 2 biji telur
- 1 genggam lebih isi ayam/ daging kisar
* jika gunakan daging burger, gunakan 1 keping sahaja (hancur-hancurkan)
- sedikit mix veggie (optional)
- 1/2 labu bawang besar (potong dadu kecil-kecil)
- 1 ulas bawang putih (cincang halus)
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara :

Untuk inti :
 Perasakan ayam/ daging kisar dengan sedikit lada sulah dan garam dan ketepikan sebentar. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali dan panaskan. Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang besar, biarkan sampai layu. Masukkan pula isi ayam/ daging kisar/ daging burger dan biarkan sampai masak sekata. Lepas itu masukkan pula mix vege dan biarkan dalam 1 minit. Kemudian masukkan semua sos dan kacau-kacau sampai rata. Kalau inti terlalu kering, masukkan 3-4 sudu besar air ke dalam kuali. Ketepikan dulu inti yang sudah siap.

Untuk Telur Dadar :
Pukul telur dengan sedikit garam. Kalau nak telur lebih berlemak, masukkan secubit butter ke dalam telur. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tuangkan telur tadi. Maku sure gunakan api dapur yang kecil. Pusing-pusingkan kuali supaya telur jadi bulatan besar yang sederhana nipis. Bila telur sudah masak, angkat telur dan letakkan ke dalam pinggan besar. letakkan inti tadi di tengah-tengah telur dan lipatkan. Ambil satu lagi pinggan dan tekapkan telur tadi. Sekarang bolehlah decorade telur dadar yang dah siap ikut tahap kerajinan masing-masing :)

Senang sangatkan resepi ni? Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa ya uols :)


-lotsa luv-
Fayreen Mizan



Thursday, 19 June 2014

RESEPI SERUNDING AYAM - GARENTI JADI!

Assalamualaikum,

Lama sangat dah rasanya aku tak up entri masak-masak kat blog ni. Hari ni aku nak share resepi Serunding Ayam... korang follow je step yang ada, insyaallah menjadi. Serunding ayam nilah yang aku bawak pergi Tokyo dan sikit sebanyak bukan setakat mengenyangkan perut aku dan hasben tapi membantu mengurangkan budget makan kitorang kat sana :) Dua, tiga hari sebelum bertolak gigh aku masak serunding ni kat dapur... malam-malam pulak tu! Orang kalau ada angin macam nilah... datang angin rajin tengah-tengah malam buta pun masak! Kalau tengah malas, masak maggi pun aku malas... kalau boleh nak pergi makan kat kedai! Hahahah... 

Cuma part yang cerewet tu time nak siat-siat isi ayam... bab ni memang boleh kebas punggung. Tengok dalam bekas macam banyak je isi ayam tu.. uwaaa... rasa nak nangis. Last-last sambil siat tu sambil masuk mulut... haa baru cepat siap!

Bahan-bahan :

- 1 kg isi ayam
- 1 kg santan
- 3 genggam jintan kasar *sangai (goreng tanpa minyak). Lepas tu blend kasar-kasar sebab kalau halus 
  sangat nanti tak sedap.
- 3 genggam ketumbar *sangai dan buat sama macam jintan kasar
- 1/2 kilo bwg besar
- 10 ulas bwg putih
- 2 senduk gula pasir atau brown sugar, garam secukup rasa
- 5 senduk cili kisar
- 2cm halia
- Kerisik dari 1/2 biji kelapa
- Minyak untuk menumis
- Secawan air asam jawa/ asam keping

Cara-cara :
Rebus isi ayam sampai empuk. Bila dah empuk toskan dan siat halus-halus - Letak tepi dulu.

Blendkan bwg merah, bwg putih dan halia dan tumiskan bersama cili kisar sampai garing. Lepas tu masuk pula jintan dan ketumbar yg telah diblend. Kacau-kacau dan biarkan sekejap sampai naik bau. Masukkan santan.  Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi, masukkan garam, gula, dan kerisik. Akhir sekali masukkan air asam. Masak menggunakan api kecil selama lebih kurang 3 jam. Sampai garing dan kering baru angkat.


Masa masak ni gas kat dapur aku dah dalam keadaan kritikal so aku tak masak sampai serunding tu betul-betul kering... tu yang serunding nampak tak berapa gebu. Rupa tak menarik tapi the taste is ooolaalaa! Masa tu risau takut tengah-tengah masak gas abis satu hal lak nak cari kedai gas yang masih bukak. Siapa suruh masak tengah-tengah malam buta kaan? Last-last minggu lepas... sebulan lebih lepas masak serunding baru gas habis! Cis...


'Till then... selamat mencuba... be positive & pro-active!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan