Juadah Berbuka Puasa Yang Mudah Disediakan - Ketam Masak Lemak Yang Sedap. Ini satu lagi resepi berbuka puasa yang simple dan sangat mudah untuk disediakan. Jangankan sebelah, pejam dua belah mata pun garenti masakan menjadi punyalah! Ceh!
Sebelum tepek resepi Ketam Masak Lemak ini, meh nak cerita sikit. Sesungguhnya ini adalah satu pencapaian terhebat sepanjang akak meluaskan karier di dapur kerana itulah kali pertama akak siang dan bersihkan ketam sendiri! Sebelum ini, semua serah kat kedai suruh buatkan. Memang golden moment sungguh. Seriously rasa diri ini hebat giler! Wow sangat. Padahal, tahukah anda semua saya menyiang kulit ketam secara langsung dengan berpandukan video YouTube depan mata??!!! Kau mampoo siang ketam sambil tengok YouTube??? Hahaha.
Resepi Ketam Masak Lemak
Bahan-bahan :
Beberapa ekor ketam yang sudah dibersihkan
2 batang serai - dititik
8 biji cili padi - Ditumbuk (kuantiti bergantung pada tahap kepedasan yang dihajati)
5 ulas bawang merah - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk
Santan secukupnya
Sedikit garam
Atau sesekali boleh bertukar selera dengan option yang ke-2. Cara
penyediaan tetap sama. Yang berbeza cuma jumlah cili padi dikurangkan dan dimasukkan sehelai, dua daun kunyit ke dalam kuah. Ooohhhh... yummeh!
Cara-caranya :
Campurkan kesemua bahan (kecuali garam) termasuk ketam ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar dalam anggaran 20 minit. Kacau-kacaukan kuah dari semasa ke semasa supaya tak pecah lemak dan bergentel. Perlahankan api bila ketam dah berwarna kemerah-merahan dan masukkan garam. Siap! Senang saja kan nak masak Lemak Ketam ni?
-lotsa luv-
Fayreen Mizan-
Wah...jeles plak tgok buat masak ketam tu ha...well sama kaedah ngan org NS masak cuma xde bawang, halia dan lengkuas...more tu cili, kunyit hidup dan serai....lain org lain cara kan...esok nak cari ketammmmmm
ReplyDeleteseumur hidup ni x pernah masak ketam..senang cite x pernah beli..why? tgk harga sekilo rasa tercekik air liur...mkn ketam kalau ada org belanja org kursus kat hotel je..sedih kan
ReplyDeleteTry cari kat tempat2 yg ada perkampungan nelayan kalo kebetulan time berjalan2 tu lalu kat situ JM. Kitorg beli ni kat Bagan Lalang.
DeleteSalam tuan rumah. Terliur pulak tengok ketam masak lemak.
ReplyDeleteWalaikumsalam. Silakanlah menjamu mata ya :D
Delete