Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, 23 September 2015

Resepi - Kuah Lodeh Yang Sedap, Ringkas, Mudah Dan Menyelerakan.

Resepi - Kuah Lodeh Yang Sedap, Ringkas, Mudah Dan Menyelerakan. Tak berseri meja makan di pagi Hari Raya kalau tak ada kuah lodeh ni. Ibarat malam tanpa bulan dan bintang kononnya. Sebenarnya sejak lepas Hari Raya Aidil Fitri haritu lagi Kak Fay nak tepek resepi Kuah Lodeh ni kat blog. Tapi apakan daya, disebabkan terperuk kat draf entri sekian lama... sampai dah nak Hari Raya Aidil Adha barulah entri ni terpublish! Erk?!

Ada ketikanya family akak di Johor akan masukkan ayam dalam kuah lodeh ni. Ada masanya, kami masak macam biasa je tanpa dimasukkan ayam. Kuah yang dimasukkan ayam dah tentulah rasanya lebih yummy dek air ayam yang manis tu. Eh, tapi version yang biasa ni pun tak pernah gagal membuatkan akak makan bertambah-tambah dan berulang-ulang! 

Cara membuat Kuah Lodeh ni amat mudah sekali. Mungkin sebab bahan-bahan yang digunakan agak banyak terutama sekali jenis sayur-sayuran, tu yang nampak macam rumit. Itu cuma gambaran palsu je. Hakikatnya, mudah saja cara memasaknya!

Hari Raya Special
Kuah Lodeh.

Wednesday, 27 May 2015

Kek Lapis Yang Lazat Dan Sedap Sehingga Menjilat Jari Untuk Tempahan Hari Raya Aidil Fitri 2015!

Assalamualaikum,

Kek Lapis Yang Lazat Dan Sedap Sehingga Menjilat Jari Untuk Tempahan Hari Raya Aidil Fitri 2015 - haa, ambik... sampai macam tu sekali tajuk entri! Mesti ramai tercari-cari kek lapis yang gebu, sedap, halalan toyyiban, menggunakan bahan-bahan bermutu dalam adunannya dan sekaligus berbaloi dengan RM yang dah dilaburkan, betul takkk? Kadang-kadang tu dah beli mahal-mahal, sekali rasanya hampeh.com.... woih... frust gila kot. Dahlaa ada masanya baik yang coklat.. baik yang strawberry rasanya sama tak ada beza pun. Satu adunan ke hapa? Appearance je lain. Sakitnya tuh di sini bila terkena macam ni!

Tapi, kek lapis yang akak nak rekomenkan ni tak macam tu ya uols. Yang ini sedap dan terasa flavournya, lembut, moist.. highly recommend laa pendek katanya! Teratak Ratuhati ada macam-macam jenis kek lapis yang gebu dan yummeh untuk Hari Raya nanti. Akak dah rasa almost 50% kek-kek lapis keluaran Teratak Ratuhati ni. Infact bila Hari Raya memang tempah kat sinilah... sebab tu berani cakap semuanya finger licking good belaka. Memang puas hati. Kalau flavour cheese tu memang terasa cheesenya yang lemak... kalau flavour coklat lak terasa-rasa kesedapan coklat tu dalam mulut ni. Nyum... nyummm... nyummmm.

Naah... warm-up dengan sekeping, dua gambo dulu...


Cantik menarik tertarik dan menggoncang iman, kann? Berminat?? Read on.... Tempahan untuk Aidil Fitri tahun ni dah dibuka dari sekarang hingga 1 Ramadhan nanti bagi delivery sebelum Raya. Kalau terlewat melepaslah korang nak beraya dengan kek lapis yang sedap ni. Tapi, kalau untuk open house atau makan sendiri lepas raya boleh je place order anytime. Cuma delivery akan dibuat lepas puasa bergantung pada tarikh majlis koranglah nanti. Paham maksud akak kan... ke caner. 

Meh akak sajikan korang dengan koleksi kek lapis Teratak Ratuhati. Bersedialah dengan 2,3 kotak tisu untuk lap ailio yang menjejes-jejes keluar sekejap lagi. Sebelum tu akak kena baca doa pendinding diri dulu sebab bila bab-bab kek ni aku lemah semangat! Kang tidur malam termimpi-mimpi kek lapis macam mana?! "Ya Allah... perkenankanlah doa kudusku ini... tabahkan hatiku menghadapi cobaan demi cobaan dari kek-kek lapis ini. Aaminnnnnn...." *Puh kiri... puh kanan hembus-hembuskan screen laptop!

Disclaimer :
Tuan blog tidak bertanggungjawap atas sebarang gangguan perasaan, kehilangan daya fokus atau bunyi-bunyi pelik yang keluar dari perut disebabkan aksi-aksi seksi meksi kek-kek yang gebu-gebas dalam entri ni!!

Terliur sudaaaa... 

Kek Lapis Asam Manis

Lembap dan sedap dengan lapisan asam manis.

Ukuran : 8 x 8 inci  Berat : 2 kg
Harga : RM75
Mini Pack : RM35

Lapis Betawi @ Lapis Rempah

Ukuran : 8 x 8 inci   Harga : RM75

All time favourite akak ni. Aku kan suka benda-benda yang old skol dan klasik ni. Lapis Betawi ni seriously sedap ya. Terasa-rasa adunan rempahnya. Hurmmm.... *tarik tisu yang pertama!

Lapis Blueberry Cheese
Ukuran : 8 x 8 x 2.5 inci   Harga : RM80

Lapisan kek mengandungi isian blueberry yang lazat serta parutan cheddar cheese yang lemak berkrim. Yummeh! *Tarik selai lagi tisu...

Kek Lapis Cadbury.

Kek Lapis Cadbury ni satu lagi best seller Teratak Ratuhati! Kek ni memang kaya raya dan mewah sungguh dengan coklat. Setiap gigitan pasti terasa coklat yang lazat. A must for chocolate lovers! *Tarik 3 helai tisu sekaligus!

Ukuran : 8 x 8 inci   Harga : RM80

Monday, 11 August 2014

PERJUMPAAN KASIH SAYANG!

Assalamualaikum,

Bila hari Isnin je mesti rasa lemau... nak warm-up cari mood start kerja pun slow je. Rasanya, gambar-gambar kat bawah ni garenti boleh hilangkan Monday Blues korang tu...


Haa... kan menggugat iman tu? Kita close up sikit...


Sangat yummy!


Tuan rumah kata kek lapis ni datang all the way dari Sarawak... sedap gila!


Ni pun sodappp... moist dan sangat creamy...

Saja nak goda-goda korang sebab tu tepek gambar makanan dulu... hahahah. Sebenarnya kejadian ni berlaku di Pantai Hillpark yang kebabom tu weekend baru-baru ni masa open house kawan sekolah aku, Nett salah seorang dari 50 member WhatsApp sekolah menengah yang satu batch. Group ni memang sangat aktif - bayangkan, average conversation kitorang 1000 text... 1000 text tu dalam masa sehari tau... bukan seminggu! Kalau sejam tak check WhatsApps alamat beratus-ratus text sekali masuk. Kalau susah nak tidur dah tak payah selak-selak magazine atau buku... scroll conversation kat wassap group ni pun dah cukup! Macam-macam info ada - yang ada bisnis tu share pasal bisnis diorang, luahan perasaan pasal anak masing-masing, gossip retis, cerita pasal royalty, copy paste resepi... gossip pasal politician pun ada!! Complete... memang one stop info centre laa gamaknya!


Nipun sedap... eh, semua makanan yang ada memang sedaplah!




Pavlova hasil air tangan geng sekolah yang cantik jelita - Puan Helly

Aku tak sempat rasa pavlova ni. Tapi, kawan-kawan kata ni memang the best yang diorang pernah rasa.... pavlova kat Alexis pun tak boleh challenge! Tengok pun dah tau memang sedap. *terpaksa lap ailio guna hujung lengan baju kurung yang masih bau kedai!



Laksa Johor in the house !!! Tanpa rasa malu, sampai-sampai je aku terjah Laksa Johor dulu.Terus rasa macam impian jadi kenyataan. Sebelum ni kan aku asyik teringat-ingat Laksa Johor.


Tak feel kalau makan Laksa Johor kosong je tak campur dengan 'ulam-ulam' ni - bawang besar, timun hiris halus, daun selasih, daun kesum dan taugeh.


Lepas tu letak pulak sambal belacan... mamamia uols!!!

Dua kali kot aku tambah laksa ni. Maka, complete lah sudah raya tuan blog tahun ni sebab dah dapat makan Laksa Johor. Dah tak payah beria-ia nak bodek ibunda terchenta untuk masakkan laksa.


Mee goreng yang tuan rumah masak ni memang serius sedap! Tak manis, tak masin, tak pedas - perfecto!


Nasi himpit...


Ada lemang dan nasi lemak juga. Sambal tumis tu sedapppp sungguh!


Rendang Ayam Melaka yang marvellous hasil masakan geng sekolah, Rima.


Serunding...


Rendang Pucuk Ubi

Admin wassap group kitorang berpeluh-peluh masak rendang ni. Masakan ni memang rare... aku sendiripun baru 1st time makan. Rasa dia rangup macam wasabi tapi of koz laa rendang ni jauhhhh lebih sedap!
 

Roti jala pun ada.... sampai senak perut sebab banyak sangat makanan! Nipun tuan rumah, Nett masak sendiri. Salute! Aku nak masak yang sehabis simple untuk 5,6 orang pun dah menggigil-gigil!!


Satu tin penuh tempeyek kitorang hadap!


Mee Siput

Ni memang signature dish orang-orang Muar. Sangat sedap dimakan dengan sambal tumis. Suami ada kat sebelah pun kita boleh bolayan dan buat-buat tak nampak!

  
Comel betul si kecik ni...


Diorang ni semua baik betul... elok je duduk setempat menghadap gadget masing-masing...


Geng-geng sekolah menengah... ada yang aku dah kenal dari sekolah rendah... ada juga yang satu tadika dulu! :)


Seperti biasa, sebagai tuan blog yang selfish haruslah aku tepek gambar yang aku dah ready dan perasan comel je... orang lain tak ready tak apa - sikap yang sangat keji! Hahaha...


Terima daun keladi pada Nett - berbaju merah... bertudung hitam yang pegang hensem boy tu. Hospitality memang tip top... menu yang ada pun semuanya sedap-sedap. Confirm seminggu, dua ni majoriti yang datang terpaksa lari setempat setengah jam setiap hari untuk nyahkan lemak tepu masing-masing!





-lotsa luv-
Fayreen Mizan

Monday, 4 August 2014

KENANGAN AIDIL FITRI 2014!

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog. Bukan setakat dah beberapa minggu 'pencen' tepek entri... blog pun dah lama aku tak jengah! FIFA World Cup Score yang ada kat sidebar blog ni pun baru sekejap tadi aku remove - so yesterday :p ! Entri ucapan raya tu pun nasib baik dah auto publish awal-awal, kalau tak sure tak sempat nak wish korang apa-apa. 2 minggu sebelum raya haritu hubby tak sihat... so definitely no blogging sebab memang aku nak concentrate jaga dia. Lepas tu MaMaKat the mak kucing pulak 'tercekik' tulang (ni nanti aku cerita ya)... lagilah bertambah-tambah kerisauan aku - complete dengan adegan-adegan linangan air mata! Aku kan memang hati tisu sikit kalau dengan binatang. Akhirnya, exactly seminggu sebelum raya, yours truly pulak demam teruk... siap kena check darah. Aku ni dahlah jenis yang kena ambik darah sikit pun dah seram-sejuk rasa macam kena buat major surgery! Alhamdulilah nasib baik bukan denggi. Memang collapse dan lemau jelaa kiranya sepanjang seminggu tu. Tak demam pun kadang-kadang lemau... apatah lagi bila demam kaan... hahaha. Satu dugaan dan memang banyaklah planning di hujung Ramadhan yang tak dapat buat.

Now - back to life, back to reality setelah seminggu bercuti dan rehat panjang masa raya. Liat saja rasanya nak start semuanya balik! By the way, macam mana raya korang? Aku rasa macam raya still tak complete sebab masih belum dapat makan LAKSA JOHOR! Seriously, terbayang-bayang laksa Johor depan mata ni... terasa-rasa kesedapannya. Nak masak sendiri malas sebab boleh tahan cerewet juga nak buat laksa Johor ni. Statement malas tu memang datang tulus ikhlas dari sudut hati yang paling dalammm!!! *Sambil-sambil menaip entri ni otak ligat berfikir siapa yang boleh aku jadikan mangsa untuk tolong masakkan laksa Johor yang nyummmss. 

Ok, meh tengok beberapa keping gambar raya yang tak seberapa dengan sanak-saudara terchenta yang sempat kami abadikan bersama-sama...

 @ Bandar Diraja Muar dengan makcik pakcik, adik-adik sedara & their little monsters! 

Aku lahir di Selangor tapi dibesarkan dan bersekolah di Johor. Masa kecik-kecik parents aku posting kat overseas so arwah tok dan auntie aku - mak datin yang bertudung kuning kat atas tu bela di Muo. Di rumah inilah aku stay selama beberapa tahun lagi lepas habis study dan bila dah tak kerja di Johor lagi tetap jadi port setiap kali balik Muo. Masa arwah papa masih hidup dan adik belum kahwin, rutin raya aku sedikit pelik... orang balik beraya di kampung time raya, tapi aku pulak balik ke KL.

 @ Datin Merry's...

 Sarah - si kecik baju hijau in action! Orang lain masih tak ready ke... still betulkan tudung ke kita tolak tepi... yang penting tuan blog dah ready dengan senyuman! Ptuiii...

Throwback... suka sangat gambar ni - zaman-zaman innocent Sarah beberapa tahun lepas :D

 My small family - dearest hubby, kiddos, Mama, Adik, brother in law & the monsters :D

With my dearest Adik... she'll forever be my Adik...memang panggil Adik pun sampai sekarang! :) Mama sedikit terlindung di belakang my nephew... saja je dia menguji kesabaran my mum. Bukan minum pun air dalam cawan... saja berlakon je tu!

Bila tengok gambar mama ni... tiba-tiba... tingggg... terus dapat jawapan kepada masalah Laksa Johor tadi tu! Salah satu specility mama memang laksa Johor... kuah laksa Johor yang mama masak memang tiada tandingannya, sedap, superb, mamamia, perfect dan semua perkataan yang seangkatan dengannya! Ma, if you're reading this, buatkan laksa Johor eh... *kelip-kelip mata sikit! Hahaha... dasar anak bertuah..

Ok uols... selamat beraya & memenuhi undangan open house ya. Aku nak sambung mengayat mama kat wassap lak!


-lotsa luv-
Fayreen Mizan














Thursday, 24 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Assalamualaikum,

Rasanya ramai yang mula sibuk dengan final preparation untuk raya. Mood raya masing-masing pun jangan cerita laa kan - activated to the max termasuklah yang menulis ni! InsyaAllah sehari sebelum raya nanti baru kitorang akan bergerak balik ke kampung aku di Muar, Johor. Eh, no... no - Muo... haa, sedap sikit sebutannya!

Alhamdulilah, aku dengan hasben sama-sama orang selatan so bab balik kampung masa raya ni memang tak ada masalah. Tak perlu ohsom atau baling dadu untuk decide balik kampung siapa dulu. Dia suruh balik kampung aku dulu... lepas tu aku pulak suruh balik kampung dia dulu adalah! hahaha. Melaka dengan Muo dekat saja... tak sampai 1 jam dah sampai. Ulang alik Melaka -  Muo,  Muo - Melaka beberapa kali dalam sehari pun boleh. Cuba sorang dari selatan... sorang lagi orang utara mau ada cubaan baling-baling pinggan juga kot time raya ni! Eh, janganlah sampai macam tu ya... berbincanglah elok-elok, for sure ada penyelesaian terbaik.

Masa menikmati lauk pauk dan kuih raya nanti makanlah seadanya. Ingatan khas untuk aku juga sebab bab ni aku selalu lupa diri. First day raya biasanya family aku buat ketupat makan dengan lodeh, kuah kacang, rendang, serunding dan ayam masak merah. Kitorang yang di perantauan (ceh, setakat KL tu perantauan laa sangat!!) selalunya bawak balik lemang beli dari KL. Lemang bukan makanan utama di Johor so tak ramai orang pandai buat lemang yang sedap. Hari ke-2 biasanya kitorang buat Laksa Johor dan order sate. Ya Allah, Laksa Johor - terliur suda!! Eh... dah... dah... entri ni sebenarnya nak ucapkan Selamat Hari Raya pada readers, ni nanti melalut cerita pasal makan pulak!

Akhir kata, berhati-hati di jalan raya nanti. Tak perlu speeding... tak perlu rushing. Erk, rasanya banyak laluan utama jem kot. So, sama-samalah kita bersabar sambil berasap-asap punggung nanti ya. Memang tension tapi inilah salah satu momen manis setiap kali balik kampung menjelang hari perayaan kann?

Ibu-ibu serta para bapa alert lah juga denga pergerakan anak-anak sambil bersembang-sembang dengan saudara-mara atau kawan-kawan time diorang datang beraya atau masa kita bertandang ke rumah orang. Perhatikan anak-anak dan pastikan diorang tak merayap ke mana-mana. Banyak sangat cubaan menculik sekarang ni, so berhati-hatilah... it's a crazy world out there!

Akhir kata (dah 2 kali akhir kata tapi entri tak berakhir juga!), Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger dan readers.. sepuluh jari saya susun, maafkanlah sebarang keterlanjuran tutur kata atau gurauan yang melampau di blog ini.

Udara dingin hening pagi
Tabuh berbunyi memeriahkan hari
Kini Shawal menjelma lagi
Ribuan kemaafan dari kami



Maaf zahir dan batin dari Fay, Pian & family.


-lotsa luv-
Fayreen mizan